You are on page 1of 22

PEMARKAHAN

RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011

2. ESEI:
(a)
(b)
3. FORUM
JUMLAH

KOD & NAMA KURSUS

KBK 3013:EKSPRESI KREATIF KANAK-KANAK

TAJUK TUGASAN 1

Aktiviti seni visual dan seni persembahan dapat meningkatkan kreativiti,


imaginasi dan estetika kanak-kanak.
Senaraikan TIGA (3) aktiviti seni visual dan DUA (2) aktiviti seni persembahan
serta huraikan secara terperinci bagaimana aktiviti seni dapat meningkatkan
kreativiti, imaginasi dan estetika kanak-kanak kepelbagaian di Malaysia

KUMPULAN
UPSI06

DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. ID

NO. TELEFON

NAWAL BT ABDUL RAHIM

D2012061427

0195705613

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR NOOR AINI BT AHMAD

TARIKH SERAH: 24 NOVEMBER 2013

ISI KANDUNGAN

Halaman

1.0

PENDAHULUAN

2.0

DEFINISI

2.1

SENI

2.2

KREATIVITI

2.3

IMAGINASI

3.0

KONSEP SENI VISUAL DALAM PENDIDKAN

4.0

AKTIVITI SENI VISUAL


4.1

MENGGAMBAR
i.
LUKISAN
ii.
CATAN
iii.
KOLAJ
iv.
MONTAJ

4.2

MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

10

i.
ii.
iii.
4.3

CAPAN
LIPATAN DAN GUNTINGAN
RENJISAN DAN PERCIKAN

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


i.
ii.
iii.
iv.

13

MOBAIL
DIODRAMA
BONEKA
TOPENG

5.0

KONSEP SENI PERSEMBAHAN DALAM PENDIDIKAN

6.1

AKTIVITI SENI PERSEMBAHAN

7.0

16

6.1

MUZIK LAGU DAN NYANYIAN

17

6.2

TARIAN DAN PERGERAKAN KREATIF

18

PENUTUP
BIBLIOGRAFI

19

1.0 PENDAHULUAN
Seni adalah sesuatu yang lahir berasaskan pendangan atau perasaan sesorang.
Seni itu indah dan halus. Seni terbahagi kepada seni visual dan seni persembahan.
Seni visual dan seni persembahan satu bidang yang menarik. Mata pelajaran
pendidikan seni sama dan seni visual atau seni persembahan bukanlah bermatlamat
untuk melahirkan pelukis, penari atau pemuzik, tetapi lebih menjurus kepada
melahirkan model insan yang berfikiran yang kreatif, imaginatif , berdaya reka,
berpengetahuan dan peka terhadap ciri-ciri estetika,
Kedua-dua bidang seni merupakan seni yang memerlukan pergerakan, suara,
dan ekspresi dalam melahirkan sesuatu yang indah dari dalam diri kita. Seni juga
diaplikasikan dalam pengajaran. Pengajaran memerlukan pemahaman dan
pemahaman memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif. Seni yang diselitkan
dalam setiap pengajaran haruslah memberi satu nilai dalam jangka masa yang
panjang dan memberi kesan yang positif untuk seseorang individu.
Mencintai dan menghayati keindahan adalah kehendak naluri semua sama
ada dewasa atau kanak-kanak.. Peranan pendidikan seni dan seni persembahan
penting untuk pembentukan individu yang seimbang dan bersepadu. Pendidikan
seni visual dan seni persembahan bukan hanya untuk murid yang berbakat tetapi
untuk semua peringkat kebolehan murid Latihan dan amalan yang disediakan akan
dapat menerbitkan rasa kepuasan dan kesedaran tentang pontensi dan kemampuan
diri dalam membuat pertimbangan dan ketika mengendalikan kehidupan seharian.
Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya
menggabungkan tiga unsur penting. Unsur-unsur tersebut ialah seni visual, seni
pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan,
binaan dan kraf manakala seni persembahan melibatkan penggunaan ruang dalam
sesuatu aktiviti dan interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari.
Dalam Pendidikan Seni Visual, warna memainkan peranan yang penting
dalam menggambarkan sesebuah kebudayaan, emosi. dan maksud dalam karya
seni visual. Dalam pendidikan Muzik, irama merupakan elemen yang menarik dan
berupaya mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali.
Kehadiran warna dan irama dalam aktiviti seni yang dilakukan secara tidak
langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti dengan lebih
seronok dan bersemangat.
Melalui mata pelajaran Dunia Seni Visual dan Dunia Muzik, murid-murid diberi
kesedaran dan kefahaman tentang peranan seni visual dan seni persembahan
sebagai satu keperluan hidup. Kreativiti dan daya imaginasi serta persepsi estetik
yang dipupuk melalui bidan seni ini akan melahirkan insan yang berupaya
menyelesaikan masalah dan tabanmenghadapi segala cabaran.

2.0 DEFINISI
1. SENI
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga, (1997), halaman 124445,mendefiniskan seni sebagai halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus, enak didengar
iaitu mengenai suara, comel bentuk badan. Seni juga boleh diertikan sebagai karya
termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain-lain lagi yang dicipta dengan bakat atau
kecekapan, dan hasil daripada sesuatu ciptaan.
Seni juga boleh diterjemahkan sebagai kebolehan mencipta sesuatu yang
indah seperti lukisan, ukiran, khat dan sebagainya. Ensiklopedia Malaysiana
(1996:453),mencatatkan seni ialah satu istilah yang digunakan bagi sesuatu yang
indah-indah pada pandangan pancaindera manusia sama ada melalui penglihatan
atau pendengaran. The Oxford Paperback Dictionary, (1989 ) mendefinisikan seni
sebagai penghasilan sesuatu yang cantik: kemahiran atau kebolehan diri dalam
kerja-kerja seperti lukisan atau ukiran.
Terdapat beberapa pendapat tentang seni. Menurut buku M.A.J. Beg, Fine
Arts in Islamic Civilization (1981:10): menyatakan seorang pemikir Islam iaitu Imam
al-Ghazali memperkatakan bahawa, seni itu indah melalui pandangan kecantikan
dan keindahan ia lahir daripada diri sendiri dan tidak untuk yang lain. Beliau
menjelaskan lagi bahawa terdapat kecantikan dalaman yang diterangkan
berdasarkan beberapa penjelasan seperti kefahaman mendalam terhadap seni
Islam. Ibnu Khaldun pula mentafsirkan seni sebagai kebenaran, keindahan dan
kebaikan di mana di dalamnya terkandung ciri-ciri estetika, etika dan logika.
Berdasarkan pernyataan di atas dapatlah disimpulkan kesenian bermaksud perihal
seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan atau kehalusan.

2. KREATIVITI
Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yang bererti maksud
membuat. Manakala daripada perkataan Greek pula creare bermaksud memenuhi.
Kamus Dewan, (2002) menterjemahkan kreativiti sebagai satu kemampuan dan
kebolehan mencipta daya kreatif. Manakala kreatif pula sebagai mempunyai
kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan
asli. Ringkasnya, kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang
menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli.
Kreativiti adalah proses yang berterusan dan umumnya merujuk kepada
keupayaan seseorang untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu
yang baru dan asli. Kreativiti biasanya bersangkut rapat dengan penghasilan
sesuatu yang asli. Walau bagaimana pun, terdapat pelbagai pendapat mengenai
proses yang terbabit dalam aktiviti kreatif dan kemudahan mengembangkannya
dalam diri manusia.
Menurut Pfeiffer (19981) kreativiti didefinisikan sebagai keupayaan mencipta
produk kreatif yang baru, asli dan unik yang menunjukkan tahap kejayaan yang
tinggi dalam bidang yang berkaitan. Terdapat banyak teori Ellis Paul Torrance ialah
2

ahli psikologi yang paling banyak memberi sumbangan terhadap bidang kreativiti.
Ada juga pendapat yang menghuraikan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan
sesuatu yang tidak ada sebelumnya.
Kreativiti adalah sesuatu kemahiran yang tidak boleh diajar tetapi boleh
disemai dan dipupuk dalam diri kanak-kanak. Kreativiti adalah naluri semulajadi
kanak-kanak. Kreativiti adalah kelebihan yang boleh membantu kanak-kanak
mengembangkan potensi sepenuhnya.
Kreativiti lahir daripada pemikiran yang kreatif.Setiap kanak-kanak
mempamerkan pemikiran kreatif mereka dalam bentuk dan tahap berbeza seperti
lukisan dan kraf, muzik, drama dan lakonan.Pemikiran kreatif dalam kegiatan seni
boleh meransang kanak-kanak untuk mengeluarkan cadangan atau idea baru serta
menyelesaikan masalah yang wujud sepanjang proses aktivti seni. Pemikiran kreatif
merangkumi empat ciri utama :
i.
Imaginatif
ii.
Keberanian
iii.
Perkembangan idea
iv.
Merekacipta
Terdapat pelbagai teori berkaitan kreatviti antaranya Teori Belahan Otak,
Teori Kreativiti Paul Torrence, Teori Multiple Creative Talent, Teori Lowenfield
Stages, Toeri Six Thinking Hat dan Teori Perkembangan Fisher
a. Teori Belahan Otak
Otak terbahagi kepada dua bahagian iaiatu hemisfera kiri dan hemisfera
kanan. Hemisfera kanan merupakan bahagian otak yang fokus kepada
imaginasi dan kreativiti iaitu melihat sesuatu secara menyeluruh.
Hemisfera kiri pula bahagian otak yang fokus kepada pemikiran kritis
analisis dan logikal.
b. Teori Kreativiti Paul Torrence
Teori ini mengemukan tujuh proses mencungkil kreativiti seseorang iaitu :
i.
Penyoalan
Meransang minda kanak-kanak melalui penyoalan.
ii.

Penemuan
Ransangan dan motivasi untuk menggalakan penemuan-penemuan
baru.

iii.

Pemerhatian
Galakan untuk kanak-kanak agar membuat pemerhatian
mengunakan penglihatan dan pendengaran serta deria rasa dan
sentuhan

iv.

Percubaan
Kanak-kanak didorong membuat uji kaji untuk mendapatkan hasil
yang terbaik
3

v.

Penerokaan
Kanak-kanak diransang untuk meneroka pelbagai bahan di
persekitaran.

vi.

Manipulasi
Kanak-kanak dibimbing untuk menggunakan bahan yang sedia ada
untuk mencipta sesuatu.

vii.

Aktiviti
Kreativiti kanak-kanak dicungkil melalui pelbagai aktiviti

c. Teori Multiple Creative Talent


Teori ini diperkenalkan oleh Calwin W Taylor yang menegaskan setiap
indidvidu mempunyai bakatnya yang tersendiri. Ransangan dan galakan
daripada guru dapat mengembangkan pemikiran kreatif kanak-kanak.
Dalam teori initerdapat lima sifat kreativiti :
i.
Ekspresif
Terjadi secara semula jadi. Kanak-kanak dibimbing untuk
meluahkan idea untuk menghasilkan karya mengikut kebolehan
ii.

Penghasilan
Bakat menghasilkan karya. Kanak-kanak dibimbing untuk
meningkatkan bakat mereka.

iii.

Inovatif
Mengubahsuai sesuatu andaian melalui pelbagai pilihan. Kanakkanak dibimbing untuk mengubah suai konsep asas kepada idea
baru.

iv.

Inventif
Kebolehan menghasilkan sesuatu melalui penerokaan.

v.

Emergen
Menghasilkan sesuatu karya secara abstrak.

d. Teori Lowenfield
Lowenfield memperkenalkan lapan kategori kreatif dalam peringkat
perkembangan artistic yang menggalakkan kanak-kanak berfikiran secara
kreatif menggunakan pancaindera sebagai proses pemerhatian dan rekod
:
i.
Cabaran
Menerima cabaran dan menyesuaikannya dengan keadan
persekitaran.
ii.

Kelancaran
4

Berimaginasi dan berfikiran terbuka untuk membuat perkaitan idea


dalam menghasilkan karya kreatid supaya berjalan lancar.
iii.

Kelenturan
Boleh menyesuaikan diri dan menerima perubahan.

iv.

Keaslian
Melahirkan idea yang original tanpa imitasi

v.

Pemikiran bercapah
Berupaya mengembangkan idea yang sedia ada

vi.

Keinginan
Mempunyai naluri ingin tahu dan boleh membuat analisi

vii.

Kompleks
Keupayaan membuat sintesis

viii.

Makna baru
Menghasilkan sesuatu produk atau idea yang kreatif dan inovatif

e. Toeri Six Thinking Hat


Teori ini dikemukakan oleh Edward de Bono yan menegaskan
kepentingan emosi semasa berfikir. Enam warna topi untuk dipakai bagi
mewakili setiap emosi :
i.
Putih
untuk mendapatkan pengetahuan seperi fakta, figura atau
maklumat.
ii.
Merah
- menghadapi situasi yang berkaitan dengan luah perasaan
iii.
Hitam
penilaian negatif terhadap keslahan dan halangan
iv. Kuning
penilaian positif
v.
Hijau
situasi berkaitan kreatviti
vi.
Biru
situasi metakognitif
f. Teori Perkembangan Fisher
Fisher (1943) menerangkan bahawa terdapat lima peringkat dalam
pemikiran kreatif:
i. Peringkat ransangan
Pelbagai teknik penyoalan dikemukakan untuk meransang pemikiran
kanak-kanak
5

ii. Peringkat penerokaan


Mencari jalan penyelesaian melalui pelbagai cara.
iii. Peringkat perancangan
Merancang aktiviti melalui diskusi, pengamatan dan interaksi.
iv. Peringkat aktiviti
Menzahirkan tindakan yang kreatif setelah merancang aktiviti.
v. Kajian semula
Menilai keberkesanan tindakan dengan memberi pendapatdan komen.
Untuk penambahbaikan.
Menurut Gardner (1999), kreativiti kanak-kanak boleh dikembangkan melalui
cara-cara
berikut:
i. Pendedahan awal kepada individu lain yang selesa mengambil risiko dan
yang tidak mudah mengalah.
ii. Memberi peluang untuk cemerlang dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti
atau bidang yang diceburi.
iii. Menyediakan persekitaran yang sentiasa mencabar supaya murid sentiasa
berada pada tahap kecemerlangan.
iv. Membentuk hubungan dengan rakan sebaya yang rela diuji dan tidak takut
gagal.
v. Menyediakan persekitaran keluarga yang menggalakkan atau mewujudkan
hubungan t toleransi terhadap sifat kanak-kanak yang gemar mencabar
autoriti.
3. IMAGINASI
Imaginasi merupakan daya khayalan , pemikiran simbolak atau kemampuan untuk
menggambarkan sesuatu. Imaginasi boleh dianggap sebagai kreativiti kanak-kanak
untuk meneroka alam sekeliling melalui pemerhatian.
Peniruan memainkan peranan penting dalam pembangunan pemikiran
simbolik. Biasanya kanak-kanak akan meniru perlakuan role-model mereka dan
akan menambah jalan cerita dengan dunia imaginasi mereka. Apabila seorang
kanak-kanak memikirkan sesuatu perkara dalam kehidupan mereka , ini
menunjukkan mereka cuba untuk menyelesaikan masalah mereka. Dari sini,
muncullah perlakuan-perlakuan yang lucu atau pelik bagi menggambarkan
pemikiran simbolik yang sedang mereka lalui.

Pieget (1966) menyatakan pemikiran simbolik merupakan perwakilan realiti


melalui penggunaan konsep-konsep abstrak seperti kata-kata gerakan dan nombor.

4. ESTETIKA
Estetika berkaitan dengan keindahan dan menghargai keindahan. Estetika
merupakan pecahan ilmu falsafah yang memberikan fokus kepada penggunaan
pancaindera dalam mengapreseasi sesuatu karya
Estetika diambil dari bahasa Greek yang bermaksud persepsi atau
tanggapan. Estetika bersifat umum dan mengandungi pelbagai maksud. Kanakkanak menterjemahkan nilai estika secara langsung melalui karya seni seperti
lukisan, kraf, muzik, pergerakan kreatif, tarian dan drama
Estetika kanak-kanak meliputi tiga jenis iaitu estetika sikap, estetika
pengalaman , estetika respon. Ketiga-tiga jenis nilai estetika ini lahir apabila kanakkanak diberi pengalaman melibatkan diri dalam akttiviti seni sama seni visual atau
seni persembahan. Kanak-kanak mempamerkan nilai estetika dengan meluahkan
perasaan dan emosi contohnya, sedih, gembira, marah dan sebagainya. Selain itu
perkembangan estetika kanak-kanak juga boleh dilihat melalui penguasaan unsurunsur seni seperti garisan, warna, ruang, jalinan, bentuk dan rupa. Perkembangan
estetika kanak-kanak juga boleh dilihat melalui hasil karya yang tulen yang
mempamerkan keunggulan idea atau gagasan.
.
3.0 KONSEP SENI VISUALDALAM PENDIDIKAN
Seni visual ialah sesuatu hasil, ciptaan atau karya yang boleh dilihat melalui deria
penglihatan. Seni Visual merupakan satu bentuk seni yang memberi fokus kepada
hasil penciptaan yang berbentuk visual seperti lukisan, fotografi, grafik dan filem.
Dalam konteks pendidikan, mata pelajaran seni visual bukanlah semata-mata
bertujuan untuk melahirkan pelukis atau pereka tetapi juga untuk melahirkan model
insan yang berbudaya khususnya individ yang imaginatif, kreatif, berdaya reka ,
berpengetahuan dan peka terhadap ciri-ciri estetika yang dijadikan landasan
pembentukan dan perlaksanaan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah.
Dalam konteks bersepadu, objektif mata pelajaran Pendidikan Seni Visual ialah
membolehkan murid menyedari, memahami dan menghargai peranan seni sebagai
satu keperluan dalam kehidupan, komunikasi dengan alam dan , perkaitan
perkembangan sains dan teknologi dengan kesenian.

4.0 AKTIVITI SENI VISUAL


Bagi kanak-kanak di pra sekolah atau di sekolah rendah, mata pelajaran pendidikan
seni lebih menjurus kepada penghasilan produk seni. Seni visual untuk kanak
peringkat rendah merangkumi bidang menggambar, membuat corak dan rekaan,
membentuk dan membuat binaan,dan, mengenal kraf tradisional.
7

1. MENGGAMBAR
Menggambar atau lukisan tampak adalah satu persembahan seni hasil daripada
pemerhatian sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata. Ia
mengandungi ciptaan artistik yang dihasilkan melalui pengunaan warna di atas
permukaan rata. Menggambar merupakan satu perkembangan awal grafik bagi
kanak terhadap pemerhatian mereka terhadap kehidupan seharian. Gambaran huruf
yang diterangkan dalam bentuk grafik. Persembahan pemerhatian yang dihasilkan
dalam bentuk 2 dimensi. Gambar sebagai satu artifak yang mempamerkan satu
kecenderungan terhadap sesuatu objek atau imej.Untuk kanak-kanak, bidang
menggambar ini meliput aktiviti seperti lukisan, catan, cetakan, kolaj, montaj,
gosokan, resis, percikan dan mozek.
i.

LUKISAN

Kanak-kanak gemar melakukan aktiviti melukis. Lukisan terhasil daripada aktiviti


membuat lakaran demi lakaran dengan menggunakan pelbagai alatan atau
media seperti pensel kapur atau krayon.Contengan kanak-kanak boleh dianggap
sebagai perkembangan awal kreativiti mereka dalam mempersembahkan hasil
pemerhatian mereka terhadap persekitaran atau pun imaganisi mereka terhadap
sesuatu. Menurut Chapman (1978) terdapat tiga peringkat skemata kanak-kanak
semasa melakukan aktiviti melukis iaitu peringkat manipulatif, peringkat membuat
simbol dan peringkat praremaja.
Perkembangan kreativiti kanak-kanak bermula seawal usia dua tahun,
ketika ini mereka mempamerkan kreativiti dan daya imaginasi mereka dengan
menconteng atau melakar di atas kertas mahu pun di dinding rumah. Apabila
usia mereka meningkat, contengan-contengan semakin menunjukkan imej jelas
dan beransur menjadi simbol yang mewakili objek sebenar. Apabila mencapai
usia sepuluh tahun, kanak-kanak mempamerkan perkembangan kreativiti dengan
melukis garisan, mewarna dan membentuk gabungan unsur-unsur seni mebawa
kepada kombinasi yang menyeluruh dan menonjolkan objek dengan lebih
terperinci.
Melalui lukisan, nilai estetika ditonjolkan apabila kanak-kanak melukis
sesuatu yang digemari. Kanak-kanak mempamerkan sikap kagum dan dan
gembira semasa menghasilkan lukisan. Nilai estetika ini dizahirkan secara
8

spontan apabila kanak-kanak menggunakan penglihatan , pendengaran


sentuhan, perasaan dan penghiduan untuk melukis.

ii.

CATAN

Catan merupakan satu aktiviti menggambar dengan menggunakan sapuansapuan basah ke atas satu permukaan rata seperti kertas lukisan. Ianya
merupakan hasil kerja yang direpresentasi secara dua demansi. Kanak-kanak di
prasekolahai bahan untuk mewarnaa atau di sekolah rendah biasanya
menggunakan cat air, cat poster atau cat tempera sebagai bahan untuk
mewarna.
Kreativiti kanak-kanak terpamer berdasarkan keupayaan mengawal
kepekatan apabila mencampur air dan warna dan pemilihan berus yang sesuai.
Pemikiran kreatif dan nilai estetika kanak-kanak juga boleh dikembangkan
dengan menggalakkan mereka mencampurkan warna-warna primer untuk
menghasilkan warna-warna sekunder.
iii.

KOLAJ

Kolaj merupakan satu penghasilan artistik yang mengandungi pelbagai imej


dengan menggunakan potongan,koyakan, tampalan atau tindihan bahan di atas
9

permukaan rata. Sebelum mengolah kolaj, tema, bahan dan media yang ingin
digunakan perlu disesuaikan dengan tahap umur murid.
Kreativiti dan daya imaginasi kanak-kanak terpamer dengan keupayaan
mereka memilih teknik dan bahan-bahan yang sesuai untuk mengolah kolaj
untuk menghasilkan kesan yang berlainan. Persepsi estetika kanak-kanak
dikembangkan dengan mengenal rupa, jalinan pelbagai bahan dan warna-warna
kontra.
iv.

MONTAJ

Montaj adalah satu aktiviti menggambar menggunakan potongan gambar dari


berbagai sumber atau sumber yang sama. Teknik memotong, menampal,
mencantum, tindihan dan susunan digunakan dalam aktiviti montaj. Daya
imaginasi digunakan untuk mencantum gambar-gambar bagi menghasilkan satu
imej baru. Alat, media dan teknik untuk menghasilkan montaj perlu disesuaikan
dengan kemudahan yang ada. Kanak-kanak yang kreatif akan berupaya
menggabungkan aktiviti montaj dengan aktiviti catan, kolaj dan mozek.
Melalui montaj persepsi estetik kanak-kanak dikembangkan dengan
memahami konsep ilusi ruang dan bentuk serta memahami prinsip rekaan iaitu
kepelbagaian imej dan komposisi kesatuan.

2. MEMBUAT CORAK DAN REKAAN


Mencorak dan membuat rekaan adalah salah satu bidang seni. Bidang ini secara
umumnya memberi ruang dan peluang kepada kanak-kanak mengenal dan memahami
pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan
yang berlainan. Mencorak pula ialah proses menghasilkan struktur susunan ulangan
berdasarkan motif yang dibuat secara terancang atau bebas.
Corak boleh dihasilkan dengan teknik capan, lipatan dan guntingan, renjisan dan
percikan. Bidang membuat corak dan rekaan memerlukan kreativiti dalam menghasilkan
karya. Kreativiti dan daya imaginasi kanak-kanak terpamer melalui pengamatan yang
tinggi ke atas aspek seperti garisan, warna, jalinan, rupa, bentuk dan ruang. Kesan

10

jalinan secara sentuh dan tampak pada permukaan objek yang dihasilkan
memperlihatkan persepsi estetika ke atas hasil seni. Dari segi rupa cantuman antara
dua hujung garisan iaitu permulaan garisan dan penghujung garisan dapat membentuk
rupa jenis objek khusus seperti bulat, empat segi, piramid dan sebagainya.
Dalam bidang seni visual, membuat corak dan rekaan penting dalam memupuk
kreativiti dan daya imaginasi kanak-kanak.Secara dasarnya, kepentingan aspek ini
adalah berlandaskan citarasa dan keinginan manusia ingin melihat hasil seninya cantik
dan menarik. Sebagai seorang manusia biasa kanak-kanak mahu dewasa, kita
menyukai akan sesuatu yang cantik, menarik dan mengiburkan. Begitu jugalah
hakikatnya dengan hasil seni yang akan bakal kita hasilkan. Menurut Mohd. Zaihidee
(2007) kepentingan membuat corak dan rekaan adalah bertujuan memperindah
bahagian atau permukaan luar sesuatu objek. Kedua, corak yang dihasilkan turut
bertindak sebagai unsur hiasan yang menarik. Ketiga, corak disifatkan sebagai nilai
estetik yang tidak ada tolok bandingnya dalam hasil karya seni.

i.

Capan

Capan adalah satu teknik membuat corak secara mengecap dengan


menggunakan bahan alam atau semula jadi yang mempunyai jalinan tertentu.
Capan adalah berbeza dengan dengan cetakan kerana ia tidak memerlukan blok
cetakan. Contoh bahan yang boleh digunakan adalah seperti cap jari atau kaki,
cap tangan atau tapak kaki, batang pisang dan daun.
Melalui capan, kreativiti dan daya imaginasi murid terpamer semasa
membuat corak. Estetika murid juga berkembang apabila dapat menghasilkan
karya yang harmoni dari segi warna dan dan rupa dan susunan motif yang indah.

11

ii.

LIPATAN DAN GUNTINGAN

Aktiviti lipatan dan guntingan ialah aktiviti melipat kertas sama ada kertas lukisan,
kertas warna dan majalah dan menggunting mengikut corak yang dikendaki
seperti corak geometri atau organik. Kertas dilipat beberapa kali atau disusun
secara bertindih dan dilipat bagi mendapatkan corak atau imej yang berulang.
Melalui aktiviti lipatan dan guntingan, kreativti dan persepsi estetika kanakkanak terpamer dengan pemilihan dan manupulasi bahan secara kreatif dan
pengolahan karya dari segi rupa, jalinan, imbangan, kontra dan harmoni.

iii.

RENJISAN DAN PERCIKAN

Renjisan didefinisikan sebagai suatu teknik dalam menghasilkan corak tidak


terancang dengan cara semburan, percikan atau tiupan. Aktiviti ini memenuhi
keperluan domain kognitif, psikomotor dan afektif. Reka corak terancang dan
tidak terancang hasil daripada renjisan mewujudkan kesan tampak yang berbeza
tetapi memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk
menghasilkannya.

12

Mencipta reka corak renjis melibatkan fikiran kreatif yang berhubung


dengan asas rekaan dan prinsip rekaan. Persepsi estetika kanak-kanak diterap
dengan pemilihan warna primer dan sekunder serta perinsip rekaan yang
harmoni antara warna dan jalinan.

3. MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


Membentuk dan membuat binaan adalah satu persembahan seni yang berkaitan
dengan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang,
struktur, imbangan dan kestabilan. Melalui aktiviti membentuk dan membuat binaan,
kanak-kanak didedahkan dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik
penghasilan. Kanak-kanak berpeluang untuk berinteraksi secara kreatif dengan alat
dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni. Aktiviti membentuk dan
membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek
sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti
mempunyai fungsi dan makna. Bidang aktiviti membentuk dan membuat binaan tiga
dimensi untuk kanak-kanak meliputi aktiviti-aktviti seperti mobail, diorama, boneka,
topeng dan origami.

i.

MOBAIL

Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk
membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga dikenali
sebagai acra bergerak atau arca kinetik . Mobail biasanya digantung di atas siling.
Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak , berputar
atau berombak.
Melalui aktiviti membuat mobail kreatviti dan daya imaginasi kanak-kanak
dikembangkan apabila berupaya menghubungkaitkan antara bentuk, ruang, imbangan
serta ritma dalam penghasilan karya. Persepsi estetik kanak-kanak dapat dinilai melalui
penghasilan karya yang menepati prinsip rekaan kepelbagaian bentuk, imbangan
semetri atau semetri atau gabungan imbangan serta susun atur objek pada mobail.

13

ii.

DIODRAMA

Diorama adalah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai
objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Ciptaan gambaran tersebut
hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga
tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi. Objek yang
hendak disusun boleh dilekat, digantung, atau didirikan pada tapak dan dinding
kotak atau bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk
menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . Bahagian
tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan gambaran yang sama
seperti tema diorama.
Melalui pengolahan diorama, kreativiti dan daya imaginasi kanakkanak dapat dipupuk dan dikembangkan semasa mencipta objek dan
mewujudkan situasi atau gambaran berkaitan dengan tema yang diberi. Susun
atur objek-objek meningkat persepsi estetika yang berkaitan dengan pengalaman
kanak-kanak.

iii.

BONEKA

Boneka ialah benda atau barang yang menyerupai patung yang biasanya
dijadikan sebagai alat permainan untuk kanak-kanak dan dijadikan perhiasan
14

bilik atau rumah terutamanya untuk anak perempuan. Boneka merupakan


sebagai benda atau objek yang digerak, dan dilakonkan oleh pemain sama ada
secara sentuhan atau arahan yang dengan tujuan menyampaikan pesanan atau
nasihat. Pemain akan menghidupkan watak sama ada menerusi dialog yang atau
aksi boneka.Ada beberapa jenis boneka seperti boneka sarung, lidi , tangan atau
jari ,boneka shadow tangan dan boneka tali.
Melalui pengolahan boneka, perkembangan kreativiti kanak-kanak
terpamer semasa memilih bahan yang sesuai untuk membuat boneka. Daya
imaginasi kanak-kanak berkembang apabila berupaya mengolah boneka yang
kreatif dari segi bentuk, jalinan dan imbangan.

iv.

TOPENG

Kanak-kanak sangat gemar untuk membuat topeng. Haiwan atau watakwatak kartun sering menjadi bahan untuk membuat topeng. Topeng adalah
sejenis hasil kraf yang dibuat untuk menggambarkan rupa manusia,haiwan
atau watak-watak fantasi.Topeng direka untuk menutup sebahagian atau
keseluruhan kepala Terdapat beberapa jenis topeng yang sesuai untuk
kanak-kanak seperti topeng mata, topeng muka dan topeng serkup.
Melalui pengolahan topeng, kreativiti dan daya iamginasi kanak-kanak
berkembang. Kanak-kanak menggunakan pemikiran kreatif mereka untuk
memilih bahan yang sesuai untuk dibuat topeng. Kreativiti dan daya imaginasi
mereka juga terpamer semasa mengaplikasi unsur rupa, bentuk, imbangan
dan penegasan dalam penghasilan topeng. Persepsi estetika kanak-kanak
dipupuk melalui penghasilan topeng yang cantik.

15

v.

ORIGAMI

Origami merupakan satu teknik lipatan sama ada dengan menggunakan kain
ataupun kertas Origami berasal dari negara Jepun. Perkataan ori bermaksud
"melipat", dan gami yangbermaksud kertas . Ia merupa seni rakyat tradisional
Jepun dalam lipatan kertas, yang bermula pada abad ke-17 Masihi dan
dipopularkan pada pertengahan 1900-an. Ia merupakan satu hasil kerja tangan
yang sangat teliti dan halus pada pandangan.Seni ini adalah untuk melipat
lembaran kertas menjadi patung melalui ganda dan teknik mematung, dan
dengan demikian penggunaan lem luka atau tidak dianggap origami. Jumlah
lipatan dasar origami kecil, tetapi mereka boleh digabungkan dalam pelbagai
cara untuk membuat reka bentuk yang rumit. Model origami yang paling
terkenal mungkin adalah bangau kertas Jepun. Secara umum, bentuk ini
bermula dengan sehelai kertas segi empat sama yang berbeza warna.
Melalui pengolahan origami, kreativiti dan dayang imaginasi kanakkanak berkembang melalui pengaplikasian unsur rupa dan bentuk semasa
melipat dalam menghasilkan sesuatu objek. Kreativiti kanak-kanak terpamer
apabila mereka dapat membuat lipatan-lipatan yang betul untuk membentuk
objek- objek di samping penggabungjalinan warna yang kontra untuk
menampak hasil
origami yang cantik. Persepsi estetika kanak-kanak dapat dipupuk dengan
menyatakan unsur seni dan prinsip rekaan yang ada pada origami.

5.0 KONSEP SENI PERSEMBAHAN DALAM PENDIDIKAN


Seni persembahan merangkumi muzik , lagu dan nyanyian, tarian dan pergerakan
kreatif, drama. Aktiviti-aktiviti seni persembahan memberi fokus kepada usaha
mencungkil dan mengembangkan bakat juga potensi kanak-kanak supaya dapat
mengamalkan kemahiran yang dipelajari seterusnya melahirkan kanak-kanak yang
berkeyakinan, berkemahiran, berketerampilan serta bersikap positif dalam
16

kehidupan. Penglibatan aktif kanak-kanak dalam aktivti seni persembahan


menggalakkan kreativiti dan daya imaginasi kanak-kanak.
Pengalaman muzik dan gerakan kanak-kanak bermula dari sejak mereka bayi
. Biasanya bayi yang normal akan memberikan gerakan yang berbeza terhadap
pelbagai jenis bunyi muzik bergantung kepada tahap umur, keadaan dan emosi
mereka pada waktu itu. Oleh itu, penggunaan muzik tidak hanya ditetapkan kepada
satu jenis muzik sahaja, sebaliknya biar mereka mendengar pelbagai bentuk muzik
yang ada. Bayi biasanya gemar berbaring, penggunaan alat muzik seperti loceng
digalakkan untuk merangsang pendengaran dan penglihatan mereka dan
menjadikan mereka bergerak lebih aktif.
Apabila mereka memasuki alam kanak-kanak, mereka menikmati lagu dan
boleh mengikut beberapa perkataan yang dinyanyikan oleh penyanyi serta boleh
menggunakan alat muzik yang terdapat di sekitar mereka. Bagi stimulasi
pendengaran bayi, sejak lahir hingga satu tahun, kebanyakan bayi mula
memperbaiki keupayaan mereka untuk mendengar bunyi atau suara yang berbeza
di persekitaran mereka. Pada peringkat awal ini bayi perlu mendengar pelbagai
bunyi dan belajar untuk menumpukan perhatian mereka. Muzik merupakan
pengalaman yang tidak ternilai sebagai seorang bayi untuk meningkatkan kemahiran
mendengar. Bayi juga akan memberi tindak balas iaitu melakukan pergerakan
apabila mendengar muzik.
Apabila bayi mula menginjak sebagai kanak-kanak kecil, mereka sudah boleh
mengikut rentak muzik dengan bergoyang, bergerak dan menari. Kanak-kanak pada
usia setahun telah boleh bermain dengan alat- alat perkusi seperti kastenat,
kerincing, tamburin dan sebagainya. Pada usia dua tahun, Kanak-kanak sudah
pandai membuat imitasi terhadap gaya atau pergerakan spontan apabila mendengar
lagu yang digemari. Mereka sudah pandai mengikut dan menghafal bait- bait lagu
kegemaran mereka di samping bermain alat perkusi seperti gendang dan zilifon.
Kreativiti dan persepsi estetika mereka terpamer apabila melakukan gerakangerakan yang sesuai mengikut tempo dan mud lagu. Tahap tumpuan kanak-kanak
ini sudah mula berkembang apabila boleh duduk dengan tenang dan mematuhi
arahan apabila muzik dimainkan.

6.0 AKIVITI SENI PERSEMBAHAN


Bagi kanak-kanak di pra sekolah atau di sekolah rendah, aktiviti seni persembahan
menjurus kepada pembelajaran yang berkaitan dengan muzik, nyanyian dan lagu,
drama, taria dan gerakan kreatif.
1. MUZIK, LAGU DAN NYANYIAN
Champbell (1995) mendefinisikan muzik sebagai satu kesenian yang memberi
fokus kepada aspek pendengaran atau aural. Oleh itu, muzik boleh diperkenalkan
kepada bayi dan kanak-kanak dalam bentuk elemen bunyi. Dalam pendidikan
muzik, penekanan diberi kepada kemahiran nyanyian dan bermain alat-alat muzik.
Proses ini memberi keutamaan kepada aktiviti bagi memenuhi kehendak tajuk
persepsi muzik, pengalaman nyanyian, pengalaman perkusi, apresiasi dan
estetika seni berdasarkan kebolehan dan kreativiti kanak-kanak. Kanak-kanak
17

dibimbing menyanyi lagu dengan ton suara dan dinamik yang sesuai serta
sebutan dan postur yang betul mengikut tempo. Kanak-kanak juga mempelajari
cara memainkan perkusi dengan dinamik yang sesuai mengikut tempo. Selain itu
mereka juga dibimbing untuk memberi respon terhadap muzik yang didengar
menerusi pergerakan mengikut dinamik, pic, tempo, bunyi panjang dan pendek,
mud serta lirik. Pergerakan-pergerakan yang terhasil secara spontan adalah
luahan rasa kanak-kanak terhadap estetika muzik.
Melalui muzik, kreativiti kanak-kanak dapat dicungkil apabila mereka boleh
menghasilkan pelbagai bunyi, corak irama dan melodi menerusi penerokaan
suara, perkusi badan dan perkusi mulut serta menerusi aktiviti muzikal. Menerusi
penerokaan suara, perkusi badan dan perkusi mulut, kreativiti dan daya imaginasi
kanak-kanak berkembang apabila mereka berupaya meniru suara haiwan , bunyi
kenderaan dan alam semula, bertepuk tangan, menepuk peha, memetik jari dan
mengklik lidah mengikut tempo lagu. Menerusi aktiviti muzikal, kreativiti dan daya
imaginasi kanak-kanak berkembang apabila mencipta melodi mudah
menggunakan vokal, mengajuk melodi dan mengimprovisasi melodi atau lirik yang
diberikan.
Melalui lagu dan nyanyian untuk kanak-kanak, memberi ruang kepada
kanak-kanak untuk mengambil bahagian dalam aktiviti menyanyi. Terdapat
pelbagai jenis lagu dan nyanyian untuk kanak-kanak antaranya lagu permainan
seperti Enjit-enjit Semut dan Nenek Si Bongkok Tiga , lagu rakyat seperti Anak
Itik Tok dan Jong-jong Inai, dan lagu- lagu aksi seperti Tanya Sama Pokok
dan Pak Mamat Ada Kebun. Keupayaan kanak-kanak membuat inovasi
terhadap lirik lagu dan membuat gerakan-gerakan yang sesuai semasa menyanyi
menonjolkan estetika mereka. Daya imaginasi kanak-kanak dapat dikembangkan
apabila mereka melakukan gerakan-gerakan atau lakaran-lakaran yang sesuai
mengikut tempo atau mud lagu. Gerakan-gerakan yang terhadap rentak irama
yang diperdengar atau dinyanyikan menonjolkan estetika respon.

2. TARIAN DAN PERGERAKAN KREATIF


Tarian adalah gerak tubuh manusia. Melalui gerak tubuh, manusia mampu untuk
meluahkan perasaan dan pengalaman kepada orang lain. Tarian mengandungi
segala gerakkan tubuh badan yang mempunyai unsur-unsur keindahan. Seni tari
ini dapat dilihat pada pergerakan tangan, kaki, badan, mata dan anggota tubuh
badan yang lain.
Menurut C.Sachs yang merupakan ahli sejarah tarian dan muzik Jerman,
beliau mendefinisikan seni tari sebagai gerakkan berirama. Seni tari merupakan
pengucapan jiwa manusia melalui gerak-geri berirama yang indah. Terdapat
pelbagai jenis tarian sama ada tarian asli atau pun tarian yang dipengaruhi oleh
unsur-unsur moden.
Kanak-kanak mempunyai keinginan semua jadi terhadap rentak dan
irama, penghargaan estetika terhadap pergerakan berirama dan mempunyai
kemampuan kreativiti yang semulajadi. Potensi pergerakan kanak-kanak boleh
dirangsang melalui ritma dan pelbagai bentuk tari. Kanak-kanak mempunyai
lebihan tenaga untuk bergerak dan sentiasa aktif. Salah satu cara untuk
18

memuaskan keinginan untuk bergerak ialah menerusi tarian. Kanak-kanak dapat


menikmati kepuasan melalui gerak-geri yang berentak dan berirama dalam
tarian.
Aktiviti tarian dan pergerakan kreatif melibatkan pemikiran dan gerak geri
kreatif. Aktiviti- aktiviti yang dijalankankan melibatkan pergerakan fizikal untuk
perkembangan motor kasar dan motor halus kanak-kanak. Gerakan kreatif dalam
tarian dan pergerakan mebabitkan koordinasi dan kepantasan fizikal kanakkanak. Ia melatih kanak-kanak menginterpretasikan pergerakan anggota atau
tubuh dengan pantas dan cekap. Aktiviti tarian dan pergerakan kreatif yang
dilaksanakan oleh guru dapat mendorongkan kanak-kanak menggunakan
sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan
menyelesaikan masalah. Hasilnya, kanak-kanak dapat bergerak mengikut
melodi, sensitif dengan mud lagu serta meningkatkan persepsi estetika terhadap
seni
Tarian dan pergerakan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak
untuk berkarya secara kreatif. Aktiviti tarian memberi peluang kepada kanakkanak untuk mengenali dan mengambil bahagian dalam tarian yang terdiri
daripada pelbagai budaya Malaysia. Aktiviti pergerakan kreatif pula memberi
peluang kepada kanak-kanak bergerak secara kreatif untuk menunjukkan
pergerakan badan, ruang, masa dan tenaga dalam persembahan. Aktiviti tarian
dan pergerakan kreatif kanak-kanak memerlukan kanak-kanak berimaginasi dan
berfikir secara kreatif dalam pergerakan dan mencari kepuasan dalam
persembahan.

7.0 PENUTUP

Seni visual dan seni persembahan memberikan satu lagi teknik pengajaran kepada
guru-guru di sekolah bagi menzahirkan idea-idea kreatif para pelajar.Penggunaan
elemen seni dalam pengajaran menjadikan pembelajaran sesuatu yang
menyeronokkan dan memberikan peluang kepada kanak-kanak menunjukkan bakat
dan daya kreativiti. Kanak-kanak yang berpeluang menjalankan kegiatan seni ini
lebih bermotivasi, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, lebih mudah berkarya dan
mempunyai sikap positif. Mereka dapat meluahkan idea dan perasaan semasa
aktiviti yang dijalankan. Oleh sebab itu, pihak sekolah sepatutnya tidak
meminggirkan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik di
sekolah. Hal ini kerana seni dalam pendidikan mampu mendorong minda kanakkanak agar lebih kreatif, lebih imaginantif, berkeyakinan dan berdaya maju.

19

BIBLIOGRAFI
Abu Bakar Nordin Dan Ikhsan Othman. (2003). Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum.
Perak: Quantum Books.
Dokumen Standard KSSR Dunia Seni Visual Tahun 1 , Tahun 2, Tahun 3
Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2013)
Ee Ah Meng, Murid dan Proses Pembelajaran ( Asas Pendidikan 2 ) ( 1995 ),
Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd, Kuala Lumpur.
Hasan Langgulung. 1997. Kreativiti & Pendidikan : Suatu Kajian Psikologi &
Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Iberahim Hassan. (2001). Pendidikan Seni Di Malaysia: Antara Harapan Dan


Kenyataan dalam Seminar Pedagogi Pendidikan Seni Visual. Tanjong Malim, UPSI
Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pusat Perkembangan Kurikulum, (1990). Falsafah Pendidikan Negara. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa Dan PustakaMubin

Laman Web
https://www.facebook.com/AktivitiKreatifTaska/posts/405561556171848
http://www.lmsipda.net/ppg_lms/file.php/1/PRA3102/PRA3102_05_Asas_Pengajian_Kuriku
lum_Dan_Model_Prasekolah.pdf
http://www.slideshare.net/sifatpgsr/buku-panduan-kreativiti-11853042

20

You might also like