You are on page 1of 23

1

RIS

PEMARKAHAN

SEMESTER 1 SESI 2010/2011


KOD & NAMA KURSUS

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015


KAA3033 PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
TAJUK TUGASAN 2

Tadika Berkualiti

DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. MATRIK

PUSAT PEMBELAJARAN: UPSI01(A141PJJ)


NO UNTUK DIHUBUNGI:
NAMA TUTOR E-LEARNING:
TARIKH SERAH: 15 November 2014

Isi kandungan
Bil
1.

Isi Kandungan
Pengenalan

Muka surat
34

2.

Keselamatan di luar taska

56

3.

Keselamatan di dalam taska

78

4.

Pemakanan/nutrisi

9 12

5.

Kakitangan

13 14

6.

Lokasi

14

7.

Kurikulum

15 16

8.

Pedagogi

17 18

9.

Bahan Bantu Mengajar

19 20

10.

Perancangan Tahunan

21

11.

Penutup

22

12.

Bibliografi

23

Pengenalan.
Bagi tujuan tugasan 2 ini, saya memilih untuk memfokuskan tadika dalam penulisan
yang bertajuk Tadika berkualiti.
Tadika merupakan singkatan daripada Taman Didikan Kanak-Kanak. Takrif tadika tidak
dinyatakan dengan jelas dalam Akta Pendidikan 1961. Walau bagaimanapun pengurusan tadika
boleh difahamkan sebagai mana-mana premis yang menerima masuk lebih dari 4 orang kanakkanak berumur 4 hingga 6 tahun untuk tujuan menerima pendidikan dengan upah. Matlamat
utama pendidikan di peringkat tadika ialah sebagai persediaan awal ke alam persekolahan formal
apabila kanak-kanak tersebut berumur 7 tahun. Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
(2003), pendidikan pra-sekolah didefinisikan sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam
persekolahan diperingkat sekolah rendah. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang
berkesan, bermakna dan mengembirakan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran,
keyakinan diri dan sikap positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal
dan pendidikan sepanjang hayat. Menurut Rohaty Mohd Majzub (2003), pendidikan prasekolah
adalah tahun-tahun kritis dan asas kepada peringkat pendidikan selanjutnya serta menentukan
kejayaan hidup seseorang individu. Pendidikan prasekolah juga adalah satu program yang
menyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun
dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal.
Program pendidikan pra-sekolah di Malaysia telah mula diperkenalkan pada era1950-an
dan berkembang dengan pesat bermula pada tahun 1960. Konsep penubuhan tadika pada asalnya
adalah bagi menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara 4
hingga 6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan,menguasai
kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan memasuki ke alam persekolahan
di peringkat rendah. Program ini dirancang sebagai pendidikan untuk pertumbuhan dan
perkembangan jasmani dan rohani kanak-kanak di luar lingkungan keluarga sebelum memasuki
pendidikan dasar. Akta Pendidikan 1996 yang diluluskan telah memberi satu perubahan yang
signifikan bagi pendidikan tadika atau prasekolah. Pendidikan tadika atau prasekolah telah
dimasukkan kedalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Peruntukan Akta ini memberi penekanan
kepada pendidikan tadika bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur 4 hingga 6 tahun.

Perubahan dasar ini menunjukkan Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa


menumpukan usaha untuk mengekal dan mempertingkatkan kualiti pendidikan tadika. Selain itu,
pendidikan tadika

juga merupakan pendidikan asas yang penting bagi kanak-kanak dalam

perkembangan hidup seseorang individu selepas menerima pendidikan di rumah. Ia merupakan


pendidikan awal yang dapat menarik minat dan menyemai perasaan cintakan ilmu pengetahuan
dan sukakan sekolah dikalangan kanak-kanak. Oleh sebab itu guru tadika perlu mempunyai
pengetahuan yang luas mengenai pendidikan tadika

yang merangkumi aspek-aspek

perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran dan pembelajaran pentadbiran pusat tadika dan
aspek-aspek lain yang berkaitan dengan pendidikan tadika. Perkembangan pertumbuhan tadika
yang tidak terkawal menyebabkan pelbagai pendekatan, hala tuju dan kurikulum digunakan
dalam pendidikan tadika. Sehingga kini belum ada tanda aras atau standard khusus yang sesuai
dengan keperluan budaya dan adat resam kita sendiri.
Program yang sedia ada ialah program pendidikan awal kanak-kanak yang berasaskan
sistem Montessori atau Regio Emilio atau lain-lain yang diadaptasi daripada luar. Kurikulum
Pendidikan prasekolah dirangka dengan teliti bagi memenuhi keperluan dan tahap keupayaan
kanak-kanak berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Mulai tahun 2002,semua pusat
pembelajaran kanak-kanak sama ada diuruskan oleh Kementerian Pelajaran mahupun
dikelolakan oleh pihak swasta mestilah mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan dan
disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Keselamatan diluar tadika


Taman Permainan
Setiap tahun, anggaran 250,000 kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah di Amerika
Syarikat mengalami kemalangan di taman permainan dan memerlukan rawatan kecemasan. Di
Malaysia, dianggarkan 3000 kes kemalangan berlaku di taman permainan setiap 3 bulan.
Kemalangan selalunya melibatkan kanak-kanak berumur di antara 5-9 tahun. Kemalangan yang
kerap dilaporkan melibatkan kawasan permukaan taman kanak-kanak. (Rujukan : Kemalangan
Epidemiology di Malaysia).
Kemalangan kanak-kanak ini boleh berlaku jika mereka jatuh di sebabkan peralatan
permainan dari tempat tinggi. Kes jatuh ini merangkumi 75% daripada kemalangan adalah di
taman permainan. Kecederaan yang sering berlaku ialah terhantuk , terlanggar peralatan
permainan atau rakan-rakan ,terluka atau tercalar ketika sedang bermain.. Peralatan permainan
yang kerap dikaitan dengan kemalangan adalah permaianan buaian, "monkey bars", gelungsor
dan jongkang-jongkit. Alat permainan diperbuat daripada bahan plastik boleh mengurangkan
risiko kecederaan.
Sebagai tadika berkualitiu taman permainan kanak-kanak mesti dijaga dengan baik,
tanpa bucu-bucu yang tajam atau bergeriji,tiada tapak permukaan yang terbiar dan tiada peralatan
yang telah lusuh atau hilang. Besi, getah, plastik atau kayu dipastikan diperkemas dan tidak
mereput. Permukaan alatan permainan diselenggara dengan baik dan bebas dari bucu-bucu
tajam. Semua peralatan dipasang selamat dengan permukaan tanah. Semua peralatan sentiasa
perketatkan supaya tiada yang longgar.
Ketinggian peralatan tidak lebih dari 8 kaki, dan jika lebih, "guard-rails" (tinggi di antara
38 inci) perlu dipasang. Permukaan untuk jatuh merangkumi 6 kaki mengelilingi peralatan
permainan terutama di bawah dan di antara buaian atau gelungsor. Elakkan permukaan yang
dibuat daripada "asphalt", konkrit, rumput dan tanah. Di antara permukaan yang selamat ialah
pasir yang mempunyai kedalaman 10 inci atupun di alas dengan karpet yang diperbuat daripada
bahan fiber .

Tandas
Lantai di dalam tandas

sentiasa bersih dan kering. Guru dan pembantu sentiasa

memastikan paip air, sinki dan pam tandas berfungsi dengan baik. Tiada bahan-bahan pencuci
bertoksik yang disimpan di dalam tandas. Kanak-kanak disediakan alas kaki yang sesuai untuk
ke tandas agar kanak-kanak tidak jatuh ketika di tandas. Saiz tandas yang bersesuaian dengan
saiz kanak-kanak boleh mengelakkan kecederaan. Kebersihan tandas diutamakan sama penting
dengan kebersihan di dalam bilik belajar.
Kaki lima
Keselamatan di kaki lima juga tidak diabaikan.Semua longkang adalah bertutup. Segala
alatan yang rosak diletakkan di kawasan yang berasingan dan jauh dari perhatian kanak-kanak.
Di kaki-kaki lima sebaiknya dielakkan meletakkan pasu-pasu bunga yang

mungkin akan

mencederakan mereka apabila terlanggar pasu-pasu yang ada. Kaki lima adalah bebas dari
sebarang benda yang dapat menghalang laluan.

Keselamatan di dalam tadika


Susun atur barang dapur
Kanak-kanak tidak dibenarkan masuk ke dapur kecuali dengan kebenaran guru atau
pembantu. Kawasan dapur adalah larangan bagi kanak-kanak. Ini kerana kanak-kanak akan
terdedah dengan peralatan-peralatan yang merbahaya seperti periuk nasi, cerek yang panas ,
dapur gas dan macam-macam lagi.Kanak-kanak diberikan pinggan mangkuk yang tidak mudah
pecah dan berkarat. Susunan pinggan mangkuk dan peralatan dapur terutamanya alatan tajam
seperti pisau perlu diletakkan di tempat yang sesuai. Pastikan wayar dan peralatan elektrik tidak
boleh dicapai oleh kanak-kanak. Penghadang keselamatan di pasang pada pintu dapur .Semua
tumpahan cecair dan kesan-kesan minyak pada lantai dilap dengan bersih.

Pembahagian ruang
Sebenarnya ruang taska dan tadika mempunyai asas yang sama dari segi pembahagian
ruang. Perbezaannya adalah keperluan mengikut tahap umur dan aktiviti yang dilaksanakan di
dalam premis. Pembahagian ruang yang dimaksudkan adalah ruang aktif, ruang bising, ruang
senyap, ruang kering, dan ruang basah. Perlu juga difikirkan ruang untuk aktiviti kumpulan kecil
dan kumpulan besar. Ruang-ruang ini mempengaruhi susun atur aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
Sebelum menyusun atur ruang perlu difikirkan keluasan ruang. Keluasan ruang
mempengaruhi susun atur ruang pembelajaran kanak-kanak.Bentuk keluasan ruang juga
mempengaruhi guru atau pengasuh yang mengajar. Contohnya, keluasan ruang berbentuk empat
segi sama menyukarkan untuk guru atau pengasuh menyusun atur alat dan bahan pengajaran.
Laluan trafik antara ruang terhad jika keluasan ruang empat segi sama itu kecil. Berlaku
kesesakan pergerakan antara ruang aktiviti pembelajaran. Peralatan dan bahan pengajaran dan
pembelajaran perlu di tempatkan mengikut kesesuaian ruang aktiviti pembelajaran. Tidak semua
bahan dan peralatan boleh dimuatkan di ruang aktiviti pembelajaran jika keluasannya sempit.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran disesuaikan mengikut pembahagian ruang aktiviti

pembelajaran. Jika terlalu sempit guru terpaksa membuat giliran untuk menjalankan aktiviti.
Walau bagaimana pun guru mudah membuat pemerhatian dan pengawalan tingkahlaku kanakkanak di ruang berbentuk keluasan empat segi sama.
Guru dan pembantu memberi perhatian sepanjang masa kepada kanak-kanak ketika
aktiviti berkumpulan. Alatan yang digunakan adalah tidak merbahaya. Contohnya gunting yang
hujungnya tidak tajam. Pintu utama dipasangkan jeriji agar kanak-kanak tidak keluar sewenangwenangnya. Peralatan tajam seperti pisau, gunting dan lain-lain diletakkan di tempat yang
selamat dan tinggi. Semua perabot berbucu bulat yang lebih selamat digunakan. Semua peralatan
elektrik diletakkan pada tempat yang selamat dan tersusun rapi. Terdapat peti pertolongan cemas
yang lengkap dan baru. Susun perabot adalah jauh dari tingkap,pilih perabot yang selamat
seperti bucu tidak tajam, stabil dan tidak berkaca

Pemakanan /nutrisi

Piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan
jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kanak-kanak prasekolah dan juga
orang dewasa setiap hari. Ia digunakan sebagai panduan dalam penyediaan makanan
sihat..Protein membina otot-otot. Badan kita tidak boleh menyimpan protein, Oleh itu kita perlu
mengambil protein didalam diet setiap hari. Sumber-sumber protein adalah produk tenusu,
daging, ikan, telur dan kekacang. Karbohidrat memberikan tenaga, iaitu "petrol" kepada badan
anda. Sumber-sumber karbohidrat adalah pasta, nasi, roti, kentang, buah-buahan, sayuran dan
bubur nasi. Lemak adalah sumber tenaga yang penting dan membantuk badan kita menyerap
vitamin tertentu. Kanak-kanak perlukan lebih lemak daripada orang dewasa kerana proses
tumbesaran mereka dan mereka lebih aktif daripada orang dewasa. Ada lemak yang baik dan
juga sebaliknya.
Oleh itu, apabila menyediakan makanan untuk kanak-kanak , gunalah minyak zaitun atau
minyak biji anggur.Mineral sangat penting untuk saraf dan otot berfungsi dengan baik.Mineralmineral yang perlu adalah Zink yang terdapat di dalam susu, daging, roti dan produk
bijirin,kalsium terdapat di dalam produk tenusu dan sayuran hijau dan juga besi yang terdapat di

10

dalam kebanyakan makanan seperti daging, hati dan sayuran hijau. Walaupun ia terdapat
dikebanyakan makanan, bukanlah mudah untuk kanak-kanak mendapatkan zat besi yang cukup.
Kita boleh memberikan kanak-kanak bijirin yang kaya dengan zat besi untuk menampung
keperluan zat ini pada kanak-kanak. Zat besi amat mudah meresap ke dalam badan dengan
hadirnya vitamin C, oleh itu tambahkan buah-buahan sitrus ke dalam bijirin anak anda.
Vitamin penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan kesihatan umum. Vitamin A penting
untuk kesihatan mata yang terdapat di dalam mentega, marjerin, ikan, hati, telur dan susu.
Terdapat juga di dalam buah-buahan sitrus, beri, kentang dan juga sayuran. Vitamin ini juga
terdapat di dalam ikan salmon dan juga minyak masakan.
Kanak-kanak mengambil banyak sayuran dan buah-buahan di dalam diet mereka seharian
tidak perlu mengambil sebarang makanan tambahan.Tetapi, berapa banyakkan hidangan yang
perlu disediakan daripada seksyen yang berbeza di piramid makanan. Mengikut model
pemakanan (plate model), 1/3 bahagian adalah untuk daging atau ikan, 1/3 adalah untuk sayuran
dan 1/3 adalah untuk pasta, nasi atau kentang. Akhiri diet kanak-kanak dengan pencuci mulut
atau buah beri.
Kepentingan mengikut peraturan makanan yang sepatutnya ialah memastikan pemberian
makanan yang bersih, berzat dan seimbang kepada kanak-kanak.. Ianya bagi menjamin
tumbesaran yang sempurna kanak-kanak dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta
mengelakkan penyakit. Amalan pemakanan berkhasiat dan seimbang dikalangan kanak-kanak
juga meningkat. Disamping itu juga, ianya dapat menyelaras dan menyelenggarakan pendidikan
kesihatan dan pemakanan secara langsung dan tidak langsung dan juga mengendalikan dan
mengamalkan tabiat sopan santun, disiplin, timbang rasa serta amalan-amalan murni yang
berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan dan kebersihan alam sekitar.
Cara penyediaan makanan kanak-kanak
Penolong guru tadika yang berkualiti hendaklah menyediakan dan memasak makanan
dan menghidangkan kepada kanak-kanak dengan mengikut peraturan yang ditetapkan. Bagi
kelas yang tidak dibenarkan memasak oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat atau pihak-pihak
lain, pembekal makanan boleh ditentukan seboleh bolehnya di kalangan ibu bapa kanak-kanak

11

tadika dengan memperolehi kelulusan dari Pejabat Perpaduan Negeri/Daerah/Bahagian. Selain


itu, oven/ketuhar boleh digunakan bagi memanaskan makanan yang ditempah/dibekalkan,
Penolong Guru tadika bertanggungjawab dalam memastikan kebersihan dalam proses
penyediaan dan pengendalian pemberian makanan kepada kanak-kanak untuk mengelak
keracunan makanan dan penyakit-penyakit berjangkit.
Aspek-aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam penyediaan dan pengendalian
pemberian makanan adalah seperti memilih makanan yang rendah lemak dan kurang manis.
Elakkan pengambilan kolesterol secara berlebihan dengan cara memberi kanak-kanak telur tidak
lebih satu biji satu hari secara purata dan memasak makanan laut tidak lebih dua kali dalam
seminggu.Lebihkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana makanan ini kurang
mengandungi lemak, mempunyai serat dan membekalkan vitamin dan zat-zat yang sangat
penting untuk kesihatan dan mencegah penyakit kanser ataupun penyakit kronik.Kanak-kanak
perlu digalakkan supaya tidak gemar kepada makanan yang masin kerana makanan masin boleh
mendatangkan kemudaratan kepada mereka.
Semasa hendak menyediakan makanan pastikan tangan dibasuh terlebih dahulu,gunakan
apron semasa memasak dan menyediakan makanan ,peralatan yang digunakan berada dalam
keadaan bersih ,sayuran dan buah-buahan hendaklah dibasuh sebelum dipotong , menempatkan
makanan di tempat yang bersih dan tertutup,membersihkan ruang memasak,sisa makanan
hendaklah dibuang dengan cara yang bersih dan selamat.Semasa memasak, pastikan tukang
masak berada dalam keadaan bersih.
Untuk mengekalkan khasiat makanan, jangan potong bahan mentah terlalu kecil,mesti
dipotong sejurus sebelum dimasak,ayam dan daging dipotong sederhana besar,makanan yang
hendak disimpan di peti sejuk hendaklah diasingkan mengikut rasanya , tutup periuk atau kuali
semasa memasak dan gunakan air yang sedikit ketika merebus makanan.
Bagi tujuan penjagaan kebersihan dan suasana semasa makan pastikan kanak-kanak
membasuh tangan sebelum dan selepas makan , peralatan yang digunakan hendaklah
bersih, kanak-kanak pula tidak berkongsi peralatan dan makanan. Ruang makanan hendaklah
kemas dan bersih. Sebagai permulaan galakkan kanak-kanak membantu semasa menyedia dan
menghidangkan makanan sebelum dan selepas makan. Semasa kanak-kanak makan, guru dan

12

pembantu guru sentiasa bersama kanak-kanak untuk memastikan kanak-kanak makan dengan
cara dan adab yang betul. Selepas makan, galakkan kanak-kanak menggosok gigi mereka.

13

Kakitangan
Pengusaha
Pengusaha tadika tidak sahaja menumpukan kepada pembangunan fizikal. Bangunan
kelihatan cantik tetapi kurikulum dan guru yang mendidik kanak-kanak perlu diberi perhatian.
Sebelum menceburkan diri dalam perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak persediaan
melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan sangat diperlukan. Tidak memadai hanya dengan
menghadiri kursus sedangkan tanggungjawab sebenar adalah memikul kepercayaan yang diberi
oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka sama ada di taska ataupun di tadika.
Guru
Keutamaan terhadap kualiti sesebuah tadika salah satunya bergantung kepada kualiti
guru. Persediaan sebagai guru tadika adalah melengkapkan diri dengan pendidikan dalam bidang
yang diceburi. Di negara maju kelayakan guru tadika telah jauh meninggalkan kita. Ada di
kalangan guru di negara maju pemegang ijazah kedoktoran dan ramai yang pemegang ijazah
sarjana. Seharusnya pendidik di negara kita tidak selesa dengan keadaan pengalaman sahaja.
Tidak salah untuk meningkatkan keilmuan dan sekurang-kurangnya jurang pemisah akademik
dapat dikurangkan supaya kita tidak ketinggalan jauh ke belakang.
Seorang guru prasekolah

mesti berkelakuan baik dan berfikir dengan cara yang

berbeza daripada guru sekolah rendah. Guru prasekolah perlu mempunyai keyakinan diri
untuk berbuat sesuatu, cekap dalam pengetahuan, kemahiran dan kepakaran dalam ilmu
pengetahuan. Guru perlu menunjukkan model yang baik .
If we want them to treat ech other with courtesy and dignity, then we must do the
same to them. ( Betty 2004 )
Guru mestilah melakukan perkara-perkara yang positif seperti bercakap dengan lemah
lembut,biar kanak-kanak tahu yang guru memuji apa yang baik mereka lakukan dan beri ucapan
salam atau selamat pagi kepada kanak-kanak secara individu supaya kanak-kanak tahu mereka
dihargai dan memang istimewa,guru menunjukkan cara adab yang baik . Sebagai contoh guru
tidak boleh duduk di atas meja atau minum sambil berjalan.

14

Jika disoal apakah kualiti guru yang berkesan untuk kanak-kanak, tentu banyak jawapan
yang diberikan. Di antara kriteria yang penting ialah mudah didekati, peka, bertenaga, jenaka,
fleksibel, atau sabar (Feeney &Chun,1985, Katz, 1984).
Pembantu guru
Pembantu tadika yang telah dilantik oleh kerajaan adalah menjadi ahli dan rakan sejawat
kepada anda dalam melaksanakan aktivitiaktiviti di prasekolah. Pengurus yang menentukan
senarai tugas yang perlu dilakukan setiap hari di tadika. Antara tugas yang yang mesti dilakukan
oleh pekerja adalah seperti mempastikan tadika sentiasa bersih dan kemas di dalam dan di luar
bilik darjah. Contohnya mengelap lantai bilik darjah setiap hari selepas kanak-kanak
meninggalkan bilik darjah dan memasak makanan mengikut menu yang anda ditetapkan pada
setiap hari. Guru akan memastikan makanan yang dimasaknya sentiasa bersih dan cara masak
yang sesuai dengan selera kanak-kanak iaitu tidak pedas dan elakkan keracunan makanan.

Lokasi
Tadika perlu disediakan di setiap kawasan penempatan iaitu satu tadika bagi setiap unit
perumahan yang mempunyai

lebih kurang 2,500 orang penduduk. Lokasi Tadika dengan

kawasan kediaman adalah dalam jarak berjalan kaki 0.2 km hingga 0.4 km atau 5 minit masa
berjalan kaki.

15

Kurikulum
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan merangkumi aspek-aspek yang diperlukan
dalam perkembangan kanak-kanak yang universal iaitu perkembangan bahasa dan komunikasi,
perkembangan kognitif,kerohanian dan moral, sosioemosi, fizikal dan kreativiti dan estetika.
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan memberi penekanan kepada komponen Bahasa dan
Komunikasi sebagai usaha untuk meningkatkan literasi murid dalam bahasa, kemahiran
berinteraksi dan komunikasi serta membina keyakinan murid untuk menghadapi pelbagai
cabaran dalam era globalisasi dunia. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal
dengan memberikan penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang
patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam
tahun.Standard kandungan dan standard pembelajaran berpaksikan pengetahuan,kemahiran asas
serta nilai dalam enam tunjang pembelajaran iaitu komunikasi , kerohanian, sikap dan nilai ,
kemanusiaan , Sains dan teknologi , Perkembangan fizikal dan estetika dan juga ketrampilan diri.
Perancangan dan penggubalan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan berlandaskan prinsip Rukun
Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai pendokong matlamat dan wawasan negara.
Pendekatan pembelajaran yang fleksibel dan suasana pembelajaran yang selesa,selamat dan ceria
dapat menggalakkan naluri ingin tahu, perasaan suka meneroka dan menjelajah serta memberi
pengalaman baru kepada kanak-kanak.
Kurikulum PERMATA
Kurikulum PERMATA telah dirancang dengan mengambil kira semua aspek
perkembangan seperti yang tersebut di dalam definisi di atas dan ianya adalah berfokus kepada
pembinaan kualiti individu kanak-kanak berumur 0-4 tahun. Kurikulum PERMATA
menyediakan garis panduan kepada pendidik dan pengurus TASKA atau Pusat Anak PERMATA
Negara (PAPN), mengenai asuhan dan didikan awal kanak-kanak bagi meningkatkan
kecemerlangan potensi kanak-kanak berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum ini
mencakupi aspek kaedah berinteraksi dengan kanak-kanak, pengalaman pembelajaran yang
maksimum, kaedah asuhan secara holistik, panduan merancang aktiviti untuk mentaksir

16

perkembangan kanak-kanak, dan mengadakan kerjasama erat dengan ibu bapa serta ahli keluarga
dan masyarakat.
Kurikulum Montessori
Kaedah Montessori adalah suatu pencapaian untuk mendidik kanak-kanak berasaskan
penyelidikan dan pengalaman doktor dan pendidik Itali. Ia berpunca dari penemuan Dr.
Montessori (18701952). Dari apa yang di kaji sebagai "sifat biasa benar kanak-kanak" ,kanakkanak diberikan kebebasan dalam suatu persekitaran dan bahan-bahan yang disediakan direka
bentuk kearah aktiviti belajar diarah sendiri.

17

Pedagogi
Menurut kajian Grace (1992) dalam Surayah Zaidon (2003), dalam pendidikan
prasekolah,kaedah yang selalu digunakan untuk mentaksir pelajar adalah dengan menggunakan
portfolio iaitu rekod proses pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak. Proses pembelajaran
boleh direkod melalui portfolio kerana kandungan portfolio mampu menunjukkan apa yang telah
dipelajari bagaimana kanak-kanak mempelajarinya dan bagaimana kanak-kanak berinteraksi
dengan orang lain dalam menyempurnakan tugasan mereka. Menurut Surayah Zaidon (2003)lagi,
portfolio Kanak-kanak Prasekolah merupakan satu dokumentasi penting yang dapat
menceritakan dan memerihalkan perkembangan kanak-kanak sepanjang mengikuti program
prasekolah. Oleh sebab itu portfolio seharusnya digunakan sepenuhnya dalam menilai
perkembangan yang dialami oleh kanak-kanak. Namun, didapati pelaksanaannya sekadar
sebagai satu fail untuk mengumpul hasil kerja kanak-kanak. Ini merupakan satu kerugian yang
besar bukan sahaja kepada kanak-kanak tetapi juga keseluruhan pelaksanaan program
prasekolah. Pelaksanaan portfolio yang bertepatan adalah penting bagi menjamin perkembangan
kanak-kanak dinilai dengan berkesan dan dapat membantu perkembangan kanak-kanak
Manakala menurut kajian Seefeldt (1990), kanak-kanak mempunyai repertoir tingkahlaku
yang terhad untuk ditafsir dan tidak dapat menggunakan bahasa dengan tepat untuk menerangkan
pengalaman yang dialami. Kaedah lain seperti rujukan norma atau penggredan melalui ujian
bertulis tidak digunakan kerana tidak sesuai untuk pelajar prasekolah yang tidak berupaya
menggunakan bahasa yang tepat untuk menerangkan pengalaman atau pembelajaran yang
dialami dan repetior tingkah laku mereka terhad. Seseorang guru prasekolah tidak wajar
memberikan soalan ujian berbentuk esei kepada pelajarnya kerana penilaian berbentuk esei tidak
boleh membantu dalam merangsang idea kana-kanak dan dikhuatiri akan memberi tekanan
kepada mereka. Perkara sebegini seharusnya dielakkan kerana ianya boleh merencatkan proses
perkembangan idea dan bahasa kanak-kanak.
Pendekatan seperti penggunaan portfolio lebih sesuai dan praktikal untuk kanak-kanak
prasekolah. Satu kajian oleh Nor Hashimah dan Khadijah (2000) menunjukkan guru tidak
mempunyai masa membuat penilaian formatif terhadap pelajar ketika perlaksanaan Pendidikan
Islam dan Moral di peringkat prasekolah. Oleh kerana guru banyak memberi tumpuan pada
persediaan dan perlaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah, pemerhatian, senarai semak dan rekod

18

individu jarang dilakukan. Hal ini kerana para ibu bapa lebih menekankan pencapaian akademik
dan kognitif pelajar seperti asas perkiraan dan bahasa. Keadaan ini juga menyebabkan aspekaspek yang menunjukkan perkembangan kanak-kanak seperti perkembangan sahsiah dan sikap
pelajar tidak menyeluruh perlaksanaannya dan hanya dibincangkan bersama ibu bapa yang
berminat terhadap perkembangan anak-anak mereka. Bagi melaksanakan penilaian ini juga, para
guru perlulah mempunyai kemahiran yang cukup dan cekap dalam pemerhatian terhadap pelajar.
Pencapaian dan penilaian kanak-kanak di tadika berkualiti banyak menggunakan kaedah
penilaian semasa dan penilaian secara akademik melalui ujian ujian yang ditaksirkan.
Disamping melihat kepada perkembangan diri kanak-kanak, perkembangan intelek juga diuji
untuk menguji minda serta kemahiran murid.

19

Bahan bantu mengajar


Bahan Bantu Mengajar merupakan kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk
membantu dalam proses menyampaikan pengajaran pembelajaran. Bahan Bantu Mengajar
merangkumi semua benda yang boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai,
dihidu, digunakan dan sebagainya .Terdapat tiga jenis bahan bantu mengajar iaitu bahan bantu
mengajar

bukan

elektronik,bahan

bantu

mengajar

berbentuk

elektronik

dan juga bahan bantu mengajar bercorak pengalaman.Contoh Bahan Bantu Mengajar Bukan
Elektronik ialah papan tulis , buku teks, papan pamer,.fail tegak dan bahan bacaan,gambar,kad
imbasan atau kad cantuman, carta, grafik, papan pengajaran,model,boneka, dan diorama.Contoh
bahan

bantu

mengajar

berbentuk

elektronik

pula

ialah

Overhead

projector

(OHP), traspirensi,slide, radio,televisyen dan VCR,tayangan filem dan komputer.Bahan-bahan


bercorak pengalaman dan bahan sebenar dari alam sekitar
Bahan-bahan bercorak pengalaman adalah seperti lakonan, pantomin, lawatan dan projek
pameran. Ini

dapat mengekalkan keberkesanan pengetahuan dan

pemahaman kerana

melibatkan murid-murid secara langsung. Bahan daripada alam sekitar yang dikelaskan sebagai
bahan tiga dimensi terbahagi kepada beberapa kumpulan seperti bahan bukan hidup seperti batu,
tanah, pasir, air,dan logam.Bahan buatan pula ialah seperti kerusi, jam, dan permainan.
Benda hidup pula adalah seperti ikan, katak, nyamuk, dan rama-rama.
Pembelajaran memerlukan rangsangan dan kecerdasan pemikiran. Rangsangan yang
diterima daripada alam sekeliling menjadi bahan untuk diproses oleh kecerdasan dan yang
kemudiannya akan lahir sebagai pengetahuan dan pengalaman. Sungguhpun rangsangan dalam
alam sekeliling ini amat banyak tetapi tidak semua rangsangan itu dapat diterima atau ditanggapi
oleh manusia.
Rangsangan yang sukar diterima tidak akan dapat diproses dan tidak akan menjadi
pengalaman. Oleh yang demikian, kecerdasan walau bagaimana baik pun ia, jika kurang
mendapat rangsangan, ianya tidak akan menghasilkan perkembangan kecerdasan dan
pengalaman yang berkesan.Peranan guru tadika dalam menentukan bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran sangat penting. Ini adalah kerana bahan-bahan itu merupakan media yang mampu
mewujudkan rangsangan dan yang kemudiannya akan bertindak memperkembang kecerdasan
dan pengalaman.

20

Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran kadangkala dianggap sebagai media


pengajaran atau media yang boleh membantu guru dan membolehkan para pelajar
mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta membentuk sikap yang baik. Proses
penilaian dan pemilihan bahan-bahan yang diperlukan untuk memenuhi hasrat ini bukanlah satu
kerja yang mudah. Kerja ini melibatkan kerja-kerja penyuntingan bahan supaya ianya sesuai
dengan objektif pengajaran yang seharusnya selaras dengan kehendak dan matlamat Sukatan
Pelajaran dan Objektif Pendidikan Negara secara keseluruhannya.
Untuk menyediakan bahan-bahan yang sesuai dalam sesuatu situasi pengajaran
dan pembelajaran itu, guru hendaklah memproses bahan-bahan tersebut sebelum ianya
digunakan. Beberapa langkah boleh digunakan, umpamanya proses memilih, mengolah,
membina, menggunakan dan menilai. Proses ini merupakan satu proses yang berterusan dan
ianya harus dilakukan berdasarkan kriteria pemilihan bahan yang telah ditetapkan. Proses
penyediaan

bahan-bahan

pengajaran

mudah, jelas dan difahami oleh kanak-kanak ,mesej


kanak

, menolong

interaksi

yang

aktif

membantu memokuskan perhatian

dan

pembelajaran

yang

dapat

antara

ditafsir

pelajar

murid

dan

mestilah
oleh

kanak-

guru,dapat
dan

menunjukkan kesinambungan idea dan keharmonian.


Kesemua bahan bantu mengajar digunakan dalam pengajaran di tadika. Setiap kali
pengajaran bahan bantu mengajar akan dipelbagaikan untuk mendapatkan kesan yang sempurna
kedalam diri kanak-kanak tadika. Bahan yang berbentuk ICT diutamakan untuk persediaan
kepada era yang lebih kepada bahan teknologi maklumat yang canggih.

21

Perancangan tahunan
Tadika yang berkualiti sentiasa peka dengan takwim aktiviti yang telah dirancang dari
mula hingga akhir persekolahan. Perancangan aktiviti yang baik dan bermakna memberi kanakkanak pembelajaran serta pengalaman yang bermakna.Antara aktiviti tahunan yang diadakan
adalah bermula dari hari pentaftaran, hari orientasi, hari sukan, sambutan hari jadi, lawatan dan
juga aktiviti sambutan mengikut perayaan semasa.Perancangan yang baik menjadikan tadika
tersebut berkualiti dan mampu menarik minat ibu bapa yang lain menghantar ank mereka
ketadika itu lagi.

22

Penutup
Sebagai tadika berkualiti, pelbagai jenis barang-barang dan aktiviti yang menarik perlu
disediakan, supaya kanak-kanak tersebut dengan bebasnya boleh memilih aktiviti-aktiviti yang
mereka ingini, kerana sebagaimana yang diketahui, aktiviti-aktiviti yang berbeza akan menarik
minat kanak-kanak yang berbeza. Barang-barang permainan dan lain-lain benda mestilah
mencukupi dan selamat kepada kanak-kanak. Benda-benda berbahaya seperti objek-objek tajam
mestilah disimpan jauh dari capaian kanak-kanak.Sebagai tambahan, adalah perlu juga ruang
yang mencukupi untuk kanak-kanak bergerak dengan bebas, kerana kanak-kanak biasanya
belajar dengan cepat melalui penjelajahan benda-benda secara aktif di persekitaran
mereka.Persekitaran luaran juga sama pentingnya. Ia mestilah dipagar, selamat dan teduh, supaya
kanak-kanak dapat bermain diluar sekurang-kurangnya untuk satu tempoh masa yang tertentu
setiap hari. Persekitarannya mestilah kemas dan bersih, dan rumput telah dipotong. Jika terdapat
beberapa jenis pokok dan tumbuhan yang ditanam, ia bukan sahaja memberi keteduhan tetapi
boleh juga membantu kanak-kanak tersebut belajar mengenai alam sekitar.Perlu juga ruang yang
cukup untuk pelbagai jenis permainan pada yang dijaga dengan baik, yang mana memberikan
peluang kepada kanak-kanak untuk melatih kemahiran fizikal masing-masing. Peluang untuk
bermain pasir dan air juga seharusnya ada, kerana ia juga memberikan pengalaman pembelajaran
yang baik.Semua aspek perlu diperhatikan dengan teliti. Aspek keselamatan harus diutamakan
untuk menjadikan suatu tadika itu berkualiti.Jika salah satu aspek gagal dikendalikan dengan
baik, tadika berkualiti yang sepatutnya ada pada setiap tadika itu tidak dapat dilabelkan kepada
sesebuah tadika itu.

23

Bibliografi
Dr. Irene Leow.(2012).Bagaimana Memilih Sekolah Tadika yang Baik untuk Anak Anda:Bangi
Selangor.
Putri Zabariah, Bustam Kamri, Raja Hamizah(2005).Tadika Berkualiti.Bentong, Pahang:Penerbit
PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Saayah Abu (2007).Menjadi Guru Tadika: Bentong, Pahang.PTS Publication & Distributors, Sdn
Bhd.
Rohaty Mohd Majzub(2003).Pendidikan Prasekolah:Cabaran Kualiti.Selangor.Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Nadiatul Hamid (2012).Mendalami Karenah Kanak-kanak.Berita Harian
Ashikin Hashim(November,2014) 7 Sifat guru tadika terbaik yang ibubapa mahu.Majalah Asuh.

You might also like