You are on page 1of 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

(Mengikut Model ASSURE)


Nama Guru

Tamilselvi A/P Nadarajah

Mata Pelajaran

Reka Bentuk Teknologi

Kelas

Tahun 5

Tarikh

11 Mac 2015 (Rabu)

Masa

10.00pagi 11.00pagi

Bilangan Murid

20/20

Tajuk

Membaiki pakaian

Hasil Pembelajaran

Aras 1:1)

Murid dapat mengenal pasti alatan dan bahan


jahitan.

2)

Murid dapat menyatakan kegunaan alatan jahitan.

3)

Murid dapat menyatakan kegunaan jahitan asas.

4)

Murid dapat mengenalpasti dan menjahit jahitan


asas seperti jelujur halus dan jahitan kia.

Analisis Pelajar

Ciri Umum Pelajar

Murid-murid
tinggal

Pengetahuan Sedia
ada

Murid-murid

Gaya
Pembelajaran

pernah Murid-murid

di melihat jahitan asas cenderung ke arah

kampung atau dalam

kehidupan gaya pembelajaran

taman

seharian

perumahan.

tukang jahit menjahit kumpulan (sumbang


kain.

Berada dalam
kumpulan
sederhana
dari

segi

pencapaian
akademik.

seperti visual dan

aktiviti

saran
perbincangan)

dan

Menyatakan
Objektif

Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:1. Menamakan 3 jenis alatan/bahan jahitan dan kegunaan.
2. Menyatakan 2 jenis jahitan asas dan 2 kegunaannya.
3. Menjahit 2 jenis jahitan asas dengan kemas.

Memilih Kaedah,
Media, dan
Sumber

Kaedah

Media

Alat dan bahan


sumber yang

Kuliah,

sumbang Tayangan

saran, perbincangan

video,

diperlukan

Power point
Komputer,

LCD,

Alatan jahitan, Kain


koyak, Kad gambar
(Sampel

jahitan

asas)

Menggunakan
media dan
bahan

Bahan yang digunakan ialah satu klip video yang tempoh


tayangannya selama 5 minit. Video ini berjudul proses menyedia
dan menjahit jahitan asas bagi topik membaiki pakaian Reka Bentuk
Teknologi. Ia mengandungi montaj, gambar pegun, bahan grafik,
rakaman video (lakonan), teks dan audio.

Melibatkan
pelajar

Set Induksi : (5 minit)

1. Guru menunjukkan kain yang koyak kepada murid.


2. Guru menanyakan beberapa soalan tentang kain koyak yang
dipegangnya.
3. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai perasaan mereka
apabila melihat kain koyak yang ditunjukkan.
4. Apabila murid menjawab soalan guru dengan tepat, guru
memulakan aktiviti pengajaran hari ini.

Langkah 1 : (10 minit)

1. Guru menanyakan tentang alat-alat jahitan yang digunakan


untuk menjahit.
2. Murid akan menjawab soalan guru dan akan membetulkan
jawapan murid dengan menunjukkan alatan jahitan yang
dibawa oleh guru.
3. Guru dan murid akan membincangkan nama alatan jahitan
dan fungsinya

Langkah 2 : (10 minit)

1. Guru

memperkenalkan

mata

jahitan

asas

dengan

menunjukkan sampel-sampel sebenar jahitan pada fabrik.


2. Guru menerangkan kegunaan jahitan asas kepada murid.
3. Diminta semua murid memberitahu 1 daripada 7 jahitan asas
dengan kegunaannya.

Langkah 3 : (20 minit)

Aktiviti 1
1. Guru

menyampaikan

topik

pengajaran

dengan

menayangkan video yang berjudul langkah-langkah menjahit


2 mata jahitan asas kepada murid-murid. Iaitu, Jahitan kia
dan Jahitan jelujur halus.
2. Murid-murid diminta memerhati dan mencatatkan langkahlangkah untuk menjahit jahitan asas seperti yang ditunjukkan
dalam video yang ditayangkan.

Aktiviti 2
1. Guru akan mengagihkan kain, benang, dan jarum jahit
kepada setiap murid.
2. Guru akan meminta setiap murid menjahitkan jahitan kia dan
jahitan jelujur halus pada kain yang diagihkannya.

3. Setiap murid akan mengikuti langkah demi langkah menjahit


jahitan kia dan jahitan jelujur halus yang ditunjukkan dalam
video.

Langkah 4 : (10 minit)

1. Guru akan mengedarkan lembaran kerja kepada setiap


murid untuk memastikan keberkesanan pelajaran hari ini.
2. Guru akan membincangkan latihan yang diberi selepas
murid menyiapkannya.

Rumusan dan Penutup : (5 minit)

1. Guru membimbing murid membuat rumusan tentang tajuk


pelajaran hari ini dengan mengemukakan beberapa soalan
kepada murid.
2. Akhirnya,

guru

membuat

rumusan

mengenai

aktiviti

pengajaran dan pembelajaran pada hari ini.

Penilaian

Pencapaian murid dinilai dari,


Hasil catatan bagi Aktiviti 1 dan hasil menjahit jahitan asas
dalam Aktiviti 2
Lembaran Kerja

Penambahbaikan yang dibuat,


Guru perlu memantau dan membimbing murid untuk
menjahit dengan kemas.
Guru perlu memberitahu keselamatan tentang alatan jahitan
semasa aktiviti menjahit dijalankan.

You might also like