You are on page 1of 1

Refleksi Kertas Kerja

Muhammad Farhan Bin Nor Rahmat


Tugasan yang diberikan oleh pensyarah pembimbing bagi Kursus Kokurikulum
Olahraga ialah dengan membuat kertas kerja Kejohanan Trek dan Padang bagi sekolah
rendah. Tugasan ini telah diberikan secara berkumpulan.
Antara kekuatan yang saya dapati melalui penghasilan kertas kerja ini ialah saya
dapat menimba pengalaman baru dan mengetahui format yang betul untuk membuat kertas
kerja. Hal ini kerana, membuat kertas kerja bukanlah sesuatu yang baharu bagi saya,
namun penghasilan kertas kerja bagi Kejohanan Trek dan Padang ini telah banyak memberi
pengetahuan baharu lebih-lebih lagi untuk program melibatkan sukan seperti ini.
Seterusnya, antara kelemahan yang saya dapati melalui penghasilan kertas kerja ini
ialah kekurangan masa untuk menyediakan kertas kerja. Hal ini kerana, terdapat banyak
kerja kursus yang perlu kami siapkan ditambah lagi dengan penganjuran Kejohanan Trek
dan Padang membuatkan kami kesuntukan masa untuk membuat kertas kerja ini. Namun,
berbekalkan semangat yang tidak mudah berputus asa, kami telah bekerjasama dan
mengagihkan tugas kepada tugasan kecil agar kerja kami menjadi lebih mudah dan efisien.
Saya sangat berterima kasih kepada pensyarah pembimbing kami, Cik Lucy kerana
telah banyak memberikan tunjuk ajar dalam proses penyediaan kertas kerja ini. Ini kerana,
melalui penghasilan kertas kerja ini, saya telah mengetahui cara yang betul untuk membuat
kertas kerja lebih-lebih lagi apabila saya ditugaskan untuk membuat kertas kerja kejohanan
sukan apabila saya ditempatkan di sekolah kelak.
Akhir kata, saya rasa tugasan ini sangat-sangat membantu saya untuk menguruskan
sesuatu kejohanan olahraga di sekolah kelak. Tugasan ini secara jujurnya, menjadikan saya
lebih bersemangat untuk mempelajari lebih banyak kemahiran dan pengetahuan daripada
pensyarah-pensyarah yang mempunyai banyak pengalaman di institut ini. Hal ini sekali lagi
mendorong saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti serta mampu menjadikan
setiap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan sentiasa berkesan. Semua yang telah
saya fahami dan pelajari ini akan saya ingat dan praktikkan apabila menjadi guru kelak.

You might also like