You are on page 1of 7

TEKNIK MAIN PERANAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SASTERA dan

KESANNYA
Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Sastera.

Teknik ialah cara yang lebih khusus atau spesifik yang digunakan untuk mengajar
( atau menguji sesuatu kemahiran atau aspek bahasa. Ia boleh wujud dalam
bentuk aktiviti, strategi atau taktik, dan bahan atau alat yang berkaitan yang
menyokongnya. Seperti kaedah, teknik dipraktikkan di bilik darjah untuk tujuan
tertentu
dalam pengajaran bahasa. Teknik dicipta untuk membantu guru
menjayakan sesuatu kaedah pengajaran.
( Abd. Aziz Abd Talib 2000:29)

Saya telah memilih pelajar-pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan
Tunku Bendahara 06100 Kodiang, Kedah DarulAman sebagai model untuk mengajar
Kesusasteraan Melayu. Saya mengambil genre cerpen sebagai pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Tajuk cerpen yang diajar ialah “ Paku Payung dan
Limau Mandarin’ karya Azizi Hj. Abdullah. Untuk memberi kefahaman kepada
pelajar-pelajar tentang isi cerpen tersebut, saya telah menggunakan teknik Main
Peranan.

2.1 Main Peranan

Main Peranan merupakan satu situasi yang melibatkan pelajar memegang
sesuatu peranan sama ada sebagai dirinya sendiri atau individu lain, dan
kemudian bertindak atau beraksi sebagaimana yang dikehendaki oleh situasi yang
ditentukan. Main peranan sebagai individu lain sebagai amat sesuai dalam
penyesuaian teknik penggunaan bahan sastera. Main peranan sebagai individu
lain memerlukan pelajar memainkan peranan berdasarkan tokoh, pekerjaan,
kedudukannya dalam masyarakat atau pertubuhan tertentu.
Oleh kerana peranan yang diberikan berbeza dari pengalamannya yang sebenar,
para pelajar hendaklah diberi peluang menyediakan atau mendapat maklumat yang
lengkap tentang peranan tersebut sama ada melalui pembacaan atau membuat
rujukan daripada sumber-sumber tertentu. Di samping itu, guru boleh juga
menyediakan maklumat tersebut mengikut keperluan.
Kesan Penggunaan Teknik Main Peranan Terhadap Pelajar

simen. Pendekatan ini cenderung membicarakan elemen-elemen yang membina objek. Karya sastera pula dinilai berdasarkan unsur fizikal seperti watak. latar. Contoh: Jika melihat rumah. jenis atap. pintu dan fungsi ruang-ruang atau bahagian rumah tersebut. . jendela.Teknik ini amat berkaitan dengan Prinsip Pembelajaran yang ada dalam pembelajaran konstruktivisme. pendekatan ini akan melihat unsur-unsur yang membangun rumah seperti bahan binaan yang mungkin terdiri daripada jenis kayu. teknik dan sebagainya yang membangun karya sastera itu dan fungsi-fungsi unsur tadi untuk menyampaikan isi (tema dan persoalan) karya sastera. Pendekatan ini dilaksanakan dengan memberi perhatian antaranya kepada perkara berikut : · Memberi peluang pelajar berkongsi persepsi antara mereka · Menggalakkan pelajar menghormati pandangan alternatif rakan mereka · Melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar · Menggalakkan pelajar bekerja dalam kumpulan BMM 3116 GENRE KESUSASTERAAN MELAYU PENDEKATAN 1) Pendekatan Struktural Pendekatan Struktural melihat sesuatu berdasarkan struktur dan fungsi. gred batu bata. KAEDAH Kaedah 1) Kaedah Struktural Pengajaran sastera melalui kaedah ini bermaksud mengajarkan elemen-elemen yang membangun karya sastera.

2) Kaedah Mengalami dan Menghayati Kaedah ini lebih mengutamakan kemampuan untuk menikmati karya sastera. aspek penggunaan bahasa dalam dialog boleh dijadikan sebagai fokus utama manakala aspek watak dan perwatakan pula boleh dijadikan fokus sampingan. monolog. Kaedah ini melihat semua unsur yang terdapat dalam karya sastera namun tidak terlalu mendalam dari segi jangkauan penjelasannya. Untuk memenuhi keperluan ini. drama. latar budaya. cerita rakyat dan cerpen diajarkan melalui pembicaraan tentang elemen-elemen seperti watak dan perwatakan yang sering dibahagikan kepada watak protagonis. watak pipih. sifat sudut pandangan seperti maha tahu. maka kaedah berfokus digunakan. plot kompleks dan tanpa plot. latar cerita seperti latar tempat. multilog. Mengajarkan karya sastera menggunakan kaedah ini lebih mementingkan kebolehan pelajar-pelajar untuk mengalami dan menghayati unsur-unsur yang terkandung dalam karya sastera. japin. . imbas kembali. karya puisi atau sajak dinikmati dengan cara mendeklamasinya. dan isi karya sastera. neutral. dan latar waktu. sudut pandangan kamera dan sudut pandangan bawah sedar. Melalui kaedah ini. Sebagai contoh. sudut pandangan watak. pengajaran dan nilai. teknik penceritaan seperti imbas muka. jenis perbualan seperti dialog. drama atau improvisasi. jenis plot seperti kronologi. antagonis. hikayat. watak bulat dan sebagainya. Melalui kaedah ini. kaedah ini memilih aspek atau unsur tertentu untuk dijadikan fokus pengajaran dan pembelajaran. jenis sudut pandangan pencerita yang terbahagi kepada sudut pandangan pencerita. 3 Pendekatan Pemahaman Teks • Kaedah Berfokus Kaedah ini cenderung membicarakan karya sastera secara terperinci. plot mudah. antikronologi. dangdut dan yang bersesuaian. tema. Jika ingin melihat sesuatu unsur dengan lebih mendalam. dan jahil. latar peralatan. Karya sastera seperti pantun pula boleh digunakan dalam aktiviti berbalas pantun atau dinyanyikan mengikut irama-irama tertentu seperti joget. Perwatakan watak difahami lalu dilakonkan melalui aktiviti lakonan. tahu terhad. iaitu persoalan.Karya sastera seperti novel.

seni lukis. dan gaya yang sesuai. iaitu mendeklamasi dan melagukan puisi tersebut. atau satu fokus utama dan pelbagai fokus sampingan. pengajaran aspek perwatakan dalam sesebuah novel boleh dibuat dengan cara melakonkan aksi watak tersebut. dan pada masa yang sama pelajar lain melukiskan gambaran watak. sama ada baris demi baris atau rangkap demi rangkap. TEKNIK 4 Teknik dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran • Mestamu Mestamu bermaksud mendeklamasikan puisi dan melagukannya tanpa muzik. seni suara. dan sebagainya untuk menghidupkan petikan atau babak dalam karya sastera. satu fokus utama dan satu fokus sampingan. Untuk menjadikan deklamasi lebih menarik. Jika teknik ini dibuat secara berpasangan. pelajar perlu memahami dan seterusnya menghayati puisi yang akan dideklamasikannya. Sebagai contoh. Hal ini bermakna terdapat dua aktiviti berjalan serentak. 5 Teknik dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran • Pemaduan seni Pemaduan seni bermaksud penggunaan beberapa unsur seni seperti. • Deklamasi Deklamasi bermaksud membaca puisi dengan nada. seni lakon. intonasi suara. seni-seni yang dipilih itu digunakan secara serentak pada masa yang sama. dan mungkin sekumpulan pelajar lain menyanyikan fakta mengenai watak tersebut. Untuk tujuan pemaduan seni ini. seorang pelajar akan mendeklamasi dan seorang lagi akan melagukannya. Kerusi panas Adaptasi .pengajaran boleh terdiri daripada satu fokus utama. • Adaptasi.

Teater bercerita ialah satu bentuk drama naratif yang berbentuk cerita yang dilakonkan secara spontan. Walau . guru boleh mengadaptasi sajak tersebut kepada bentuk drama. Dalam teknik ini pelajar kan membaca dengan intonasi dan gaya seperti watak yang terdapat bahan bacaan tersebut. • Boneka Menggunakan boneka sbg ABM untuk menceritakan / penceritaan watak 6 Teknik dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran • Teater Pembaca. Teater bercerita menggabungkan pelakon dan pencerita pada masa yang sama.Adaptasi ialah suatu teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran kesusasteraan Melayu. Seterusnya. pencerita akan bercerita. cerpen atau nyanyian. Kerusi panas Teknik kerusi panas boleh digunakan untuk pengajaran aspek watak dan perwatakan dalam sesebuah karya sastera. manakala pelakon akan melakonkan aksi atau perkara yang diceritakan oleh pencerita itu. pelajar-pelajar lain diminta menanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan watak yang dipegang oleh pelajar di kerusi panas dan pelajar ini akan menjawabnya berdasarkan cerita atau peristiwa dalam karya sastera tersebut. Teater Bercerita Teater pembaca Teater pembaca ialah suatu teknik apabila pengajaran bacaan dijalankan secara bercerita sambil melakonkan aksi-aksi yang terdapat dalam bahan bacaan itu. kemudian pelajar ini ditempatkan di kerusi yang diletakkan di hadapan kelas. Tegasnya. Dalam teknik ini. Untuk memudahkan pelajar memahami isi sesebuah sajak. seorang pelajar akan diminta menghayati dan mendalami watak dalam sesebuah cerita. Adaptasi bermaksud mengubah atau mereka bentuk sesuatu genre sastera kepada bentuk lain yang difikirkan lebih menarik.

com/2010/12/kesusasteraan-melayu-dalampengajaran. http://rujukansiswa. para pelajar boleh diminta menyediakan skrip secara berkumpulan bagi menceritakan peristiwa yang berlaku dalam permulaan cerpen. yang skripnya diolah daripada isi atau peristiwa yang terdapat dalam genre sastera yang diajarkan.blogspot.bagaimanapun.html 2 Pendekatan Pemahaman Teks • Kaedah Struktural • Kaedah Mengalami Menghayati 3 Pendekatan Pemahaman Teks • Kaedah Berfokus • Kaedah Global 4 Teknik dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran • Pantomim. novel dan prosa klasik. guru perlu menyediakan skrip yang diolah daripada cerita atau isi bahan-bahan sastera yang dipilih. teknik ini boleh digunakan untuk mengajarkan genre-genre sastera yang berbentuk naratif seperti cerpen. • Improvisasi Improvisasi ialah lakonan spontan yang terdiri daripada kumpulan kecil. konflik. dan peleraian dalam cerpen berkenaan. Dalam pengajaran cepern misalnya. Secara umumnya. Mestamu • Deklamasi • Khat .

Teater Bercerita • Improvisasi • Kemahiran Berfikir http://retibasa.blogspot.5 Teknik dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran • Pemaduan seni • Adaptasi.com/2010/05/bmm-3116-genre-kesusasteraanmelayu_2001.html . Kerusi panas • Boneka 6 Teknik dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran • Teater Pembaca.