You are on page 1of 20

INSTITUT PERGURUAN SULTAN MIZAN

,
22200 BESUT, TERENGGANU
KERJA KURSUS PENDEK
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) SEMESTER 5/2015

PJM 3132
PERMAINAN BADMINTON DAN HOKI
NAMA

: NORATIQAH HANIM BINTI MOHD ROSLIN
(930203-06-5738)
: WAN NURZALEHA BINTI WAN ZAIDI
(930829-11-5362)

UNIT

: PENDIDIKAN JASMANI (2)

NAMA PENSYARAH

: EN. YAKCOB BIN MAMAT

TARIKH HANTAR

: 23 MAC 2015

HALAMAN PENGAKUAN

”Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang telah saya nyatakan sumbernya”

Tandatangan :

Nama

: NORATIQAH HANIM BINTI MOHD ROSLIN
: WAN NURZALEHA BINTI WAN ZAIDI

Tarikh

: 23 MAC 2015

PENGHARGAAN

Selain itu. Selain itu. Diharap tugasan yang dilakukan ini mudah difahami dan diterima dengan sebaiknya. akhirnya terlaksana juga kajian ini dengan baik.T Segala pujian hanya bagi Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. ISI KANDUNGAN .B. sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih turut diberikan kepada rakan-rakan yang memberikan kerjasama untuk mendapatkan maklumat yang sahih mengenai tajuk yang diberikan. Alhamdulillah.Assalamualaikum W. Berkat dorongan dan pertolongan pensyarah kami dalam subjek ini yang telah banyak membantu kami. bersyukur di atas limpah kurnia-Nya serta taufik dan hidayah-Nya kerana akhirnya kerja kursus ini telah banyak memberikan pengajaran yang berguna dalam proses pembelajaran. tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan moral sepanjang menyiapkan tugasan ini. Sekian terima kasih.

0 PENGENALAN .HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ISI KANDUNGAN PENGENALAN HOKI BAHAGIAN A : KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS SERTA GAMBAR-GAMBAR / ILUSTRASI BAHAGIAN B : RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) REFLEKSI BIBLIOGRAFI 1.

Ini kerana ramai pemain hoki yang terkenal di dunia mempunyai saiz yang lebih kurang sama seperti penduduk Malaysia seperti Richard Charlesworth dan Australia dan Samiuilah dan Pakistan.0 KEMAHIRAN ASAS HOKI . Pada tahun 1800-an permainan hoki mula menjadi popular di sekolah-sekolah di England. 2. tetapi permainan hoki sekarang barangkali mendapat namanya daripada Perancis iaitu Houquet. Malaysia telah menyertai pelbagai pertandingan di peringkat antarabangsa antaranya ialah Sukan Asia. Sebenarnya hoki bukan sesuatu permainan untuk menguji kekuatan mengikut saiz badan. Malaysia merupakan antara 15 buah negara terbaik dalam sukan hoki di dunia dan telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik sebanyak sembilan kali sejak tahun 1956. Sukan Komanwel. Ia dikenali di peringkat antarabangsa pada sekitar tahun 1980-an dan dipertandingkan secara tetap dalam Sukan Olimpik pada tahun 1928 di Amsterdam. Di Ireland.Hoki merupakan permainan sukan yang sangat popular dalam kalangan lelaki dan perempuan di seluruh negara. hoki dikenali sebagai Hurley dan di Scotland pula ia dinamakan Shinty. Orang Belanda juga mempunyai permainan yang serupa. Dahulu permainan itu dipanggil Commock sehinggalah sekitar tahun 1840 apabila nama Hockie digunakan. Perkembangan hoki di Malaysia bermula pada tahun 1948 iaitu di bawah pentadbiran Majlis Hoki Malaya (MHC) yang ditubuhkan bersama Singapura. peraturan-peraturan mula dibuat dan diterima oleh pelbagai kumpulan. Apabila hoki menjadi lebih popular. pertubuhan sukan kebangsaan yang dikenali sebagai Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) dengan semua negeri termasuk Wilayah Persekutuan. Namun begitu hoki moden banyak terhutang budi kepada orang Inggeris. Kini. Sehingga hari ini. angkatan tentera dan polis diraja sebagai ahli persekutuan. Piala Dunia dan Piala Belia Remaja.

Tangan kanan diletakkan di bawah tangan kiri. Kemahiran asas memukul memerlukan teknik-teknik yang betul untuk menjadikan pukulan bola yang dilakukan lancar kepada pemain yang lain. Antaranya ialah cara pegangan kayu iaitu kepala kayu hoki berada di atas tanah dan tangan kiri diletakkan di hujung kayu dan digenggam secara longgar. Kontak bahagian belakang bola. Dengan mengikut lajak. Kedudukan bola adalah selari dengan jari kaki dan berjarak selesa untuk memukul. Pukulan boleh dibuat secara laju dan cepat namun demikian. ketepatan pukulan bola amatlah dititikberatkan dalam kemahiran ini. b) Menggelecek Bola . kayu dituju sehala dengan sasaran sambal berat badan dipindahkan ke hadapan. Bengkokkan lutut semasa melakukannya manakala mata memandang bola. Ayunan mestilah dilakukan menghadap ke pemain lain dengan cara menghayun kayu ke arah bola dan memindahkan berat badan ke kaki depan. Ketepatan arah bola ditentukan dengan kedudukan bahu dan kaki sementera kelajuan bola ditentukan dengan daya pukulan daripada kedua-dua belah tangan dan pemindahan berat badan. Kedua-dua tangan akan membentuk bentuk ‘V’ apabila ibu jari dan jari telunjuk kedua-dua tangan selari dengan jari kayu hoki. Seterusnya cara berdiri juga memainkan peranan seperti kedudukan bahu mestilah menghadap kepada bola dan kaki dibuka seluas bahu.a) Memukul Bola a) Kemahiran Memukul Bola Kemahiran memukul adalah kemahiran di mana pukulan haruslah dibuat untuk penghantaran bola kepada pemain yang lain.

Kemahiran ini memerlukan kepantasan dan kemahiran dalam mengacah untuk mengelirukan pihak lawan daripada merebut bola. Mata mestilah memandang bola ketika membuat tolakan. Cara untuk menggelecek longgar ialah dengan memastikan tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap ke luar. ii) Menggelecek Rapat . i) Menggelecek Longgar Kemahiran menggelecek longgar ini digunakan untuk pemain ketika hendak menggerakkan bola dengan cepat dan pihak lawan berada jauh dari bola. menggelecek rapat dan menggelecek Indian. Kemahiran menggelecek bola ini dilakukan dengan tiga cara yang berbeza iaitu menggelecek longgar. Longgarkan sedikit pegangan tangan kanan dan badan dibongkokkan sedikit serta lutut dibengkokkan. Ia bertujuan untuk melepaskan diri dengan bola daripada pemain lawan serta memiliki bola sambal bergerak.a) Kemahiran Menggelecek Bola Menggelecek merupakan salah satu kemahiran untuk mengawal bola yang sedang bergerak ketika bermain. Bola hoki harus berada disebelah kanan dan di hadapan kaki kanan sementara kedudukan kayu hoki 45° ke tanah.

Tangan kiri memutarkan kayu sambil meletakkan ibu jari tangan kiri ke arah bawah kayu hoki manakala tangan kanan memegang kayu dengan longgar.Kemahiran menggelecek rapat digunakan ketika pemain hendak mengawal bola dengan rapi. Mata sentiasa memandang ke arah bola dan sekilas kepada pemain yang akan bergerak sambil mengkaji situasi padang. Cara menggelecek rapat hampir sama dengan kedudukan menggelecek longgar. pemain dapat melarikan diri daripada pihak lawan dan ia sangat berguna jika pemain hendak menukar arah dari kanan ke kiri. Ia berguna apabila pemain berasa ragu-ragu untuk menghantar bola kepada pemain yang lain. Apabila kaki menyentuh tanah. Bola harus berada ke kanan dan dihadapan kaki kanan pemain serta sentiasa menyentuh kayu hoki. iii) Menggelecek Indian Melalui kemahiran ini. Muka kayu bebas bergerak dengan bola. ketukan bola dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri pada masa kanan menyentuh tanah. Kedudukan mata sama seperti menggelecek rapat dan badan mengikut pergerakan bola. Bola berada di hadapan pemain dan bergerak dalam arah sisian lebih kurang saiz bahu. Cara asas menggelecek Indian ialah pemain menukar pegangan dengan membiarkan kayu hoki berpusing di dalam tangan kiri ke posisi yang lebih selesa. c) Menolak Bola .

Hal ini kerana pihak lawan tidak dapat membaca pergerakan yang akan dilakukan oleh pemain berikutan kerana terlalu pantas. Tambahan pula. Akhirnya tolakan dapat dibuat dengan baik. Antara cara-cara yang betul untuk membuat kemahiran menolak ialah cara memegang kayu iaitu tangan kiri berada di bahagian atas kayu manakala tangan kanan berada dibawah antara 15-20 cm daripada tangan kiri. Seterusnya badan dibongkokkan ke hadapan supaya mata dapat melihat bola dengan tepat. d) Menahan / Menyerkap Bola . Sasaran bola dapat disembunyikan sehingga saat-saat akhir untuk mengelirukan pihak lawan. Kemahiran menolak ini dapat dilakukan ketika waktu kritikal kerana ia dianggap kemahiran yang selamat untuk memberikan bola dengan baik kepada pemain lain. kemahiran ini juga dapat digunakan daripada kedudukan yang sukar apabila kemahiran memukul tidak sempat untuk dilakukan. Kedudukan badan ialah bahu kiri hendaklah menghala kearah sasaran bola dan lutut dibengkokkan menghampiri kayu supaya dapat didekatkan dengan bola. Kedudukan bola ialah 15 cm daripada kaki kanan atau 30 cm dari kaki kiri.a) Kemahiran Menolak Bola Menolak adalah kemahiran yang paling pantas kepada pemain seterusnya.

e) Menguis Bola . bola dapat ditahan dalam keadaan statik atau bergerak. Selain itu. Bola seharusnya diserkap dalam kedudukan terbaik dan bersedia untuk sebarang kemungkinan. Gerakan badan ke kanan atau ke kiri dilakukan untuk persediaan dari arah mana bola akan datang. Tambahan pula. Keseluruhan badan mestilah berada di belakang kayu yang condong ke hadapan untuk mengelakkan lantunan bola ke atas atau ke arah badan. Kemahiran ini memerlukan pemain mendapat dan mengekalkan pemilikan bola yang telah dipukul dari beberapa sudut dengan kelajuan yang berbeza. Tangan kanan perlulah dilonggarkan sedikit untuk bagi membantu pegangan tangan kiri. Padang jenis astroturf memudahkan pemain untuk menahan dan menyerkap bola namun agak sukar sekiranya bola diberi dalam kelajuan yang agak tinggi.a) Kemahiran Menahan/Menyerkap Bola Menahan dan menyerkap bola adalah suatu perkara yang sama. Perkara yang paling penting ketika menahan bola ialah menahan bola terlebih dahulu dan menyimpan bola seperti menggelecek untuk mengelakkan pihak lawan mendapat bola kemudian lihat pada sasaran yang bersesuaian barulah tindakan seterusnya dilakukan. Permukaan kayu yang rata mesyilah selari dengan bola yang datang. Antara cara untuk menyerkap bola yang sedang bergerak ialah tangan kiri berada di kedudukan atas kayu hoki manakala tangan kanan berada di bawah tangan kiri dalam jarak 15 cm. padang yang digunakan untuk bermain hoki adalah berbeza. kelajuan bola tidak dapat diagak berikutan kerana keadaan padang yang tidak rata. Kedudukan kaki hendaklah dibengkokkan lutut. Bagi padang rumput.

pergerakan tolakan. Berat badan bagi seorang pemain hoki ketika menguis berada di kaki belakang sebelum dipindahkan ke kaki hadapan supaya bola mendapat peluncuran yang baik. Semasa menyentuh bola. Kedudukan bola berada di hadapan kaki hadapan. Bagi memastikan putaran terjadi. kayu hoki menyentuh sebelah kiri bola lalu menguit bola dengan ‘jari’ kayu hoki. memerlukan pergelangan tangan yang kuat dan mengikut lajak dengan baik. Seterusnya. Cara memegang kayu hoki bagi kemahiran ini hampir sama seperti kemahiran menolak iaitu cara pegangan. Namun. kekalkan sentuhan kayu dengan bola seberapa lama yang boleh dengan menyentuh sebelah kanan bola terlebih dahulu kemudian sebelah bawah bola. tidak ada ayunan kerana kayu hoki berada di belakang bola hoki. bahagian paling sukar untuk kemahiran ini ialah ketika melakukan putaran. Kemahiran adalah strok tolakan yang dinaikkan dan berpusing. f) Menghantar Bola . kayu hoki perlulah menghadap ke atas sedikit. Pergelangan tangan turut memutar dengan cepat supays kuitan itu berputar dan menyukarkan penjaga gol untuk mengawal kehadiran bola dari arah hadapan.a) Kemahiran Menguis Bola Kemahiran ini selalunya dipraktikkan oleh penjaring sesuatu pasukan.

Hantaran ini dilakukan di sebelah kiri atau kanan dengan menggunakan ‘reverse stick’. . Ia bermaksud hantaran-hantaran yang dibuat adalah selari dengan garisan gol. ada kemungkinan terdapat ruang dalam pertahanan yang boleh digunakan oleh penyerang untuk dieksploitasi. menolak bola. Semasa mereka cuba mengatur semula permainan.a) Kemahiran Menghantar Bola Hantaran merupakan kemahiran yang membolehkan setiap anggota dalam pasukan untuk bekerjasama antara satu sama lain. menguis bola atau menggunakan ‘reverse stick’. Hantaran-hantaran berbentuk segi empat sama biasanya dilakukan apabila serangan mula berlaku kerana ia memberi masa untuk pemain di belakang bergerak ke atas dan menambahkan bilangan pemain serangan serta memaksa pemain pertahanan bertukar tempat dengan kerap antara mereka. Hantaran dilakukan oleh pemain dengan membuat gerakan bola dengan cepat untuk keluar dari situasi pertahanan atau melakukan serangan. Permainan yang banyak melakukan hantaran yang baik dan cepat akan menjadikan perlawanan semakin lancar. Bagi hantaran asas yang dilakukan dalam permainan ialah hantaran berbentuk segi empat sama (square passes). Terdapat banyak cara untuk melakukan hantaran dengan baik iaitu memukul bola.

satu hantaran ‘square’ menyebabkan pemain pertahanan mengambil posisi ‘square’ yang agak senang untuk dieksploitasi dengan satu hantaran menerusi (a through pass). hantaran hadapan juga merupakan hantaran asas yang digunakan dalam sukan hoki. Ia jarang digunakan tetapi kadangkala ia digunakan untuk melambatkan permainan. ke hadapan atau tegak lurus kepada garisan gol. mendapatkan lebih ramai penyerang berada di kawasan permainan atau menarik pemain pertahanan dari kawasan yang sesak. Ia boleh dilakukan secara berpenjuru. Ia dilakukan bagi mendapatkan kawasan untuk mempercepatkan serangan atau untuk mengalahkan pertahanan pihak lawan dengan hantaran bola menerusi (a through pass). g) Merebut/ Tackle Bola . Hantaran hadapan adalah hantaran yang dilakukan apabila bola menghampiri gol lawan. Selain itu.Kebiasaannya. Hantaran terakhir yang dilakukan ialah hantaran belakang (back pass).

ketangkasan dan kesedaran ruang memainkan peranan yang penting. koordinasi. Terdapat pelbagai cara untuk merebut bola iaitu dengan merebut secara menghadang (flat tackle). Sewaktu melaksanakan kemahiran ini. Kayu diletakkan di depan kaki kiri.Merebut adalah satu keupayaan merampas bola daripada penguasaan pihak lawan. ia digunakan untuk menghadang kemaraan penyerang dari sebelah kanan pemain pertahanan dengan meletakkan kayu mendatar dengan permukaan padang. merebut secara kilas (reverse tackle) dan merebut secara melonjak (jab tackle). Kemahiran ini dilakukan pada saat pihak lawan leka dan cuai. imbangan. a) Merebut Secara Menghadang (Flat Tackle) Bagi merebut secara menghadang (flat tackle). .

Cara yang betul untuk merebut secara melonjak ialah pegang kayu kuat di tangan kiri. Lakukan lonjakan dan cuba kait bola. . Badan dibongkokkan ke bawah untuk memudahkan tangan mencecah lantai.b) Merebut Secara Kilas (Reverse Tackle) Bagi merebut secara kilas (reverse tackle). Lakukan lonjakan dan cuba kait bola. c) Merebut Secara Melonjak (Jab Tackle) Bagi merebut secara melonjak (jab tackle). Cara yang betul untuk merebut secara kilas ialah kedudukan tangan adalah rapat dengan padang. ia digunakan di sebelah kiri pemain pertahanan. ia bukanlah satu tackle yang kuat tetapi mempunyai kelebihan dari segi elemen kejutan dan pemain pertahanan mempunyai jarak yang lebih baik untuk melakukan tackle ini.

apabila penyerang menghantar bola tersebut dan pasukan pertahanan tidak sempat menahan dan bola tersebut masuk ke kawasan gol. Apabila penyerang mula mencuba menjaringkan gol. Salah seorang pemain penyerang perlu berdiri di kawasan garisan belakang berserta dengan bola. . Namun. Sudut penalti ini diberikan apabila seseorang diketahui dengan jelas menyentuh bola disebelah daerah gawangnya atau disebabkan sesuatu hal yang dilakukannya di dalam D atau ‘striking circle’. pasukan pertahanan perlu menahan bola tersebut daripada masuk ke kawasan gol. Apabila sudut penalti berlaku. manakala 6 orang lagi pemain pasukan pertahanan tersebut perlu bersedia di kawasan garisan tengah sahaja. semua pemain pertahanan termasuk penjaga gol perlu berdiri di garisan belakang. ‘Short corner’ hampir serupa dengan ‘free kicks’ dalam permainan bola sepak.h) Sudut Penalti a) Sudut Penalti ‘Short corner’ atau ‘penalty corner’ dikenali juga sebagai sudut penalti. maka pasukan penyerang dikira berjaya menjaringkan gol. Pasukan penyerang pula bersedia di kawasan berhampiran 5 orang pemain pertahanan.

3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN .

Kerangka tugasan adalah paling penting untuk menjadikan tugasan lebih tersusun dan sistematik. kami dan rakan-rakan yang lain telah membahagikan tajuk tugasan antara permainan hoki dan badminton supaya tajuk yang diberikan dapat dilakukan secara seimbang. Dengan bimbingan dan tunjuk ajar dari pensyarah kami iaitu Encik Yakcob bin Mamat. saya dapat memahami cara yang betul dalam merangka Rancangan Pengajaran Harian. kebiasaannya saya akan mengumpulkan bahanbahan mengenai tugasan yang diberikan dari pelbagai sumber. Tidak dinafikan pada kali ini sumber internet lebih banyak membantu saya kerana segala maklumat dapat saya cari dengan senang. kami dapat perbaiki kesilapan dalam pembinaan Rancangan Pengajaran Harian tersebut. Oleh itu kolaborasi antara saya dan pasangan iaitu Wan Nurzaleha binti Wan Zaidi sangat penting bagi memenuhi kehendak soalan. Tugasan ini juga merupakan tugasan yang dilakukan secara berpasangan. Alhamdulillah. Melalui tugasan ini. Tambahan pula. saya dan pasangan akan merangka tugasan terlebih dahulu agar kerja kami tidak menjadi kelam kabut dan bertaburan. Kami mendapat tajuk yang berkaitan dengan kemahiran hoki dan kami telah mengkhususkan untuk mencari kemahiran hoki sahaja. .4. Kami memilih permainan hoki berbanding permainan badminton kerana kami mempunyai beberapa info tambahan mengenai hoki yang dapat dimasukkan dalam tugasan kerja kursus ini.0 REFLEKSI Assalamualaikum wbt. Kekuatan pada tugasan kali ini adalah saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang kemahiran-kemahiran asas dalam permainan hoki. Setiap tugasan yang diberikan memberi manfaat kepada kami sebagai guru pelatih. Sebelum memulakan tugasan. dengan izin-Nya maka saya berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus PJM 3132 Permainan Badminton dan Hoki ini dengan sempurna. Selepas mengumpul kesemua bahan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. saya diberi peluang untuk menerokai satu lagi ilmu dalam pendidikan yang akan membantu saya dalam dunia pekerjaan suatu hari nanti. Disamping itu juga. mudah dan menjimatkan masa. Bahanbahan yang dicari juga menepati soalan tugasan saya.

Gambar-gambar ini membantu sekiranya saya perlu menunjukkan cara perlakuan kepada murid-murid saya kelak. saya inigin mengucapkan sekali lagi dan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Encik Yakcob bin Mamat kerana tidak jemu dalam mencurahkan ilmu serta mendidik saya menjadi seorang insan yang bergelar guru suatu hari nanti.Dalam kemahiran-kemahiran yang dikemukakan. setelah mencari info-info yang betul akhirnya saya dapat mengatasi masalah tersebut. beberapa gambar perlu diselitkan sebagai penerangan kepada kemahiran yang diterangkan. Selain itu. saya mempunyai masalah dalam menguruskan masa untuk menyiapkan tugasan ini. dengan pengurusan masa yang baik saya dapat mengatasi masalah ini. Akhir kata dari saya sebelum saya undurkan diri. inisiatif lain dicari untuk menjadikan penerangan tersebut mudah difahami. Pada mulanya pensyarah meminta kami melakukan kemahiran tersebut dan menyelitkan gambar dalam bentuk jadual namun sekiranya dibuat dalam jadual. Namun demikian. saya juga mengalami sedikit masalah dari segi pemilihan gambar untuk dijadikan panduan dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Kebanyakan gambar hanya menunjukkan perbuatan yang hampir sama dan sedikit sebanyak mengelirukan saya untuk meletakkan gambar yang sesuai mengikut aktiviti yang dilakukan. Saya mengambil langkah dengan membuat jadual perancangan gerak kerja bagi memastikan saya dapat menyiapkan tugasan ini mengikut tarikh yang ditetapkan. Oleh yang demikian. Selain itu. -NORATIQAH HANIM BINTI MOHD ROSLIN-PENDIDIKAN JASMANI 2- . huraian dan penerangan bagi kemahiran tersebut akan menjadi pendek. Hal ini kerana beberapa kerja kursus mempunyai tarikh yang sama dan bertindan dengan kerja kursus ini untuk dihantar. Namun demikian. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan kumpulan dan rakan-rakan lain yang banyak membantu serta memberi idea dalam melaksanakan dan melengkapkan tugasan pada kali ini.

0 BIBLIOGRAFI INTERNET .5.