You are on page 1of 8

SAINS JURUTEKNIK B1004 / 5 / 1

LAPURAN AMALI 5A

KUMPULAN :........................................................... TARIKH :............................

NO PENDAFTARAN NAMA

MARKAH
AMALI 5A

KUASA DALAM SISTEM MEKANIKAL

Mengukur Kuasa Mekanikal Linear

PENGENALAN

Banyak sistem kerja menggunakan kuasa. Sebagai contoh anda bolehlah


melihat lif pada sesuatu bangunan, jentera yang digunakan untuk menanam cerucuk
kayu atau besi sebagai asas bangunan atau anda boleh lihat trak kecil atau forklift yang
digunakan untuk mengangkat barang – barang dalam gedung perniagaan atau dalam
kilang.
Daya yang melakukan kerja ini bergerak sepanjang garisan lurus. Maka kuasa
yang digunakan dipanggil kuasa mekanikal linear.
Dalam amali ini anda dikehendaki mengukur kuasa mekanikal linear ini dengan
menggunakan motor untuk mengangkat berat yang diberikan pada ketinggian dan pada
masa yang tertentu.
SAINS JURUTEKNIK B1004 / 5 / 2

MENGUKUR KUASA MEKANIKAL LINEAR

OBJEKTIF

1. Mengukur kuasa masuk


elektrikal motor yang melakukan kerja.

2. Mencari kuasa keluar mekanikal motor yang mengangkat beban pada halaju
malar.
3. Mencari kecekapan motor yang menukar kuasa elektrikal kepada kuasa
mekanikal ketika melakukan kerja mekanikal.

4.0 IDEA UTAMA

4.1 Kuasa mekanikal linear yang


mengangkat beban adalah bersamaan dengan kerja (W) yang dilakukan
mengangkat beban dibahagikan dengan masa (t) atau (P = W/t).
4.2 Kuasa masuk eletrikal DC motor adalah bersamaan dengan voltan yang
dikenakan didarabkan dengan arus yang melalui motor iaitu P = (V) x .
4.3 Kecekapan sistem bersamaan dengan
Kecekapan =
Kuasa keluar mekanikal x100
Kuasa masuk eletrikal

Dalam ujikaji ini persamaan yang akan digunakan ialah

P = Kerja = Berat x Tinggi = mg x h


Masa masa t

------------------ (1)

Di mana :
m = jisim objek yang diangkat
dalam kilogram (kg)
g = pecutan gravity ( 9.8m/s2 )
h = tinggi dalam meter (m)
t = masa untuk mengangkat
objek dalam saat
P = kuasa dalam N.m/s atau J/s
atau watt

dan juga persamaan kuasa elektrikal iaitu ;


SAINS JURUTEKNIK B1004 / 5 / 3

P = (V) x  ------------------(2)

Di mana

V = perubahan dalam voltan


 = arus mengalir
P = kuasa elektrikal

Dalam ujikaji ini, anda akan menggunakan motor untuk mengangkat beban pada
ketinggian yang diberikan dan pada masa yang tertentu.
Gunakan tali bagi mengangkat beban yang mana salah satu hujungnya
hendaklah disambungkan pada beban dan hujung yang satu lagi disambungkan pada
takal pada aci motor.
Apabila motor dihidupkan, tali membalut pada takal dan beban diangkat.
Pengukuran hendaklah dibuat ketika beban bergerak pada kelajuan malar dan pada
masa yang tertentu.
Tahukah anda bilakah kuasa mekanikal digunakan. Jadi kuasa mekanikal
diperlukan untuk mengangkat beban atau jisim dan persamaan yang perlu anda
gunakan untuk mendapatkan kuasa ini ialah persamaan (1) di atas.
Manakala kuasa eletrikal digunakan oleh motor untuk mengangkat beban atau
jisim dan persamaan yang perlu anda guna ialah persamaan (2) di atas.

PERALATAN

1. Pembekal Kuasa DC 20 V, 10 A
2. Motor magnet-kekal DC, 0 – 12V

3. Penyangkut Pemberat, saiz 0.1 kg


4. Set Pemberat berjumlah 1 kg
5. Penyokong (Heavy-Duty support stand)
6. Takal
7. Suis NO (Normally open switch )
8. Pengepit C
9. Tali minimum 30 lb
10. Jam Randik

CARAKERJA

1. Pasangkan peralatan seperti pada gambarajah 5A.1 Jangan sambungkan lagi


pembekal kuasa keluaran AU.
2. Ikatkan salah satu hujung tali (30 lb) ke dram pada aci motor supaya tali melilit
pada dram dan mengangkat beban ketika motor dihidupkan. Hujung yang satu
lagi dilalukan melalui takal dan ikatkan pada penyangkut pemberat.
SAINS JURUTEKNIK B1004 / 5 / 4

3. Letakkan beban 0.1 kg pada penyangkut pemberat. Kemudian tandakan pada


penyokong dua titik dan jarak kedua – duanya ialah 1 meter seperti pada
gambarajah5A.1. Catatkan jarak yang diukur dalam jadual.
4. Pastikan semua sambungan adalah selamat.
5. Sebelum sambungkan pembekal kuasa AT kepada AU dibuat pastikan suis kuasa
dalam keadaan tertutup(off). Kebolehlarasan voltan hendaklah dalam keadaan
minimum.
6. Sambungkan pembekal kuasa kepada AU . Suis pembekal kuasa kepada dibuka
(on). Tekan ke bawah pada suis NO dan tambahkan voltan perlahan – lahan
pada pembekal kuasa sehingga penyangkut pemberat mula bergerak ke atas
pada kelajuan malar. Catatkan bacaan voltage. Kemudian pada yang sama
letakkan tangan anda di bawah penyangkut pemberat dan lepaskan suis NO.
Biarkan penyangkut pemberat jatuh secara perlahan kembali kepada kedudukan
asal. Ulang beberapa kali, angkat pemberat secara perlahan diantara dua tanda
yang telah anda tetapkan pada penyokong .

Sebelum data diambil pelajar dikehendaki membaca arahan di bawah:

a. Seorang penjaga masa perlu


mencatat masa ketika beban diangkat. Pelajar lain perlu mengawal suis NO dan
membaca ATpada panel meter pembekal kuasa semasa beban diangkat.

b. Ketika mula, pelajar yang


mengawal suis NO mengira sampai 3 untuk membiarkan penjaga masa tahu
bahawa suis S ditutup. Penjaga masa perlu melaungkan perkataan “Mula” bila
hujung penyangkut pemberat sampai ke kedudukan terendah yang di tanda.

c. Pada kedudukan ini ketika berat


perlahan – lahan naik, panel meter perlu dibaca untuk mencatatkan arus dan
voltan. Penjaga masa perlu menjerit “Berhenti” bila hujung penyangkut
pemberat sampai ke kedudukan tertinggi pada jarak yang ditanda.
SAINS JURUTEKNIK B1004 / 5 / 5

Mengambil data

1. Kira sampai 3. Tutup suis NO . Bila penjaga masa kata “Mula”, catat bacaan
voltan dan arus.
2. Buka suis NO bila penjaga masa kata “Berhenti”. Penjaga masa perlu
berhentikan jam randik pada ketika yang sama.Catat sela masa.
3. Rekodkan bacaan voltan pada baris 1 lajur B, arus pada baris 1 lajur C dan
selang masa pada baris 1 lajur D dalam jadual.
4. Tambahkan jisim 1 kg kepada penyangkut pemberat. Kemudian ulang langkah
7.6 dan langkah 7.7.1 hingga 7.7.3. Rekodkan bacaan pada baris 2 dalam jadual.

A B C D
Jumlah Jisim Voltan Arus Melalui Masa
diangkat oleh Merentasi Motor Diperlukan
motor Motor untuk
mengangkat
Jisim melalui
Jarak
Baris 1 1 kg

Baris 2 2 kg

Jarak yang ditanda = m

JADUAL
Rajah 5A.1 ( CORD – US- 2 nd Ed.Jun 93 )
Pengiraan

1. Kuasa eletrikal yang digunakan oleh


motor untuk mengangkat jisim

a. Kuasa eletrikal yang diperlukan untuk mengangkat penyangkut pemberat 1


kg

P = ∆V x I

P = (_______V) (_________A)

P = ________V.A atau watt

Di mana ∆V ialah voltan motor dan I ialah arus motor

b. Kuasa eletrikal yang diperlukan untuk mengangkat jisim 2 kg

P = ∆V x I

P = (________V)(________A)

P = ___________ watts

2. Kuasa mekanikal linear yang


diperlukan untuk mengangkat jisim

P = mgh
t
di mana

P = Kuasa dalam watt


mg = Daya dalam Newton yang
diperlukan untuk mengangkat
jisim
h = Jarak ditanda dalam meter
t = masa dalam saat yang
diperlukan untuk mengangkat
jisim

a. Kuasa mekanikal linear untuk mengangkat penyangkut pemberat O.1 kg.


P = mgh
PENGIRAAN :

KESIMPULAN:

You might also like