You are on page 1of 6

Modul Biologi set 1

Soalan no. 20
a.

Bezakan antara hidupan endoterma dan ektoterma. ( 4m)

Hidupan endoterma adalah hidupan yang dapat mengekalkan suhu badan tanpa
dipengaruhi oleh perubahan suhu persekitaran.

Endoterma mengekalkan suhu

badan melalui penyesuaian fizikal dan mereka memperolehi haba melalui proses
metabolisme badan. Contoh hidupan endoterma ialah burung dan mamalia. ( 2m)
Hidupan ektoterma pula, suhu badannya dipengaruhi oleh perubahan suhu
persekitarannya.

Ektoterma mengawal suhu badannya melalui kelakuannya,

contohnya hidupan ektoterma perlu bergerak (berpindah tempat ) untuk


mengelakkan suhu yang terlalu panas atau pun suhu yang terlalu sejuk. Contoh
hidupan ektoterma ialah reptilia, amfibia dan ikan. (2m)

b. Beberapa endoterma menunjukkan penyesuaian struktur dan kelakuan


semasa pentermokawalturan. Berikan 3 penyesuaian tersebut ( 3m).
Penyesuaian endoterma seperti
i.

Endoterma yang tinggal dikawasan sejuk biasanya mempunyai saiz


badan

yang

besar

untuk

mengurangkan

luas

permukaan

bagi

ii.

mengurangkan kehilangan haba dengan cepat.


Sesetengah endoterma seperti ikan paus mempunyai lapisan lemak yang

iii.

tebal sebagai penebat kepada kehilangan haba.


Beruang kutub pulak mempunyai bulu yang tebal yang bertindak sebagai

iv.

pemerangkap haba.
Sesetengah endoterma berhibernasi semasa musim sejuk dengan
merendahkan kadar metabolisme. (any 3 answ).

c. Perihalkan bagaimana suhu badan manusia dikawal. (8m)


1

Suhu normal badan manusia biasanya 36.9 oC

atau 37oC dan hipotalamus pada

otak bertindak sebagai pusat pengawal suhu. Ia mengandungi sekumpulan neuron


yang berfungsi sebagai pusat kehilangan haba dan pusat kenaikan haba.
Sekiranya suhu persekitaran meningkat, termoreseptor pada kulit akan
mengesan

perubahan

suhu

persekitaran

manakala

termoreseptor

pada

hipotalamus mengesan kenaikan suhu dalam darah yang mengalir melaluinya.


Termoreseptor mengesan perubahan suhu dan dirangsang untuk mencetuskan
impuls saraf yang bergerak balas secara suap balik negatif melalui mekanisme
pembetulan bagi mengembalikan suhu badan kepada aras normal.

Mekanisme

pembetulan adalah seperti peningkatan perpeluhan, kelenjar peluh dirangsang


untuk mengeluarkan peluh dan apabila peluh tersejat ia akan menyingkirkan haba
daripada badan dan ini akan memberikan rasa sejuk pada badan.
Selain itu, pemvasolidatan berlaku iaitu, kapilari darah mengembang dan
diameternya bertambah maka lebih banyak darah mengalir melalui kapilari darah
yang besar dan berada berhampiran dengan permukaan kulit badan. Maka haba
yang berlebihan dalam badan disingkirkan melalui sinaran. Otot piloerektor
mengendur menyebabkan bulu roma condong ke permukaan kulit. Satu lapisan
udara nipis terperangkap di antara bulu roma dengan pemukaan kulit maka lebih
banyak haba hilang melalui sinaran.

Selain itu, kadar metabolisma juga

berkurangan maka kurang haba di hasilkan.

Hasil daripada kedua-dua cara

mengawal atur suhu bahan ( tindakan fizikal dan proses metabolisme), lebih
banyak haba dihilangkan daripada badan dan kurang haba dihasilkan, maka suhu
badan menurun ke aras normal melalui mekanisme suap balik negatif.

Semasa suhu persekitaran menurun (sejuk) termoreseptor pada kulit akan


mengesan perubahan suhu persekitaran (rendah) manakala termoreseptor pada
hipotalamus mengesan penurunan suhu dalam darah yang mengalir melaluinya.
Termoreseptor mengesan perubahan suhu dan dirangsang untuk mencetuskan
impuls saraf dari pusat kenaikan suhu yang bergerak balas secara suap balik
negatif melalui mekanisme pembetulan bagi mengembalikan suhu badan kepada
aras normal. Mekanisme pembetulan adalah seperti mengurangkan perpeluhan,
kelenjar peluh tidak dirangsang.

Kurang peluh dikeluarkan dan apabila peluh

tersejat,maka kurang haba disingkirkan daripada badan.


2

Selain itu, pemvasocerutan berlaku iaitu, kapilari darah mengecut dan


diameternya berkurang maka kurang darah mengalir melalui kapilari darah yang
kecil dan berada berhampiran dengan permukaan kulit badan. Maka kurang haba
yang akan disingkirkan melalui sinaran. Otot piloerektor mengecut menyebabkan
bulu roma tegak atas permukaan kulit. Satu lapisan udara tebal terperangkap di
antara bulu roma dengan pemukaan kulit maka udara yang terperangkap
bertindak sebagai penebat haba yang baik maka kurang haba yang hilang secara
sinaran. Selain itu, kadar metabolisma juga bertambah maka kurang haba yang
hilang dan lebih banyak haba dihasilkan. Dengan ini, suhu badan meningkat ke
aras normal melalui mekanisme suap balik negatif.

Bahagian C soalan biologi set 2

18.
a. Perihalkan bagaimana karbon dioksida diangkut dalam darah. ( 9m )
Karbon dioksida yang dibebaskan oleh hasil respirasi sel diangkut dalam dalam
darah melalui tiga cara.

85% karbon dioksida diangkut dalam bentuk ion

bikarbonat (HCO3-), 10% dalam bentuk karbaminohemoglobin dan baki 5% sebagai


karbon dioksida terlarut dalam plasma darah.
i.

Diangkut dalam bentuk ion bikarbonat, karbon dioksida meresap keluar


daripada sel dan maasuk ke plasma dan dan 85% meresap ke sel darah
merah. Karbon dioksida bertindakbalas dengan air untuk membentuk
asid karbonik.

Tindakbalas ini dimangkinkan oleh enzim karbonik

anihidrase. Asid karbonik ini akan mengurai kepada ion hidrogen dan
ion karbonat. Ion bikarbonat meresap keluar dari membran sel darah
merah dan masuk ke dalam plasma. Membran sel darah merah secara
relatifnya tidak telap kepada ion kation oleh itu untuk mengekalkan
keneutralan elektrik, ion klorida meresap masuk ke dalam sel darah
ii.

merah. Proses ini dikenali sebagai anjakan klorida.


Sebagai karbaminohemoglobin, 10% karbon dioksida bergabung dengan
kumpulan

iii.

amino

pada

hemoglobin

untuk

membentuk

karbaminohemoglobin.
Sebagai bahan terlarut karbon dioksida, 5% karbon dioksida diangkut
dalam plasma darah.

Apabila darah melalui arteri pulmonari dalam

peparu, karbon dioksida akan meresap ke alevoulus dan dibebaskan


semasa proses pertukaran gas.

b.

Jelaskan bagaimana struktur hemoglobin disesuaikan untuk mengangkut

oksigen. (6m)

Hemoglobin adalah pigment yang penting dalam pengangkutan oksigen.


merupakan protein konjugat dengan struktur quaternari.

Ia

Ia mengandungi

rantaian 4 polipeptida, dua rantai alpha dan 2 rantai beta. Rantaian polipeptida
berlingkar dengan rapat dan membentuk struktur sfera.

Setiap rantaian

polipeptida mengandungi satu kumpulan hem dengan satu atom ferum. Apabila
molekul oksigen pertama berpadu dengan satu kumpulan hem, ia mengubah
bentuk molekul tersebut dan memudahkan kumpulan hem kedua dan ketiga
mengambil molekul oksigen. Ini seterusnya memudahkan kumpulan hem keempat
mengambil oksigennya. Cara ini menambahkan kecekapan pengangkutan oksigen.
Oxyhemoglobin yang terbentuk mudah terurai kepada hemoglobin dan oksigen
akan diserap ke tisu yang kekurangan oksigen.

19.
a. Jelaskan pegecutan otot mengikut hipotesis filamen gelongsor. (9m)
b. Perihalkan ciri-ciri sistem saraf autonomi. (6m)

You might also like