You are on page 1of 7

KONSEP PEMIKIRAN SEJARAH

Marzano et all. (1998) menjelaskan pemikiran sejarah melibatkan satu set operasi mental
yang dikenali sebagai proses. Proses ini merangkumi pembentukan konsep, pembentukan
prinsip, kefahaman, penyelesaian masalah, membuat keputusan, penyiasatan dan
penggabungan yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir. Proses pemikiran di peringkat
awal adalah lebih kepada pemerolehan pengetahuan, sementara di peringkat akhir ia lebih
kepada penghasilan dan aplikasi ilmu.
Peranan pemikiran sangat penting kepada kepada seseorang pengkaji dan penyelidik
sejarah dan bukannya pemikiran itu sendiri sebagai gejala dalam sejarah. Oleh itu beliau
menyamakan sejarah itu dengan pemikiran apabila beliau menyatakan bahawa semua
sejarah itu adalah sejarah pemikiran. Beliau menyatakan bahawa sejarah tidak dapat ditulis
secara saintifik kecuali sejarah itu dapat menggambarkan kembali di dalam akalnya akan
pengalaman orang-orang yang tindakannya sedang dikaji oleh sejarawa berkenaan (Yusof
Ibrahim, 1985).
Furet (1983), menyatakan bahawa Sejarah merupakan satu bidang ilmu yang boleh dibuat
pelbagai interpretasi dari semasa ke semasa. Guru tidak perlu lagi menyediakan pelajar
dengan segala fakta dan penjelasan sejarah, malah dalam kerangka pemikiran sejarah era
new history ia lebih kepada penumpuan untuk mengasah intelek pelajar secara kritikal dan
analitikal (Jenkins, 1992). Jadi, konsep pemikiran sejarah perlulah difahami oleh pelajar agar
mereka dapat dilatih menjadi sejarawan.
Pemikiran Sejarah pula berdasarkan Huraikan Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (2002), merupakan satu bentuk proses kognitif yang murid-murid
meneroka idea yang kompleks dan abstrak dengan bimbingan guru. Kenyataan ini selari
dengan takrifan pemikiran Sejarah yang dibuat oleh Wineburg (2001) ialah satu cara berfikir
yang unik. Beliau juga berpendapat pemikiran Sejarah merupakan bentuk yang paling
mendalam, merupakan proses yang asli disebabkan perkembangan psikologi. Beliau turut
menyatakan pemikiran Sejarah ialah goes against the grain of how we ordinally think..
Pemikiran sejarah juga menunjukkan pengajaran yang bertumpu kepada usaha
mempertajamkan pemikiran menjadi perkara yang sangat penting dalam perubahan
pendidikan kini. Ini disebabkan pemikiran berkait rapat dengan unsur intelek yang diberi
penekanan dalam KBSM (Kamarudin Haji Husin, 1994).

KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH


Antara kemahiran pemikiran Sejarah yang digariskan dalam Huraian Sukatan Pelajaran
Sekolah Menengah (2002) yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum untuk
diterapkan oleh guru-guru Sejrah kepada para pelajar ialah:i. Memahami kronologi.
Memahami kronologi bermaksud melihat masa lalu, kini dan masa akan datang mengikut
urutan sesuatu peristiwa sejarah yang berlaku. Sebagai contoh pelajar tingkatan satu yang
telah belajar tentang zaman pra sejarah, dapat melakar carta masa yang menunjukkan
kehidupan zaman pra sejarah seperti Paleolitik, Neolitik dan Logam. Melalui pemahaman
kronologi ini para pelajar dapat membuat perkaitan antara masa lalu dengan masa kini.
ii. Meneroka bukti
Kemahiran ini mengenalpasti sumber pertama dan kedua serta membuat perbandingan
antara kedua-dua sumber tersebut, di samping mendapat maklumat daripadanya. Antara
aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru bagi menerapkan kemahiran meneroka bukti ialah
dengan mengarahkan pelajar berfikir dan meneroka bukti tentang mengapa kerajaankerajaan maritim wujud di tepi pantai.
iii. Membuat interpretasi
Bermaksud membuat tafsiran terhadap sesuatu peristiwa dengan memberi ulasan dan
kupasan. Dengan itu pelajar akan lebih memahami perkaitan antara fakta Sejarah dan
tafsiran Sejarah dengan baik. Kemahiran membuat interpretasi ini juga bermakna masa lalu
yang boleh difahami melalui pemerhatian dan interpretasi yang sistematik dapat membantu
kita hidup dengan lebih baik pada masa hadapan (Paul & Elder, 2006). Sebagai contoh
pelajar dikehendaki membuat tafsiran tentang konsep tamadun mengikut pandangan Barat
dan Islam. Dengan membandingkan kedua-dua pandangan ini pelajar telah membuat
tafsiran dan ulasan serta perbandingan tentang perbezaan kedua-dua pandangan Barat dan
Islam.
iv. Membuat imaginasi
Merupakan kemahiran pemikiran Sejarah. Ia merupakan satu usaha melibatkan pelajar
dengan sesuatu situasi dalam peristiwa Sejarah yang dikaji. Kemahiran imaginasi ialah

secara visual dan empati. Empati misalnya merujuk kepada seseorang yang menilai sejarah
menurut kacamata sumber atau subjek sejarah yang terlibat, contohnya untuk menilai
tindakan kenapa Tunku Abdul Rahman mengeluarkan Singapura dari Malaysia, maka kita
perlu meletakkan diri kita pada tempat Tunku pada ketika keputusan penting tersebut
hendak diambil. Cara ini boleh menjelaskan kepada kita mengapa tindakan itu diambil.

v. Membuat rasionalisasi
Melibatkan penggunaan akal dalam membuat pertimbangan yang wajar dalam
menyelesaikan sesuatu permasalahan. Para pelajar perlu mempunyai kemahiran
mengumpul data, membuat hipotesis, menentukan signifikan bukti dan membuat inferens
daripada data yang dikumpul. Kemahiran ini membolehkan kita mendapat pengetahuan
yang penting daripada kajian masa lalu yang seterusnya membimbing kita untuk membuat
keputusan yang lebih baik pada masa hadapan (Paul & Elder, 2006). Contoh yang boleh
diambil untuk membuat rasionalisasi ialah mengarahkan pelajar untuk membincangkan
tentang Perang Dunia Kedua yang membawa banyak kemusnahan atau mengapa
Rancangan Malaya Pertama diperkenalkan.
Kelima-lima kemahiran tersebut adalah kemahiran-kemahiran yang sangat melibatkan
proses-proses Sejarah atau kemahiran prosedural guru dan pelajar. Para guru akan
membimbing pelajar untuk membuat perkaitan antara masa lalu dan masa kini,
menganalisis, menyelidik dan memproses bukti-bukti,membuat hipotesis, memahami dan
memberi penerangan serta membuat pertimbangan. Seterusnya, ia pula akan terlaksana
apabila para guru Sejarah melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran
Sejarah. Dengan itu, secara tidak langsung para pelajar akan memperoleh kelima-lima
kemahiran yang dinyatakan (Zahara & Nik Azleena, 2007).
Menurut Peter Seixas (1996), beliau telah mengenalpasti ENAM ELEMEN SPESIFIK
DALAM DISIPLIN SEJARAH bagi membentuk satu rangka kerja tentang pemikiran Sejarah
yang perlu diterapkan kepada para pelajar.
i. Kepentingan (Significance)
Dalam unsur kepentingan sejarah ini, pelajar-pelajar perlu mempunyai kemahiran
membezakan antara peristiwa yang remeh dan penting. Dalam hal ini pemilihan
kepentingan sejarah bergantung kepada minat dan nilai yang terdapat dalam masyarakat
tersebut. Oleh itu pelajar-pelajar disarankan untuk mengkaji sejarah tentang masyarakat,

kehidupan dan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan kepada mereka. Misalnya


dalam kajian yang dilakukan oleh Barton dan Levstik (2004) dan oleh Yeager, Foster dan
Greer (2002) mendapati pelajar amat dipengaruhi oleh identiti nasional mereka dalam
membuat pemilihan tentang peristiwa yang penting.
ii. Epistemologi dan bukti (Epistemology and evidence)
Ia melibatkan pemahaman bagaimana kita mengetahui masa lampau. Apakah bukti yang
kita ada ? Sejauhmana bukti tersebut boleh dipercayai? Bagaimana kita boleh menjelaskan
tentang kewujudan tafsiran sejarah yang berbeza dan bertentangan. Sebagai contoh kanakkanak tidak sepatutnya dibiarkan dengan pandangan bahawa hanya ada satu kisah benar
sahaja pada masa lampau. Sedangkan pada hakikatnya sejarawan membuat pelbagai
inferens berdasarkan bukti, justeru itu wujud pelbagai tafsiran tentang sesuatu peristiwa
masa lalu.
iii. Kesinambungan dan perubahan (Continuity and Change)
Unsur ini menekan pemahaman tentang perubahan masa lalu yang merupakan pusat
pemikiran Sejarah. Umur merupakan faktor untuk memahami keadaan ini; iaitu seseorang
yang berumur dikatakan lebih memahami perubahan yang berlaku pada masa lalu misalnya
perubahan dari segi teknologi dan nilai berbanding dengan mereka yang lebih muda. Namun
begitu terdapat juga pengkaji yang menolak pendapat ini. Menurut mereka umur bukanlah
satu faktor utama dalam memahami perubahan masa lalu. Menurut pengkaji-pengkaji ini
pengalaman hidup turut menjadi faktor iaitu golongan muda yang mengalami pengalaman
perang, pelarian, imigran dan mereka yang kehilangan ibu bapa atau yang berpindah
randah dari satu kawasan ke kawasan lain mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang
perubahan Sejarah berbanding dengan mereka yang hidup dalam suasana yang aman.
iv. Perkembangan dan kemerosotan (Progress and decline)
Berdasarkan unsur ini pelajar perlu memahami bahawa dalam kehidupan akan mengalami
peringkat perkembangan dan kemerosotan. Dalam peringkat perkembangan hidup
seseorang mengalami kejayaan, manakala kemerosotan mereka mengalami satu keadaan
yang sukar. Oleh itu dalam konsep pemikiran Sejarah mereka seharusnya dapat
mengenalpasti atau membezakan kewujudan dua keadaan ini. Ini adalah penting agar
mereka dapat memahami proses yang berlaku dalam peristiwa Sejarah.
v. Empati dan penilaian moral (empathy and moral judgement)
Pemikiran sejarah memerlukan seseorang mempunyai daya imaginasi dan empati.
Tujuannya agar pelajar-pelajar tidak merasa asing dan pelik tentang peristiwa masa lalu.

Malah mereka seharusnya perlu mempunyai rasa hormat dan perasaan ingin tahu tentang
peristiwa-peristiwa masa lepas. Penyelidik British Christopher Portal(1987), menegaskan
bahawa empati merupakan satu cara pemikiran imaginative yang memerlukan kemahiran
kognitif untuk melihat nilai-nilai kemanusiaan dalam peristiwa Sejarah.
vi. Historical Agency
Elemen terakhir pemikiran sejarah ini merujuk kepada bagaimana dan mengapa sesuatu
perkara itu terjadi. Dalam elemen ini pelajar ditekankan supaya menghargai Sejarah dan
memahami bahawa tindakan rakyat pada masa lampau memberi kesan kepada rakyat pada
masa kini. Seterusnya menyedari bahawa tindakan-tindakan yang dilakukan oleh mereka
pada masa kini akan memberi kesan kepada generasi yang akan datang. Mempunyai
pemikiran Sejarah bukan sahaja memikirkan tentang masa lampau , malah ia melibatkan
melihat diri sendiri sebagai waris daripada masa lampau dan sebagai pelaku pada masa kini.
PENERAPAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN SEJARAH.
Ramai yang berpendapat mengajar sejarah hanyalah tentang bercerita atau just tell
stories. Sejarah mengandungi kisah tentang kehidupan individu atau tokoh. Sesuatu cerita
jika diceritakan dengan baik boleh menarik minat pelajar untuk belajar sejarah. Para
sejarawan sependapat bahawa fakta tidak boleh bercakap, jadi menjadi tugas sejarawan
untuk membentuk persoalan, membentuk inferens, membuat penilaian sekiranya perlu dan
membuat kesimpulan tentang fakta sejarah tersebut (Crabtree et all., 1993).
Oleh itu pelajar-pelajar perlu didedahkan dan diterapkan dengan kemahiran pemikiran
Sejarah. Keadaan ini selaras dengan Orientasi pendidikan sejarah peringkat Sekolah
Menengah Atas yang bertujuan untuk memberi pemahaman ilmu dan memupuk pemikiran
sejarah Namun begitu, untuk memupuk kemahiran pemikiran sejarah dalam kalangan
pelajar-pelajar bukanlah satu perkara yang mudah. Apatah lagi Sejarah merupakan satu
subjek yang paling sukar untuk diajar di sekolah menengah (Sizer, 1984). Ini dapat
dibuktikan dengan kaedah pengajaran guru sejarah yang tidak sesuai dan kurang menarik.
Malah ramai yang tidak mengetahui bagaimanakah kaedah pengajaran Sejarah yang paling
baik atau sesuai (Howard & Mendenhall, 1982).
Walaubagaimana pun, kajian yang dilakukan oleh Wineburg dan Wilson (1992), mendapati
antara cara untuk memberi kemahiran pemikiran Sejarah dalam kalangan pelajar ialah, guru
Sejarah perlu melibatkan pelajar dalam pengajarannya serta menggunakan pelbagai teknik
dan kaedah seperti debat, main peranan, demonstrasi, analogi dan lain-lain. Kaedah

pengajaran yang aktif ini berkesan kerana ia menyebabkan pelajar-pelajar berkomunikasi


dengan mata pelajaran tersebut dan secara tidak langsung dapat menimbulkan minat
pelajar.
Bagi menerapkan konsep pemikiran Sejarah di dalam bilik darjah, proses pengajaran dan
pembelajaran Sejarah perlulah merangsang pemikiran pelajar. Ini boleh dilaksanakan
melalui aktiviti pembelajaran aktif yang melibatkan proses mencari bukti, membuat
pertimbangan dan rasionalisasi, interpretasi dan imaginasi dengan bimbingan guru. Oleh itu
para guru Sejarah perlulah memiliki pemahaman dan pengetahuan mengenai kemahiran
pemikiran Sejarah untuk dilaksanakan dalam pengajaran mereka.
Bersesuaian dengan pendapat Antonio (2008) yang menyatakan, pengajaran Sejarah dalam
bilik darjah perlu menggunakan kaedah pengajaran aktif. Menurutnya lagi Sejarah adalah
satu proses menyiasat tentang sumber primer dan sumber sekunder . Sejarawan
kebiasaannya akan menyoal dengan pertanyaan seperti mengapa dan bagaimana ketika
menjalani proses Sejarah. Malah guru juga turut menggunakan kaedah menyoal ketika
mengajar tetapi tujuan menyoal seorang guru Sejarah berbeza dengan seorang sejarawan.
Tujuan seorang sejarawan menyoal adalah untuk memberi makna kepada fakta-fakta yang
diperolehi. Manakala guru Sejarah pula menyoal untuk menggalakkan pelajar agar berfikir
mengikut pendekatan Sejarah.
Selain daripada itu salah satu cara untuk membentuk kemahiran pemikiran sejarah ialah
dengan menggunakan kaedah inkuiri terhadap sesuatu bahan atau sumber (bukti) sejarah.
Kaedah inkuiri ini yang mewujudkan sifat ingin tahu dalam diri pelajar untuk melakukan
proses pencarian dan penemuan. Keadaan ini secara tidak langsung dapat melatih pelajar
untuk berhjah secara logik, bernas dan disokong oleh fakta-fakta sejarah (Antonio, 2008)
Bagi membentuk pelajar yang mempunyai kemahiran pemikiran Sejarah, ia memerlukan
bukan sahaja kemahiran menguasai fakta, malah pelajar tersebut juga perlu mempunyai
kemahiran menganalisis perkaitan antara satu fakta dengan fakta yang lain. Justeru itu,
pelajar-pelajar perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang luas bagi menyokong hipotesis
serta sebab dan akibat.
Pemikiran sejarah sebenarnya, memerlukan persoalan, yang mana jawapan kepada
persoalan-persoalan yang timbul tidak memerlukan satu jawapan yang benar atau salah.
Apa yang penting dalam mendapatkan jawapan pelajar perlulah mencari hipotesis-hipotesis
yang sesuai. Pelajar perlu menyusun bukti-bukti untuk menyokong hipotesis mereka. Malah

berfikir secara sejarah juga memerlukan pelajar menganalisis sebab dan akibat (Holt, 1990).
Keadaan ini juga memerlukan pelajar dapat membezakan anatara sebab segara dan sebab
panjang sesuatu peristiwa itu berlaku. Berdasarkan penerangan dapatlah kita rumuskan
bahawa pemikiran sejarah dapat melatih pelajar berfikir secara kritis.

You might also like