You are on page 1of 4
(Secretary General) Kementerian Pelajaran Malaysia (Ministry of Education Malaysia) Aras 8, Blok E8 Kompleks Kerajaan Parcel E 62604 PUTRAJAYA Ketua Setiausaha Telefon _—: 03-88846069 Fax 1 03-88885124 Website: http://www.moe.gov.my Ruj. Kami: KP(BKEW/BT)1800/D-3/3 ( © ) Tarikh 3( Januari 2013 SENARAI EDARAN SEPERTI DI LAMPIRAN 4 YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan, SURAT SIARAN PELAKSANAAN BANTUAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA TAHUN 2013 BAG! PELAJAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2: Sebagaimana YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan sedia maklum, Bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada pelajar yang telah dilaksanakan pada tahun 2012 akan diteruskan pelaksanaannya pada tahun 2013. Pemberian bantuan ini bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa / penjaga pelajar. 3. Sehubungan itu, bagi tahun 2013 pelaksanaan program ini adalah seperti butiran berikut: BIL. PERKARA — a. | Syaratkelayakan |» Warganegara Malaysia; | | | |* Berstatus aktif di Institut Pendidikan Guru, | | Tingkatan 6 (Atas) dan Kolej Matrikulasi dalam I |__tempoh 4 Januari hingga 31 Mac 2013; | fe L 1 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan * Sedang melanjutkan pelajaran di _peringkat Tingkatan 6 (Atas), Senior Middle 3 (SM3) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Agama Negeri (SAN), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Swasta / Persendirian; + Sedang melanjutkan pelajaran secara separuh masa atau sepenuh masa di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di IPG; dan + Berada di Malaysia dalam tempoh pelaksanaan BB1M (1 Januari hingga 31 Mei 2013). b. Kader bantuan RM250 bagi setiap pelajar (RM50 x 5 keping baucar) c. | Tempoh Baucar buku ini sah diguna pakai selama 5 bulan Pelaksanaan sahaja iaitu mulai 1 Januari hingga 31 Mei 2013 d. Tarikh ~pemulangan Selewat-lewatnya pada 1 April 2013. lebihan baucar 4. Pemberian bantuan ini merupakan ‘touch point’ Kerajaan kepada rakyat. Oleh itu, penglibatan wakil-wakil rakyat termasuk Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau wakil pemimpin yang terpilih dari Kerajaan Persekutuan adalah digalakkan untuk turut hadir_membantu menyampaikan bantuan tersebut kepada ibu bapa/penjaga murid. Baucar ini perlu diagihkan selewat-lewatnya pada 31 Mac 2013. 5. Bersama-sama ini disertakan “Garis Panduan Bantuan Baucar Buku (Malaysia Kepada Pelajar Kementerian Pelajaran Malaysia’ untuk rujukan dan perhatian YBhg. Datuk / Dato’ / Tuan / Puan. Garis panduan ini juga boleh dimuat turun di laman sesawang KPM, www.moe.gov.my. 6. _ Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut: 2 i) Encik Hazhar bin Muhamad Hanip e-mail: hazhar.mhanip@moe.gov.my No. Telefon: 03-88847465 ii) Encik Mohd Yusof bin Rosli e-mail: yusof.rosli@moe.gov.my No. Telefon: 03-88847506 iii) Puan Hasnah binti Ismail e-mail _: hasnah.ismail@moe.gov.my No. Telefon: 03-88847081 ts Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan berhubung perkara ini amat dihargai. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” lm DATO’ DR. ROSLI BIN MOHAMED Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia sk.: Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme (Keguruan) Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan) Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan) Setiausaha Sulit Kanan kepada YAB Menteri Pelajaran Setiausaha Sulit Kanan kepada YB Timbalan Menteri Pelajaran | Setiausaha Sulit Kanan kepada YB Timbalan Menteri Pelajaran I LAMPIRAN 1 SENARAI EDARAN Rektor Institut Pendidkan Guru Malaysia Pengarah Bahagian Matrikulasi Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Pengarah Bahagian Sukan Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Semua Pengarah Pelajaran Negeri ‘Semua Pengarah Kolej Matrikulasi

You might also like