Sebab-sebab Burma Dijajah

1. Politik
• Dasar Imperialisme Burma • Kemerosotan Hubungan Diplomatik • Kebimbangan Ancaman Perancis

2. Ekonomi
• Kepentingan Perdagangan

3. Sosial
• Adat Kasut

Dasar Imperialisme Burma
• Raja Bodawpaya telah menakluki Arakan. • Tindakan ini menyebabkan Burma memiliki sempadan yang sama dengan British di wilayah Chittagong. • Raja Bagyidaw mengamalkan dasar imperialisme ke atas India. • Jeneral Maha Bandula menawan Assam. • Tindakan ini meyakinkan British bahawa Burma bercita-cita ke atas Benggala.

Kemerosotan Hubungan Diplomatik
Keangkuhan Burma dan syak wasangka keduadua pihak menyebabkan: Utusan-utusan British gagal selesaikan masalah sempadan Arakan-Chittagong. Keengganan Burma adakan hubungan diplomatik secara langsung dengan Gabenor Jeneral British di India. Burma enggan tubuhkan kedutaannya di Calcutta seperti dalam Perjanjian Yandabo. Raja Tharawaddy enggan akui Perjanjian Yandabo. Pada akhir pemerintahan Raja Mindon Min, hubungan diplomatik British-Burma mulai merosot. Raja Mindon Min hampa kerana British gagal pulangkan Pegu.

Kemerosotan Hubungan Diplomatik

Raja Mindon Min juga tidak puas hati kerana layanan buruk British terhadap Ketua Perwakilan Burma ke London pada 1872 yang diperkenalkan kepada Ratu Victoria oleh Setiausaha Negara India dan bukan oleh Setiausaha Luar Negeri.

Kebimbangan Ancaman Perancis
• British bimbang peluasan pengaruh Perancis di Burma akan mengancam kedudukan British di India. • British tidak ingin Burma Hulu di bawah pengaruh Perancis. • Perjanjian Perancis dengan Burma meletakkan Konsul Perancis di Mandalay. • Perancis dapat konsesi drp Raja Thibaw.

Kepentingan Perdagangan
• British ingin memperluaskan perdagangan mereka di Burma. • Pedagang British terpaksa membayar harga tinggi untuk barangan Burma. • Pedagang British tidak puas hati monopoli Raja Burma ke atas kebanyakan barangan. • Mereka mengadu dikenakan cukai yang tidak adil. Gabenor Pegu Maung Ok memeras pedagang British.

Maung Ok menuduh 2 orang Kapten British, Sheppard dan Lewis membunuh dan menipu. Mereka dipaksa membayar denda 1000 Rupee. Peristiwa ini beri peluang British meluaskan pengaruh di Burma. British ingin perolehi konsesi dagang di Burma Hulu dan gunakannya sebagai tapak membuka jalan perdagangan dari Bhamo ke China yang berpotensi tinggi.

Raja Thibaw menuduh Syarikat Bombay-Burma milik British mengambil kayu jati melebihi had yang ditentukan dan merasuah pegawai Burma. Denda sebanyak 23 juta Rupee dikenakan ke atas syarikat itu. Denda ini beri alasan British takluk Burma Hulu.

Adat Kasut
Burma anggap utusan British sebagai pembawa ufti yang mesti patuhi adat menyembah Raja Burma iaitu menanggalkan kasut dan diduduk bersila di lantai ketika mengadap raja. Istana Burma anggap adat ini wajib dipatuhi semua utusan asing sebagai tanda menghormati budaya Burma dan mengakui keagungan Burma.

Adat Kasut
British menganggap ini satu penghinaan dan membawa kepada terputusnya hubungan diplomatik. Lord Northbrooke telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Burma setelah menerima aduan oleh utusan Lord Forsythe ke istana Mindon Min. Beliau tidak mahu tunduk kepada adat ini yang dianggap menghinakan. Paksaan ini salah satu faktor tercetus Perang British-Burma III.

SUDAHKAH ANDA HABIS MENCATAT?

Terima Kasih

TEOH SAY BENG SMK KAPIT 2006