You are on page 1of 25

AMM3082 - MALAYSIAN TRADITIONAL

MUSIC

BORIA

PENGENALAN
Boria ialah sejenis teater yang popular di negeri
utara terutamanya Pulau Pinang.
Terbahagi kepada dua bahagian iaitu lakonan dan
nyanyian.
Lakonan : - Dilakonkan oleh lelaki sahaja.
- Pelakon tidak lebih dari 6 orang
Nyanyian :-Nyanyian dimulakan selepas tamat lakonan
- Si Tukang Karang memulakan nyanyian diikuti
oleh penari/korus iaitu kelasi.

SEJARAH
Umumnya, boria dikaitkan dengan peristiwa
Karbala pembunuhan Sayidina Hussein r.a. oleh
Muawiyah bin Abi Suffian.
Turut terpengaruh oleh pengikut-pengikut Syiah.
Kemudian berkembang ke Parsi dan India
seterusnya ke Semenanjung Tanah Melayu.

Boria berasal dari perkataan Hindustan


bermaksud tikar.
- Pemain boria memakai tikar untuk
menunjukkan kesengsaraan Saidina Hussin
Perkataan Boria asal dari Borai yang bermaksud
gila atau sasau.
- Ini kerana keadaan pakaian pemain pada masa
itu
seperti orang gila.
Perkataan Bori berasal dari Gujerat, India.
- kaum ini memulakan boria di Pulau Pinang
selepas mereka berpindah dan menetap di Pulau
Pinang.

FUNGSI BORIA
Pada masa dahulu apabila gerakan Syiah bertukar menjadi pertubuhan
yang berbau politik, teater ini dijadikan tempat mereka mencari pengaruh.
Kongsi gelap Melayu yang dimaksudkan ialah kumpulan Bendera Merah
dan Bendera Putih. Selepas kedua-dua kumpulan ini diharamkan kerajaan,
boria telah dijadikan platform baru untuk mencari ahli dengan alasan ia
merupakan sebuah permainan dan persembahan semata-mata.
Hari ini boria telah mengalami perubahan dari fungsinya untuk mengenang
pembunuhan Saidina Husin ia telah menjadi sebuah persembahan bersuka
ria yang menjarakkan diri sama sekali dari ajaran, falsafah dan prinsip
syiah serta kenangan pedih peristiwa Karbala.
Ini menekankan konsep takziah dalam boria telah hilang sama sekali
apabila ia menjadi sebuah burlesque.
Apa yang dapat diketahui dengan pasti ialah boria kini adalah berbentuk
pantomim berkabung sebelum menjadi burlesque yang tidak
mementingkan dialog dalam usaha mewujudkan perwatakan tertentu
(seperti pengemis yang meminta derma).

ORGANISASI
KUMPULAN
BORIA

Sebuah kumpulan Boria mengandungi 40hingga 60 ahli termasuk tauke.


Kesemua ahli dalam kumpulan boria ini adalah
lelaki.
Selepas perang dunia ke-2, persembahan Boria
ini mula melibatkan wanita.
Kumpulan boria ini selalunya ditaja oleh tauke
yang terdiri daripada orang CINA untuk
membuat persembahan.

Kejayaan mementaskan persembahan Boria ini


menjadi lambang prestij pada waktu dahulu.
Kampung yang tiada kumpulan Boria dianggap
sesuatu yang boleh memalukan penduduk
kampung berkenaan.
Selain tauke, tukang karang juga memainkan
peranan penting dalam kumpulan Boria ini.
Tukang karang ini akan memegang tongkat
penunjuk ketika menyanyi atau dipanggil
Baton

Seorang tukang karang mesti berupaya


membawa sesebuah lagu itu dengan sempurna,
lantang dan terang.
Tukang karang ini menjadi nadi penggerak
untuk sesebuah kumpulan Boria.
Bertindak sebagai ketua untuk menyampaikan
rangkap-rangkap karangan
Keupayaan tukang karang memilih perkataan
yang sesuai terutama untuk memuji tuan
rumah adalah sesuatu yang sangat diharapkan.

Tukang karang tidak perlu menari dan


bebas bergerak kiri dan kanan pentas
ketika sailor sedang menyanyi.
Tukang karang boria zaman dahulu ialah:
Datuk Ahmad Daud
Zainol C (Pak Man Telo)
Ali Yussof
Jibran Khalil

CARA
PERSEMBAHAN
-LAKONAN
-NYANYIAN

Terdiri daripada 2 persembahan cerita yang berasingan.


1) Tema atau cerita dihubungkait dengan tujuan persembahan.
2) Tema atau cerita lebih umum
Persembahan terbahagi kepada dua segmen
3) Sketsa lucu atau lawak jenaka
) Terdiri 10-14 orang pelakon
) Tema cerita dikisahkan secara lawak jenaka dan komedi slapstick.
2) Nyanyian vokal dan tarian
) Dimainkan oleh peserta korus (kelasi/sailor) dan penyanyi solo
(tanjung karang) seramai 30-40 peserta.
) Bermula dengan muzik instrumental yang berasaskan irama dan
rentak cha-cha, slow rhumba atau tarian popular barat.
) Rangkap yang dinyanyikan berstruktur 4 baris senikata dengan
skema rima yang tetap.
) Lagu yang dimainkan berselang seli sehingga 12-20 rangkap.

LAKONAN
Pada zaman dahulu, cerita dalam persembahan Boria ini adalah
berkisarkan tentang peristiwa kabala dan kematian Saidina
Hussein r.a
Selepas itu, berubah menjadi cerita Arab yang berlandaskan
hikayat seribu satu malam, cerita sejarah, kejadian semasa, cerita
Cinda dan India serta cerita filem seperti Tarzan dan Zorro.
Pada masa kini, tema yang paling popular dalam persembahan
Boria adalah berkisar tentang isu kemasyarakatan dan kritikan
sosial.
Lakonan yang di lakukan adalah secara spontan. Pelakon hanya
diberitahu tajuk dan jalan cerita.
Persembahan Boria diselitkan elemen kelucuan yang dianggap
penting dalam persembahan Boria.
Awal tahun 60-an, timbul perkembangan baru dari segi pakaian
iaitu menggunakan pakaian seragam.

NYANYIAN
Tukang karang mendahului para kelasi dan pemuzik
masuk ke pentas setelah lakonan berakhir.
Kedudukan kelasi dalam keadaan berselerak memenuhi
ruang pentas tetapi pergerakan mereka terbatas tetapi
tetap berada di belakang tukang karang.
Senikata lagu dicipta berasaskan lakonan yag dipentaskan
sebelum dan susunana senikata berbentuk syair.
Rangkap pertama dalam persembahan Boria mestilah
memperkenalkan kumpulan masing-masing.
Irama disesuaikan dengan cerita sebagai contoh cerita
Arab dimana iramanya akan mirip dengan lagu Arab.
Pada akhir persembahan, kumpulan Boria kana
mengucapkan salam atau memohon ampun atas kelakuan
mereka sepanjang persembahan.

ALAT-ALAT MUZIK
Ianya tidak begitu khusus.
Keupayaan para pemuzik untuk membawakan
irama yang dapat mengiringi nyanyian tukang
karang lebih penting.
Semakin banyak alat muzik semakin baik.
Alat muzik yang sering digunakan ialah violin,
gambus, marwas, tabla, simbal, gendang,
akordion, harmonika dan lain-lain.
Pakaian, muzik, dialog dengan cerita yang
dimainkan berkaitan.
Contoh jika cerita Arab maka pakaian, muzik
dan tarian yang dimainkan mirip bentuk Arab.

PAKAIAN
Disesuaikan dengan cerita yang dimainkan.
Adakalanya, mereka memakai pakaian
yang beraneka ragam untuk menarik
perhatian penonton.
Penggunaan props bergantung kepada
cerita yang hendak dimainkan.
Awal 60-an, kumpulan boria menggunakan
pakaian seragam untuk menambahkan lagi
daya tarikan pertunjukan mereka.

PAKAIAN
Dahulu, pakaian yang digunakan adalah
beraneka ragam dari segi corak, bentuk
serta warna.
Semakin beraneka pakaian yang
digunakan semakin hebatlah daya penarik
kumpulan boria tersebut.
Sekarang, lebih kepada pakaian seragam.
Kelasi-kelasi akan menggunakan pakaian
yang seragam kecuali tukang karang
memakai pakaian yang berbeza iaitu baju
yang lebih istimewa.

Perbezaan boria dahulu dan


sekarang

Kesimpulan
Kesimpulannya, kini telah banyak perubahan berlaku dalam
persembahan boria dan hal ini adalah disebabkan oleh faktor
masa dan kesan daripada pertandingan boria yang semakin luas
dipersembahkan. Boria merupakan hiburan yang perlu
dikekalkan
dan diperkenalkan kepada generasi akan datang kerana ianya
merupakan warisan nenek moyang. Pihak-pihak yang
bertanggungjawab juga perlu sentiasa mengambil berat mengenai
warisan-warisan melayu supaya tidak dilupakan

Lampiran

50-an

70-an

Sekarang

video
http://www.youtube.com/watch?v=3zGGlBqoS1k
http://www.youtube.com/watch?v=8D3xoMoXdng

You might also like