You are on page 1of 2

JURNAL MINGGU PERTAMA PRAKTIKUM FASA 1 2015

1. MASALAH
Pada minggu pertama, saya telah menghadapi masalah komunikasi dengan murid.
Masalah komunikasi dengan murid ini menyukarkan pelaksanaan aktiviti di dalam
kelas. Hal ini menimbulkan masalah aktiviti perancangan tidak dapat dilaksanakan
dengan berkesan, khususnya ujian diagnostik yang telah dibuat dalam minggu
pertama praktikum tidak dapat disiapkan oleh murid.

2. ANALISIS
Masalah ini timbul adalah kerana pada minggu pertama, murid tidak mengenali guru
baru dan berasa segan, malu untuk bercakap. Bagi guru pula tidak mengenali ciri-ciri
setiap murid dengan sepenuhnya lagi. Semasa ujian diagnostik dijalankan, muridmurid tidak memahami arahan guru dan guru tidak memahami bahasa murid seperti
dialek Kelantan. Masalah-masalah komunikasi ini menyukarkan lagi interaksi dalam
kelas. Guru terpaksa menggunakan lebih masa untuk pelaksanaan aktiviti dalam
kelas.

3. CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

a. Saya patut belajar Bahasa Kelantan untuk memudahkan komunikasi dengan


murid supaya dapat memahami kehendak mereka.
b. Saya hendaklah menggunakan bahasa yang mudah difahami murid dan
mengulangkan

dan

memastikan

murid

memahami

arahan

dengan

sepenuhnya.
c. Saya akan bertanya kepada guru lain sekiranya tidak memahami sesuatu
yang dicakap murid.
d. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah
pembimbing di samping berbincangn dengan rakan-rakan yang lain berkaitan
masalah ini dan mencari penyelesaian yang terbaik bersama.

4. TEMPOH MASA
Saya akan cuba mengatasi masalah komunikasi ini pada sesi pengajaran akan
datang dalam tempoh masa seminggu. Ia amat penting untuk memastikan
kelancaran pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Sekiranya masalah ini tidak
diatasi segera, sudah tentu pengajaran dan pembelajaran tidak dapat berjalan
dengan berkesan. Guru tidak akan memahami masalah murid dan murid tidak akan
memahami arahan guru.

5. TINDAKAN SUSULAN
Semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung, saya akan bertanya kepada
murid lain tentang masalah yang hendak disampaikan oleh seseorang murid atau
bertanya kepada guru bersebelahan. Saya juga boleh meminta murid lain untuk
membantu menyampaikan arahan saya terhadap murid tertentu. Cara alternative
komunikasi digunakan sekiranya masalah tersebut masih berlaku.

You might also like