You are on page 1of 36

Archimedes

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Archimedes dari Syracuse.

Archimedes (bahasa Yunani: Αρχιμήδης; k.k. 287 SM – 212 SM) adalah seorang ahli
matematik, ahli fizik, jurutera, ahli astronomi, dan ahli falsafah Yunani yang dilahirkan di
bandar pelabuhan tanah jajahan Syracuse, Sicily, Itali. Beliau telah dianggap oleh
sesetengah ahli sejarah matematik sebagai salah satu daripada ahli-ahli matematik kuno
yang terutama. Carl Friedrich Gauss yang sering dipanggil sebagai ahli matematik yang
paling terpengaruh, mendakwa bahawa Archimedes adalah salah satu daripada tiga ahli
matematik yang paling penting (yang lain itu ialah Isaac Newton dan Ferdinand
Eisenstein). Selain daripada sumbangan-sumbangan teori asasnya kepada matematik,
Archimedes juga membentuk bidang-bidang fizik dan kejuruteraan amali, dan telah
dirujuk sebagai "ahli sains yang teragung". [1]

[sunting] Biografi ringkas


Archimedes ialah saudara kepada keluarga pemerintahan Syracuse (Saracussia), sebuah
kemaharajaan bandar pelabuhan. Raja Hiero II yang, menurut khabar angin, merupakan
bapa saudara Archimedes, menitahkannya untuk mereka bentuk dan memasang siap
sebuah kelas kapal yang baru untuk angkatan tentera laut yang amat penting untuk
mengekalkan kelas pemerintahan di Syracuse. Hiero II telah berjanji memberikan banyak
biji-bijian kepada Rom di utara sebagai ganti untuk keamanan. Menghadapi perang
apabila tidak dapat menunaikan janjinya, Hiero II menitahkan Archimedes untuk
mengembangkan sebuah baj mewah/bekalan/perang besar yang dapat diubahkan
mengikut keperluan-keperluan angkatan tentera laut yang berubah-ubah. Mengikut
khabar angin, Skru Archimedies sebenarnya merupakan suatu rekaan yang tidak sengaja
kerana dia memerlukan suatu alat untuk membuang air bilga. Kapal itu yang dinamakan
Saracussia sempena negaranya mungkin merupakan sebuah mitos. Tidak terdapat rekod
seni faundri atau barang-barang lain untuk menyokong ciptaan ini. Kapal ini hanya
disokong oleh huraian Plato yang mengatakan bahawa "ia merupakan persamaan paling
megah yang pernah belayar."
Archimedes diberikan penghargaan untuk banyak rekaan dan temuan, dengan
sebilangannya masih digunakan pada hari ini seperti skru Archimedes. Dia masyhur
untuk kapi majmuk, sebuah sistem kapi yang digunakan untuk mengangkat beban-beban
yang berat seperti kapal. Archimedes membuat banyak mesin perang untuk Hiero II,
penaung dan kawannya. Dia juga menghasilkan banyak karya mengenai geometri yang
termasuk mengira luas permukaan dan isi padu pepejal dengan tepat. Karya yang
memberikannya kemasyhuran ialah teori jasad-jasad terapung. Dia menyediakan hukum-
hukum pengapungan dan mengembangkan prinsip Archimedes yang masyhur. [2]

Niels Bohr
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Neils Bohr

Niels Bohr (7 Oktober 1885 - 18 November 1962) merupakan seorang ahli fizik yang
berasal dari Denmark dan pernah meraih hadiah Nobel di bidang fizik pada tahun 1922.

Pada tahun 1913, beliau telah menerapkan konsep mekanik kuantum untuk model atom
yang telah dikembangkan oleh Rutherford, yang menggambarkan bahawa atom tersusun
dari teras atom (nukleus) yang dikelilingi oleh orbit elektron.

[sunting] Lihat juga


Wikimedia Commons mempunyai media mengenai:
Niels Bohr
 Bohrium (unsur kimia yang dinamakan bersempenanya)

Albert Einstein
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Albert Einstein

Albert Einstein (14 Mac 1879 – 18 April, 1955) adalah seorang ahli fizik teori
berbangsa Jerman yang telah dipandang sebagai ahli sains yang teragung pada abad ke-
20. Beliau mengemukakan teori kerelatifan dan membuat banyak sumbangan utama
kepada perkembangan mekanik kuantum, mekanik statistik dan kosmologi. Einstein telah
dianugerahkan dengan Hadiah Nobel dalam bidang Fizik pada tahun 1921 bagi
penjelasannya mengenai kesan fotoelektrik dalam tahun 1905 serta "khidmatnya kepada
Fizik Teori".

Selepas teori relatif amnya dirumus pada November 1915, Einstein mencapai
kemashyuran di seluruh dunia. Dalam budaya pop, namanya sering disinonimkan dengan
kecerdasan.

Isi kandungan
[sorok]
 1 Kehidupan peribadi
 2 Kerjaya
o 2.1 Kertas kerja Annus Mirabilis
o 2.2 Jawatan profesor
o 2.3 Teori relatif am
o 2.4 Einstein dan kuantum fizik
o 2.5 Statistik Bose-Einstein
o 2.6 Perang Dunia II
o 2.7 Teori penyatuan bidang
o 2.8 Teori teritlak
o 2.9 Pencapaian lain
 3 Pandangan agama
 4 Anugerah-anugerah
 5 Karya-karya Einstein
 6 Kronologi
 7 Rujukan

 8 Pautan luar

Galileo Galilei
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Potret Galileo Galilei oleh Giusto Sustermans.

Galileo Galilei (15 Februari, 1564 – 8 Januari, 1642) merupakan ahli nujum, ahli fizik,
ahli astronomi dan ahli falsafah yang telah dikait rapat dengan revolusi sains.
Dilahirkan kepada Vicenzo, seorang ahli muzik yang terkenal, Galileo berminat mengkaji
bintang. Dalam tahun 1609, Galileo telah mencipta teleskop yang pertama. Teleskopnya
telah membantunya mengkaji tompok matahari dan planet Zuhrah. Beliau juga menemui
hukum gerakan pertama dan kedua yang telah memberi sokongan yang berkesan kepada
teori Copernicus. Oleh kerana pencapaian-pencapaianya, Galileo telah dianugerahkan
sebagai "Bapa Astronomi Moden", "Bapa Fizik Moden" serta "Bapa Sains".

Kerja ujikajinya telah dianggap sebagai pelengkapa kepada karya-karya Francis Bacon
dalam pengasasan kaedah sains moden. Kerjaya Galileo berbetulan dengan kerjaya
Johannes Kepler. Kerjayanya juga dianggapi sebagai penyimpangan daripada kerjaya
Aristotle. Konfliknya dengan Gereja Roman Katolik telah diambil sebagai contoh awal
yang utama bagi konflik antara kuasa dengan kebebasan pemikiran, khususnya dalam
bidang sains di masyarakat Barat.

[sunting] Biografi
Dilahirkan di Pisa, Itali, Galileo merupakan anak sulung kepada Vincenzo Galilei,
seorang ahli matematik dan muzik yang dilahirkan di Florence pada tahun 1520. Ibunya
Giulia Ammannati. Galileo mempunyai enam adik.

Galileo diajar secara persendirian ketika masih amat kecil. Beliau kemudian menyertai
Universiti Pisa tetapi kemudian terpaksa berhenti pembelajarannya disebabkan masalah
kewangan. Bagaimanapun, beliau ditawarkan jawatan dalam fakulti universiti itu pada
tahun 1589 dan mengajar matematik. Tidak lama kemudian, beliau berpindah ke
Universiti Padua dan mengajar geometri, mekanik, dan astronomi sehingga tahun 1610.
Semasa itu, beliau memeriksa sains dengan teliti, dan membuat banyak penemuan yang
penting.

Walaupun merupakan seorang penganut Katolik yang warak, Galileo menjadi bapa
kepada tiga orang anak luar nikah: dua orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.
Kesemua ini merupakan anaknya dengan Marina Gamba. Disebabkan taraf mereka
sebagai anak luar nikah, kedua-dua anak perempuan itu dihantar ke sebuah biara di San
Matteo, Arcetri ketika masih kecil:

 Virginia (1600–1634) yang mengambil nama Maria Celeste ketika masuk ke biara
dan yang mewarisi otak bapanya yang tajam merupakan anak sulung Galileo yang
paling disayangi. Virginia meninggal dunia pada 2 April 1634 ketika berumur 34
tahun, dan kini dikebumikan bersama-sama dengan Galileo di Basilica di Santa
Croce di Firenze.
 Livia (lahir 1601) yang mengambil nama Suor Arcangela sentiasa sakit pada
sepanjang hayatnya di biara.
 Vincenzio (lahir 1606) kemudian disahkan melalui perkahwinan Galileo dengan
Marina Gamba. Dia berkahwin dengan Sestilia Bocchineri.
Pada tahun 1612, Galileo ke Rom untuk menyertai Accademia dei Lincei dan mencerap
tompok-tompok matahari. Pada tahun yang sama, tentangan-tentangan muncul terhadap
teori-teori Nicolaus Copernicus yang disokong oleh Galileo. Dua tahun kemudian pada
tahun 1614, Bapa Tommaso Caccini (1574-1648) mengutuk pendapat-pendapat Galileo
terhadap pergerakan Bumi, dan menganggap pendapatnya sebagai bidaah yang berbahaya
dan hampir menyeleweng. Galileo ke Rom untuk membela diri terhadap tuduhan-tuduhan
itu tetapi pada tahun 1616, Kardinal Roberto Bellarmino sendiri menegur Galileo supaya
jangan menyokong atau mengajar astronomi Copernicus disebabkan itu berbeza dengan
pemahaman Kitab-kitab Suci yang telah diterima.

Pada tahun 1622, Galileo menulis Penganalisis Logam (Saggiatore; bahasa Inggeris:The
Assayer) yang diluluskan dan diterbitkan pada tahun berikut. Pada tahun 1624, beliau
menghasilkan mikroskop pertama yang diketahui. Kemudian pada tahun 1630, Galileo
kembali ke Rom untuk memohon lesen untuk mencetak Dialog Mengenai Dua Sistem
Dunia Yang Utama. Karyanya diterbitkan di Florence pada tahun 1632. Bagaimanapun
pada bulan Oktober dalam tahun itu, beliau diarahkan tampil di hadapan Pejabat Suci di
Rom di mana mahkamah menjatuhkan hukuman pengutukan dan memaksa Galileo
bersumpah akan meninggalkan faham yang menyeleweng. Oleh itu, beliau dikurung di
Siena dan akhirnya, pada Disember 1633, beliau dibenarkan beredar ke vilanya di
Arcetri.

Pada tahun 1634, Galileo hilang sokongan anaknya yang amat disayangi, Sister Maria
Celeste (1600-1634), yang meninggal dunia secara pramasa. Pada tahun 1638, hampir
betul-betul buta, Galileo menerbitkan buku terakhirnya, Dua Sains Baru, di Leiden.
Beliau meninggal dunia di Arcetri pada tahun 1642 ketika bersama-sama dengan
muridnya, Vincenzo Viviani.

Al-Khanzini Ahli Fizik Yang Mendahului Masa


« pada: 25 June, 2007, 10:18:41 AM »

AL-KHANZINI adalah salah seorang ulama yang terkenal sekitar tahun 1115-1130 di Merv. Tidak banyak yang
diketahui mengenai latar be-lakang keluarganya, tetapi al-Khanzini adalah seorang hamba yang diberi peluang
belajar matematik dan falsafah oleh tuannya. Beliau pernah menjadi pe-ngamal matematik di bawah naungan
Istana Seljuk. Sungguhpun mempunyai kedudukan yang baik, al-Khanzini adalah seorang warak yang pernah
menolak hadiah bernilai 1,000 dinar yang diberikan oleh seorang isteri amir. Malah menurut cerita, beliau hanya
hidup dengan perbelanjaan tiga dinar setahun.

Pencapaian al-Khanzini dalam bidang astronomi adalah penciptaan sebuah jam air yang direka bentuk bagi
tujuan astronomi, dan karyanya berjudul al-Zij al-Mutabar al-Sinjiri yang menerangkan kedudukan bin-tang-
bintang bagi tahun 1115/16 pada latitud Merv.

Sungguhpun begitu, al-Khanzini lebih dikenali dengan bukunya, Kitab Mizan al-Hikma. Buku ini siap pada 1121,
dan menjadi salah sebuah naskhah pen-ting dalam ilmu fizik Muslim. Kitab Mizan al-Hikma mengkaji
keseimbangan hidrostatik, pembentukan dan kegunaannya, dan teori-teori statik dan hidrostatik di sebaliknya,
dan pelbagai topik lain. Sebahagian daripada kitab ini telah diterjemah dan disunting oleh wakil Rusia, Khanikoff
pada pertengahan abad ke-19.

Lapan bab terawal kitab ini membincangkan teori-teori pusat graviti yang pernah diketengahkan oleh al-Biruni,
al-Razi dan Omar al-Kahyam. Al-Khanzini pula menumpukan perhatian kepada kegagalan orang Greek
membezakan secara jelas antara kuasa-/tenaga, jisim dan berat. Beliau juga menunjukkan kepekaannya
mengenai berat udara dan menyatakan udara menipis mengikut ketinggian. Dengan merujuk kajian-kajian sains
terdahulu, al-Khanzini menyediakan rekod-rekod penting berkaitan sumbangan mereka yang mungkin tidak
diketahui lagi atau hilang.

Kebanyakan karyanya yang lain adalah berkaitan hidrostatik, terutamanya penentuan graviti-graviti tertentu. Al-
Khanzini juga menjelaskan dengan ter-perinci peralatan yang diperlukan untuk mendapat hasil kajian yang
tepat. Ini menjadikan bukunya contoh terbaik dalam memberi perhatian kepada kete-patan saintifik.

Al-Khanzini menaruh minat dalam menentukan graviti spesifik bagi logam, batu-batu berharga dan aloi, untuk
menentukan ketulenan bahan-bahan yang berbeza itu. Untuk menentukan berat satu spe-simen, beratnya di
dalam udara dan air perlu diketahui, dan perubahan pada volum udara dan air dise-babkan spesimen tersebut.
Kebanyakan pengkaji Muslim menggunakan penimbang air dalam ujian-ujian mereka.

Dengan menggunakan peralatan yang pernah digunakan al-Biruni, al-Khanzini melakukan ujian ber-kali-kali ke
atas beberapa jenis logam dan batu per-mata. Beliau juga mengukur graviti spesifik bahan-bahan lain seperti
garam dan tanah liat, serta men-catatkan sama ada bahan tersebut tenggelam atau timbul di dalam air. Beliau
berjaya mencatatkan graviti spesifik bagi 50 bahan, termasuk batu permata, logam dan cecair. Ketepatan
kajiannya amat meng-agumkan dan menjadi antara yang terhebat pernah dicapai oleh ahli fizik eksperimental
Muslim.

Malah al-Khanzini merupakan orang pertama yang mengutarakan hipotesis bahawa graviti sesuatu benda adalah
berbeza dan bergantung kepada jarak benda itu dari pusat bumi; fenomena ini hanya ter-bukti pada abad ke-18
setelah teori graviti dikembangkan.

Sumber: Al-Islam Mei 2006

Telah Mendaftar Masuk

Usahlah memandang semua dgn pandangan mata semata-mata, tetapi pandanglah dghn pandangan

hati....kita bukan saja dpt melihatNya dimana-mana tetapi dpt merasa rahmat kurniaanNya juga....
CLOSE X
Loading Image...
Blog
Links
Profile
Photos
Contact
Sitemap
Register

« Aliens vs Predator 2
CJ7 : Stephen Chow’s New Movie »

Koleksi Mutiara Kata


Published by mixterr January 27th, 2008 in Malay, Whatever.
You seem to be using a version of Internet Explorer. For a safer
browsing experience, please use the Firefox. Firefox is cool. Believe me.

If you're new here, you may want to subscribe to my RSS feed. Thanks for visiting!
Mutiara kata atau kata-kata nasihat adalah penting kita semua. Kata-kata yang bermanfaat
ini dapat menjadi sumber inspirasi dalam kehidupan kita samada rumah tangga,
percintaan, pekerjaan, dan pergaulan sehari-hari. Jadi ambillah kata ini sebagai kata
semangat untuk kehidupan harian kita. Agar ia dapat menghiburkan serta memotivasikan
diri sendiri….
Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan
tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.
Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan
mewujudkan penderitaan
Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah
dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau - Saidina Umar Al-Khattab
Diam adalah suatu hikmah, tetapi sedikit sekali pelakunya.
Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang di
sekelilingmu menangis.
Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang.
Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.
Kata kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang dirasakan kerna selalunya
apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap
Rasulullah bersabda bermaksud: “Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang
mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda
Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga
dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk
memperoleh reda Tuhannya.” Hadis riwayat al-Hakim.
Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan
tidak tahu apa-apa.
Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang
menjelma.
Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.~ Albert Camus
Harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan amal.
Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita berteduh.
Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering
melupakan nikmat yang telah tersedia.
Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang
tidak pernah mengalah.
Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan
perkara yang betul.
Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.
Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja
lupa.
Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah
batinnya.
Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya sebab keelokan paras dapat
menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya karena kekayaan dapat musnah.
Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum
yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan
orang seperti itu.
Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan
menjurus kepadanya tanpa menyimpang. - Cecil B. DeMille
Yang benar tetap benar,yang salah tetap salah.Kaya dan miskin di hadapan keadilan
adalah sama.
Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke
pelabuhan
Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu
akan dirinya terlebih dahulu ~ Aflatun
Jambatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan menjadi
penghubung antara dua insan dan anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah
Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk
hidup sengsara
Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar.
Kemahiran dan ilmu semakin diguna semakin banyak.
Apabila sempuran akal, kurang perkataan. - Saidina Ali Abi Talib
Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja.
Dan esok, hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna…
Jaga-jagalah bergurau, kerana ia membawa kepada keburukan dan menimbulkan rasa
dendam.
Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan
memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan
kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Jika anda menyayangi seseorang itu kerana Allah, maka janganlah bertengkar dan
berbalah dengannya, janganlah menanyakan sesiapa tentangnya, kerana orang yang
ditanya itu mungkin memberitahu anda perkara yang mengelirukan yang boleh
menghalang perhubungan anda dengan orang itu.
“rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha &
tawakkal”
Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya.
apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai.
Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat
mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas.
Orang yang terakhir tertawanya, tentu lebih banyak tertawa.
Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara
menyelesaikan masalah yg paling berkesan
Apakah diharapkan hujan tanpa awan.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, “Setiap mata akan menangis pada hari kiamat
kecuali mata yang menutup dari melihat sesuatu yang haram, mata yang berjalan malam
dalam jihad pada jalan Allah dan mata yang menitiskan air mata sekali pun sebesar
kepala lalat kerana takutkan Allah.” (H.R Abu Naim)
Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal
supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.
Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih
lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari ( Saidina Ali)
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi
pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
Jadilah cahaya suram yang kekal abadi sinarannya dan elakkan daripada menjadi cahaya
terang yang bersifat seketika cuma.
Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari
nenek moyang (Saidina Ali)
Air mata wanita adalah senjata yang membuahkan kemenangan.
Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang
paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya.
Kepapaan membuat seseorang yang petah bercakap menjadi pendiam dan menyebabkan
seseorang yang bijak menjadi bodoh.
Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.
Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang
yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih
bawah daripadanya.
Menyesal tidak berbicara lebih baik daripada menyesal berbicara.
Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil
membuka keaibannya.
Anda akan mempunyai ramai kenalan jika anda meminati mereka dan bukannya cuba
membuat mereka meminati anda
Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum
memulakan langkah .Hanya
mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja
yang akan menemui jalan sebenar.
Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata
tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.
Sesungguhnya apa yang kita lihat serupa sebenarnya tidak semestinya sama.
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang,
bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak
dapat dikembalikan menjadi tanah -Wahab B Munabin
Sahabat sejati dan setia adalah lebih bernilai dari semua emas di dunia ini.
Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian.
Adalah mudah menukarkan status seorang sahabat menjadi kekasih daripada (bekas)
kekasih menjadi sahabat.
Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah
penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan ~Andre Colin
Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat
berdiri sebagai suatu bangsa merdeka - Soekarno
Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti - Hukama
Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar
daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya ~ Confucius
Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu
buat untuk negara -Abraham Lincoln
Jangan mengharapkan kebaikan dari orang yang tidak mengharapkan kebaikan dari
kamu.
Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap - Al-Ghazali Bayruni
Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, pokoknya pun sihat - Beng Tju
Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh -Albert Einstein
Orang yang meminta-minta kepada Tuhan tidak akan kecewa.
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas
kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi
jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji. (La Roche)
Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair.
Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok
kita masih diberi peluang.
Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri
sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerimasesuatu atau membuat sesuatu
dgn baik berlandaskan kenyataan.
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan,
fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga
Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya. - Marcus Aurelius
Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita
gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia
Orang yang berkhianat selalu terhina.
Kebahagiaan adalah haruman yang tidak boleh kamu semburkan kepada orang lain tanpa
kamu sendiri mendapat beberapa titisan daripadanya ~ Emerson
Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang,
melainkan masuk dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah
mengukur dalamnya -Stahl P.J
Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam
tidak dijadikan teladan.
Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman
seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup
menerima penderitaan. ( Harieta Wahab)
Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.
Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus
menyapu sama sepertimana
Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare
menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang
terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang
penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali.
Cara terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan terhadap kita ialah
dengan berbuat baik kepadanya.
Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa
terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan.
Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya
Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.
Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan.
Kalau rumahmu dari kaca, janganlah melempari orang lain dengan batu.
Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia.
~Richard Brinsley Sheridan
Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan
perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan
itu cantik atas dasar akhlaknya.
Berita tidak selalu sama dengan kenyataan.
Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu
kesalahan lagi. ~ Confucius
Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua
seperti menulis di air.
Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan
memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan
kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur
Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika
ianya digunakan.
Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda
memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.
Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua empuknya pasir itu
~Pepatah Arab
Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.~ Lao Tze
Awal mula pohon ialah benih.
Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda
menambah dukanya.
Orang yang mengetahui harga dirinya tidak akan binasa.
Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri
dilahirkan dari sebuah kemesraan.
Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu
serendah mutiara di lautan.
Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia
melihat.
Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini
masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.
Antara nasib dan takdir adalah suatu yang lebih kurang sama. Mereka akan berubah
hanya dengan doa kita dan dengan keizinanNya.
Kaya jiwa lebih baik daripada kaya harta.
Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika
engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu
Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan
Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri
Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang
dikehendakinya namun
selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia
tidak menyukai apa yang
telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada
mencuba untuk menukar dirinya sendiri.
Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki,
jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu
dengar.
Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain
menganggapnya sebagai batu lonjatan.
Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut
dengan hasilnya.
Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa
yang orang lain ada.
Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan
padanya.
Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika
berkedudukan tinggi,
memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat ~ Khalifah Abdul
Malik bin Marwan
Adalah tidak mustahil orang yang paling kita benci sekarang adalah kawan karib kita
suatu waktu dahulu.
Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga
setanding dengan apa yang kita usahakan.
Dalam kepala kaum wanita ada kekurangan, tetapi dalam hati mereka ada kelebihan.
Gerobak kosong lebih banyak bisingnya (suara ributnya) daripada gerobak yang penuh
muatan.
Sekiranya anda meletakan satu nilai kecil ke atas diri anda sendiri, ketahuilah bahawa
dunia tidak akan meningkatkan harga anda itu
Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum
tentu hari ini kita akan berada di sini
Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal
pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi.
Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.
Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang
ada hanyalah
Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi
bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi.
Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya.
Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik
anda ~ Ray Kroc (Pengasas McDonalds)
Kita sering nampak derita hari ini, tapi kita jarang ingat kebahagiaan untuk esok hari, jadi
belajar lah untuk menghargai apa yg kita miliki hari ini, kerana kita takkan dapat
mencapai penghargaan untuk esoknya jika semuanya telah tiada…..
Komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya ialah apabila kita tidak menyebutnya
dengan perkataan yg mudah.~T.S Matthews
Masa lalu adalah seperti melihat dari tingkap kaca yang berdebu, segalanya nampak
senyap dan tidak pasti.
Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga mereka
yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba dan terus mencuba
sehingga kejayaan yang dikecapi.
Anda mungkin ditipu jika terlalu mempercayai tetapi hidup anda akan terseksa jika tidak
cukup mempercayai ~ Frank Crane
Ketika kamu melontarkan sesuatu dalam kemarahan, kata -katamu itu meninggalkan
bekas seperti lubang di hati orang lain. Kamu dapat menusukkan pisau pada seseorang,
lalu mencabut pisau itu. Tetapi, tidak peduli berapa kali kamu meminta maaf, luka itu
akan tetap ada. Dan, luka kerana kata - kata adalah sama buruknya dengan luka berdarah.
Dalam hidup, seringkali kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan.
Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa apa yang
kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.
Seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan secebis kesenangan kepada orang lain,
berusahalah supaya kita tidak mengirimkan walau sezarah kesusahan kepada orang lain.
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita
terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang
dibukakan bagi kita.
Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati
kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati
yang telah terluka.
Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak
untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan
kesilapannya
Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti
pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu
ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu
kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.
Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak
dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan
kamu dan rasa sakit hati.
Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya
menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan
Menghairankan sekali, orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari, tetapi
tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun.
Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti
pelakunya.
Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak melihatnya.
Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat
menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah.
Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya senyum
yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.
Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya.
Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya,
tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki
sampai kita mendapatkannya.
Musibah dalam harta lebih ringan daripada musibah dalam kehormatan.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti
dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan harus melepaskannya
pergi.
Beritahukan kepadaku apa bacaan-bacaanmu, nescaya aku akan beritahu siapa diri kamu
ini.
Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan. Kita tidak dapat
meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di
masa lalu.
Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian.
Barangsiapa yang hari ini sama dengan kelmarin, maka tertipulah dia, dan barangsiapa
hari ini lebih jahat dari kelmarin, maka terkutuklah dia.
Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang besar.
Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan
agama.
Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus, dan tidak lurus hati seseorang
kecuali jika lurus lidahnya
Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya -Khong Hu Cu
Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati
mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya.
Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.
Jangan menyalakan api untuk membakar musuh anda sedemikian panas, sehingga anda
sendiri hangus kerananya.
Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya.
Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar.
Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa,
berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.
Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal
karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan
selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang tetapi dalam masyarakat binatang tidak
ada satu pun manusia jalang -Aristotle
Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan
sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih
menyeronokkan.
Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk
asalnya.
Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.
Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-
orang di sekelilingmu menangis.
Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat
kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan daripada
orang lain.
Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika
berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat
-Khalifah Abdul Malik Marwan
Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan
menjadi sahabat orang -Hamka
Sebaik-baik manusia ialah yang diharapkan kebaikannya dan terlindung dari
kejahatannya.
Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri
dan menyakiti orang lain
Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun
yang boleh menghentikannya -Voltaire
Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup
cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi
manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap
kehidupan.
Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke
belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.
Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat
mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan
kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.
Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin
mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri
otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh
lebih berharga daripada emas dan perhiasan.
Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut
adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda,
dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit
mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.
Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan
pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya -Voltaire
Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai
pekerjaan yang dilakukan.
Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang,
jangan harap ia akan datang kembali
Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang
-Anonim
Orang cerdik yang mengenal dunia, terungkap baginya musuh yang berbaju kawan.
Pengumpul harta belum tentu memanfaatkannya, dan yang memanfaatkan harta belum
tentu yang mengumpulkannya.
Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu
yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.
Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan kamu diabaikan orang.
Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi,
runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu
kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat. -Pepatah Arab
Barangsiapa membawa berita tentang orang lain kepadamu, maka dia akan membawa
berita tentang dirimu kepada orang lain.
Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia
benar-benar terasa
Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki diuji dengan wanita.
Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun
yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa -Goethe
Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui
segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu.
Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan
sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu.
Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar.
Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak
dibela -Napoleon Bonaparte
Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan
perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.
Apabila bicara itu perak, diam adalah emas.
Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia
bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab -Nabi SAW
Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah
kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan
sepotong pesanan.
Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat
merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki
itu kepada teman anda.
Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi
esok yang pastikan mendatang.
Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.
Jangan dipaksa anak berbuat kebaikan, jikalau orang tuanya tidak pernah menyembah
Tuhannya
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
Lazatnya memberi maaf lebih baik daripada lazatnya membalas dendam.
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca
itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa,
menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan
waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk
bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu
beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.~ Samuel Johnson
Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.
Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik
dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan.
Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya
kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan
manisnya dalam hati…
Harta yang didatangkan oleh angin akan terbawa pergi oleh taufan.
Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa
menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup
Kebaikan seorang pemimpin adalah lebih baik daripada kebaikan zaman.
Kemarahan tidak boleh berumur panjang di dada seorang yang berhati baik, kebaikan
tidak boleh berakar di hati seseorang yang berdasar buruk.
Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati
kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati
yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh
membuang segala parut luka emosi
Segala hal yang lahir akan mati, tetapi cahaya kehidupan yang dipancarkan akan selalu
bersinar buat selamanya.
Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah
yang kita rasai saat ini.
Dua orang bersaudara ibarat dua buah tangan, yang satu membersihkan yang lainnya.
Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada
penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam.
Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah
mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.
Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.
Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya.
Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.
Amat mudah untuk memadamkan api yang sedang marak, tetapi sukar untuk meredakan
api kemarahan dalam diri.
Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia
boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa.Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya
perasaan
Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa
mengucapkan sepatah katapun , dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan
telah bercakap-cakap lama dengannya.
Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-
dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan -Abdullah Mansur M.H
Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati.
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan
hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian
Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena
jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
Kalau kita dapat membuka dan menutup telinga dengan mudah sebagaimana membuka
dan menutup mata, pasti kita akan terhindar dari mendengarkan banyak kebatilan.
Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.
Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai
itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai
Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu
tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan
Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang kewibawaannya.
Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji
Seorang boleh menipu seseorang sekali-sekala tetapi orang yang sama tidak boleh
menipu semua orang pada masa yang sama
Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat
kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan
bukan cuba untuk menyelesaikannya
Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah
AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis
SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.
Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai
itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai
Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang
itu -Whittier
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan,
fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan
hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian
Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi
mampu melantun kembali.
Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-
bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa
Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar
senyuman.
Anda bukan apa yang anda fikirkan tentang anda, tetapi apa yang anda fikirkan itulah
anda
Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.
Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya
kebijaksanaan atau kemahiran.
~ Flower A. Newhouse
Kebenaran itu pabila dijemur di bawah cahaya mentari, ia tidak akan lekang-lekang.
Biarpun ditinggalkan dalam hujan lebat, ia tidak akan busuk.
Tawadhu ialah bila setiap kali seseorang berjumpa dengan seorang muslim, ia
menyangka bahwa orang itu lebih baik daripada dirinya.
Sebaik-baik orang yang diberi nasihat ialah penguasa.
Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas
keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan.
Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.Memberi
sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan
riak.
Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak
Pandanglah segala sesuatu dari kacamata oranglain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu,
sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula.
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk
bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu
adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber
kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa
yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju
kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah
waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu
adalah kunci menuju syurga.
Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui nilainya.
Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu
seribu macam pengorbanan
Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali
Menikmati kehidupan itu adalah lebih baik dari hanya sekadar memerhati kehidupan
Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang
berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai
rahsianya.
Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah melainkan akal, bertambah banyak lagi
berharga
Orang yang mengikuti emosinya, akan kehilangan adabnya.
Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana
Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang. ~ William J.
Siegel
Setiap bunga mawar pasti ada durinya.
Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri
kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri
kerana harum baunya
Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang
tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.
Mungkin diam itu suatu jawapan yang baik atau mungkin pula teguran dan nasihat yang
baik.
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya
berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.
Barangsiapa menanam, dia yang akan menuai.
Reputasi anda ialah apa yang orang lain fikirkan tentang diri anda; sikap peribadi anda
ialah tingkah laku anda.
Jangan mudah membuang, tambah-tambah lagi jika ia bukan barang tapi orang
Sifat peribadi yang kukuh adalah aset kita yang paling hebat kerana ia kuasa yang
membolehkan kita berhadapan dengan kecemasan.
Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri.
Sesetengah orang menggunakan jam yang murah. Jam seperti ini tidak boleh diharap.
Jangan serahkan sesuatu yang penting seperti sifat peribadi anda kepada nasib.
percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui
apabila kita kembali semula kepada Ilahi.
Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil
Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut
pantai keperluan hidup manusia
Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti
Jika manusia masih tetap jahat dengan adanya agama, bagaimana lagi jika tiada agama? ~
Benjamin Franklin
Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran ~ Horatius
Menghitung orang-orang gila di suatu negeri lebih sulit daripada menghitung orang-orang
yang berakal.
Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan ~
Mognon Me Lauhlin
Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia.
~Richard Brinsley Sheridan
Kecantikan hanya sedalam kulit, tetapi masuk ke dalam tulang ~ Pepatah inggeris
Kita patut berkorban supaya orang lain juga merasai kemanisan hidup.
Keruntuhan keluarga telah melahirkan generasi yang lemah ~ Rahmohan Ghandi
Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain
Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan
Kecemerlangan sebenar adalah apabila kamu dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi
mampu melantun kembali.
Di sebalik keindahan rumah tersergam, disebalik senyum dan tawa, seseorang insan itu
mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak diketahui orang lain.
Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang
menumpahkan darah.
Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian, kita akan dibenci. Tetapi
sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan dikasihi. Ini adalah undang-undang alam.
Kita menjadi seperti apa yang kita fikirkan
Seekor burung di tangan lebih baik daripada sepuluh ekor di atas pohon.
Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap
mempunyai sejuta makna
Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari
orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian, janganlah
menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh
hati.
Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat
sesuatu, anda akan cari alasan. - Peribahasa Arab
Membalas kebaikan dengan kejahatan adalah perangai yang serendah-rendahnya.
Membalas kejahatan dengan kejahatan,bukanlah perikemanusiaan. Membalas kebaikan
dengan kebaikan adalah hal biasa. Membalas kejahatan dengan kebaikan adalah cita-cita
kemanusiaan yang setingginya. Kita harus sanggup hidup untuk memberi cita-cita itu
bertumbuh.
Berkhianat dalam ilmu lebih jahat daripada berkhianat dalam harta.
Sebuah pedang diketahui keampuhannya sesudah memotong.
Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka. - Charles Cahier
Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula
bercakap kosong
Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya.
Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang
yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar.
Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri -Said Mustafa
Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi
Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang
dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.
Sebelum memberi nasihat kepada manusia dengan ucapanmu, berilah mereka nasihat
dengan perbuatanmu.
Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya
mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.
Orang mulia menyalahkan dirinya, orang bodoh menyalahkan orang lain
Usah sangka apa yang belum kita miliki janji pada kebahagiaan kita. Ada kalanya setelah
kita miliki itulah punca masalah kita. Jangan sangka semua yang cerah kekal cerah
sampai bila-bila, ada kalanya menjadi hitam dan menyusahkan
Selalu kita menyangka yang di tangan orang indah dan menawan; apa yang di tangan
sendiri sentiasa kedam. Selalu kita meletakkan impian yang muluk-muluk pada
kepunyaan orang sedangkan orang turut terliur dengan apa yang kita miliki
Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan. Kata-kata yang
kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya
dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan
memberkati.
Menyimpang seinci, rugi seribu batu. - Peribahasa Cina
Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-
kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
Seburuk-buruk buta adalah buta hati.
Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak
suka mengambil tahu walaupun satu perkara
Batu yang bergerak tidak bisa ditumbuhi tanaman.
Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk
nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya ~ Saidina Ali
Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah
untuk menaiki tangga tersebut.
Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang hanya mengerjakan apa
yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh.
Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang
untuk gagal.
Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang
itu.. - Whittier
Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya
bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya -John Petitsenn
Usah sangka kereta jenama paling mahal tidak memberikan masalah. Ada kalanya
meragam juga. Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan, ada
kalanya dia lebih mengerti
Kesusahan dan kesulitan adalah laksana musim dingin, basah dan lembab, tidak disukai
insan. tetapi sesudah musim sejuk itulah tumbuh bunga-bunga yang harum dan buah-
buahan yang subur.
Seekor singa yang ganas lebih mudah ditentang daripada seorang pemerintah yang kejam,
dan pemerintah yang kejam lebih mudah dihadapi daripada angkara fitnah yang
berkekalan.
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini
sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah
semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat. - Joseph Conrad
sumber: email, mesra.net
Technorati Tags: mutiara, kata, nasihat, pedoman, puitis, ayat, melayu, agama, islam,
insaf, quote, koleksi, bahasa, kehidupan, keluarga, cinta, kasih, sayang, kawan, sahabat,
kejayaan, successm kegagalan, emas, masa, kaca, duit, akhir, hayat
Related Posts
11 Perkara Yang Tidak Boleh Dibincang Dengan Lelaki
Gong Xi Fa Cai di Pavilion
Ciri-ciri wanita diminati lelaki
Rahsia mengumpul wang untuk perkahwinan.
Matta Band - Ketahuan

RSS feed | Trackback URI


44 Comments »
Comment by syia
2008-01-28 08:42:24
huwaa.. panjangnye… copy+paste.. simpan dlm word nanti baca
Reply to this comment
Comment by mixterr
2008-01-28 11:42:10
hehe orait.. silakan..
Reply to this comment
 
 
Comment by hayat
2008-01-28 20:05:29
cuba ko wat wordpress plugin. sehari kuar satu ataupun kuar random
Reply to this comment
Comment by mixterr
2008-01-28 21:17:52
mmg nak buat.. aku mane reti wat plugin.. aku bukan programmer mcm ko.. hehhe.. aku
carik plugin utk bende ni pon xjumper….
Reply to this comment
 
 
Comment by Music Site
2008-01-29 11:54:41
Hi,
it is not fair that you post nice pictures or talk about movies and then I don’t understand
the language,
You need to start posting educational classes for people like me to understand what you
are talking about!, lol,
I could understand only one thing and that is (imam Ali), he is the cousin of the prophit
Mohammed, right?
Regards.
Reply to this comment
Comment by mixterr
2008-01-29 12:13:46
hi, thanks for dropping by again..
ahaha.. maybe one day…if you want to know, that’s malay quotes.. yeah u are
right..ermm how do you know about imam ali is the cousin of the prophet Muhammad…

Reply to this comment


 
 
Comment by nuruL
2008-01-30 00:32:34
aaaaaaa penat… scroll. keke.
baca yg atas2 je. yg lain tu lain hari plk baca. nak tido dh.
daaa.
Reply to this comment
Comment by mixterr
2008-01-30 09:55:47
ahahhah.. bile balik bumi ni… lama xnampak!!
Reply to this comment
 
 
Comment by Music Site
2008-02-01 04:24:51
I know a lot about islam, I just never saw this language in all my life!,
Thank you for welcoming me,
Regards.
by the way, thank you again for the math question, I am getting good at it!, lol
Reply to this comment
Comment by mixterr
2008-02-04 09:47:10
ouh thats good!! huh never saw this language.. this language is from malaysia, indonesia
and singapore. they called malay!! ahaha thats why i put the math question!! hehehe
Reply to this comment
 
 
Comment by adi
2008-02-03 03:17:33
wah..sgt bagus. aku dh save utk rujukan ms dtg. ada 1 quote tu kena waktunya..aku tgh jd
match maker mlm ni dlm ym haha. thx bro
Reply to this comment
Comment by mixterr
2008-02-04 09:49:01
sama sama.. hahaha jd match maker!! welcome bro!!
Reply to this comment
 
 
Comment by Music Site
2008-02-08 06:53:06
very interesting. i’m adding in RSS Reader
Reply to this comment
Comment by mixterr
2008-02-12 16:46:24
thanks. where u from?
Reply to this comment
 
 
Comment by NUr
2008-02-23 23:56:59
Assalamualaikum…
Saya ada copy mutiara kata kat sini. Harap boleh eh…izin tak?
Reply to this comment
Comment by mixterr
2008-02-25 10:09:00
wslam… silakan! :))
Reply to this comment
 
 
Comment by MiSzLaDy_NaRa
2008-04-24 17:05:46
huhu..
quite go0d..
Reply to this comment
 
Comment by nahwan_nur
2008-05-03 01:19:53
bagus2..=)
Reply to this comment
 
Comment by noli
2008-05-11 13:36:17
salam…
trima kasih ats mutiara kata ni…utk renungan kita bsama.saya pn nk mntak izin copy
jugak ye
Reply to this comment
Comment by mixterr
2008-05-11 14:58:48
sama-sama.. k no prob.. :))
Reply to this comment
 
 
Comment by nur
2008-07-13 03:00:13
saya pun nak copy n paste yerk…. best baca mutiara kata ni tapi now dah 3am…
Reply to this comment
 
Comment by usri
2008-07-19 23:05:45
Semoga kita semua mendapat manfaat drp kata-kata di atas.
Reply to this comment
 
Comment by sha
2008-07-31 11:53:05
bez r ruangan nie
Reply to this comment
 
Comment by fiya
2008-08-09 14:30:23
bezzz ruangan nieee..jd kan renungan kter bersame k……….
Reply to this comment
 
Comment by iNsyiRah
2008-08-14 20:01:53
erm.. dh bagus.. cuma panjang sgt.. hehe.. n_n
i think.. lebih baik specific kan kata2 tu..
maksudnya.. buat kateg0ri..
cam sababat, nasihat n pe2lah yg berkaitan..
seron0k ckt nak baca..
hua3.. maaf ek.. ada2 aja.. ^_=
that’s my opini0n only..
Reply to this comment
 
Comment by lalala
2008-10-11 23:42:54
ermm..menarik..tp pjg sgt..kalo categorieskn lg baek…
caiyok2!!
Reply to this comment
 
Comment by hazim
2008-11-02 15:32:38
thanks..,it’s very useful 4me..
Reply to this comment
 
Comment by e-ja
2008-11-27 09:03:45
best la bca mtiara kata ni,,slain mnmbah ilmu, dpt jagak mnyedarkan dri..hehehe
Reply to this comment
 
Comment by ira
2008-12-07 12:01:06
Assalamualaikum.
Minat sangat mutiara2 kata macam ni.
Tahu tak macam mana nak letak kat blog saya?
Minta tunjuk ajar ye.
Terima kasih…
Reply to this comment
Comment by mixterr
2008-12-07 23:40:04
Copy and paste jerlah..mudah je.. eheheh
Reply to this comment
 
 
Comment by suci
2008-12-13 14:19:32
terima kasih sudi kongsi mutiara kata ini… saya mintak izin utk copy..semoga jadi
renungan kita bersama
Reply to this comment
 
Comment by fafa
2009-01-04 19:07:57
mmg bez baca mutiara kata yg der lam ney…mitak izin utk copy…bley baca len kali…
utk renungan bersama…
Reply to this comment
 
Comment by aniey_najihah
2009-01-22 00:22:58
salam…saya pun nak mintak izin copy paste mutiara kata nie. trime kasih…=)
Reply to this comment
 
Comment by safie
2009-02-26 20:41:32
salam…
bes bce mutira kata ni..
ape yang penting,ianya dapat memberi muhasabah pada diri…
Reply to this comment
 
Comment by meya
2009-03-03 01:39:23
nk copy msuk dlm buletin skola bleh ye….
best lah….
Reply to this comment
 
Comment by chayang
2009-03-07 15:10:11
ee…best2 la kate2 ni..tp ada jgk yg xbest…
xleh lwn aku punye kate2 ni..
huhuhu………..!
Reply to this comment
 
Comment by lavender
2009-04-01 14:06:43
assalamualaikum….
sy nk mnta izin copy mutiara kate nie….
hehehe…
thnkz lorr….
Reply to this comment
 
Comment by nija
2009-04-02 09:18:00
assalamualaikum,
saya nak minta izin copy mutiara kata nie
halal ye…
Reply to this comment
 
Comment by alip_daq L.H.03
2009-04-06 13:46:11
bes lar mutiara kata nie…..tHanks cgt2……
Reply to this comment
 
Comment by mai
2009-04-08 00:40:01
saya ambil koleksi mutiara kta ni ye utk dkongsikan dgn kwn yg lain..
halalkan ye…
maceh…
Reply to this comment
 
Comment by ena
2009-04-09 22:52:47
assalammualaikum….
saya sangat dengan mutiara-mutiara kata yg ada di sini
semuany memberi nasihat dan pendorong kepada saya untuk
hidup dengan lebih bahagia
Reply to this comment
 
Comment by kitty
2009-04-13 14:02:42
best giler kata2 ni!!!
Reply to this comment
 
Comment by tyha
2009-04-13 22:56:21
tambah lg koleksi nasihat utk panduan semua
Reply to this comment
 
Comment by ann
2009-04-18 10:50:33
good person..kata2 yg menarik
Reply to this comment
 
Top of Form
Click here to cancel "reply".
Name (required)

E-mail (required - never shown publicly)

URI

Your Comment (smaller size | larger size)


You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote
cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in
your comment.
263 /koleksi-mutiara-k

Type the two words:Type what you hear:Incorrect. Try again.


02urlHKXApQBjy

Bottom of Form

Top of Form
blog.mixterr.com
Enter your search terms
Google Search
Submit search form
Web blog.mixterr.com
  pub-6333937936 1 ISO-8859-1 ISO-8859-1 GALT:#008000;G

en

Bottom of Form

home sweet home... 1 day ago


Kerja nak Siap. Jom Lepak!! 3 days ago
Kerja 3 days ago
Sleepy but Hungry.. 3 days ago
Hot chocolate + Nuggets + HotChicken + Paru + Ikan + Nasi 5 days ago
Most Popular Posts
Malay mp3 Library
Malay Top mp3
Malay to English Translation
English mp3 Library
LoveMyFlash : Myspace Flash Layouts
Koleksi Mutiara Kata
English Top mp3
Matta Band - Ketahuan
Yahoo Messenger : Keyboard Shortcut
Quotes of the week
Recent Comments
creep: aku guna maxis dah hampir setahun.. awal bulan mmg laju beb.. surf atau
download mmg beberapa nafas je...
janna: aku syg dgn myrul… dye nsem.. baik…. sume loa…tpi dye x jhat mcm pkwe org
lain…...
mixterr: sila emailkan resume beserta gambar anda ke webmaster[at]jomstar.com
zainal Taib Bin Ab Hamid: Aslmualaikum saya berminat nak menjadi wartawan untuk
majalah anda, bagaimanakah...
mixterr: Thank you Pakcique.. susah betul nak eja.. yerpp mmg pembaca fed-up… tp
xpelaa.. tgk keikhlasan org tu...
PakciQue: Wow! Nice entry lah. Boleh lah gunakan pasni. Tapi, kdg2 ada juga pembaca
yang fed-up dengan benda alah nie...
knoxx: rasanya gejala moral yang berlaku sekarang nie puncanya daripada permakanan.
Gelap hati, bila disuruh menjauhi...
dave: Hi guys, We are working on the initiative for the discussion that going to be held
around end of the month....
mixterr: yeke.. berani tol dieorg mkn.. No Pork je bukannya halal.. ayam nye sembelih ke
tak ye.. minyak plak gune...
Manan: Kat Tesco Kulai ada juga WCOK.. tak de logo halal. Tp dia orang tulis “NO
PORK, NO LARD”. Pun...
Top Commentators
pu3jawa (1)
Manan (1)
dave (1)
knoxx (1)
PakciQue (1)
zainal Taib Bin Ab Hamid (1)
janna (1)
creep (1)
Top Tags
on Mixterr Studio Blog
adobe
android
artwork
browser
creative
design
download
firefox
illustrator
internet
internet explorer
kuala lumpur
linux
mac
malaysia
movie
new
photoshop
trailer
vista
windows
cs4
free
gears
info and news
jomstar
malay
safari
software
2009
Get this widget

Top of Form
blog.mixterr.com Google Search
Enter your search terms Submit search form
Web blog.mixterr.com
  pub-6333937936 1 ISO-8859-1 ISO-8859-1 GALT:#008000;G

en

Bottom of Form
Make Money

Subscribe and vote me

Recent Readers
You!
Join My Community
View Reader Community
Join this Community
(provided by MyBlogLog)
Live Traffic Feed
Top Kuala Lumpur Blogs
  Kuala Lumpur, Wilayah
Persekutuan arrived from
google.com.my on "Koleksi Mutiara
Kata | Mixterr Studio Blog"
  Kota Kinabalu, Sabah arrived from
my.m2.yahoo.com on "Malay Top mp3
| Mixterr Studio Blog"
  Klang, Selangor arrived from
google.com.my on "Malay to English
Translation | Mixterr Studio Blog"
  Petaling Jaya, Wilayah Persekutuan
arrived from google.com.my on
"Malay Top mp3 | Mixterr Studio
Blog"
  Seremban, Negeri Sembilan arrived
from google.com.my on "30 Rahsia
Wanita Yang Lelaki Perlu Tahu |
Mixterr Studio Blog"
  Kuah, Kedah arrived on "Malay
mp3 Library | Mixterr Studio Blog"
  Kuala Lumpur, Wilayah
Persekutuan arrived from
malaysia.search.yahoo.com on "Agnes
Monica - Matahariku : Lagu
Mempesona! | Mixterr Studio Blog"
  Petaling Jaya, Wilayah Persekutuan
arrived from google.com.my on "Old
Town White Coffee Anti Islam : Tidak
Halal | Mixterr Studio Blog"
  Ayer Itam, Pulau Pinang arrived
from google.com.my on "Malay to
English Translation | Mixterr Studio
Blog"
  Kuala Lumpur, Wilayah
Persekutuan arrived from
google.com.my on "Ciri-ciri wanita
diminati lelaki | Mixterr Studio Blog"
Watch in Real-Time
Options>> 
∙ Change your Location
∙ Ignore my browser
∙ Live Traffic Map
∙ Popular Pages Today
Click to get  FEEDJIT
Powered By

Internet Explorer is sucks for viewing this site. For the best viewed , please use the
Firefox. It's safer and faster browsing experience.

Copyright 2007-2009 © Mixterr Studio Blog + Powered by Wordpress and K2


Style using 3columnK2 + Design by Mixterr + Breathed in Exabytes + Go Up

You might also like