You are on page 1of 12

LAPORAN WAJ3143

BIG PPG SEMESTER 5


PROGRAM BINA INSAN GURU
TAHUN 2015

NAMA PELAJAR PPG

AMBILAN

: JUN 2011

SEMESTER

: 8

OPSYEN

: BAHASA MELAYU

PERINGKAT

: 4

SEMESTER

: 7/8

TARIKH

: 5 FEBRUARI 2015

TEMPAT

: SK (P) SULTAN IBRAHIM, JOHOR BAHRU.

LAPORAN REFLEKTIF:
TAJUK : LAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS KE SEKOLAH CEMERLANG
(A) LAPORAN AKTIVITI / PERISTIWA
Lawatan Penanda Aras ke sekolah cemerlang telah berjaya dilaksanakan pada 5 Februari
2015 yang lalu bertempat di Sk (P) Sultan Ibrahim iaitu sebuah sekolah berprestasi tinggi
yang terletak di bandaraya Johor Bahru. Lawatan ini telah disertai oleh seramai 21 orang
pelajar dari kumpulan BM2 PPG Kohort 1 Ambilan Jun 2011 di bawah seliaan Encik Azman
bin Manas bagi melengkapi keperluan kursus WAJ 3143 Bina Insan Guru (BIG).
Program ini bermula dengan semua pelajar BM2 berkumpul di Sk Temenggong Abdul
Rahman 1 (STAR 1) seawal jam 9.15 pagi untuk menikmati sarapan pagi sebelum bertolak

ke Sk (P) Sultan Ibrahim yang terletak berhampiran dengan STAR 1.

Sarapan di kantin STAR 1

Pada pukul 9.45 pagi kami pun bertolak ke Sk (P) Sultan Ibrahim (SIGS) dengan
berkongsi kenderaan. Kami tiba diperkarangan sekolah berkenaan kira-kira jam 9.50 pagi.

Rombongan kami tiba di Sk (P) Sultan Ibrahim


Pada pukul 10.00 pagi rombongan kami telah dibawa ke Bilik Mesyuarat oleh Guru
Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Pn Azizah binti Abdul Rahman. Majlis dimulai dengan
ucapan penghargaan oleh Ketua Opsyen Kumpulan BM2 iaitu Encik Muhamad bin Smail
atas kesudian pihak Sk (P) Sultan Ibrahim menerima kunjungan kami. Seterusnya ucapan
alu-aluan disampaikan oleh GPK Kokurikulum SIGS bagi meraikan kunjungan kami.
Selepas itu kami telah diberi penerangan oleh Pn. Azizah tentang segala program
yang telah dilaksanakan di sekolah tersebut hingga layak diberi anugerah sekolah
berprestasi tinggi. Sekolah ini telah mencapai banyak kejayaan hingga ke peringkat
antarabangsa dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Setiap aktiviti atau program yang
dilaksanakan bukan sekadar melengkapkan takwim sekolah sebaliknya memberikan
pulangan yang begitu membanggakan. Selain mendapat berbagai anugerah, setiap program

tersebut telah memberikan suntikan dana yang bukan sedikit kepada sekolah bagi
melengkapka lagi prasarana sekolah yang seterusnya dapat meningkatkan lagi prestasi
kecemerlangan sekolah ini.

Guru Besar

Ketua Opsyen BM2

Guru Penolong Kanan 1

Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Seterusnya, Guru Besar Sk (P) Sultan Ibrahim, Puan Hajah Faridah bt Sukiran telah
memberikan taklimat tentang pengurusan sekolah cemerlang kepada kami. Melalui taklimat
yang diberikan itu telah memberikan kami maklumat atau gambaran yang jelas akan
sesebuah sekolah berprestasi tinggi. Maklumat tersebut sedikit sebanyak dapat menaikkan
semangat kami terutamanya bagi guru yang menjadi pentadbir di sekolah yang ada di
kalangan pelajar kumpulan BM2.
Sesi soal jawab menyusul selepas taklimat tentang pengurusan sekolah cemerlang
tersebut. Guru Besar telah menjawab setiap soalan yang diajukan oleh wakil pelajar BM2

dengan begitu yakin. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah berkisar tentang ciri-ciri guru
cemerlang dan peranan yang dimainkan oleh mereka dalam meningkatkan prestasi sekolah.
Penerangan yang diberikan dapat memberikan panduan yang berguna kepada kami untuk
menjadi seorang guru yang cemerlang.

Puan Faridah begitu bersemangat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan

Para peserta begitu tekun dan bersemangat mendengar taklimat yang diberikan.

Antara slaid yang ditayangkan


Persembahan multimedia turut diselitkan sepanjang sesi taklimat dan sesi soal jawab
dilaksanakan bagi memperjelaskan lagi maklumat yang disampaikan. Apabila semua
persoalan telah dirungkaikan, majlis taklimat tersebut telah ditutupkan dengan acara
membuka banting yang disediakan sebagai gimik persembahan perasmian program
Lawatan ke Sekolah Berprestasi Tinggi. Sedikit cenderahati juga telah disampaikan kepada
pihak pentadbir untuk menghargai layanan dan kerjasama yang diberikan untuk menjayakan
program kami ini.

Pelancaran gimik perasmian dan penyampaian cenderahati.


Kemudian, rombongan kami telah dibawa melawat sekitar kawasan sekolah dan
kelas-kelas abad ke 21 oleh GPK 1. Sepanjang lawatan itu, kami benar-benar teruja melihat
setiap kelas-kelas tersebut kerana semuanya sangat menarik dan bertepatan dengan ciri-ciri
kelas abad ke 21. Kami juga melawati bengkel Kemahiran Hidup atau Reka Bentuk dan
Teknologi (RBT) dan Bilik Pendidikan Seni Visual. Di kedua-dua bilik ini dipamerkan
berbagai hasil kerja tangan murid dan guru SIGS.

Lawatan ke kelas Abad ke 21

Hasil kerja tangan murid di bengkel Kemahiran Hidup (RBT)

Lawatan ke bilik seni visual dan hasil kerja murid dan guru.

Semasa lawatan ke bilik Seni Visual, kami diberi penerangan tentang projek
mencanteng batik yang merupakan salah satu produk yang telah mendapat anugerah di
peringkat antara bangsa. Kami dimaklumkan juga bahawa produk batik ini akan
dikomersialkan lagi untuk menambah dana dan menaikkan nama sekolah.
Selepas itu kami dibawa melawat ke tapak semaian pokok bunga dan kebun tanaman
nanas. Hasil tanam ini juga memberi sumbangan dana kepada sekolah. Pokok-pokok bunga
tersebut dijual kepada penduduk setempat selain digunakan untuk mencantikkan landskap
sekolah. Hasil tanaman nanas pula selain dijual terus buahnya, ada juga yang dibuat inti
untuk projek jualan biskut tat nanas.

Landskap sekolah yang cantik dan mendamaikan

Tapak Nursery Srikandi dan kebun tanaman nanas


Selesai lawatan ke kawasan sekolah, kami dijemput untuk menikmati jamuan makan
tengah hari di bilik galeri sekolah. Sebelum berangkat pulang, kami sempat bergambar
dengan pentadbir Sk (P) Sultan Ibrahim sebagai kenangan.

Kami dijemput ke bilik Galeri Sejarah SIGS

Makan tengah hari di Bilik Galeri Sejarah SIGS

Bergambar untuk kenangan

Bersalam-salaman dan bersedia untuk pulang ke STAR 1

Lawatan di Sk (P) Sultan Ibrahim berakhir pada pukul 1.30 tengah hari. Pelbagai
pengalaman berguna dapat kami bawa pulang untuk diaplikasikan di sekolah masingmasing.
ISU / MASALAH

You might also like