You are on page 1of 1

Ciri-ciri Sekolah Selamat

Apakah yang dimaksudkan sekolah selamat? Mengapa setiap
sekolah perlu selamat? Siapa yang perlu dilindungi di sekolah? Apakah ciriciri sekolah selamat? Hal ini akan saya jelaskan dalam penulisan ini.
Antara ciri sekolah yang selamat kepada warga sekolah ialah
mempunyai alat kawalan kebakaran. Alat kawalan kebakaran perlu
diletakkan di setiap bangunan untuk memudahkan pemadaman api. Setiap
pelajar perlu diajar menggunakan alat kawalan kebakaran. Hal ini
membolehkan pelajar menggunakan alat itu apabila berlakunya kebakaran.
Selain itu, ciri sekolah yang selamat kepada warga sekolah ialah ada
kawalan keselamatan. Dengan adanya kawalan keselamatan, warga
sekolah berasa lebih dilindungi. Kawalan keselamatan sangat penting di
hadapan pintu pagar sekolah kerana dapat mengawal orang yang masuk
ke kawasan sekolah.

Di samping itu, ciri sekolah yang selamat kepada warga sekolah ialah
mempunyai peraturan-peraturan keselamatan. Peraturan keselamatan ini
perlu ada di Pusat Sumber, Makmal sains dan bengkel. Peraturan ini juga
perlu ada di padang dan gelanggang permainan. Oleh itu pelajar perlu
mematuhi peraturan tersebut supaya mereka selamat.
Kesimpulan, semua pihak perlulah menitikberatkan ciri-ciri sekolah
selamat. Kita mesti mematuhi peraturan yang dibuat. Sekiranya semua
pihak bekerjasama, sudah tentu sekolah menjadi tempat yang paling
selamat bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada merawat.