You are on page 1of 82

PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM

KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA

MODUL LATIHAN
KELAB KITAR SEMULA
SEKOLAH RENDAH
“ SELAMATKAN BUMI KITA AMALKAN KITAR SEMULA ”

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

KANDUNGAN
KATA ALU-ALUAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM

i

KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ii

KURIKULUM AKTIVITI PROGRAM KITAR SEMULA

iii

RANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI KELAB KITAR SEMULA

iv

PELAJARAN 1 : ASAS PENGURUSAN SISA PEPEJAL
1.1
1.2
1.3
1.4

Definisi
Hierarki Pengurusan Sisa Pepejal
Komponen Pengurusan Sisa Pepejal
Jenis Sisa Pepejal Terkawal
a) Sisa Pepejal Isi Rumah
b) Sisa Pepejal Awam
c) Sisa Pepejal Import
d) Sisa Pepejal Khas
e) Sisa Pepejal Institusi
f) Sisa Pepejal Komersial
g) Sisa Pepejal Pembinaan
h) Sisa Pepejal Perindustrian

2
3
5
6
8
11
13
15
17
19
20

PELAJARAN 2 : 3R
2.1 Definisi 3R
2.2 Elemen-Elemen 3R
2.3 Cadangan Aktiviti 3R
2.4 Halaman Seni Kreatif
2.4.1 Melabel pokok-pokok dengan barangan kitar semula
2.4.2 Menghias taman dengan bahan-bahan terbuang
2.4.3 Menghias pagar dengan barangan kitar semula
2.4.4 Sudut kitar semula dan alam sekitar
2.5 Cadangan Program 3R
2.5.1 Gotong-royong dan program khidmat masyarakat
2.5.2 Minggu inovasi
2.5.3 Pertandingan keceriaan kelas

22
22
23
26
27
28
29
30
31
32

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

PELAJARAN 3 : KITAR SEMULA
3.1 Definisi Kitar Semula
3.2 Warna Tong Kitar Semula Dan Kegunaannya
3.3 Kraftangan Kreatif Kitar Semula
3.3.1 Mencipta Kolaj
3.3.2 Sisa Asah Pensel Warna Yang Berguna
3.3.3 Kumbang Di Taman
3.3.4 Bunga Straw
3.3.5 Merekacipta Pokok Kitar Semula

34
35
36
37
41
42
43

PELAJARAN 4 : PENGKOMPOSAN
Definisi Pengkomposan
4.2 Objektif Pengkomposan
4.3 Pengkomposan Menggunakan Pasu Bunga

45
45
46

PELAJARAN 5 : SISTEM BANK KITAR SEMULA
5.1 Objektif Bank Kitar Semula
5.2 Pelaksanaan Bank Kitar Semula

50
50

PELAJARAN 6 : PROGRAM PERKHEMAHAN

7.0

6.1 Objektif Perkhemahan
6.2 Jadual Tentatif Perkhemahan

61
62

PENILAIAN AKHIR TAHUN

64

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA (Edisi 1)

Modul Latihan Kelab Kitar Semula ini merupakan modul yang pertama diterbitkan
pada tahun 2013. Modul ini merupakan bahan rujukan dan panduan kepada Guru
Penasihat dalam membimbing dan melatih ahli – ahli kelab di dalam pelaksanaan
aktiviti – aktiviti Kelab KItar Semula.

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH KATA ALU-ALUAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM Isu pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam mungkin adalah perkara yang amat mudah dan remeh bagi sebahangian kita. Menyedari hal ini. Terima Kasih “SELAMATKAN BUMI KITA.000 tan – 33. Aspirasi PPSPPA adalah supaya negara kita dapat mentransformasikan minda masyarakat dan generasi akan datang yang prihatin dan mempunyai kesedaran yang tinggi dalam kebertanggungjawaban menjaga kebersihan dan alam sekitar yang mampan. maka program kitar semula perlu dilaksanakan bagi mengurangkan kuantiti sisa pepejal yang dibuang dipunca. Namun sebenarnya ia adalah suatu masalah yang amat kritikal untuk diatasi dengan pertambahan sampah yang dijana setiap hari semakin meningkat. pemindahan. pengangkutan dan pelupusan supaya ianya diurus dengan sistematik dan teratur. PPSPPA dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah bersetuju dan meluluskan Modul Latihan Kelab Kitar Semula digunapakai dan dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan menengah di seluruh Semenanjung Malaysia. Pengurusan sisa pepejal adalah satu proses dimana sisa pepejal diuruskan bermula dari penjanaan. Anggaran sisa yang dijana oleh setiap penduduk Malaysia pada tahun 2013 telah mencapai antara 30. AMALKAN KITAR SEMULA” (DATUK AB. Modul ini merupakan bahan rujukan dan panduan kepada guru-guru penasihat untuk membimbing dan melatih pelajar-pelajar untuk menjadi seorang individu yang mementingkan penjagaan kebersihan persekitaran dan membudayakan aktiviti kitar semula dalam kehidupan seharian. Proses tersebut memerlukan peruntukan kewangan yang tinggi dan bertambah dari tahun ke tahun. saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan PPSPPA di atas usahasama menerbitkan Modul Latihan Kelab Kitar Semula.000 tan. Dengan itu pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam perlulah diuruskan secara bersepadu. penyimpanan. cekap dan berkesan bagi menjamin kelestarian alam sekitar dalam kehidupan kita. Transformasi minda masyarakat perlu dilaksanakan bagi mengatasi isu penjanaan sisa pepejal yang terus meningkat setiap tahun disebabkan dengan peningkatan jumlah penduduk dan pembangunan yang semakin rancak. Oleh kerana kos pengurusan sisa pepejal semakin meningkat. RAHIM BIN MD NOOR) Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam i Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam . Disamping itu. pemungutan. Dengan ini. Sekian. memastikan mesej pengurusan sisa pepejal dan amalan kitar semula dapat diterima oleh pelajar dengan lebih terancang dan berkesan.

berkemahiran. Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dengan kerjasama Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia atas penghasilan Modul Kelab Kitar Semula. Kelab Kitar Semula berperanan untuk melahirkan generasi celik bahan di kalangan generasimuda khususnya murid sekolah. berakhlak mulia dan berketerampilan. Saya berharap semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan Kelab Kitar Semula ini akan memberikan sepenuh kerjasama dalam menjayakannya. Pelaksanaan kelab ini juga memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk memperkembangkan potensi murid secara holistik dan bersepadu demi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis daripada aspek jasmani. Bersesuaian dengan matlamat penubuhannya. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF) Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam ii . saya percaya ianya selari dengan tuntutan untuk melahirkan modal insan yang berilmu. Modul ini merupakan garis panduan pengajaran serta aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan oleh Kelab Kitar Semula di dalam aktiviti kokurikulum sekolah. rohani dan intelek. emosi. Selain itu.MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. SELAMAT MAJU JAYA (DATUK DR. Dengan terbitnya Modul Kelab Kitar Semula ini diharapkan dapat membantu guru-guru dalam menjalankan aktiviti alam sekitar di sekolah secara terancang dan sistematik sekaligus menyalurkan pengetahuan dan kemahiran asas pengurusan sisa pepejal dan kitar semula agar mereka dapat membudayakan amalan kitar semula dan kepentingan penjagaan kebersihan persekitaran di dalam kehidupan seharian.

2 Jadual tentatif perkhemahan yang akan dilaksanakan berdasarkan kesesuaian dan kreativiti guru Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam .2 Memahami objektif pengkomposan 4.4 Mengetahui cara-cara untuk mempelbagaikan kegunaan bahan terbuang 2.3 Memahami komponen-komponen pengurusan sisa pepejal 1.1 Memahami definisi sisa pepejal 1.0 Asas pengurusan sisa pepejal • Definisi sisa pepejal • Hierarki pengurusan sisa pepejal • Komponen pengurusan sisa pepejal • Jenis-jenis sisa pepejal iii STANDARD PEMBELAJARAN 1.1 Memahami definisi 3R 2.3 Menghasilkan kraf tangan kreatif daripada barang-barang kitar semula 4.3 Mengetahui kepentingan Bank Kitar Semula 6.1 Memahami definisi kitar semula 3.4 Mengetahui jenis – jenis sisa pepejal yang dijana 2.2 Memahami hierarki pengurusan sisa pepejal 1.1 Memahami objektif perkhemahan yang dilaksanakan 6.0 Kitar Semula • Definisi kitar semula • Warna tong kitar semula dan kegunaannya • Kraf tangan kreatif kitar semula 3.5 Mengetahui cara – cara melaksanakan program 3R 3.3 Memahami teknik pengkomposan menggunakan pasu bunga 5.3 Mengetahui cara – cara mengamalkan 3R 2.0 Pengkomposan • Definisi pengkomposan • Objektif pengkomposan • Teknik pengkomposan menggunakan pasu bunga 4.1 Memahami definisi pengkomposan 4.2 Melakukan Bank Kitar Semula 5.0 Bank Kitar Semula • Pengenalan aktiviti Bank Kitar Semula • Pelaksanaan Bank Kitar Semula • Kepentingan Bank Kitar Semula 5.0 3R • Definisi 3R • Elemen-Elemen 3R • Cadangan amalan 3R • Halaman Seni Kreatif 3R • Cadangan program 3R 2.0 Program perkhemahan • Objektif perkhemahan • Jadual tentatif perkhemahan 6.1 Memahami konsep pelaksanaan Bank Kitar Semula 5.2 Mengetahui jenis warna tong kitar semula 3.MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH KURIKULUM AKTIVITI PROGRAM KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH KELAB : KELAB KITAR SEMULA STANDARD KANDUNGAN 1.2 Memahami elemen – elemen 3R 2.

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

RANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI KELAB
KITAR SEMULA
KELAB : KELAB ALAM SEKITAR/KITAR SEMULA
PENGENALAN : ASAS SISA PEPEJAL DAN KITAR SEMULA
MATLAMAT : MELAHIRKAN GENERASI YANG MEMENTINGKAN PENJAGAAN ALAM SEKITAR
DAN KITAR SEMULA
PERJUMPAAN

KANDUNGAN

OBJEKTIF

AKTIVITI

1

Pelantikan
Jawatankuasa dan
Suai kenal :

Murid dapat:
-berinteraksi antara
satu sama lain
-mengenali guru
penasihat
-memberikan dan
menyatakan
pendapat
-merancang aktiviti
dengan berkesan

- Ice Breaking
- Memperkenalkan
diri
- Melantik dan
memilih AJK
- Membuat
perancangan
aktiviti

-Siar raya

- Siar raya
- Gambar/
Video/Slaid
- Soalan Kuiz
- Penerangan
daripada
pegawai
PPSPPA/Guru

Mesyuarat:
-Pendaftaran ahli
-Suai kenal
-Lantikan AJK
-Perancangan
program

ALATAN

2

Pelajaran 1 :
Asas Pengurusan
Sisa Pepejal :
- Definisi sisa
pepejal
- Hierarki
pengurusan sisa
pepejal

Murid dapat:
-memahami
maksud sisa
pepejal

-Menonton
tayangan video/
slide mengenai
asas pengurusan
sisa pepejal
-Mendapat
penerangan
daripada guru
-Mengadakan kuiz
-Menyuai padan
gambar

3

Pelajaran 1 ;
Asas Pengurusan
Sisa Pepejal
-Penjanaan
-Pengasingan dan
penyimpanan
-Kutipan dan
pengangkutan
-Perpindahan dan
rawatan
-Pemerolehan
semula bahan
dan tenaga
-Pelupusan akhir

Murid dapat:
-memahami
komponen
pengurusan
sisa pepejal.

-Gambar/gambar -Siar raya
slaid/ video yang -Komputer riba
menerangkan
mengenai
komponen
pengurusan
sisa pepejal

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam

iv

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

v

4

Pelajaran 1 :
Asas Pengurusan
Sisa Pepejal
Jenis Sisa Pepejal
Terkawal
- Sisa Pepejal Isi
Rumah
- Sisa Pepejal
Awam
- Sisa Pepejal
Import
- Sisa Pepejal Khas
- Sisa Pepejal
Institusi
- Sisa Pepejal
Komersial
- Sisa Pepejal
Pembinaan
- Sisa Pepejal
Perindustrian

Murid dapat:
-memahami
punca – punca
sisa pepejal
dihasilkan

- Siar raya
-Mendapat
- Gambar/
penerangan
Video
daripada guru
-Menonton
tayangan video/
slideshow berkaitan
sisa pepejal
terkawal
-Menyuai padan
gambar tentang
pemahaman murid
mengenai sisa
pepejal terkawal

5

Pelajaran 2 :
3R
- Definisi 3R
- Elemen-elemen
3R
- Amalan 3R di
sekolah dan di
rumah

Murid dapat:
-mempelajari
maksud 3R
-membezakan
elemen reduce,
reuse dan recycle
-mempelajari
amalan-amalan
3R yang dapat
dipraktikkan di
sekolah dan di
rumah

-Mendapat
penerangan
daripada guru
-Menonton gambar
/video yang
menerangkan
elemen 3R
-Mewarnakan
logo 3R

-Siar raya
-Gambar/video
-Soalan kuiz
-Gambar logo
3R

6

Pelajaran 2 ;
3R
-Halaman seni
kreatif 3R

Murid dapat:
-Menanamkan
sikap bekerjasama
-Memperkukuh jati
diri untuk menjadi
manusia yang
bertanggungjawab pada alam
sekitar
-Menjanakan idea
kreatif dalam
menggunakan
barang-barang
terbuang

-Melabelkan pokok
dengan barangan
kitar semula
-Menghiasi taman
dengan barangan
kitar semula
-Menghiaskan
pagar dengan
barangan kitar
semula
-Membajakan
kawasan landskap
sekolah
-Mewujudkan sudut
/taman 3R

-Tin aluminium,
botol plastik,
kadbod,baja,
kompos

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

7

Pelajaran 2 :
3R
-Gotong-royong
dengan
menerapkan
elemen
pengasingan sisa

Murid dapat:
-mengenal pasti
bahan yang boleh
dikitar semula dan
yang tidak boleh
dikitar semula
-pengalaman
amali selain
daripada
pembelajaran di
dalam bilik darjah
sahaja

-Mengadakan
-Plastik sampah
pembahagian
-Penyapu
kumpulan
-Tong sampah
-Mendapat
penerangan
daripada guru
-Mengambil
bahagian dalam
aktiviti gotongroyong dengan
penerapan elemen
pengasingan sisa

8

Pelajaran 3 :
Kitar Semula
- Pengenalan
mengenai kitar
semula
- Bahan – bahan
yang boleh dikitar
semula
- Tong kitar
semula
- Langkah-langkah
mengitarkan
barangan
dengan betul

Murid dapat:
-mempelajari kitar
semula
-mencari maklumat
mengenai bahanbahan yang boleh
dikitar semula
-mengetahui
jenis-jenis tong kitar
semula
-cara-cara
mengitar
barangan dengan
betul

-Mendapat
penerangan
daripada guru
-Melihat gambargambar dan tong
kitar semula bagi
memperkukuh
pemahaman
-Mengenal pasti
barang-barang di
persekitaran sama
ada boleh dikitar
semula atau tidak

-Gambar tong
kitar semula
-Barangan kitar
semula
contoh:
surat khabar,
tin aluminium

9

Pelajaran 3 :
Kitar Semula
-Mencipta kolaj

Murid dapat:
-mempelajari
teknik – teknik
membuat kolaj
- merangsang
daya reka cipta
dan kreativiti

-Mendapat
penerangan
daripada guru
-Menghasilkan
lukisan berasaskan
bahan-bahan
terbuang

-Kulit kerang
-Telur
-Batang aiskrim
-Bahan-bahan
terbuang

10

Pelajaran 3 :
Kitar Semula
-Sisa asah pensel
yang berguna

Murid dapat:
-merangsang daya
kreatif dalam
menghasilkan
lukisan yang
menarik
-mempelajari
teknik
menggunakan
sisa asah pensel
dalam lukisan
yang dihasilkan

-Mendapat
penerangan
daripada guru
-Melukis lukisan
mengkut kreativiti
-Menampalkan
sisa asah pensel
di atas lukisan
yang dihasilkan
secara kreatif

-Kertas lukisan/
kertas A4/
manila kad
-sisa asah
daripada
pensel warna
yang beraneka
-pensel warna/
krayon
-gam
-butang
bentuk mata

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam

vi

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

vii

11

Pelajaran 3 :
Murid dapat:
-pendedahan
Kitar Semula
-Lawatan ke Pusat kepada keadaan
sebenar pusat
kitar semula
kitar semula
-melihat sendiri
langkah-langkah
yang dilakukan
untuk
penghantaran
dan penjualan
barang di pusat
kitar semula
-memahami
kaedah
penghantaran
barangan kitar
semula

-Melawat ke Pusat
kitar semula
-Menyediakan
soalan sebelum
lawatan
(tanggapan awal)
-Membuat refleksi
-Menyediakan
laporan yang
terbaik

12

Pelajaran 3 :
Kitar Semula
-Mereka cipta
pokok kitar semula

Murid dapat:
-menjana idea
kreatif dalam
menghasilkan
pokok kitar semula
-menghargai
barang-barang
terbuang dan
menggunakannya
untuk dijadikan
perhiasan

-Mendapat
-Ranting kayu
penerangan
-Tin-tin
daripada guru
-Tali
-Mereka cipta
pokok kitar semula
mengikut daya
kreativiti
murid-murid

13

Pelajaran 3 :
Kitar Semula
-Melukis dan
mewarna
bertemakan kitar
semula

Murid dapat:
-Penerangan
-Kertas lukisan
-memperkembang daripada guru
-Pensel warna
daya kreativiti
-Melukiskan dan
-Warna air
mewarnakan
gambar yang
berkaitan dengan
kitar semula

14

Pelajaran 3 :
Kitar Semula
-Hari Kitar Semula

Murid dapat:
-memperkembang
daya komunikasi
dan interaksi
-berkongsi ilmu
yang dipelajari
dalam kelab
bersama dengan
murid-murid lain
-memahami cara
penjualan barang
kitar semula
-meningkatkan
semangat kerja
berpasukan

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam

-Membuat
pameran
mengenai 3R
-Mengadakan
pengumpulan dan
jualan barangan
kitar semula
-melukis dan
mewarna bertema
kitar semula
-Menyertai kuiz
- Mengadakan
pertandingan
keceriaan bilik
darjah

Contoh:
-Pusat kitar
semula
komuniti
-Kilang kertas
-Kilang plastik
-Kilang kaca
-Pusat kitar
semula TESCO

-Bahan-bahan
pameran
-Penimbang
-Kalkulator
-Buku stamp
-Barangbarang kitar
semula
-Kertas lukisan
-Pensel warna
-Warna air

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH 15 Pelajaran 4 : Murid dapat: -mempelajari Pengkomposan -Membuat kompos teknik-teknik mengkompos menggunakan menggunakan pasu bunga pasu bunga -mempraktikkan kaedah pengkomposan ini di rumah Pembahagian kumpulan -Penerangan daripada guru -Membuat kompos dengan menggunakan pasu bunga mengikut langkah-langkah yang telah diterangkan -Pasu-pasu bunga kosong -Sisa-sisa dapur /sisa-sisa kebun -Tanah-1 pasu -Air 16 Pelajaran 5: Bank Kitar Semula Murid dapat: -memahami perjalanan Bank Kitar Semula -mengaplikasi aktiviti kitar semula dalam kehidupan seharian -memahami nilai yang ada pada sisa pepejal -Mendapat penerangan daripada guru atau pihak yang berkaitan -membuat buku setem -mengenal pasti stesen penerimaan barang -merancang sesi penghantaran barangan kitar semula -Siar raya -Slaid -Garis panduan Bank Kitar Semula -Penimbang -Kalkulator 17 Pelajaran 6 : Perkhemahan Mewujudkan perasaan cintakan alam sekitar di samping mengumpul barangan kitar semula 18 Penilaian akhir tahun -Plastik sampah -Mengadakan bengkel tentang -Penyapu kesedaran alam -Tong sampah sekitar dan teknik penanaman pokok -Khemah -Beg bakau dan -Makanan dan pemuliharaan pantai minuman -Mengadakan -Bahan-bahan bicara berirama untuk kompos -Mengadakan -Barangan penerokaan kitar semula -Memburu harta karun -mengadakan Raja rimba -Resolusi dari rimba -Mengadakan program perkhemahan di sekitar taman rekreasi Menjalankan majlis Laporan akhir Guru dapat : -Membuat penghargaan dan aktiviti kutipan rumusan markah pengiktirafan ahli barangan kitar kepada ahli kelab kelab dan semula dan murid-murid murid-murid yang berjaya berkenaan dengan dalam kutipan barangan pengumpulan kitar semula tertinggi barangan kitar setiap akhir tahun. semula terbanyak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam viii .

Metana dibebaskan semasa proses pembuatan dan pengangkutan arang. lebih kurang 525000 liter leachate dihasilkan.Karbon dioksida dibebaskan ke atmosfera apabila sisa pepejal. . kayu dan barang buatan kayu dibakar. Untuk setiap 3500 tan sampah yang dihasilkan (satu tan sampah menghasilkan 150 liter leachate/ air sampah). bahan api. . penguraian sisa organik ditapak pelupusan sampah dan perternakan. gas asli dan minyak.Nitrous oksida dibebaskan semasa aktiviti dalam pertanian dan industri serta pembakaran sisa pepejal dan bahan api. Punca pembebasan HFC adalah dari peti sejuk. Sumber : StarMetro : Isnin. . hawa dingin. dan sulfur hexafluoride (SF6) merupakan gas rumah hijau yang merbahaya disebabkan oleh aktiviti industri.Hydrofluorocarbons (HFCs)..MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH FAKTA GAS RUMAH HIJAU TERDIRI DARIPADA. PFCs and SF6 kebanyakan dibebaskan oleh industri / kilang pemprosesan seperti pembuatan semikonduktor. . aerosol dan pelarut. 27 April 2009 . perfluorocarbons (PFCs).

ASAS PENGURUSAN SISA PEPEJAL YANG SISTEMATIK .

tercemar atau selainnya rosak Apa-apa bahan lain mengikut akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang dikehendaki oleh pihak berkuasa untuk dilupuskan Tidak termasuk buangan terjadual sebagaimana yang diperihalkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Tidak termasuk kumbahan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.1 Definisi BERDASARKAN AKTA PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM 2007 (AKTA 672) “SISA PEPEJAL” Termasuklah Apa-apa bahan sekerap atau bahan lebihan lain yang tidak dikehendaki atau keluaran yang ditolak yang timbul daripada penggunaan apa-apa proses Apa-apa benda yang dikehendaki dilupuskan kerana sudah pecah.MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH 1. Tidak termasuk sisa radioaktif sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 2 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam .lusuh.

Rawatan Perantaran 5.2 Hierarki Pengurusan Sisa Pepejal Pelan Perancangan Strategik Nasional untuk Pengurusan Sisa Pepejal (2005) menggariskan pengurusan sisa pepejal hendaklah berteraskan kepada hierarki pengurusan sisa pepejal.RDF Lebihan sisa pepejal akan dihantar ke tapak pelupusan sanitari.MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH 1. pengkomposan. Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 3 . Guna Semula Bahan atau produk yang digunakan secara berulang-ulang 3. Pengurangan 2. Kitar Semula Proses penghasilan produk daripada bahan kitar semula 4. MRF. Pelupusan baru Insinerator. Hierarki ini terdiri daripada elemen-elemen berikut yang disusun mengikut keutamaan: Memilih bahan yang digunakan dengan bijak bagi mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihasilkan 1.

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH KINI MASA HADAPAN PENGURANGAN GUNA SEMULA KITAR SEMULA RAWATAN PERANTARAAN PELUPUSAN AKHIR Sumber : Pelan Rancangan Strategik Nasional Untuk Pengurusan Sisa Pepejal (2005) 4 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam .

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH 1. Eleman yang dimaksudkan adalah seperti di bawah: Penjanaan Isi Rumah. Komersial. kejuruteraan. kesedaran awam serta persekitaran. MRF. ekonomi. pemuliharaan. nilai estetika. RDF. Pengkomposan & Rawatan Termal Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 5 .3 KOMPONEN PENGURUSAN SISA PEPEJAL Pengurusan sisa pepejal bersepadu merupakan sistem yang menggabungkan 6 elemen penting yang sejajar dengan konsep pembangunan mapan dari segi kesihatan awam. Perdagangan & Institusi Pelupusan Akhir Tapak Pelupusan Sanitari Pengasingan dan Penyimpanan Kutipan dan Pengangkutan Perpindahan dan Rawatan Stesen pemindahan.

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH 1. kertas. kulit sisa taman. kayu. tekstil. dan daripada jenis yang biasanya dihasilkan oleh atau dikeluarkan oleh mana-mana premis apabila dihuni sebagai rumah kediaman. kadbod. kaca bahan logam seperti tin aluminium dan sebagainya 6 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam .4 Jenis Sisa Pepejal Terkawal Sisa pepejal terkawal sebagaimana yang ditetapkan di dalam Akta 672 adalah terdiri daripada :- A) Sisa Pepejal Isi Rumah Apa-apa sahaja sisa pepejal yang dihasilkan oleh sesuatu isi rumah. dan termasuklah sisa taman. Contoh Sisa Pepejal Isi Rumah Sisa makanan. plastik.

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH Sisa Pukal Sisa Kebun Sisa Isi Rumah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 7 .

sisa dari taman permainan. sisa landskap. yang di bawah penyeliaan atau kawalan mana-mana pihak berkuasa tempatan Contoh Sisa Pepejal Awam Sampah yang terdapat di jalan-jalan di bawah senggaraan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH B) Sisa Pepejal Awam Apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan di tempat awam. pantai dan kawasan rekreasi yang lain 8 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam .

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH Contoh Sisa Pepejal Awam Sisa Pepejal Di Kawasan Awam Sisa Pepejal Di Taman Rekreasi Sisa Pepejal Di Kawasan Kemudahan Awam Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 9 .

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH Sisa Pepejal Di Kawasan Jalan Awam Sisa Pepejal di Kawasan Pantai 10 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam .

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 11 . kaca dan lain-lain bahan yang diimport dari luar untuk digunakan oleh industri pembuatan sebagai bahan mentah dan dikitar semula. tin.MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH C) Sisa Pepejal Import Apa-apa pepejal yang dihasilkan oleh negara lain dan diimport ke negara kita untuk diproses ataupun dilupuskan Contoh Sisa Pepejal Import Kertas. kadbod.

12 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam .MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH Contoh Sisa Pepejal Import Punca Sisa Pepejal Import Sisa yang telah dihasilkan di negara luar yang diimport ke Malaysia.

2. Sukar untuk diolah.MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH D) Sisa Pepejal Khas Apa-apa jenis sisa pepejal terkawal yang ditetapkan sama ada :1. Berbahaya atau boleh membahayakan kesihatan awam. disimpan atau dilupuskan Contoh Sisa Pepejal Khas Tayar terpakai dan bahagian kenderaan yang dibuang Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 13 .

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH Contoh Sisa Pepejal Khas Punca Sisa Pepejal Khas Premis perindustrian dan bengkel kenderaan 14 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam .

Mana-mana premis yang digunakan sebagai zoo awam. klinik dan pusat kesihatan. Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 15 .MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH E) Sisa Pepejal Institusi Apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan oleh:.Mana-mana kemudahan jagaan kesihatan termasuklah hospital.Mana-mana premis yang diluluskan di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk digunakan keseluruhan atau sebahagian besarnya bagi rumah ibadat .Mana-mana premis pendidikan . .Mana-mana premis yang dihuni oleh mana-mana Jabatan Kerajaan Persekutuan atau Negeri. perpustakaan awam dan rumah anak yatim Contoh Sisa Pepejal Institusi Contoh Sisa Pepejal Institusi Apa-apa jenis sisa yang dijanakan hasil daripada aktiviti harian institusi yang disebutkan di atas dan ini adalah tidak sisa pepejal khas yang memerlukan cara pelupusan yang berasingan. muzium awam. Mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan atau mana-mana badan berkanun .

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH Punca sisa Pepejal institusi Sekolah. universiti. hospital. penjara dan bangunan kerajaan Punca Sisa Pepejal Institusi 16 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam .

kaca. kayu. sisa makanan. kadbod plastik. logam dan apa-apa jenis sisa yang terhasil dari aktiviti yang tidak termasuk dalam sisa pepejal Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 17 .MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH F) Sisa Pepejal Komersial Ialah merangkumi sisa pepejal yang dihasilkan daripada apa-apa aktiviti komersial Contoh Sisa Pepejal Komersial Kertas.

restoran.MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH Punca Sisa Pepejal Komersial Stor. pasaraya. kedai percetakan. rumah tumpangan. stesen-stesen perkhidmatan dan sebagainya 18 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam .

dan lain-lain sisa yang dihasilkan dari aktiviti di atas Punca Sisa Pepejal Pembinaan Kawasan pembinaan baru. kerja-kerja pengubahsuaian atau perobohan bangunan dan sebagainya. tanah. permaidani. konkrit. besi. pembaikan atau pengubahan Contoh Sisa Pepejal Pembinaan Kayu. papan lapis. kadbod. Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 19 .MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH G) Sisa Pepejal Pembinaan Merupakan apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan daripada apa-apa aktiviti pembinaan atau perobohan termasuk kerja pemajuan. penyediaan. gentian kaca. drywall.

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH H) Sisa Pepejal Perindustrian Sisa Pepejal Perindustrian Apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan daripada aktiviti perindustrian Contoh Sisa Pepejal Perindustrian Sisa yang terhasil dari proses pengilangan tidak termasuk sisa pepejal khas Punca Sisa Pepejal Perindustrian Industri fabrik.ndustri ringan. industri berat dan sebagainya 20 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam . industri pembuatan makanan.

3R M O D UL L A T I H A N K EL AB KI TAR SEMU LA SEKOLAH RENDAH .

Memilih bahan digunakan dengan bijak bagi mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihasilkan Penggunaan Semula (Reuse) .Aktiviti menggunakan semula bahan atau sebahagian daripada bahan yang mana masih boleh digunakan lagi.1 Definisi 3R 3R bermaksud Reduce (Pengurangan). Elemen 3R juga merupakan sebahagian daripada Hierarki Sisa Pepejal. Reuse (Penggunaan Semula) dan Recycle (Kitar Semula). 22 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam . 2.MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH 2.2 Elemen-Elemen 3R Pengurangan (Reduce) . Penerapan amalan 3R di kalangan masyarakat secara tidak langsung dapat mengurangkan penjanaan sisa pepejal serta jumlah sisa pepejal yang dihantar ke tapak pelupusan. Kitar Semula (Recycle) -Proses penghasilan produk baru daripada bahan kitar semula.

3 Cadangan Aktiviti 3R PENGURANGAN (Reduce) REDUCE Fikir Dulu Sebelum Buang Banyak barang yang dianggap sebagai sisa boleh digunakan untuk tujuan lain.MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH 2. Cadangan: Beli barangan mengikut keperluan dan bukan mengikut perasaan. Minimumkan penggunaan kertas dengan menggunakan kedua-dua belah halaman kertas semasa membuat cetakan. Jadi pengurangan sisa boleh dilakukan dengan mempelbagaikan penggunaan. Elak beli barangan yang dibalut dengan bahan yang tidak boleh dikitar semula Guna beg guna semula semasa membeli – belah Gunakan bekas makanan sendiri Gunakan bateri yang boleh dicas semula Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 23 . Edarkan dokumen seperti laporan atau memo dalam bentuk mel elektronik.

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH REUSE PENGGUNAAN SEMULA (Reuse) Daripada sentiasa membuang barang. anda boleh mengurangkan ruang yang diperlukan bagi tapak pelupusan sampah dan memulihara sumber-sumber semulajadi. Gunakan semula pakaian lama (contohnya baju. perabot dan pakaian kepada orang yang memerlukan atau badan kebajikan daripada dibuang Guna semula bekas plastik dan kaca sebagai pasu untuk tanaman Gunakan bekas terpakai (contohnya bekas plastik dan kaca) untuk menyimpan barangan. 24 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam . fikirkan cara-cara untuk menggunakannya semula. Dengan mengguna semula barangan. tuala) untuk tujuan pembersihan Dermakan buku lama. Cadangan: Gunakan belakang kertas terpakai atau belakang sampul surat sebagai catatan nota.

logam dan kaca. plastik. bahan binaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula tetapi masyarakat kurang peka untuk memulakannya. Barangan lain seperti perabot. BELI PRODUK YANG BOLEH DIKITAR SEMULA Jika membeli barang di pasar raya. Langkah awal kitar semula yang efisien adalah dengan mengetahui jenis barang yang dibeli dan cara untuk mengitarnya semula. MENGHASILKAN KRAFTANGAN DARIPADA BAHAN YANG BOLEH DIKITAR SEMULA Anda boleh menghasikan kraftangan daripada barangan yang biasanya dibuang. kita harus membeli barang dalam bekas yang boleh dikitar semula seperti tin. barangan elektrik. bekas plastik dan bekas kaca. Satu botol plastik boleh menghasilkan satu bekas pensel yang cantik. Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 25 .MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH PLEASE RECYCLE RECYCLABLE ONLY KITAR SEMULA (Recycle) Kitar semula adalah merujuk kepada memperbaharui atau menggunakan semula barang-barang terbuang dan terpakai untuk dijadikan bahan-bahan mentah. KITAR SEMULA MENGIKUT JENIS BARANG Banyak barang yang boleh dikitar semula contohnya kertas. TONG KITAR SEMULA DAN PUSAT PENGUMPULAN Kenalpasti lokasi tong kitar semula atau pusat pengumpulan yang berhampiran dengan kawasan anda bagi memudahkan penghantaran barangan kitar semula. BELI PRODUK YANG DI BUAT DARIPADA BAHAN KITAR SEMULA Anda boleh mengetahui sesuatu produk itu mesra pengguna daripada label produk tersebut.

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH 26 2. dan botol-botol plastik pada kawasan sekitar pokok-pokok Peralatan : Botol minuman plastik dan kertas kadbod Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam .4.1 MELABEL POKOK-POKOK DENGAN BARANGAN KITAR SEMULA Objektif :Memberi pengetahuan kepada umum mengenai nama.nama pokok-pokok Aktiviti : Menampal barangan kitar semula seperti kadbod keras.4 HALAMAN SENI KREATIF 3R 2.

TIN ALUMINIUM DAN TEMPURUNG Objektif : Mencantikkan taman sekolah dengan bahan-bahan terpakai Aktiviti : Mewujudkan papan tanda daripada bahan terbuang menerangkan nama taman Peralatan : Botol minuman plastik dan kertas kadbod Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 27 .4.MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH 2.2 MENGHIAS TAMAN DENGAN BAHAN-BAHAN TERBUANG SEPERTI BOTOL PLASTIK.

tin dan lain-lain Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam .MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH 2.4.3 28 MENGHIAS PAGAR DENGAN BARANGAN KITAR SEMULA Objektif : Mewujudkan landskap yang lebih menarik di sekeliling sekolah Aktiviti : Memperindahkan pagar contoh dengan barangan kitar semula sepanjang pagar membentukkan nama sekolah Peralatan : Contoh botol minuman plastik.

4. lorong. dan rumah kitar semula Peralatan : Cat Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 29 . bilik. galeri.MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH 2.4 SUDUT KITAR SEMULA DAN ALAM SEKITAR Objektif : Supaya murid-murid celik minda berkenaan dengan kempen kitar semula dan memelihara alam sekitar Aktiviti : Membangunkan atau mewujudkan sudut.

murid-murid. ibu bapa dan komuniti di sekitar sekolah Peralatan : Plastik sampah. penyapu.MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH 30 2.1 GOTONG-ROYONG DAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT Objektif : Meningkatkan hubungan antara pihak sekolah dengan masyarakat Aktiviti : Mengadakan hari gotong-royong pihak sekolah.5 CADANGAN PROGRAM 3R 2.5. tong sampah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam .

2 MINGGU INOVASI OBJEKTIF: 1) Murid dapat melahirkan idea dan kreativiti yang tersendiri PELAKSANAAN: 1) Pembahagian kumpulan 2) Pembentangan dari setiap kumpulan mengenai barang yang telah direkacipta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 31 .MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH 2.5.

3 PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS MENGGUNAKAN BAHAN KITAR SEMULA OBJEKTIF: 1) Melahirkan pelajar yang kreatif 2) Mengurangkan kos untuk menceriakan kelas PELAKSANAAN: 1) Menghasilkan barang hiasan menggunakan barang-barang 3R 32 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam .5.MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH 2.

KITAR SEMULA RECYCLE .

botol plastik. 34 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam .1 DEFINISI KITAR SEMULA Kitar Semula ialah proses penghasilan produk baru daripada bahan kitar semula Diantara bahan-bahan yang boleh dikitar semula adalah surat khabar. ia dapat menyelamatkan hampir 75.MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH 3. dan kotak kadbod lain). buku-buku dan risalah. majalah-majalah.000 juta batang pokok balak di Brazil dan Filipina.dan lain-lain Bayangkan jika berpuluh-puluh juta helai kertas di kitar semula.kotak kasut.botol. Ini menjimatkan kos penebangan pokok-pokok dan mengimbangi ekosistem dalam bumi.tin aluminium. kertas putih dan bercampur. kadbod (termasuk kotak tisu.

.

3.MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH 3.3 KRAFTANGAN KREATIF 3R 3.1 MENCIPTA KOLAJ OBJEKTIF: 1) Melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif PELAKSANAAN: 1) Menghasilkan lukisan berasaskan bahan-bahan terbuang 36 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam .

Pensel warna/ krayon 4. kertas A4 3. Gam 5. pastikan guru telah meminta kanak-kanak mengasah pensel warna mereka (yang memang perlu diasah) ke dalam bekas tertentu beberapa hari sebelum aktiviti berjalan. Jadi.3.MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH 3. Tunjukkan cara mengasah terlebih dahulu bagi memastikan sisa yang diasah itu tidak terlalu pendek. Sisa sisa asahan kemudian dipilih dan dikumpulkan. Manila kad.2 SISA ASAH PENSEL WARNA YANG BERGUNA Bahan-bahan yang diperlukan ialah: 1. Butang bentuk mata/ atau apa-apa butang yang sesuai Sebelum aktiviti bermula. pastikan sisa asahan dari pensel-pensel warna telah dikumpulkan. Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 37 . Jika kanak-kanak mengasah pensel-pensel warna yang masih elok sudah pasti ini akan menjadi satu pembaziran pensel-pensel warna yang masih elok. Sisa asah dari pensel warna yang beraneka 2.

Bimbing kanak-kanak untuk mulakan dengan menampal pada bahagian badan berhampiran ekor terlebih dahulu. Namun terpulang kepada guru samada hendak kanak-kanak menjalankan aktiviti ini secara individu.MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH LANGKAH-LANGKAH: Lakarkan bentuk seekor ikan di atas beberapa keping kertas manila kad. Jika hendak lebih mudah lagi lakarkannya di atas sekeping kertas A4 dahulu kemudian difotostat untuk diagihkan kepada kanak-kanak. Cara ini akan membuatkan bahagian “sisik” ikan yang terhasil akan lebih kemas dan menarik. berpasangan mahupun berkumpulan. Pastikan ruang dalam badan ikan itu luas supaya kanak-kanak lebih mudah dan bebas mencorakkan ikan mereka. Seterusnya penuhkannya dengan menampal secara bertindih-tindih mengikut bahagian. 38 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam .

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 39 .MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH Setelah berjaya memenuhi seluruh bahagian badan ikan. bahagian sirip dan ekor akan diwarnakan dengan pensel warna Sudahkan hasil kerja dengan melekatkan butang mata pada ikan dan kemaskan bentuk ikan yang terhasil.

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH Hasil kerja ini boleh digunakan sebagai kad ucapan ataupun hiasan dinding. Secara tidak langsung melalui projek ini guru berjaya menggalakkan kanak-kanak untuk kitar semula bahan-bahan terbuang. 40 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam .

Lukis bentuk sayap kumbang di atas kepala sudu. Kad manila (lebihan kertas keras) 4. Tekapkan kepala sudu di atas kad manila dan lukiskan bulatan mengikut bentuk sudu. Kemudian tampalkan kaki tersebut di kad manila yang telah dipotong mengikut bentuk sudu tadi. Tampal kaki kumbang dengan menggunakan gam UHU. Marker hitam dan merah 3. Warnakan kaki kumbang dengan marker hitam. Sudu plastik 2. Tinggalkan untuk bahagian kepala sahaja.3 KUMBANG DI TAMAN BAHAN-BAHAN: 1. Warnakan seluruh sayap dengan marker warna merah. Gunting 5.3.MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH 3. Potong manila kad kecil-kecil untuk dibuat kaki kumbang. Gam UHU LANGKAH-LANGKAH a) b) c) d) e) f) g) h) I) Potong tangkai sudu plastik. Hiaskan mengikut kreativiti masing-masing Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 41 . Kemudian lukis beberapa bulatan yang kecil untuk menggambarkan badan kumbang dengan menggunakan marker warna hitam.

Kemudian lekatkan plastik yang sudah menjadi kelopak menggunakan pita pelekat yang berwarna hijau. Lekatkan kelopak yang telah bercantum itu pada straw. Ambil 5 plastik yang telah dipotong dan cantumkan untuk dijadikan kelopak bunga.3. Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam . Gunting LANGKAH-LANGKAH : a) b) c) d) e) 42 Potong bucu plastik mengikut segitiga.4 BUNGA STRAW BAHAN-BAHAN : 1.MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH 3. Beg Plastik (pelbagai warna) 3. Pita pelekat berwarna hijau 4. balut straw dengan pita pelekat hijau untuk dijadikan tangkai bunga. Penyedut minuman (straw) 2.

5 MEREKACIPTA POKOK KITAR SEMULA OBJEKTIF: 1) Menjana idea kreatif dalam menghasilkan pokok kitar semula 2) Meningkatkan semangat kerjasama berpasukan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 43 .3.MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH 3.

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH 44 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam .

4.1 Definisi Pengkomposan Pengkomposan adalah cara semulajadi untuk mengitar semula bahan organik. bernilai dan baik untuk pengguna mengamalkan pemakanan yang sihat.0 Pengkomposan Terdapat pelbagai jenis kaedah pengkomposan tetapi di sini hanya dinyatakan satu kaedah sahaja iaitu pengkomposan menggunakan pasu bunga. Menyediakan nutrient yang boleh menyuburkan tanah. Oleh itu. Hasil proses ini adalah kompos yang bermanafaat kepada alam sekitar sebagai baja semulajadi untuk berkebun dan berladang. anda boleh menggunakan baja kompos ini kepada pokok buah-buahan atau sayur – sayuran anda bagi menghasilkan hasil tanaman organik yang bermutu tinggi.MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH 4. 4. Ianya satu proses di mana bahan organik yang mudah reput diuraikan oleh mikroorganisma dalam kehadiran oksigen.2 Objektif Pengkomposan Mengurangkan kuantiti sisa pepejal ( sisa organik ) yang perlu dilupuskan di tapak pelupusan sampah dan membantu memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan sampah. Mengubah bahan organik yang boleh mereput menjadi bahan yang stabil. Meningkatkan tahap kebersihan persekitaran sekitar. dan penjagaan alam Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 45 .

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH 4.3 Pengkomposan Menggunakan Pasu Bunga Bahan Untuk Pengkomposan Menggunakan Pasu Bunga Pasu-pasu bunga kosong Sisa-sisa dapur Sisa-sisa kebun Tanah – 1 pasu 46 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam .

pokok dan halaman rumput. .Tutup lapisan ini dengan selapis tanah (rengangkan). Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 47 . lipas.Kulit buah-buahan. .Kompos anda akan siap dalam masa 4-5 minggu dan boleh digunakan sebagai baja tumbuh-tumbuhan. sayur-sayuran. Ulang proses ini setiap hari sehingga pasu bunga itu penuh. kayu-kayan. Proses ini diulangi sehingga ruang itu hampir penuh. rumput-rumput. jerami.MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH 4.Isipadu tanah hendaklah 20% daripada isipadu sisa-sisa buangan. Gunakan pasu lain apabila pasu yang pertama itu sudah penuh. sisa-sisa makana dan bahan. * Bahan Hijau.1 Langkah-Langkah Pengkomposan Menggunakan Pasu Bunga . kucing.3. . Masukkan sisa-sisa dapur dan daun kering (sekiranya ada). Semua lubang dan celah hendaklah ditutup dengan tanah untuk mengelakkan serangga perosak dan haiwan seperti lalat. dan anjing daripada menggali sisa-sisa makanan dalam kompos. . . kulit telur.bahan yang boleh dikompos. Pasu-pasu ini boleh dihimpunkan di atas pasu-pasu lain. tetapi kandungan di dalamnya hendaklah selalu lembap.Daun kering. serbuk kayu.Letakkan selapis batu kerikil di dasar pasu bunga untuk tujuan peredaran udara.Lapisan hijau diselang-selikan dengan lapisan bahan kering dalam kadar yang sama tebal.Anda boleh menggunaka pasu ini sekali lagi untuk mengambus sisa-sisa atau menggunakan pasu baru.Tambahkan selapis tanah (lebih kurang 2 inci) ke atasnya. . * Bahan Kering.

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH Teknik Pengkomposan Menggunakan Pasu Bunga Tanah Daun kering Sisa makanan Daun kering Sisa makanan Tanah Batu kerikil 48 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam .

BANK KITAR SEMULA .

2) Menggalakkan para pelajar mengamalkan konsep dan kaedah 3R melalui program yang dijalankan.1) Meningkatkan tahap kesedaran. (1.4) Memupuk dan memperkukuhkan amalan kitar semula di kalangan generasi muda seperti pelajar sekolah. Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam .0 BANK KITAR SEMULA DI SEKOLAH 5.MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH 5. keperluan serta kepentingan kitar semula di kalangan para pelajar sekolah rendah dan menengah melalui pendidikan secara teori dan praktikal.1 Objektif Bank Kitar Semula Berikut adalah objektif pelaksanaan Bank Kitar Semula di sekolah: 50 (1. (1.5) Memupuk sikap suka menabung di kalangan para pelajar.3) Mengajar amalan kitar semula secara betul di kalangan para pelajar. (1. (1.

Memasang kain rentang di tempat yang mudah dilihat oleh para pelajar.1) Menetapkan yang terlibat. Taklimat kepada pihak yang terbabit Memberi taklimat kepada pihak pengetua sekolah / Guru Besar serta pihak JPN/ PPD bagi membincangkan perkara-perkara berikut: 2.1) Membuka akaun.1) Akaun pelajar. Dua akaun asas yang perlu dibuka untuk Bank Kitar Semula di Sekolah iaitu: (3. (Seperti lampiran 2) ** SETIAP PELAJAR BERTANGGUNGJAWAB MENJAGA BUKU INI DENGAN BAIK DAN DIBAWA SETIAP KALI PROGRAM BANK KITAR SEMULA Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 51 . tarikh. (2.3) Tatacara pengumpulan barangan kitar semula.2) Mengedarkan pamplet Bank Kitar Semula kepada pelajar. Promosi Bank Kitar Semula di sekolah (2. (1. 3. (1.MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH 1. program dan sasaran pelajar – pelajar (1. perlantikan vendor bagi mengutip barangan kitar semula.1) Pihak sekolah mengadakan taklimat kepada para pelajar mengenai Bank Kitar Semula. penyimpanan dan pengagihan hasil jualan. Setiap pelajar yang terlibat dengan Bank Kitar Semula ini akan dibekalkan denga buku akaun Bank Kitar Semula.1. Kutipan dan kaedah bayaran (3.2) Penubuhan jawatankuasa urusetia program iaitu Skuad Bank Kitar Semula di sekolah.

2. Hasilnya akan diserahkan kepada pihak sekolah) (3. (3.1) Pelajar membawa barangan kitar semula ke sekolah setiap minggu pada hari yang telah ditetapkan.00 untuk dimasukkan ke dalam akaun pelajar.MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH (3.00 setiap cetakan.2.1. 52 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam .20.2.2) Aktiviti kutipan barangan kitar semula: (3.4) Nilai jualan akan ditukarkan ke bentuk setem dengan nilai RM 0. (3. RM 0.2) Akaun Skuad Kitar Semula (Hasil jualan kitar semula setiap pelajar akan dipotong 5% untuk kos pentadbiran dan pengurusan.10. Pelajar perlu melengkapkan kad setem yang disediakan dan memenuhkan satu muka surat bernilai RM10.2.3) Skuad Bank Kitar Semula akan merekodkan maklumat seperti jumlah berat dan nilai jualan barangan kitar semula ke dalam buku log.30. RM0.2.2) Skuad Bank Kitar Semula akan mengumpulkan barangan kitar semula di tempat pengumpulan iaitu di perkarangan sekolah atau tempat yang telah ditetapkan.50 dan RM1. RM0. (3.5) Hasil jualan barangan kitar semula dimasukkan ke dalam akaun pelajar. (3.

(4. Pengeluaran wang hasil jualan barangan kitar semula (5.1) Vendor yang menawarkan harga pembelian yang tinggi.3) Skuad Kitar Semula mendapatkan wang dan resit jualan serta merekodkan nilai jualan ke dalam buku log.4) Penyelarasan hendaklah dibuat di antara pihak sekolah. 5. (4.6) Hasil jualan barangan kitar semula akan disimpan oleh pihak sekolah.1.pihak PPSPPA dan vendor bagi memastikan semua barangan kitar semula yang dikumpulkan pada hari yang ditetapkan dijual serentak pada hari yang sama.1) Penentuan dan pelantikan agen kutipan samada konsesi atau swasta. Antara kriteria yang diperlukan: (4.1. Jualan barangan kitar semula (4. (4.1) Pengeluaran wang hasil jualan barangan kitar semula daripada akaun pelajar bergantung kepada keputusan yang dipersetujui oleh pihak sekolah. (4.2) Dapat memberi perkhidmatan kutipan pada hari yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH 4. (4.2) Barangan kitar semula yang telah dikumpulkan oleh Skuad Kitar Semula dijual kepada agen yang dilantik. Ini boleh mengelakkan masalah ketiadaanruang bagi penstoran barangan kitar semula di sekolah.5) Rekodkan jualan ke dalam buku log. (4. guru. Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 53 .

(5. Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam . 7. jualan.3) Guru bertanggungjawab akan merekodkan jumlah wang yang dikeluarkan dan tarikh pengeluaran di dalam buku akaun bank pelajar berkenaan. (7.2) Pelajar perlu mengemukakan buku akaun Bank Kitar Semula semasa proses pengeluaran wang.3) PPSPPA negeri menghantar laporan kepada Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam. serta urusan pengeluaran (6.MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH 6.4) Jumlah wang yang dipohon dan buku akaun bank akan diserahkan kepada pelajar berkenaan. 54 (5. (5.2) Menyediakan laporan penyata bulanan bank kitar semula. Ibu Pejabat PPSPPA pada minggu pertama setiap bulan.2) PPSPPA negeri menganalisis program dan mengatasi masalah yang berbangkit bagi tujuan penambahbaikan. Kemaskini data dan laporan (6.1) Mesyuarat penyelarasanJawatankuasa Skuad Kitar Semula diadakan setiap enam bulan sekali bagi membincangkan permasalahan serta cadangan penambahbaikan untuk Bank Kitar Semula di sekolah. Segala maklumat pengeluaran berkenaan perlu direkodkan secara kemas dan betul di ruangan catatan di dalam buku akaun tersebut. wang jualan barangan kitar semula. (7.1) Mengemaskini maklumat belian. Pemantauan program (7.

. PENGELUARAN WANG HASIL JUALAN BARANGAN KITAR SEMULA 4.Skuad Bank Kitar Semula merekodkan maklumat jumlah berat dan nilai jualan ke dalam buku log. .Membuka akaun setiap pelajar dan akaun skuad kitar semula.Taklimat kepada pengetua / Guru Besar sekolah mengenai: ~ Penetapan tarikh dan program ~ Penubuhan Jawatankuasa Skuad Bank Kitar Semula ~ Tatacara pengumpulan.10.Mengadakan mesyuarat penyelarasan Jawatankuasa 3R setiap 6 bulan.20. ~ Pelantikan vendor.Nilai jualan akan ditukarakan ke bentuk setem dengan nilai RM 0. TAKLIMAT KEPADA PIHAK YANG TERBABIT . KEMASKINI DATA DAN LAPORAN . KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA 1.Mengemaskini maklumat belian. Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 55 . jualan serta urusan jualan barangan kitar semula. 6.50 dan RM 1.30. -Pelajar membawa barangan kitar semula ke tempat pengumpulan di sekolah . RM 0.MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH CARTA ALIR BANK KITAR SEMULA DI SEKOLAH 3. .Memasang banner di pintu masuk sekolah 7. RM 0. penyimpanan barangan kitar semula dan pengagihan hasil jualan.Mengadakan taklimat kepada pelajar. PEMANTAUAN PROGRAM . PROMOSI PROGRAM 3R DI SEKOLAH . RM 0.00 -Hasil Jualan akan dimasukan ke dalam akaun pelajar 5. .PPSPPA negeri menghantar laporan kepada Ibupejabat PPSPPA pada minggu pertama setiap bulan.PPSPPA negeri menganalisa prgoram dan mengatasi masalah berbangkit. .Skuad kitar semula mendapatkan wang da resit jualan serta merekodkan nilai jualan ke dalam buku log. .Menyediakan .Menjual barangan kitar semula kepada vendor yang telah dilantik . 2. JUALAN BARANGAN KITAR SEMULA Pengeluaran wang hasil jualan barangan kitar semula daripada akaun pelajar bergantung kepada keputusan yang dipersetujui oleh pihak sekolah.

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH MUKA DEPAN BUKU BANK KITAR SEMULA BUKU STAMP BANK KITAR SEMULA NAMA SEKOLAH NO. AKAUN NAMA PELAJAR TAHUN : SK TAMAN MEDAN : BKSSKTM – 260510 – 0450 : : TANDATANGAN PENGESAHAN ANGGOTA PPSPPA ( 56 TANDATANGAN PENGESAHAN PENJAGA ) Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam ( ) .

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH CONTOH BUKU LOG BANK KITAR SEMULA > > > > Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 57 .

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH CONTOH BUKU AKAUN PELAJAR ( 'STAMP BOOK') 58 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam .

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH GAMBAR AKTIVITI BANK KITAR SEMULA DI SEKOLAH Gambar 1: Antara barangan kitar semula yang berjaya dikumpul oleh pelajar sekolah Gambar 3: Skuad Bank Kitar Semula sedang menimbang barangan kitar semula yang dibawa oleh pelajar. Gambar 5: Jumlah nilaian jualan ditukarkan ke dalam bentuk setem Gambar 2: Pelajar menghantar barangan kitar semula ke tempat pengumpulan Gambar 4: Pelajar sedang beratur untuk mendapatkan kad setem untuk dimasukkan ke dalam buku akaun Gambar 6: Skuad Bank Kitar Semula memasukkan data ke dalam sistem Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 59 .

PROGRAM PERKHEMAHAN .

1 Objektif Perkhemahan Objektif : Mewujudkan perasaan cintakan alam sekitar di samping mengumpul barangan kitar semula AktivitI : Mengadakan program perkhemahan di sekitar taman rekreasi Peralatan : -Plastik sampah -Penyapu -Tong sampah -Khemah -Beg -Makanan dan minuman Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 61 .MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH 6.0 PROGRAM PERKHEMAHAN ALAM SEKITAR DAN KITAR SEMULA 6.

30 – 12.00 pg                                   SOLAT SUBUH DAN TAZKIRAH 7.00 – 6.00 – 8. guru.00 pg                              PERMAINAN DINAMIK (2) – Bengkel 3R 10.30 ptg                                 PERMAINAN DINAMIK (4).00 pg                               SOLAT SUBUH DAN TAZKIRAH 7.Explorace 6. KULIAH.30 – 9. SOLAT ZOHOR 2.00 mlm                            MINUM MALAM DAN TIDUR Ahad 5.30 mlm                              PERSEMBAHAN MALAM KEBUDAYAAN 11.30 – 1.00 – 8. keluarga.00 – 2.30 – 4.00 ptg    5.00 ptg                                 MAKAN TENGAHARI.30 pg                               PERMAINAN DINAMIK (6).30 – 11.00 ptg                               PERMAINAN DINAMIK (3) – LDK sayangi flora dan fauna 1.00 – 10.30 – 12.00 – 6.00 ptg                                 MINUM PETANG & SOLAT ASAR 5.00 – 4.00 ptg                               MAKAN T/HARI / BERKEMAS / SOLAT ZOHOR 2. Di akhir setiap aktiviti guru akan menerangkan kepada semua peserta apa pelajaran yang mereka dapat dalam setiap permainan tersebut.00 – 7.30 ptg                                 PERMAINAN DINAMIK (4) – Treasure Hunt 4.30 ptg                      6.00 pg                                 PERMAINAN DINAMIK (5) – Raja dan Ratu Rimba 10.30 ptg  4.00 – 3.00 mlm                        9.30 T/hari                          RUMUSAN AKTIVITI 12.30 pg                                   SENAMAN / KAWAD DAN SARAPAN PAGI 8.00 ptg                                            PROGRAM TAMAT DAN BERTOLAK BALIK Nota : Semua permainan yang terlibat merupakan permainan motivasi.30ptg 3.1 JADUAL TENTATIF PERKHEMAHAN Jumaat 3.30 – 12.30 pg                               MINUM PAGI 10.30 – 10.30 – 10. Guru akan kaitkan beberapa aspek iaitu diri sendiri.00 – 11.30 – 2.30 – 9. 62 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam .00 mlm                                SOLAT MAGHRIB.00 – 11.30 pg                                SENAMAN & SARAPAN PAGI 8.Aktiviti sosial (gotong royong bersihkan hutan/ pantai) 11. rakan-rakan dan sekolah.30 – 5. SOLAT ISYAK PENCIPTAAN / PERSEMBAHAN / PERBINCANGAN KUMPULAN MINUM MALAM DAN TIDUR Sabtu 5.MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH 6.00 mlm                          ATURCARA PENDAFTARAN  PENGENALAN DAN UNDANG-UNDANG SOLAT ASAR & MINUM PETANG & PEMASANGAN KHEMAH PERMAINAN DINAMIK (1) SOLAT MAGHRIB.30 mlm                          11.30 pg                             MINUM PAGI 10.30 – 5.00 – 7.00 – 10. KULIAH DAN SOLAT ISYAK 9.

PENILAIAN AKHIR TAHUN .

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH 7.0 64 PENILAIAN AKHIR TAHUN Objektif : Membuat rumusan markah kepada ahli kelab dan murid-murid yang berjaya dalam pengumpulan barangan kitar semula terbanyak Aktiviti : Menjalankan majlis penghargaan dan pengiktirafan ahli kelab dan murid-murid berkenaan dengan kutipan barangan kitar semula tertinggi setiap akhir tahun. Peralatan : Laporan akhir aktiviti kutipan barangan kitar semula Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam .

IIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII IIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII 4 .

.

.

.

No. m y PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL & PEMBERSIHAN AWAM Kementerian Kesejahteraan Bandar. Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Wisma UOA Pantai.1-800-88-7472 w w w. Tingkat M. 3 Dan 4.gov. 59200 Kuala Lumpur Tel : 03-2245 9292 | Fax : 03-2245 9293/9394 | Website : www. a d u a n s i s a .ppsppa. 11 Jalan Pantai Jaya (Jalan 4/83A).my . 2.