You are on page 1of 1

LUPA

Ramai yang terlupa di akhirat sana, nikmat yang maha besar sedang menunggu bagi sesiapa yang
bersedia dan sentiasa menambah persediaan dan bekalannya. Nikmat Syurga tidak mampu sama sekali
digambar, sebagaimana pereka cipta kereta Ford di awal rekaannya tidak akan mampu sama sekali
terbayang kereta Ferrari di zaman ini. Jika diandaikan seorang dari kita tiba-tiba melayang ke masa
silam dan cuba menerangkan perihal bentuk dan enjin Ferrari, bentuk dan fungsi i-phone dan i-pad
,tentunya tiada siapa yang berada di zaman itu boleh membayangkannya.
Begitulah kenikmatan akhirat yang disebut oleh Nabi dari Allah ta'ala :

‫ ول رخرطرر على قلب بشر‬، ‫ ول أذن سمعت‬، ‫أعددت لعبادي الصالحين ما ل عين رأت‬

Ertinya : Aku menyediakan bagi hambaku yang soleh (syurga) yang tiada mata yang telah pernah
melihatnya (tidak mampu tergambar), dan tidak pernah didengari (kenikmatannya) oleh telinga dan
tidak mampu terlintas (tahap kenikmatannya) oleh hati manusia. ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Manakala dalam catatan Imam Ahmad

‫ ول‬،‫ في الجنة ما ل عين رأت‬،‫ ول يفنى شبابه‬،‫ ل تبلى ثيابه‬،‫إنه من يدخل الجنة ينعم ول يبأس‬
‫ ول خطر على قلب بشر‬،‫أذن سمعت‬
Ertinya: Sesungguhnya sesiapa yang memasuki Syurga Allah akan dikurniakan nikmat yang tidak akan
jemu, tidak binasa pakaiannya, tidak hilang kepemudaan/pemudiannya, apa yang di dalam Syurga,
sesuatu yang mata tidak mampu tergambarnya, dan tidak pernah didengari (kenikmatannya) oleh
telinga dan tidak mampu terlintas (tahap kenikmatannya) oleh hati manusia. (Riwayat Ahmad)
Para ulama menghuraikan, perihal Nabi Adam yang pernah mendiami Syurga tidak sama sekali
bertembung dengan hadis ini kerana syurga itu sentiasa berubah-ubah nikmatnya dan tidak akan sama
sekali membosankan. Luasnya tidak tercapai oleh bayangan aqal manusia. Menurut hadis, individu yang
menerima syurga paling terbawah pun besarnya adalah beberapa kali ganda dunia hari ini, apatah lagi
yang lainnya. Justeru itu, apa yang dilihat oleh nabi Adam, dengan mudah sekali bagi Allah
mengubahkan kepada apa yang dikehendakiNya.
Akhirnya sekali, ingatlah pesan dan teguran Imam Hasan Al-basri:

‫ما رأيت يقيننا ل شك فيه أشبه من شك ل يقين فيه من الموت‬

Ertinya : Tidaklah aku melihat satu perkara yang amat pasti (yakin) serta tiada keraguan padanya akan
datang tetapi diperlakukan seperti suatu perkara yang tidak pasti hadirnya, (seolah tidak yakin
kewujudannya) lebih dari perihal kematian.
Sama-samalah kita berdoa agar sewaktu nyawa kita ditarik kita berada di dalam keadaan yang baik di
sisi manusia, amat baik di sisi Allah. Janganlah dimatikan kita sewaktu terlanjur melakukan maksiat.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
23 April 2010