You are on page 1of 2

Kebaikan Menabung

Lam Yee Jane

6K(2010)

Menabung bermaksud menyimpan wang saku yang


berlebihan. Dalam zaman moden ini, kebanyakan orang
telah menabung di bank, pejabat pos atau tabung. Oleh
sebab menabung banyak mendatangkan kebaikan, jadi
kanak-kanak digalak dan dirangsang memupuk amalan ini
sejak kecil lagi.
Sedia kita maklum, menabung dapat melatih kita
berjimat-cermat. Sebelum membeli, kita akan berfikir
dahulu dengan masak agar tidak membeli barang yang
tidak perlu atau terlalu banyak. Ini dapat menjamin masa
hadapan kita.
Memang tidak dapat dinafikan, wang tabungan dapat
digunakan pada masa kecemasan. Kita tidak perlu
meminjam wang daripada orang lain semasa kecemasan.
Wang ini dapat mengubati penyakit, membayar yuran
sekolah dan sebagainya.
Lazimnya, wang tabungan juga dapat digunakan untuk
membuat kerja kebajikan. Kita boleh menggunakan wang
ini untuk menolong orang yang kurang bernasib baik,
seperti mangsa kemalangan, anak yatim, orang cacat dan
lain-lain lagi. Selain itu, wang ini juga dapat didermakan
dan menjadi wang pembangunan sekolah.

Kesimpulannya, banyak faedah yang dapat kita peroleh


sekiranya kita menabung. Marilah kita mengamalkan
tabiat menabung mulai hari ini.