You are on page 1of 2

LAPORAN HARI UCAPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH

Hew En Qi(6I)
Laporan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah
Sekolah Jenis Kebangsaan ( C ) Kim Sen
Hari Ucapan Dan Penyampaian Hadiah Tahun 2013 telah
disempurnakan pada Hari Jumaat, 7 November 2013 yang lalu.
Sambutan ini dihadiri oleh ahli-ahli Persatuan Ibu Bapa
dan Guru ( PIBG ) , para guru dan murid-murid. Sambutan ini
adalah salah satu acara tahunan sekolah yang penting. Ia
menjadi fokus utama bagi setiap warga sekolah kerana pada hari
ini mereka akan mendengar laporan penuh oleh Guru Besar
perkembangan sekolah sepanjang tahun.
Murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik
dan kokurikulum telah tampil ke kelas untuk menerima hadiah
dan sijil penghargaan. Dalam sambutan ini, dua orang murid
dipiih sebagai Tokoh Murid Sekolah Jenis Kebangsaan ( C ) Kim
Sen 2013. Goh Jolin telah dipilih sebagai Tokoh Murid
Cemerlang Akademik manakala Nah Wan Jun dipilih sebagai
Tokoh Murid Cemerlang Kokurikulum.
Selepas ucapan penyampaian hadiah akhir, hadirin
dihiburkan dengan persembahan tarian, nyanyian dan drama.
Persembahan ini mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.
Majlis tersebut tamat pada pukul 1.00 tengah hari. Majlis
ini telah berlansung dengan lancar dan meriah.

Disediakan oleh,
NOVEMBER 2013

11

Angeline
( HEW EN QI )
Ketua Pengawas,
Sekolah Jenis Kebangsaan ( C ) Kim Sen