You are on page 1of 2

LAPORAN TEMASYA SUKAN TAHUNAN SJKC KIM SEN

Jaw Xinyi(6K)
Laporan Temasya Sukan Tahunan SJK(C)Kim Sen
Pada 21 Jun 2013 bersamaan hari Sabtu yang lalu,
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kim Sen telah mengadakan
Sukan Tahunan ke-22. Sukan Tahunan tersebut bermula pada
pukul tujuh pagi. Ramai juga ibu bapa yang hadir pada hari itu.
Murid-murid yang mengambil bahagian memiliki semangat
kesukanan yang tinggi dan memberi sokongan bagi memeriahkan
lagi temasya sukan ini.
Acara dimulakan dengan perasmian yang dibuat oleh
Pegawai Pelajaran Daerah. Beliau meminta semua murid
memperjuangkan semangat kesukanan demi melancarkan
perjalanan temasya sukan kali ini.
Sebaik-baik sahaja sukan tahunan dirasmikan, acara
larian 200m dan 100m dijalankan. Acara larian berganti-ganti
menyusul selepas itu. Acara-acara seperti lompat pangar,
melontar peluru dan sebagainya juga dipertandingkan. Acara
sukaneka pula merangkumi penyertaan murid-murid, guru-guru
serta ibu bapa.
Pada pukul 9.30 pula, acara-acara berhenti sebentar dan
para tetamu dihiburkan dengan persembahan tarian,
pancaragam sekolah, persembahan memalu gendang dan
sebagainya. Acara-acara disambung semula pada pukul 10.45
pagi.
Pada pukul 12.00 tengah hari, acara kemuncak yang
ditunggu-tunggu oleh semua pihak ialah acara penyampaian
hadiah. Olahragawan dalam temasya sukan kali ini diberi kepada
Tan Kok Jian manakala olahragawati jatuh kepada Siew Ling.

Dengan itu juga, Rumah Kuning diumumkan sebagai pemenang


bagi keseluruhan acara yang dipertandingkan.

Disediakan oleh,
21 JULAI 2014
Jaws
(JAW XINYI)
Setiausaha Kelab Olahraga,
SJK(C)Kim Sen