You are on page 1of 2

PERSIAPAN TAHUN BARU CINA

Chuah Yi Hong(5I)

Dua minggu lagi perayaan Tahun Baru Cina akan tiba. Kaum
Cina sibuk membuat persediaan untuk menyambut perayaan
Tahun Baru Cina. Begitu juga dengan keluarga saya.
Sebelum itu, ayah saya telah mengagih-agihkan tugas agar kerja
dapat disiapkan dengan lebih cepat dan berkesan bersama-sama
semua ahli keluarga seperti kata pepatah, berat sama dipukul,
ringan sama dijinjing. Semua ahli keluarga membuat kerja
masing-masing dengan penuh bersemangat dan
bertanggungjawab untuk memastikan rumah kami bersih dan
perayaan kali ini meriah sekali.
Seminggu sebelum perayaan menjelma, ibu saya menjahit dan
memasang langsir baharu yang berwarna-warni pada semua
tingkap. Ayah saya pula mengecat pintu pagar rumah dan kekisi
tingkap supaya kelihatan kemas dan cantik. Saya dan adik
menghias rumah dengan jambangan bunga dan alat-alat
perhiasan rumah yang baru dibeli. Kami menggantungkan kain
merah dan tanglung merah pada pintu masuk dan ruang tamu
sebagai tanda bertuah untuk tahun baru. Selain daripada itu,
kami juga menulis kata-kata yang baik dengan tulisan kaligrafi
Cina pada kertas merah. Kata-kata itu kemudian dilekatkan
pada pintu masuk sebagai hiasan dan tanda bertuah.
Selain itu, ibu bapa juga membawa kami sekeluarga ke sebuah
pasar raya yang berhampiran dengan rumah kami untuk
membeli-belah. Bapa saya telah membeli dua kotak limau Loh
Kam, minuman berkotak dan makanan ringan. Ibu saya
membeli sepasang kasut dan tiga pasang pakaian yang baru
untuk saya pakai semasa perayaan Tahun Baru Cina. Ibu juga
membeli sehelai pakaian tradisional, iaitu ceongsam yang
berwarna merah untuk dipakai pada hari pertama Tahun Baru
Cina.

Ibu saya juga membuat pelbagai jenis kek, kuih dan biskut.
Antaranya ialah kuih bakul, kuih bahulu, kuih loyang, kuih siput,
kek coklat, muruku dan sebagainya. Adik dan saya berasa
sungguh gembira kerana dapat belajar cara-cara membuat kuih
dan biskut daripada ibu. Kami juga memberikan kuih-muih
kepada saudara-mara dan jiran-jiran kami.
Hari yang dinanti-nantikan pun tiba. Kami menyambut Tahun
Baru Cina dengan meriah. Ramai saudara-mara, jiran tetangga
dan kawan-kawan yang datang ke rumah kami. Kami sekeluarga
dan saudara-mara juga berkumpul untuk makan malam bersama.
Saya berasa seronok kerana dapat berkumpul dengan saudaramara dan kawan-kawan. Inilah peluang bagi kami untuk
mengeratkan hubungan kekeluargaan dan semangat kejiranan.