You are on page 1of 2

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK (MAIPk)

TINGKAT SATU, KOMPLEKS ISLAM DARUL RIDZUAN


JALAN PANGLIMA BUKIT GANTANG WAHAB
30000 IPOH

Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada RAKYAT DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan beragama Islam yang berkelayakan, untuk
memohon kekosongan jawatan di Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak bagi jawatan berikut:

KUMPULAN
KLASIFIKASI
BIL JAWATAN GRED PERKHIDMAT JADUAL GAJI RINGKASAN BIDANG TUGAS
PERKHIDMATAN
AN

A Guru Al-Quran S17 Sokongan Perkhidmatan P1T1 RM 820.38 - 1. Mengajar Al-Quran di Sekolah
(Kontrak) Sosial P1T24 RM 2151.35 Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah
Menengah Agama Negeri dan Sekolah
Menengah Agama Rakyat.
2. Memberi pengajian melalui kaedah
pembacaan Al-Quran bertajwid kepada
pelajar-pelajar yang dhaif dan sederhana
dalam pembacaan Al-Quran.
3. Meningkatkan kemahiran pelajar-
pelajar dalam pembacaan Al-Quran

2. ELAUN

Imbuhan Tetap Khidmat Awam Imbuhan Tetap Perumahan


Jawatan Bantuan Sara Hidup
(ITKA) (ITP)
A RM 115.00 RM 180.00 RM 100.00 – RM 200.00

3. HAD UMUR

3.1 Calon-calon bagi lantikan hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

4. SYARAT-SYARAT LANTIKAN

4.1 Warganegara Malaysia


4.2 Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian dalam
subjek Agama Islam dan lulus Bahasa Arab; atau
4.3 Sijil IV Thanawi atau Sijil Tinggi Agama daripada sekolah Agama bantuan penuh kerajaan;
4.4 Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
4.5 Beragama Islam, dan
4.6 Keutamaan kepada rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan.

1
5. CARA MEMOHON

5.1 Pemohon hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan (MAIPk Pind 1/2007) yang boleh didapati
melalui laman web http://www.maiamp.gov.my atau dengan mengambil sendiri di kaunter Tingkat 1, Kompleks
Islam Darul Ridzuan atau mengirim sampul surat berukuran 23 sm x 10 sm beralamat sendiri
bersetem 0.50sen.

5.2 Pemohon dalam perkhidmatan kerajaan / Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan hendaklah memajukan borang
permohonan melalui ketua jabatan masing-masing dengan melampirkan Laporan Sulit dan Penyata
Perkhidmatan yang terkini mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat Dan
Penamatan Perkhidmatan) 2005.

5.3 Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan / surat
beranak, sijil berhenti sekolah, sijil persekolahan dan dokumen-dokumen lain berkaitan yang telah disahkan.

5.4 Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut sebelum atau pada
8 Februari 2010 (Isnin).

Ketua Pegawai Eksekutif


Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak
Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

5.5 Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

5.6 Permohonan-permohonan yang tidak memberi keterangan lengkap di dalam borang yang dinyatakan tidak akan
dipertimbangkan.

5.7 Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

5.8 Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah
menganggap permohonan mereka tidak berjaya.