You are on page 1of 11

UNIT PELAJARAN 8

MISKONSEPSI SUKATAN KECENDERUNGAN MEMUSAT


HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Mengenalpasti

miskonsepsiyang

dalam

sering berlaku

sukatan

kecenderungan memusat.
2. Mengenalpasti cara mencegah dan mengatasi
miskonsepsi yang berlaku.
Unit 8 Miskonsepsi Sukatan
Kecenderungan Memusat|166

PENGENALAN

alam unit yang lepas, kita telah membincangkan


tentang sukatan kecenderungan memusat yang melibatkan
min, mod dan median. Dalam unit ini, perbincangan mengenai
kesukaranpelajar yang disebabkan oleh miskonsepsi akan
dikenalpasti dan cara mengatasinya turutakan dicadangkan.

Perbincangan melibatkan miskonsepsi dalam min, mod dan


median.

MISKONSEPSI YANG SERING BERLAKU DALAM SUKATAN


KECENDERUNGAN MEMUSAT
Dalam bahagian ini dibincangkan beberapa contoh
miskonsepsi yang sering berlaku dalam
sukatankecenderungan memusat.

a.

Pelajar tidak dapat mengenal pasti nilai yang tidak

dinyatakan apabila
diberi nilai min

Pelajar tidak dapat mengenal pasti nilai yang tidak dinyatakan


apabila diberi nilai min bagi satu set data.Sebagai contoh, Cai
(1995) menganalisis respon 6 pelajar kepada masalah berikut:
Angela menjual topi untuk kelab matematik. Dia menjual
9 topi dalam minggu pertama, 3 topi dalam minggu kedua,
dan 6 topi dalam minggu ketiga. Berapa banyakkah yang
Angela perlu jualtopi tersebut pada minggu keempat, supaya
purata bilangan topi yang dijual adalah 7?Daripada 50% pelajar
yang memberikan jawapan yang salah, empat jenis kesilapan
telah dikenalpasti.
Dua kesilapan yang pertama berpunca dari kesilapan dalam
algoritma (mengkonsepsikan min sebagaialgoritma berbanding

konsep matematik), manakala kesilapan kedua berpunca


daripada tidak memahamibahawa min mengambil kira semua
data (tidak memahami min sebagai titik keseimbangan
matematik).
1. Pelajar menambah bilangan topi yang dijual dalam
tiga minggu pertama dengan puratayang diingini (7) dan
dibahagi dengan 4.
2. Pelajar menambah bilangan topi yang dijual dalam
tiga minggu pertama dan dibahagikandengan 3.
3. Pelajar mengikuti proses yang sama seperti dalam
soalan 2, kemudian ditambah 3 kepadajumlah dan
dibahagikan dengan 3, membawa min hingga 7 tetapi
menggunakan salahpembahagi.
4. Pelajar mengikuti proses yang sama seperti dalam
soalan 2, kemudian memberikanjawapan 1, perbezaan di
antara min tiga minggu pertama (6) dan min yang diingini (7).
Dalam setiap kes, pelajar gagal menggunakan nilai min yang
dimaksudkan iaitu 7.
b.

Pelajar tidak dapat membina satu set data apabila

nilai min diberikan

Pelajar tidak dapat membina satu set data yang mungkin


berdasarkan nilai min yang diberi. Sebagai contoh, kajian
oleh Watson dan Moritz (2000) mengenai pelajar yang diminta
untuk membuat gambarantentang harga sembilan kerepek

kentang yang berlainan jenama yang mana harga minnya


adalah $ 1.38dengan ketetapan bahawa mereka tidak boleh
menggunakan min sebagai satu nilai.
c.

Pelajar

untuk

tidak

dapat

menggunakan

konsep

min

membuat

kesimpulan

Jika diberikan dengan satu set data (contohnya, suhu sepanjang


seminggu), pelajar tidak dapat membuatkesimpulan tentang
set data tersebut. Pelajar dilihat sebagai mencari min sebagai
matlamat akhir tentangsesuatu masalah. Mereka

tidak

mencari di luar algoritma untuk berfikir tentang jenis


maklumat yangdiwakili oleh nombor tersebut. Sebagai
contoh, jika pelajar diminta untuk mencari min suhu
selamaseminggu, pelajar boleh menambah semua suhu dan
dibahagikan dengan 7. Mereka berfikir ini adalahcara atau
kaedah untuk mencari nilai min. Mereka jarang berfikir tentang
apa yang dimaksudkan denganmin yang diperolehi, atau
bagaimana ia boleh digunakan (iaitu untuk membuat ramalan).
d.

Pelajar tidak dapat untuk memilih sukatan

kecenderungan memusat
yang paling sesuai untuk konteks masalah yang
diberi.

Pelajar tidak boleh memilih statistik yang sesuai bagi data


yang diberikan. Kajian oleh Zawojewski danShaughnessy
(2000) mendapati bahawa apabila diminta untuk memilih
sukatan kecenderungan memusatyang sesuai, pelajar tidak

menggunakan setiap ciri matematik untuk membuat


keputusan mereka.Sebaliknya, mereka lebih cenderung untuk
memilih min, kerana ia dilihat sebagai lebih tepat
daripadamedian, dan mungkin juga kerana semua nilai dalam
set data perlu dimasukkan, dan bukannya untukmencari satu
nilai pusat.

Pernahkan anda mengalami atau berhadapan dengan


miskonsepsi-miskonsepsi diatas?
Bagaimana anda mengatasinya?

STRATEGI

PENGAJARAN

MISKONSEPSI

UNTUK

MENANGANI

DALAM

SUKATAN KECENDERUNGAN MEMUSAT

Strategi pengajaran ini untuk membantu pelajar membina


pemahamanan konseptual tentang hubungandi antara data,
satu set data dan sukatan kecenderungan memusat sebagai
perwakilan data. Denganrujukan khusus kepada sukatan
kecenderungan memusat (min, mod dan median), mereka
jugamenekankan alternatif kepada pengiraan algoritma
untuk membantu pelajar untuk melihat hubunganantara

sukatan kecenderungan memusat dan data. Berikut adalah tiga


cadangan pendekatan pengajaranyang boleh digunakan.
1.

Pengiraan min, mod dan median

Membantu pelajar untuk membina pemahaman konsep


dalam sukatan kecenderungan memusat; iamemerlukan
guru untuk mengelak dari menggunakan prosedur biasa untuk
mengira nilai bagi sukatankecenderungan memusat (min,
mod dan median). Sebagai contoh, Cai et al. (1995)
mengesyorkansupaya menggunakan pendekatan alternatif
sebelum memperkenalkan algoritma untuk mencari nilai
min,mod atau median, iaitu denganmembenarkan pelajar
untuk membina pemahaman kontekstual mengenaikonsep
sukatan kecenderungan memusat sebelum menggunakan
algoritma biasa. Sebagai contohdengan menggunakan
objek-objek yang terdapat disekeliling mereka seperti kerusi,
meja, pensil dansebagainya (lihat Aktiviti 7.1 Mari kira min).
2.

Menggunakan data yang relevan

Sekiranya pelajar seperti melihat sukatan kecenderungan


memusat sebagai operasi matematik yang tidakberkaitan
kepada satu set data, mulakan pengajaran dengan
memberikan satu set data yang terdapatdalam kehidupan
seharian pelajar. Selain itu, guru juga boleh menggunakan
pendekatan lain seperti

memperkenalkan konsep sukatan kecenderungan memusat


dengan meminta pelajar untuk memberikancontoh
penggunaan min, seperti kos barangan harian, kehadiran
sekolah, atau gred pencapaianmatematik. Strategi
seterusnya dengan menggunakan item sebenar (bahan
maujud), seperti kismis atauM & M, sebagai konteks untuk
bekerja dan berfikir tentang konsep kecenderungan memusat
(Cai, et al.,1997).
3.

Menggunakan

menyelesaikan

data

yang

relevan

untuk

masalah

kontekstual

McGatha et al. (1998) telah membina masalah yang


melibatkan pelajar untuk menentukan jadualperjalanan
kelas, berdasarkan min suhu harian dan mingguan bandar
terserbut pada tahun-tahunsebelumnya. Dalam masalah
yang lain, pelajar telah diminta untuk memilih antara dua
pemain bolakeranjang untuk perlawanan berdasarkan bilangan
mata yang diperolehi dalam permainan sebelumnya.
Dalam kedua-dua masalah di atas, pelajar didedahkan
dengan kumpulan nombor (bilanganjaringan dan suhu harian)
dan mereka diminta untuk membuat kesimpulan tentang set
nombor tersebutsecara keseluruhan. Saranan ini selaras
dengan penyelidikannya yang mencadangkan agar
pelajarmembina

pemahaman tentang konsep min apabila

mereka diberikan masalah dalam bentuk naratifberbanding


format berangka. Ini bertujuan membantu pelajar supaya
dapat menimbang secara relatifsemasa membuat suatu
ramalan atau keputusan.

Selain itu McClain et al. (2003) dalam kajiannya


telah meminta pelajarnya untuk menilaikeberkesanan
perangkap laju dengan menganalisis taburan
(dibentangkan secara grafik) denganmencatatkan kelajuan
sebelum dan selepas perangkap yang dilaksanakan.Unit 8
Miskonsepsi Sukatan Kecenderungan Memusat|171

Fikirkan strategi pengajaran lain yang boleh digunakan


untuk mengatasi miskonsepsi
dalam sukatan kecenderungan memusat.
RUMUSAN

Secara keseluruhannya, kita telah didedahkan dengan


miskonsepsi-miskonsepsi yang mungkinwujud dalam
kalangan pelajar kita di sekolah. Namun, berkemungkinan
apa yang telahdibincangkan hanya miskonsepsi umum
yang telah diketahui. Selain itu, kita juga
perlumengambilkira bahawa suatu miskonsepsi yang wujud
hanya kepada segelintir pelajar sahaja.Justeru, diharapkan
dengan penerangan dan contoh-contoh yang diberikan dalam
unit ini dapatmembantu kita untuk memahami miskonsepsimiskonsepsi dan merancang aktiviti-aktiviti yangberkaitan
dengan p&p dalam usaha kita untuk mencegah dan seterusnya
mengatasi miskonsepsiyang berlaku.

KATA KUNCI

Miskonsepsi sukatan kecenderungan memusat.

Latihan Sumatif

1.

Nyatakan miskonsepsi yang berlaku dalam

kalangan pelajar berkaitan sukatan


kecenderungan memusat.

2.

Rancangkan aktiviti p&p yang sesuai dan boleh

digunakan untuk mengatasi miskonsepsi


yang dinyatakan dalam soalan 1.

Unit 8 Miskonsepsi Sukatan


Kecenderungan Memusat|173

Rujukan

Dunn, S.D. (2001). Statistic and data analysis for the behavioral
sciences. New York: McGraw-Hill.
Haylock, D. (2010). Mathematics Explained For Primary
Teachers (4th

Ed.). London:

Sage
Publications.
Howitt, D., & Cramer, D. (2000). An introduction to statistics
in psychology: A complete guide for
students. (2nd Ed.). Harlow, England: Prentice Hall.
Iran Herman.(2004). Statistik dan analisis data sains sosial. Alor
Star: Percetakan Ustaras Sdn.Bhd.
Kennedy, L. M, & Tipps, S. (2011).Guiding Childrens Learning
of Mathematics.(12th Ed.). Bermont:
Wadsworth.
Weiss, N. A. (2005). Introductory Statistics (7th Ed.). Boston:
Pearson & Addison Wesley.

Utts, J. M., & Heckard, R. F.(2004). Mind on Statistics (2nd Ed.).


Belmont, CA: Thomson Learning.
http://www.epcae.org/uploads/documents/Central_Tendency_pck
_SEP20.pdf