You are on page 1of 3

Ancaman dunia siber

Kanak-kanak memerlukan persekitaran yang selamat dan kondusif


- See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/keluarga/ancamandunia-siber-1.79223#sthash.sHWwyRlk.dpuf
Di rumah, anak perempuan yang dalam lingkungan 12 tahun sibuk dengan
telefon bimbit, mungkin sedang melayari laman Facebook atau Instagram
yang menjadi kegilaan masa kini, sementara si abang pula, rancak dengan
permainan video di komputer dan adik lelaki yang baru berusia tiga tahun
pula leka dengan tablet menonton rancangan kartun yang dimuat naik oleh
ibu bapa mereka.
Senario ini, mungkin berlaku kepada kebanyakan keluarga memandangkan
teknologi dunia tanpa sempadan ini membantu memberi banyak manfaat
kepada kehidupan manusia untuk mengakses pelbagai maklumat.
Keadaan ini juga melegakan ibu bapa kerana anak mereka ada di dalam
rumah tanpa perlu risau persekitaran luar yang terdedah dengan pelbagai
kegiatan jenayah.
Namun, mereka lupa bahawa Internet membuka laluan yang luas kepada
pelbagai visual dan maklumat yang tidak disaring menyebabkan anak
mempunyai kemungkinan untuk menerima ancaman seperti buli siber,
pencurian identiti, pornografi, keganasan, dan cyber-grooming.
Tanpa panduan dan pengawasan yang sewajarnya oleh orang dewasa,
kanak-kanak berisiko tinggi untuk terdedah kepada ancaman dunia siber
memandangkan keadaan itu boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
Mengulas perkara itu, wakil dari Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa
Bersatu (Unicef), Wivina Belmonte berkata, generasi muda sekarang yang
dikenali sebagai digital native, yang dianggarkan seramai dua bilion di
seluruh dunia berhadapan dengan ledakan informasi tanpa batasan yang
menjadi cabaran kepada pembangunan modal insan dalam mencorakkan
masa depan negara.
Sukar untuk menggariskan antara keperluan realiti dan dunia online kerana
kanak-kanak juga mempunyai hak dalam dunia siber. Menjadi
tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk memberikan peluang
sewajarnya kepada anak-anak menggunakan kebaikan yang diperoleh dan
dalam masa yang sama turut melindungi mereka daripada ancaman bahaya.
Memberi perlindungan kepada kanak-kanak dalam dunia siber menjadi
cabaran kepada global yang memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak
untuk membuat pemantauan yang berkesan.
Justeru, langkah pertama adalah untuk memberikan kefahaman berhubung
ancaman dan implikasi yang wujud dalam dunia siber kepada ibu bapa

dahulu, seterusnya meningkatkan tahap keselamatan dalam memantau


aktiviti anak-anak dalam hal-hal penggunaan Internet, katanya.
Beliau berkata demikian pada Persidangan Mengenai Perlindungan KanakKanak Dalam Dunia Siber: Ke Arah Pendekatan Bersepadu anjuran bersama
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dan Unicef, di Putrajaya, barubaru ini.
Menurut laporan landskap digital oleh Unicef, 83 peratus daripada 13,945
pelajar sekolah menunjukkan mereka tidak meletakkan kebimbangan pada
ancaman di Internet.
Keadaan ini menimbulkan kerisauan kerana sifat kanak-kanak yang masih
belum matang dari segi fizikal, mental dan emosi mudah diekploitasikan oleh
golongan yang tidak bertanggungjawab.
Dalam pada itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata, masyarakat
berdepan dengan isu tidak mengetahui kaedah untuk membuat aduan
mahupun mendapatkan pandangan dan nasihat berkaitan aktiviti kanakkanak yang melayari Internet.
Bagi menangani perkara itu, pelan tindakan Perlindungan Kanak-Kanak
Dalam Dunia Siber (PTCOP) yang telah diluluskan kabinet pada Februari lalu,
mula digunakan dan diperluas menerusi siri jelajah ke seluruh negara dan
kerjasama dengan pelbagai pihak.
Katanya, PTCOP mencadangkan langkah-langkah perlindungan yang
menumpukan kepada tindakan advokasi, pencegahan dan intervensi serta
khidmat sokongan yang dapat dijadikan panduan kepada ibu bapa atau
penjaga untuk melindungi anak-anak daripada menjadi mangsa ancaman
dunia siber.
Kita sudah ada mekanisme untuk masyarakat mengetahui tentang pelan ini
melalui pelbagai kempen kesedaran. Namun, masih ramai yang tidak
mengetahui apa yang sepatutnya dilakukan jika anak mereka menjadi
mangsa dalam jenayah siber.
Ada yang hanya berdiam diri menyebabkan pihak berkuasa dan pihak
berkaitan tidak dapat berbuat apa-apa tindakan, katanya.
Menurut Rohani, risiko kanak-kanak terdedah dengan norma negatif dan
ancaman siber sangat tinggi kerana ia berlaku kepada sesiapa sahaja dan di
mana sahaja.
Begitupun, beliau mengakui keperluan kanak-kanak untuk meneroka
pengalaman, maklumat, dan pengetahuan baharu melalui kemudahan
Internet dan tidak boleh dinafikan untuk membentuk komunikasi baharu
terutamanya dalam bidang pendidikan.

Sehubungan itu, katanya, bimbingan dan pemantauan daripada ibu bapa,


penjaga, guru dan anggota masyarakat adalah sangat penting untuk
mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku sehingga boleh menjejaskan
kesejahteraan dan kebajikan kanak-kanak.
- See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/keluarga/ancamandunia-siber-1.79223#sthash.sHWwyRlk.dpuf

You might also like