You are on page 1of 17

Pengenalan

Kepada

Biolog

i |1

UNIT PELAJARAN 1
PENGENALAN KEPADA BIOLOGI
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda diharap dapat:
1.
2.
3.
4.
5.

Menerangkan ciri-ciri hidupan.


Menghuraikan organisasi hidupan.
Menghuraikan kepentingan evolusi dalam kehidupan.
Menerangkan pengelasan organisma.
Menerangkan asas-asas dalam penyelidikan saintifik.

PENGENALAN

Rajah 1.1 Interaksi di antara organisma hidup dan alam sekitarnya

Cuba anda amati Rajah 1.1. Dapatkah anda mengenalpasti hidupan dan bukan
hidupan? Sedarkah anda bahawa terdapat interaksi di antara hidupan dan alam
sekitarnya? Bagaimanakah sekitaran bukan hidupan membantu organisma untuk terus hidup?
Apakah pula kaitannya dengan biologi?

Pengenalan

Kepada

Biolog

i |2

elalui modul ini, anda akan meneroka konsep-konsep asas kehidupan yang
merangkumi pelbagai aspek biologi, bermula dengan ciri-ciri kimia dan fizikal
biomolekul, struktur dan fungsi sel, genetik dan variasi hidupan, serta proses-proses
penting dalam anatomi, histologi dan fisiologi tumbuhan dan haiwan. Sebagai
pengenalan, unit ini akan membincangkan konsep-konsep asas biologi, kajian-kajian awal
tentang hidupan dan juga penerangan tentang kajian saintifik dalam bidang biologi.

ISI KANDUNGAN

iologi adalah kajian tentang hidupan atau benda-benda hidup. Ilmu biologi merangkumi
kajian tentang semua hidupan, iaitu daripada hidupan yang bersaiz mikroskopik seperti
bakteria dan mikroorganisma lain sehinggalah hidupan yang bersaiz makro seperti
tumbuhan dan haiwan peringkat tinggi. Ilmu biologi bukan sahaja tertumpu kepada memahami
struktur dan fungsi organisma, tetapi juga merangkumi semua aspek tentang hidupan,
termasuklah ilmu tentang bagaimana organisma tersebut berinteraksi antara satu sama lain,
serta interaksi organisma tersebut dengan alam sekitarnya. Biologi merangkumi asas-asas sel
hidupan, metabolisme tenaga yang menjadi asas kepada aktiviti kehidupan, dan asas genetik
dalam pewarisan ciri-ciri sesuatu organisma. Biologi juga termasuklah kajian berkaitan
hubungan evolusi dalam kalangan organisma dan kepelbagaian hidupan di bumi.

Apakah Ciri-ciri Hidupan?


Biologi adalah kajian tentang kehidupan. Apakah ciri-ciri hidupan yang dapat
membezakannya dengan benda bukan hidupan? Terdapat perbezaan ciri yang jelas
dalam kalangan organisma makro, contohnya antara manusia dan batu. Manusia adalah
hidupan dan batu adalah bukan hidupan. Tetapi, perbezaan diantara hidupan dan bukan
hidupan sukar dibuat sekiranya melibatkan organisma mikroskopik. Contohnya, adakah bakteria
itu sejenis hidupan? Adakah virus juga hidupan? Bagaimana pula dengan lumut dan kulat di
permukaan batuan pada Rajah 1.2? Adakah lumut dan kulat ini juga sejenis hidupan?

Rajah 1.2 Lumut dan kulat pada permukaan batuan di tepi sungai.
Dapatkah anda mengenalpasti hidupan dan bukan hidupan dalam Rajah 1.2?

S
O

Pengenalan

Kepada

Biolog

i |3
ebenarnya, ahli-ahli biologi telah menyenaraikan sebanyak tujuh ciri-ciri hidupan untuk
membezakannya dengan bukan hidupan. Tujuannya adalah untuk memudahkan
pengenalpastian hidupan dan mengelakkan kekeliruan berlaku. Dengan ini, hidupan
dapat dikenalpasti dengan mudah dan jelas. Tujuh ciri-ciri tersebut adalah:

Ciri
Ciri
Ciri
Ciri
Ciri
Ciri
Ciri

1:
2:
3:
4:
5:
6:
7:

Sel dan organisasi hidupan


Penggunaan tenaga dan metabolisme
Pengawalaturan dan homeostasis
Tindak balas terhadap perubahan sekitaran
Pertumbuhan dan perkembangan
Pembiakan
Berevolusi

Ciri 1: Sel dan Organisasi Hidupan

onsep organisasi adalah asas kepada kajian biologi. Perkataan organisma berasal
daripada perkataan Latin iaitu organum yang bermaksud hidupan, Organisma
mengekalkan sekitaran dalamannya yang berbeza dengan sekitaran luarannya. Unit
terkecil dalam sesuatu organisma adalah sel. Teori Sel mengatakan bahawa semua
hidupan dibina daripada sel (Rajah 1.3). Organisma unisel terdiri daripada satu sel, manakala
organisma multisel terdiri daripada banyak sel. Di dalam haiwan dan tumbuhan, setiap sel
mempunyai susunan tertentu mengikut struktur dan fungsinya yang khusus.

(a)

(b)

Rajah 1.3 Sel (a) adalah unit terkecil yang membina organisma multisel seperti zirafah
dan pokok (b).
Pengenalan Kepada Biolog
i |4

Ciri 2: Penggunaan Tenaga dan Metabolisme


rganisma memerlukan tenaga untuk mengekalkan organisasinya. Semua organisma

memperoleh tenaga untuk menjalankan pelbagai aktiviti daripada sekitaran luarnya.


Sel menggunakan tenaga untuk menjalankan pelbagai tindak balas kimia yang
bertanggungjawab untuk menguraikan nutrien dan mensintesis komponen-komponen
sel dan organisma hidup. Tindak balas kimia ini dinamakan sebagai metabolisme. Tumbuhan,
alga dan bakteria tertentu boleh menggunakan tenaga cahaya secara langsung untu
k
menghasilkan makanan mereka dalam proses fotosintesis. Organisma tersebut dinamakan
sebagai pengeluar pertama. Ini berbeza dengan organisma seperti haiwan dan kulat yang
merupakan pengguna, iaitu mereka perlu memakan organisma lain untuk mendapatkan
tenaga. Tenaga-tenaga ini kemudian digunakan untuk melakukan pelbagai aktiviti organisma
hidup. Rajah 1.4 menunjukkan satu contoh aktiviti manusia yang memerlukan penggunaan
tenaga yang tinggi, iaitu aktiviti berkayak.

Rajah 1.4 Aktiviti berkayak yang memerlukan penggunaan tenaga

Ciri 3: Tindak Balas Terhadap Perubahan Sekitaran Luar

rganisma hidup perlulah berupaya untuk bertindak balas terhadap sebarang perubahan
sekitaran luarnya. Sebagai contoh, sel bakteria mempunyai mekanisma untuk
mengetahui sama ada terdapat bekalan makanan yang mencukupi atau sebaliknya di
sekitaran luarnya. Selain itu, tumbuhan juga boleh bergerak balas terhadap pertukaran
arah cahaya matahari. Contohnya, sekiranya anda meletakkan tumbuhan di tepi tingkap, ia
akan tumbuh menghala cahaya matahari. Haiwan pula boleh menyesuaikan dengan keadaaan
sekitaran luarnya, contohnya semasa musim sejuk haiwan akan mempunyai bulu yang tebal
untuk melindunginya daripada kesejukan (Rajah 1.5). Tindak balas terhadap sekitaran luar ini
adalah satu ciri penyesuaian organisma atau adaptasi, iaitu organisma menyesuaikan prosesproses dan struktur dalamannya terhadap perubahan jangka pendek atau jangka panjang
dalam sekitaran luaran mereka.
Pengenalan Kepada Biolog
i |5

Rajah 1.5 Beruang kutub mempunyai bulu yang tebal berwarna putih, iaitu satu adaptasi
terhadap sekitaran luarannya yang sejuk dan putih dilitupi salji

Ciri 4: Pengawal Aturan dan Homeostasis

ntuk bertindak balas terhadap pelbagai perubahan di sekitaran luarnya, organisma


sebenarnya mengubah diri mereka. Tujuannya adalah untuk mengekalka
n
homeostasis, iaitu satu proses di mana organisma dan sel hidup mengawalatur sel-sel
dan sekitaran dalamannya supaya kekal dalaman keadaan yang tetap dan stabil. Ia
juga merujuk kepada keadaan pengekalan sekitaran dalaman organisma dalam julat di mana ia
masih boleh bertoleransi terhadap perubahan sekitaran luarannya. Semua organisma hidup
sentiasa mengawalatur metabolisme selnya supaya molekul-molekul makanan dapat digunakan
dalam kadar yang sesuai, dan komponen sel pula dapat disintesis bila diperlukan. Sebagai
contoh, Rajah 1.6 menunjukkan ikan gapi yang mengekalkan kawal atur dan homeostasis
dalam sekitaran luaran yang berair, manakala rama-rama yang berasal daripada ulat dan
kepompong juga mengekalkan sekitaran dalamannya setelah menjadi rama-rama.

(a)

(b)

Rajah 1.6 Organisma iaitu (a) ikan gapi dan (b) rama-rama mengawal atur sekitaran
dalamannya
Pengenalan Kepada Biolog
i |6

Ciri 5: Pertumbuhan dan Perkembangan

atu lagi ciri hidupan adalah mereka tumbuh dan berkembang. Pertumbuhan
melibatkan penghasilan sel yang lebih banyak atau lebih besar, manaka
la
perkembangan adalah penghasilan organisma yang mempunyai ciri-ciri tertentu.

Organism
a
unis
el
dan
multisel
mempuny
ai
mek
anisma
pertumbu
han
da
n
perkembangan yang berbeza. Organisma unisel seperti bakteria akan mengalami replikasi
untuk menghasilkan sel-sel baru dan kemudian akan meningkatkan isipadu sel tersebut dengan
cara menghasilkan komponen-komponen sel tambahan. Sebaliknya, organisma multisel seperti
tumbuhan dan haiwan pula akan memulakan kehidupan mereka bermula daripada satu sel (sel
telur yang telah disenyawakan), dan kemudian akan melalui pelbagai pembahagian sel untuk
berkembang menjadi satu organisma lengkap yang mempunyai pelbagai sel dengan fungsifungsi tertentu (Rajah 1.7)

(a)

(b)

Rajah 1.7 Organisma multisel berkembang daripada satu sel membentuk fetus (a) dan
kemudian menjadi organisma lengkap (b)

Ciri 6: Pembiakan

iri hidupan yang seterusnya adalah mereka membiak. Ini kerana semua organisma
hidup mempunyai jangka hayat dan akan mati. Oleh itu, mereka perlulah membiak
untuk menghasilkan zuriat bagai mengekalkan kelangsungan hidup dalam generasi
seterusnya. Pembiakan akan menghasilkan anak yang mewarisi ciri--ciri daripada ibu
dan bapanya. Contohnya, Rajah 1.8 menunjukkan dua ekor anak kucing yang mewarisi ciri-ciri
bulu ibunya yang berwarna kelabu-putih. Ini kerana semua organisma mengandungi maklumat
genetik yang terkandung di dalam asid deoksiribonukleik (DNA), iaitu bahan utama yang
menentukan organisasi, perkembangan dan fungsi hidupan. Semasa pembiakan, satu salinan
bahan utama ini akan diwariskan oleh ibu bapa kepada anaknya. Central dogma menyatakan
bahawa semua gen disalin (transkripsi) oleh molekul asid ribonukleik (RNA) yang dipanggil
pengutus RNA (mRNA), dan kemudian diterjemahkan (translasi) kepada protein yan
g
mengandungi jujukan asid amino yang spesifik melalui proses ekspresi gen. Polipeptida ini
adalah unit-unit yang akan membentuk protein yang berfungsi. Protein yang berfungsi inilah
yang berrtanggungjawab dalam menghasilkan ciri-ciri organisma hidup.
Pengenalan Kepada Biolog
i |7

Rajah 1.8 Dua ekor anak kucing yang mewarisi ciri-ciri bulu ibunya yang berwarna kelabu-putih.

Ciri 7: Berevolusi

iri terakhir hidupan adalah mereka sentiasa berevolusi. Ciri ini adalah berbeza daripada
kesemua enam ciri yang telah anda pelajari tadi yang hanya melibatkan ciriciri
organisma hidup dalam tempoh yang pendek. Namun, untuk sesuatu tempoh masa
yang panjang, satu lagi ciri umum hidupan adalah mengalami evolusi, iaitu apabila
populasi sesuatu organisma berubah selepas pelbagai generasi. Akibat proses evolusi,
organisma boleh lebih berjaya dalam survival dan pembiakan. Populasi mereka juga boleh
beradaptasi dengan lebih baik di dalam habitatnya untuk menghasilkan pelbagai variasi. Rajah
1.9 menunjukkan spesies anjing Canis lupus yang mempunyai pelbagai variasi dalam spesies
yang sama. Selain itu, evolusi juga boleh menyebabkan berlakunya proses penspesiesan
(speciation), iaitu kewujudan spesies organisma baru hasil proses evolusi organisma sedia ada.

Rajah 1.9 Variasi anjing dalam spesies organisma yang sama (Canis lupus).

Cuba anda perhatikan kepelbagaian bentuk wajah anda dan adik beradik anda.
Perhatikan juga wajah rakan-rakan anda. Bukankah anda dan mereka semua tergolong dalam
spesies organisma yang sama iaitu Homo sapiens? Bagaimanakah perbezaan dan
kepelbagaian ini berlaku? Adalah ini juga adalah satu contoh variasi akibat proses evolusi?
Pengenalan Kepada Biolog
i |8

Apakah Tahap-tahap Organisasi Hidupan?

onsep organisasi adalah satu ciri penting yang membezakan antara hidupan dan
bukan hidupan. Organisasi hidupan tersusun mengikut tahap, iaitu bermula dengan
tahap organisasi yang paling kecil iaitu atom, berkembang kepada tahap-tahap
seterusnya yang lebih besar dan kompleks. Rajah 1.10 menunjukkan satu organisasi
hidupan yang mengandungi sebelas tahap organisasi, iaitu atom, molekul, sel, tisu, organ,
sistem, organisma, populasi, komuniti, ekosistem dan biosfera.

TAHAP 11

Biosfera

Ekosistem

ATOM
BIOSFERA

Komuniti

MOLEKUL
EKOSISTEM
SEL

Populasi

KOMUNITI
POPULASI

Organisma

Sistem

Organ
Tisu
Sel
Molekul
Atom
TAHAP 1
Rajah 1.10 Sebelas tahap organisasi hidupan.
Pengenalan

Kepada

Biolog

i |9
Sebelas tahap organisasi hidupan adalah seperti berikut:
1.

Atom: Atom adalah komponen terkecil dalam sesuatu unsur yang mengandungi sifat

kimia sesuatu unsur. Semua bahan mengandungi atom-atom.


2.

Molekul dan molekul makro: Apabila atom-atom bergabung, molekul akan terbentuk.
Apabila molekul-molekul bergabung dan membentuk polimer, ia akan membentuk
molekul makro. Molekul makro yang penting dalam organisma hidup adalah karbohidrat,
lipid, protein dan asid nukleik (DNA dan RNA).

3.

Sel: Gabungan molekul-molekul dan molekul-molekul mikro akan membentuk struktur,


contohnya membran. Apabila struktur-struktur ini bergabung ia akan membentuk sel.

4.

Tisu: Pada organisma multisel seperti tumbuhan dan haiwan, sel-sel yang sama jenis
akan bergabung membentuk tisu. Contohnya: tisu otot.

5.

Organ: Organ dibina oleh sekurang-kurangnya dua jenis tisu. Contohnya, jantung dibina
daripada tisu otot, saraf dan tisu penghubung.

6.

Sistem: Sistem dibentuk oleh organ-organ. Contohnya adalah sistem urinari yang
melibatkan pelbagai organ seperti buah pinggang, ureter, uretra dan pundi kencing.

7.

Organisma: Semua hidupan adalah dipanggil organisma. Organisma ini mempunyai


semua ketujuh-tujuh ciri hidupan. Spesies, iaitu satu kumpulan organisma yang
mempunyai ciri yang sama. Organisma pada spesies yang sama ini mempunyai
hubungan yang rapat secara genetik.

8.

Populasi: Populasi adalah organisma-organisma daripada spesies yang sama yang


mendiami satu kawasan persekitaran yang sama.

9.

Komuniti: Komuniti terbentuk apabila beberapa populasi daripada spesies yang sama
mendiami sesuatu kawasan dan saling berinteraksi.

10. Ekosistem: Ekosistem terbentuk apabila terdapat interaksi di antara komuniti dengan
alam sekitar di sekelilingnya.
11. Biosfera: Merangkumi semua tempat di bumi ini di mana organisma hidup wujud, sama
ada di udara, air dan tanah.

Perhatikan sekeliling anda sekarang. Sekiranya anda berada di dalam rumah, buka
tingkap dan perhatikan persekitaran anda. Anda akan melihat pelbagai spesies
organisma, bukan? Bukan sahaja tumbuhan, anda juga mungkin dapat melihat burung
berterbangan, rama-rama atau serangga. Pilih secara rawak beberapa jenis organisma dan
cuba anda susun tahap organisasi haiwan tersebut daripada tahap terkecil hingga tahap yang
paling kompleks. Selamat mencuba!
Pengenalan Kepada Biolog
i | 10

Apakah Kepentingan Evolusi dalam Kehidupan?

volusi adalah salah satu ciri hidupan. Bukti saintifik menunjukkan bahawa kehidupan di
muka bumi ini bermula daripada satu sel primitif, iaitu kira-kira 3.5 hingga 4 bilion tahun
dahulu. Sel primitif ini kemudiannya mengalami perubahan evolusi sehingga

terbentuk
nya pel
bagai s
pesies
organism
a yang
dapat k
ita lihat
pada h
ari ini.
Organisma-organisma ini
daripada proses evolusi.

mempunyai

variasi,

iaitu

kepelbagaian

ciri-ciri

yang

berpunca

Mutasi adalah perubahan yang berlaku di dalam DNA. Mutasi boleh memberi pelbagai kesan,
sama ada kesan neutral, positif atau negatif. Kebanyakan mutasi adalah neutral, namun ada
juga mutasi yang memberi kesan negatif. Mutasi adaptif adalah mutasi positif yang boleh
menyebabkan organisma dalam sesebuah populasi dapat beradaptasi dengan lebih baik dalam
sekitaran luarnya berbanding individu lain yang tidak bermutasi. Individu yang memiliki mutasi
adaptif mempunyai kelangsungan hidup yang lebih tinggi serta mempunyai lebih potensi untuk
mewariskan DNA tersebut kepada anaknya. Mekanisma ini dinamakan sebagai Teori
Pemilihan Semulajadi yang dikemukakan oleh seorang naturalis iaitu Charles Darwin.
Pemilihan buatan pula berlaku apabila sesuatu perincian ciri itu lebih digemari berbanding
dengan perincian ciri yang lain dalam satu persekitaran buatan, iaitu keadaan ya
ng
dimanipulasi dan dirancang. Contohnya adalah melalui penternakan haiwan dalam persekitaran
yang dirancang.
Evolusi sedang berlaku apabila perincian ciri yang berbeza menjadi semakin lazim atau kurang
lazim dalam generasi berikutnya, iaitu perubahan yang berlaku dalam sesuatu garisan
keturunan. Evolusi yang berlaku dalam satu jangkamasa yang panjang juga bol
eh
menyebabkan berlakunya proses penspesiesan, iaitu pembentukan pelbagai spesies
organisma baru. Contohnya, Rajah 1.11 menunjukkan proses evolusi telah menghasilkan
pelbagai spesies burung dengan pelbagai ciri yang berbeza antara satu sama lain.

Rajah 1.11 Kepelbagaian spesies burung yang terbentuk daripada proses evolusi.

Pengenalan

Kepada

Biolog

i | 11

Evolusi boleh menyebabkan kewujudan kepelbagaian dalam sesuatu ciri sehingga


menyebabkan berlakunya variasi spesies dan spesiasi. Apakah perbezaan di antara
penspesiesan dan variasi?

A
Bagaimanakah Organisma-organisma Dikelaskan?

roses evolusi telah menyebabkan kewujudan pelbagai jenis spesies organisma. Pada
masa kini, dianggarkan terdapat lebih 100 juta organisma ditemui di muka bumi ini.
Jadi, bagaimanakah caranya untuk menyusun maklumat tentang semua spesies
organisma ini? Satu sistem pengkelasan binomial atau taksonomi telah dibina di
mana semua organisma boleh dikenalpasti melalui nama genus dan spesies. Contohnya Felis
catus adalah nama saintifik bagi kucing. Pengkelasan kucing daripada yang paling umum
hingga ke paling khusus adalah seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.12.
Alam

Filum

Kelas

Order

Famili

Genus

Spesies

Felis

Felis catus

Rajah 1.12 Sistem pengkelasan organisma, contohnya Felis catus.


Pengenalan Kepada
i | 12

Biolog

Organisma dikelaskan kepada tiga kategori yang dikenali sebagai Domain iaitu: Arkea,
Bakteria dan Eukarya. Domain Eukarya pula dikategorikan kepada empat Alam iaitu: Fungi,
Plantae, Animalia dan Protista (Rajah 1.13). Ciri-ciri yang digunakan dalam pengkelasan ini
adalah jenis sel (eukariot atau prokariot), bilangan sel (unisel atau multisel) dan pengambilan
tenaga (autotropik atau heterotropik).

(a)

(d)

(b)
Rajah 1.13

(c)

Alam di dalam domain Eukarya iaitu (a) Protista, (b) Plantae, (c) Fungi, dan (d)
Animalia.

Bagaimanakah
Dijalankan?

Penyelidikan

Saintifik

dalam

Bidang

Biologi

alam subtopik sebelum ini anda telah mempelajari tentang kewujudan pelbagai aras
organisasi hidupan. Seiring dengan perkembangan instrumen moden seperti
mikroskop berkuasi tinggi, ahli-ahli biologi kini berupaya untuk menjalankan pelbagai
kajian pada pelbagai aras, contohnya kajian ekologi yang melibatkan aras ekosistem,
kajian anatomi dan fisiologi haiwan dan tumbuhan, serta kajian biologi molekular yan
g
melibatkan aras organisasi paling rendah iaitu komponen molekular di dalam sel.
Umumnya, kaedah penyelidikan dalam sains biologi melibatkan pemerhatian, pengenalpastian,
penyiasatan secara eksperimental dan penerangan teoritikal tentang fenomena-fenomena
semulajadi (Rajah 1.14).
Hipotesis adalah satu proposal untuk menerangkan sesuatu fenomena semulajadi. Teori biologi
pula adalah satu penjelasan terhadap pelbagai jangkaan yang dibuat berdasarkan pelbagai
data. Penjelasan dapat dibuat menggunakan pendekatan-pendekatan berikut:
Pengenalan Kepada Biolog
i | 13
1.

Membuat pemerhatian ke atas alam semulajadi

2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Membuat persoalan kajian


Membina hipotesis menggunakan semua maklumat yang diketahui
Membuat ramalan tentang hasil dapatan sekiranya hipotesis adalah benar
Menguji ramalan dengan menjalankan eksperimen dan pemerhatian
Mengulang ujian untuk melihat konsistensi
Membuat laporan kajian
Membuat kesimpulan

Pemerhatian

Persoalan

Hipotesis

Ramalan

Hasil ujian tidak


menyokong hipotesis.
Buat hipotesis baru

Ujian
(Eksperimental
atau
Pemerhatian
tambahan)

Hasil ujian menyokong


hipotesis. Membuat ramalan
baru dan membuat ujian
lanjutan

Rajah 1.14 Carta alir kaedah penyelidikan saintifik.

Cuba anda huraikan satu kajian saintifik yang dijalankan dengan menggunakan
pendekatan di atas. Anda boleh merujuk kepada buku-buku rujukan anda.
Pengenalan Kepada Biolog
i | 14
Nampaknya

anda

telah

sampai

ke

penghujung

unit

ini.

Anda kini

telah

n
mempunyai pengetahuan asas tentang biologi dan komponen-komponen penting di
dalamnya. Dalam unit-unit seterusnya, anda akan mempelajari tentang komponen-komponen

pu

biologi tersebut dengan lebih mendalam, bermula dengan atom dan molekul yang membina
asas kehidupan, diikuti dengan sel dan metabolisme sel. Seterusnya, anda akan mempelajari
tentang ilmu genetik dan pewarisan sebelum mempelajari tentang anatomi, histologi dan
fisiologi tumbuhan dan haiwan. Semoga berjaya!

RINGKASAN
1.

2.

3.
4.
5.
6.

Hidupan boleh dibezakan dengan bukan hidupan melalui 7 ciri utama, iaitu sel dan
organisasi, penggunaan tenaga dan metabolisme, pengawal aturan dan homeostasis,
tindak balas terhadap perubahan sekitaran luar, pertumbuhan dan perkembangan,
pembiakan dan evolusi.
Organisasi hidupan tersusun mengikut tahap, iaitu bermula dengan tahap organisasi
yang paling kecil iaitu atom, berkembang kepada tahap-tahap seterusnya yang lebih
besar dan kompleks.
Satu sistem pengkelasan binomial atau taksonomi telah dibina dimana semua
organisma boleh dikenalpasti melalui nama genus dan spesies.
Organisma dikelaskan kepada tiga kategori yang dikenali sebagai Domain iaitu: Arkea,
Bakteria dan Eukarya.
Domain Eukarya pula dikategorikan kepada empat Alam iaitu: Fungi, Plantae,
Animalia dan Protista.
Kaedah penyelidikan dalam sains biologi melibatkan pemerhatian, pengenalpastian,
penyiasatan secara eksperimental dan penerangan teoritikal tentang fenomenafenomena semulajadi.
Pengenalan Kepada Biolog
i | 15

PETA KONSEP
Pengenalan kepada Biologi

Organisasi hidupan

7 Ciri-ciri hidupan

Sel dan organisasi


Tenaga dan metabolisme

Pengkelasan Hidupan

Atom

Spesies

Sel

Genus

Tisu

Famili

Organ

Order

Sistem

Kelas

Organisma

Filum

Pengawal aturan dan homeostasis

Tindak balas terhadap sekitaran

Pertumbuhan dan perkembangan

Pembiakan

Evolusi

Alam

Populasi
Komuniti
Ekosistem

Biosfera

Pendekatan kajian saintifik dalam bidang biologi

Membuat
pemerhatian

Membuat
persoalan kajian

Membina
hipotesis

Menguji
ramalan

Membuat
laporan

Mengulang
ujian

Membuat
jangkaan

Pengenalan

Membuat
kesimpulan

Kepada

Biolog

i | 16

KATA KUNCI
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Arkea
Bakteria
Eukariot
Ekosistem
Evolusi
Genus
Hipotesis
Homeostasis
Komuniti

10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.

Mutasi
Organisma
Pemerhatian
Prokariotik
Protista
Sel
Spesies
Tenaga
Taksonomi

PENILAIAN KENDIRI
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Apakah ciri-ciri yang membezakan hidupan dengan bukan hidupan?


Nyatakan tujuh tahap organisasi daripada yang paling ringkas kepada paling kompleks.
Nyatakan komponen-komponen dalam pengkelasan binomial.
Apakah kepentingan evolusi dalam kehidupan?
Apakah perbezaan antara pemilihan semulajadi dan pemilihan buatan?
Bagaimanakah kajian saintifik dalam bidang biologi dijalankan? Berikan satu contoh.

RUJUKAN

Brooker, J.R., Widmair, E.P., Graham, L.E. & Stiling, P.D. 2008. Biology. Boston: McGrawHill
Higher Education.
Audesirk, T., Audesirk, G. & Byers, B.E. 2008. Biology: Life on Earth. 8th Edition. New Jersey:
Pearson Education Hall.
Starr, C., Evers, C.A., & Starr, L., 2011. Biology: Concepts and Applications.
Thomson Brooks/Cole.

Belmont: CA:

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

Penspesiesan adalah proses evolusi yang menghasilkan spesies organisma baru. Ia


berlaku dalam satu tempoh masa yang panjang. Variasi pula berlaku dalam tempoh

masa yang lebih pendek, dan hanya melibatkan kepelbagaian perincian dalam satu
ciri sesuatu organisma dalam spesies yang sama.