You are on page 1of 8

- Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t, salam


sejahtera, salam 1 Malaysia.
- Yang Berusaha En. Akmal bin latip gb
sk sungai burong
en. Ahmad jamil bin mujaini pk
pentadbiran
pn. Umi kalthum bt zainudin pk hem
pn hjh norlatipah bt tukimon pk koko
guru-guru, dan murid-murid yang
dikasihi sekalian.
Tanjong karang bumi tercinta
Melayu jawa banjar pun ada;
57 tahun kita merdeka
Berbilang kaum aman sejahtera
Alhamdulillah setinggi ucapan
kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi

kerana dengan limpah rahmat-Nya


pada pagi yang penuh barakah ini, kita
diberi kesempatan untuk sama-sama
berkumpul bagi Majlis Sambutan
Penutup Bulan Kemerdekaan dengan
penuh kedamaian dan keamanan.
Kedamaian dan keamanan ini sebagai
tanda bahawa negara ini berada dalam
kestabilan politik dan kita mampu
berkongsi muafakat untuk hidup
bersama . Sesungguhnya sambutan
kemerdekaan ini diadakan sebagai
tanda bahawa para guru dan pelajar
sekolah ini dapat seiring dan sederap
melangkah, dengan semangat
kesungguhan yang berkobar-kobar dan
beriiltizam tinggi untuk menjadi
warganegara yang patriotik.
Ulik Mayang nyanyian asli
Dilagu Si gadis merdu sekali;

Terima Kasih sekalung budi,


Mari serikan majlis ini.
- Dari Dataran Kejat SK Burong, kita
akan saksikan persembahan
pembukaan Majlis Penutup Bulan
Kemerdekaan peringkat sekolah iaitu
persembahan silat.
- Persembahan silat itu tadi dibawah
bimbingan guru-guru praktikum dari
Institit Bahasa Kuala Lumpur
Pahlawan Melayu Gagah Perkasa,
Musuh datang habis dibasmi;
Tuan sudah diberi kuasa,
Sudilah kira, pohon merasmi.
-Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan yang Berusaha En.
Akmal bin Latip Guru Besar SK sungai
burong dan diiringi guru-guru pen

kanan ke bahagian hadapan dataran


kejat untuk menyempurnakan replika
jalur gemilang . Dipersilakan.
- Kalungan apresiasi buat Yang
Berusaha Guru Besar dan pk pk atas
penyempurnaan Replika Jalur gemilang
itu tadi ,Maka dengan itu sempurnalah
Penutupan Bulan kemerdekaan
peringkat sekolah tahun 2014.
Persembahan murid :
Bendera berkibar di rumah Pak
Agos,
Di halaman rumah pasang pelita;
Menjelang tiba Tiga Puluh Satu
Ogos,
Tarikh kemerdekaan negara kita.
-Majlis seterusnya diteruskan dengan
persembahan murid prasekolah
nyanyian dan gerakan lagu
Alhamdulillah dan Tanggal 31 Ogos

-Begitu menarik persembahan murid


prasekolah itu tadi di bawah bimbingan
pn. Norazimah Guru Prasekolah. Dan
pn. Norazlina pembantu prasekolah
Reflisia
Terbang tinggi si burung helang,
Berkicau kenari sambil
berterbangan;
Insan cemerlang negara terbilang,
Bakat diserlah tanda
kecemerlangan.
-Majlis diteruskan lagi dengan Kuiz
kemerdekaan yang akan dikelolakan
oleh en Imran guru praktikum dari
Institut Bahasa Kuala
Lumpur.Dipersilakan
Penyampaian hadiah murid Tahap
1
Tiga Puluh Satu Ogos tarikh
keramat,

Bersama kita menyambut


merdeka;
Bersatu berazam penuh semangat,
Mari pertahankan kemerdekaan
kita
-Pihak sekolah telah mengadakan
pelbagai aktiviti sempena Sambutan
Bulan Kemerdekaan bagi Tahap 1 dan
tahap 2. Kini tibalah masanya untuk
majlis penyampaian hadiah.
-Oleh itu majlis mempersilakan en.
Akmal bin latip guru besar sk sungai
burong untuk menyampaikan hadiah
kepada para pemenang.
- Majlis merakamkan ucapan terima
kasih atas kesudian en. Akmal bin latip
menyampaikan hadiah kepada para
pemenang.
Para hadirin sekalian, kita telah pun
berada di hujung acara. Pihak majlis
mohon mengambil kesempatan waktu

di penghujung ini untuk mengucapkan


ribuan kalungan bunga terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat
dalam memastikan Majlis Penutup
Sambutan Bulan Kemerdekaan
peringkat sekolah ini dapat dilangsung
dengan meriahnya. Terima kasih juga
diucapkan kepada semua murid atas
kerjasama yang diberikan bagi
mengharmonikan majlis ini.
Tenang-tenang air di kali,
Tempat mandian putra puteri;
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap dimaafi.
-Semua murid dan guru diminta berdiri
dan sama-sama menyanyikan tiga
buah lagu iaitu
1.1 Malaysia
2.Tanggal 31
3. Negaraku
Bersama2 dengan murid 5 jaya.

Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang


mulia,
Wabillahi Taufik Walhidayah.
Assalamualaikum Warahmatullah
Hiwabarakatuh.

Persembahan Murid
-Majlis diteruskan dengan
persembahan koir patriotik dari murid
tahun 5 jaya
- Begitulah persembahan koir patriotik
Tahun 5 jaya . Kumpulan koir ini di
bawah bimbingan Pn. Rasidah dan
guru-guru praktikum

You might also like