You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN PEREMPUAN METHODIST 2

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI PERTAMA / 2015


Tarikh: 8 Januari 2015
Masa

: 9.00 pagi

Hari

: Khamis

Tempat

: 2 Inovasi

Kehadiran :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Pn Noriati Hj. Abdul Kadir


Pn Intan Shafina Abdul Halim
En Maslan Ahmad
Cik Nurul Naim Omar
Pn Nor Fazila Saari
En Ahmad Faizal Abdul Karim
Cik Soraya Aziz
En. Izman Ismail

Agenda Mesyuarat
1. Ucapan Pengerusi (Cik Nurul Naim Omar)
1.1
Beliau mengalu-alukan kehadiran Guru Besar, Pn Hjh Noriati hj. Abdul
Kadir dan semua guru yang hadir serta mengucapkan terima kasih
kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat pada kali
1.2

pertama 2015.
Beliau turut mengucapkan selamat datang kepada ahli panitia yang
baru iaitu En Izman Ismail dan En Ahmad Faizal Abdul Karim dan
berharap agar semua guru dapat memberikan kerjasama dan

1.3

komitmen yang baik sesama ahli panitia.


Cik Nurul Naim turut mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada
semua ahli panitia yang bertungkus lumus sepanjang tahun hingga
mencapai keputusan 100% dalam UPSR baru-baru ini. Harapan beliau
agar prestasi dapat dikekalkan dan bilangan A dapat ditingkatkan.
Tindakan : Makluman

2. Ucapan Penasihat (Pn Noriati Hj. Abdul Kadir)


2.1
Beliau meluahkan rasa syukur dan mengucapkan syabas dn tahiah
kepada semua guru terutamanya guru Tahun 6 kerana pencapaian
murid 100% dalam UPSR yang lalu.

2.2

Beliau berharap budaya kerja yang efisen dapat dikekalkan kerana


tanggungajawab sebagai guru merupakan amanah yang harus

2.3

dilaksanakan dengan sempurna.


Beliau turut mengingatkan guru-guru

agar

sentiasa

mengikuti

perkembangan zaman agar pengajaran dan pembelajaran selari


dengan

kehendak

semasa.

Guru

wajar

menyediakan

gaya

pembelajaran alaf 21 sesuai dengan prasarana sekolah agar mencapai


2.4

visi dan misi yang telah disasarkan oleh KPM.


Akhir sekali beliau berharap agar semua guru sentiasa menimba
pengalaman dan meningkatkan ilmu pengetahuan dari semasa ke
semasa.
Tindakan : Makluman

3. Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas


Cadangan : Cik Soraya Aziz
Sokongan
: Pn. Intan Shafina Abdul Halim
4. Perkara Berbangkit
4.1
Perkara 11.1 iaitu berkaitan modul murid 2014. Murid yang tidak
menyerahkannya kembali kepada guru kelas atas sebab tidak siap
atau hilang perlu diberi surat makluman kepada ibu bapa masing4.2

masing melalui unit HEM.


Perkara12.2 iaitu berkaitan Ujian Diagnostik yang akan dijalankan
pada minggu ke dua persekolahan.

5. Sukatan / Rancangan Pelajaran Tahunan


5.1
Cik Nurul Naim Omar selaku Ketua Panitia telah menyediakan RPT
kepada

semua

guru-guru

Tahun

hingga

Tahun

6.

Beliau

mengingatkan agar guru sentiasa membawa RPT bersama-sama


semasa mengajar.
6. Agihan Tugas Membina Soalan Ujian
6.1

Cik Nurul Naim mengedarkan jadual pengagihant tugas membina


soalan ujian kepada semua guru dan memaklumkan ujian diagnostik
akan dijalankan pada 21 hingga 23 Januari 2015 bagi murid tahun 2
hingga 6.
Tindakan : Semua Guru

7. Analisa UPSR 2014 / Target 2015


7.1
Analisa UPSR 2014

Bil Calon
69

%
46.4

Bil B
19

%
27.5

Bil C
18

%
26.1

% Lulus
100

%
50.6

Bil B
30

%
37.8

Bil C
9

%
11.6

% Lulus
100

8. Program Peningkatan Prestasi / UPSR


8.1
Kelas Tambahan Tahun 6
8.1.1 Kelas tambahan akan bermula

pada

minggu

7.2

Bil A
32

Target UPSR 2015


Bil Calon
79

Bil A
40

pertama

persekolahan iaitu pada setiap hari Isnin pada waktu pagi


(7:15 7:45 am) dan petang (2:15 4:15 pm) dikendalikan oleh
guru subjek kelas masing masing.
8.1.2 Program berfokus murid cemerlang dan galus akan diadakan
bermula Februari 2015.
Tindakan : Guru Tahun 6
8.2

Bengkel Teknik menjawab Soalan


8.2.1 Dijalankan sebanyak dua kali sekitar bulan Mac dan Jun 2015.
Hanya melibatkan murid Tahun 6 sahaja dan semua guru
Matematik.
Tindakan : Ketua Panitia

8.3

Program Menggilir Minda


8.3.1 Bermula pada minggu pertama persekolahan iaitu pada setiap
hari Isnin jam 7.30 pagi- 7.45 pagi. Semua guru boleh merujuk
jadual bertugas aktiviti pagi yang telah diedarkan.
8.3.2 Hadiah telah disediakan dan guru-guru boleh mengambilnya di

8.4

dalam almari panitia di dalam Kelas 5 Inovasi.


Tindakan : Makluman
Program Tahunan Matematik
8.4.1 Dijalankan selepas UPSR selama seminggu sempena Bulan
Matematik yang dikendalikan oleh murid Tahun 6.
8.4.2 Jadual penggiliran bagi setiap kelas untuk melawat tapak
reakreasi matematik akan disediakan bagi mengelakkan terlalu
ramai murid berada di tapak pameran pada masa yang sama.
8.4.3 Tempoh perjalanan program ini akan dialnjutkan kepada
seminggu kerana mendapat sambutan yang menggalakkan dari
murid murid.

8.5

Tindakan : En Maslan Ahmad


Peer Teaching
8.5.1 Semua AJK bersepakat dan bersetuju untuk menjalankan
kaedah pengajaran secara peer Teaching mengikut aliran dan

dibuat secara bergilir mengikut kelas sekurang-kurangnya dua

8.6

minggu sekali.
8.5.2 Guru boleh merujuk jadual peer teaching yang diedarkan.
Tindakan : Semua Guru
Program Guru Muda
8.6.1 Semua guru bersetuju untuk menjalankan program ini selama
15 minit bermula jam 7.15 pagi- 7.30 pagi. Senarai murid dan

8.7

guru yang terlibat akan diedarkan kemudian.


Tindakan : Makluman
Modul Murid
8.7.1 Guru besar mencadangkan guru menyediakan modul latihan
murid yang disimpan dalam fail masing-masing dan beri latihan
mengikut hari yang telah ditetapkan bersama panitia yang lain
supaya bebanan kerja murid dapat dikurangkan.
Tindakan : Semua Guru

9. Pertandingan Matematik
9.1
Pertandingan ICAS (International Competition and Assessments for
Schools) akan diteruskan dan akan diuruskan oleh Ketua Panitia
9.2

bersama Pn. Nor Fazila Saari.


Pertandingan IBT (International Benchmark Tests) merupakan program
baru yang akan disertai oleh murid yang akan diuruskan oleh Cik Nurul

9.3

Naim Omar selaku Ketua Panitia.


Pertandingan IMAS (International Mathematics Assessments for
Schools) turut dikekalkan dan akan diuruskan oleh Ketua Panitia
bersama En. Maslan Ahmad.
Tindakan : Makluman

10. LINUS / KSSR


10.1 LINUS Tahun 2: 6 orang murid
10.2 LINUS Tahun 3: 3 orang murid
10.3 Semua guru telah bersetuju untuk menjalankan pentaksiran bulanan,
pentaksiran pertengahan tahun dan akhir tahun bagi murid KSSR
10.4

(Tahun 1 5).
Cik Nurul Naim menerangkan serba kepada semua guru berkenaan
kursus KSSR Tahun 5 yang telah dihadirinya. Segala data berkenaan
penilaian dan pentaksiran murid tidak lagi dilakukan menggunakan

sistem
10.5

atas

talian

(online)

sebaliknya

secara

manual,

iaitu

menggunakan modul perekodan prestasi murid.


Semua guru akan diberikan diberikan jadual untuk merekod prestasi
murid murid dan dikehendaki menyediakan satu fail untuk
memasukkan segala maklumat berkaitan tahap penguasaan (TP)
murid.
Tindakan : Guru Tahun 1 5

11. Hal-hal lain


11.1 Cik Soraya

memaklumkan

kepada

semua

guru

berkenaan

penggunaan Interaktif Board sekurang kurangnya sebulan sekali.


Taklimat berkenaan Interaktif Board ini akan disampaikan oleh Cik
Soraya dan tarikh akan dimaklumkan kemudian.

11.2

Ketua Panitia memaklumkan bahawa sekolah telah membeli set Didik


Hibur

untuk

dilaksanakan

oleh

guru-guru.

Taklimat

cara

penggunaannya akan diadakan pada minggu kedua atau minggu


ketiga

persekolahan.

Semua

guru

telah

bersepakat

untuk

menggunakannya semasa program mengilir minda dan dalam aktiviti


Persatuan Matematik dan Sains.
Tindakan : Semua Guru

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.45 pagi

Dicatat oleh,
Pn Nor Fazila Saari
Setiausaha Panitia Matematik 2015
SK (P) Methodist 2