You are on page 1of 5

Orientasi Kurikulum Unit Beruniform di Sekolah Rendah

Program UB di Sekolah Rendah


Merancang Program
Program Jangka Pendek dan panjang
Program Unit Beruniform di sekolah rendah diperkenalkan kepada

murid-murid tahun 4,5, dan 6. Di sekolah terdapat banyak unit beruniform


ditubuhkan. Antara unit beruniform yang selalunya ada di sekolah ialah Kadet
Remaja Sekolah, Pengakap, Pandu Puteri, Kadet Polis, dan Bulan Sabit
Merah Malaysia. Dalam merancang program unit beruniform KRS di sekolah,
terdapat skema yang perlu diikuti iaitu:
1. Pada pertamanya perlu menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan dan
Penyelarasan KRS.
2. Merumus dan menetapkan visi dan misi kegiatan KRS dan
menghebahkan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar
3. Menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pengurusan dan Penyelarasan
Kegiatan KRS yang terdiri daripada guru-guru penasihat
4. Mengkaji

dan

mengenalpasti

kekuatan

dan

kelemahan

dalam

pelaksanaan kegiatan KRS pada tahun-tahun sebelumnya dan


merumuskan dasar, pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan
5. Memberi taklimat kepada guru-guru tentang dasar, pendekatan dan
kaedah baru pelaksanaan KRS yang telah dirumuskan
6. Menyediakan keperluan asas pentadbiran
7. Menyediakan atau memperolehi keperluan prasarana dan kemudahankemudahan asas
8. Mengenalpasti keupayaan sekolah dari aspek pelaksanaan
9. Memperoleh dan mengemaskini inventori, bekalan pejabat dan harta
modal bidang kokurikulum

10. Menyediakan perancangan dan jadual tahunan (takwim) kegiatan


kokurikulum sekolah
11. Melaksanakan kursus-kursus pengurusan kokurikulum kepada guruguru
12. Memantau dan menyelia pelaksanaan kegiatan KRS
13. Menyedia, mengumpul dan menyemak dokumentasi pelaksanaan
program
14. Melaksanakan Skema Penilaian Program KRS untuk setiap pelajar
15. Merancang dan melaksanakan kursus-kursus kejurulatihan
16. Meneroka

dan

mewujudkan

peluang-peluang

penyertaan

dan

penglibatan pelajar dalam kegiatan KRS di peringkat daerah, negeri,


kebangsaan dan antarabangsa
Prinsip merancang program seperti berikut:
1. menyediakan

ruang,

peluang,

kesempatan

dan

kemudahan

pembelajaran yang menarik, menyeronokkan dan merentasi kurikulum


2. merancang, menganjur dan mengelolakan kegiatan kokurikulum yang
berbentuk aktiviti
3. semua program yang dirancang diberi penekanan secara sedar
kapada usaha bersepadu ke arah memperkukuhkan semangat
patriotisme, dan semangat perpaduan antara kaum dan wilayah
4. menyediakan peluang, ruang dan kemudahan yang mencukupi
5. Menyediakan

skema

peningkatan

pengetahuan,

kemahiran,

pencapaian, dan kepimpinan


6. Semua program dan kegiatan kokurikulum yang dirancang memberi
peluang dan kesempatan kepada pelajar untuk mengembangkan minat

7. Menyediakan

peluang

dan

kesempatan

kepada

pelajar

untuk

memperagakan bakat dan kebolehan masing-masing di khalayak


ramai
8. Menerapkan elemen-elemen kerjaya dalam program dan kegiatan
kokurikulum yang dirancang
9. Mewujudkan rangkaian kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan,
syarikat-syarikat swasta, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan
institusi pengajian tinggi untuk memperluas, mempelbagai dan
mempertingkatkan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum
10. Mewujudkan peluang kepada pelajar untuk mempertingkatkan daya
saing dan daya tahan masing-masing
11. Merealisasikan unsur-unsur penghargaan dalam setiap aktiviti/kegiatan
kokurikulum yang dianjur
Program jangka pendek dan panjang
Program jangka pendek merupakan perancangan terperinci yang
dilakukan oleh

pengurus peringkat bawahan. Jangka masanya paling pendek

kurang daripada satu tahun. Program ini menekankan pada tugas-tugas rutin dan
dilakukan secara berulang-ulang seperti kerja harian, mingguan, dan bulanan. Antara
contoh program jangka pendek ialah persediaan untuk pertandingan kawab kaki
daerah dan sekolah, perujian dan pentauliahan pangkat kadet, perkhemahan,
rombongan atau program perdana dan lain-lain. Manakala program jangka panjang
pula bertujuan untuk meningkatkan peratus markah aspek kehadiran setiap ahli.
Jangka masanya adalah panjang sekurang-kurang tiga tahun. contohnya seperti
perjumpaan Unir Beruniform Kadet Remaja 100% pelajar menghadiri aktiviti badan
beruniform.

Pertandingan kawab kaki peringkat


Sekolah

Pentauliahan pangkat KRS

Perkhemahan KRS

Rombongan/Program Perdana KRS