You are on page 1of 23

Kesukaran

dan

Miskonsepsi

| 126

UNIT PELAJARAN 8
KESUKARAN DAN MISKONSEPSI

UJIAN PRA-PELAJARAN
Item
1

Penyataan /Statement
Saya dapat menerangkan dan membincangkan
tentang maksud kesukaran dan miskonsepsi dalam
pembelajaran bentuk dan ruang.

Saya dapat menjelaskan dan membincangkan


tentang kesukaran yang dihadapi oleh murid-murid
dalam pembelajaran bentuk dan ruang.

Saya dapat menjelaskan dan membincangkan


tentang miskonsepsi yang dihadapi oleh muridmurid dalam pembelajaran bentuk dan ruang.

Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda mempelajari
unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut. Sekiranya anda menguasai penilaian
pada tahap 5, bermaksud anda sudah menguasai unit pelajaran ini sepenuhnya. Oleh itu
bolehlah anda terus mempelajari topik / Unit Pelajaran berikutnya.

Sangat Tidak
Setuju
1

Tidak Setuju
2

Kurang Setuju
3

Setuju/Agree
4

Sangat Setuju
5

Kesukaran

dan

126
Miskonseps

i | 127

UNIT PELAJARAN 8
KESUKARAN DAN MISKONSEPSI

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pelajaran, diharapkan pelajar dapat :

S
i.

ii.

iii.

Menerangkan dan membincangkan tentang maksud kesukaran dan miskonsepsi


dalam pembelajaran bentuk dan ruang.
Menjelaskan dan membincangkan tentang kesukaran yang dihadapi oleh muridmurid dalam pembelajaran bentuk dan ruang.
Menjelaskan dan membincangkan tentang miskonsepsi yang dihadapi oleh muridmurid dalam pembelajaran bentuk dan ruang.

PENDAHULUAN
eperti dalam modul Asas Nombor, kesukaran dan miskonsepsi dalam kalangan
pelajar ada kaitannya dengan teori pembelajaran iaitu guru seharusnya mampu
untuk membuat ramalan tentang kesilapan yang kerap dilakukan oleh murid. Guru
juga boleh memberi penjelasan tentang bagaimana dan kenapa murid membuat kesilapan dan
seterusnya membantu murid mengatasi masalah miskonsepsi yang dialaminya.

Lev Vygotsky menyatakan knowledge is not transferred from person to person. Setiap
individu tidak secara pasif menerima pengetahuan daripada persekitarannya tetapi secara aktif
membina pengetahuan matematik. Aktiviti pembinaan pengetahuan ini melibatkan penerimaan
(reception) idea baru dan interaksi idea ini dengan idea sedia ada pelajar. Dalam keadaan ini,
pelajar mungkin sukar untuk menerima dan memahami apa yang dilihat oleh guru tentang
situasi melibatkan objek-objek geometri jika pelajar masih berada pada aras model Van Hiele
Kesukaran

dan

127
Miskonseps

i | 128

di mana kefahaman aras lebih tinggi diperlukan. Mengikut aras Van Hiele, pelajar-pelajar di
sekolah rendah dan sekolah menengah rendah hanya berkemampuan memahami geometri
pada aras 0 hingga 2 sahaja. Adalah mustahil bagi pelajar untuk bypass atau skip aras yang
ditetapkan oleh Model Van Hiele dalam mengajar geometri (2D dan 3D) kepada pelajar. Jika
keadaan ini berlaku, pelajar terdedah kepada miskonsepsi atau salah konsep tentang geometri
2D dan 3D. Miskonsepsi yang berterusan akan menjadikan pelajar menghadapi masalah untuk
memahami konsep-konsep yang baru dan seterusnya boleh membawa kepada perubahan
sikap yang tidak meminati geometri atau bentuk dan ruang.

MAKSUD KESUKARAN DAN MISKONSEPSI

esukaran dan miskonsepsi yang berlaku tidak harus dipandang mudah oleh guru
seperti anda. Sebelum perbincangan lanjut dibuat di sini, eloklah terlebih dahulu
dilihat semula (rujuk KRM3013 Asas Nombor) apakah yang dimaksudkan dengan

kesukaran dan miskonsepsi ini. Miskonsepsi adalah merupakan kefahaman yang salah atau
salah

faham

konsep

dalam

(http://newyorkscienceteacher.com/sci/pages/miscon/index.php).
kefahaman

pembelajaran
Ini
murid

bererti

tentang sesuatu konsep matematik tidak serasi dengan bukti-bukti saintifik/praktikal atau gagal
digunakan untuk menyelesaikan masalah. Murid-murid yang mempunyai miskonsepsi sukar
untuk mengesan atau mengetahui miskonsepsi yang dihadapinya sendiri. Malahan mereka juga

sukar menerima teguran daripada orang lain tentang miskonsepsinya, terutamanya apabila
miskonsepsi itu sudah berlaku dalam tempuh yang lebih lama. Miskonsepsi ini boleh disedari
oleh murid-murid itu sendiri hanya apabila dia sendiri mendapati konsep yang ada itu secara
berterusan tidak dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah, di samping memperoleh
konsep baru yang menggantikan konsep sedia ada untuk menyelesaikan masalah.

Kesukaran

dan

128
Miskonseps

i | 129

Secara umum, kesukaran boleh berpunca daripada kecuaian dan juga miskonsepsi.
Kesukaran yang berpunca daripada kecuaian boleh dikesan dengan mudah oleh murid-murid
dan juga guru. Satu cara yang boleh dilakukan ialah dengan menyuruh murid-murid melakukan
semula penyelesaian masalah melibatkan sesuatu konsep. Sekiranya dia dapat menggunakan
sesuatu konsep itu dengan baik pada kali kedua, jelaslah bahawa kesukaran itu adalah
berpunca daripada kecuaian. Bagaimanapun mengesan dan mengatasi masalah miskonsepsi
dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, khususnya bentuk dan ruang, amatlah
mencabar. Oleh itu, sebagai guru, anda seharusnya sedar tentang kemampuan pelajar apabila
mengajar geometri kepada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah rendah. Guru
hendaklah

menggalakkan

pelajar

menjelaskan

kefahaman

mereka

atau

peraturan

yang

digunakan bagi membuat analisis salah konsep atau miskonsepsi yang berlaku. Apabila guru
mengetahui sebab-sebab salah konsep yang berlaku, ianya dapat diperbetulkan dengan mudah
melalui aktiviti yang mencabar atau membina konsep yang tepat.
Justeru itu, beberapa strategi yang boleh digunakan oleh guru untuk mengesan
kesukaran dan miskonsepsi matematik dan seterunya membantu murid-murid mengatasinya.
Antaranya, guru boleh:

membuat ramalan tentang kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar;

menjelaskan bagaimana dan kenapa pelajar melakukan kesilapan

membantu pelajar memperbetulkan miskonsepsi pelajar.

KESUKARAN DALAM PEMBELAJARAN BENTUK DAN RUANG

esukaran

dan

miskonsepsi

yang

mungkin

dihadapi

oleh

murid-murid

dalam

pembelajaran bentuk dan ruang adalah berbagai-bagai. Berikut adalah antara


kesukaran yang sering dihadapi oleh pelajar

yang melibatkan tajuk-tajuk bagi dua

dimensi (2D) dan tiga dimensi (3D).

Kesukaran

dan

129
Miskonseps

i | 130

Pertama, kesukaran bentuk objek geometri. Pelajar dilihat menghadapi kesukaran


berkaitan dengan bentuk objek geometri yang berbeza bentuk. Kesukaran mengenal pasti
nama bagi bentuk-bentuk geometri malahan pelajar sering keliru dengan nama-nama dan ciriciri bagi bentuk geometri 2D dan 3D. Sebagai contoh, bagi bentuk 2D, nama-nama bentuk
geometri yang melibatkan segi tiga seperti segi tiga sudut tepat, segi tiga dua sama, segi tiga
kaki sama. Bagi objek 3D, pelajar dilihat keliru tentang objek geometri kubus dengan kuboid.
Kedua, kesukaran melibatkan kedudukan rajah. Pelajar-pelajar berkemungkinan melihat
rajah 2D seperti segi tiga sudut tepat berbeza jika dilukis dalam keadaan berbeza. Rajah 8.1
menggambarkan contoh bentuk 2D bagi objek-objek yang seharusnya dilukis dalam pelbagai
kedudukan.

Rajah 8.1: Kedudukan rajah yang berbeza

Ketiga, kesukaran memahami ciri-ciri suatu bentik rajah. Pelajar juga agak kurang jelas
dengan ciri-ciri bagi bentuk-bentuk 2D seperti ciri-ciri parallelogram dengan trapezium. Begitu
juga ciri-ciri segi empat sama dengan rombus yang dilihat seolah-olah sama sahaja (Rajah 8.2).

Rajah 8.2: segi empat sama dan rombus

Kesukaran

dan

130
Miskonseps

i | 131

Keempat, kesukaran menentukan nilai sudut. Pelajar juga mempunyai kesukaran


mengenal

pasti sudut yang terbentuk antara dua garisan seperti Rajah 8.3. Dalah hal ini,

terdapat sebilangan murid-murid yang beranggapan bahawa sudut yang dibentuk oleh dua
garisan yang lebih panjang dikatakan lebih besar. Contohnya, dalam Rajah 8.3 di bawah,
terdapat murid beranggapan bahawa sudut dalam rajah (a) adalah lebih besar berbanding
dengan rajah (b), sedangkan sudut kedua-duanya adalah sama besar.
a.

b.

Rajah 8.3: Sudut antara dua garisan

Kelima, kesukaran melabel sudut dan sisi rajah. Murid juga menghadapi kesukaran
untuk membuat label bagi rajah 2D dan 3D dengan betul. Penggunaan huruf besar dan huruf
kecil bagi objek-objek 2D dan 3D sering menjadi masalah terutama sekali untuk menamakan
sisi-sisi rajah dan sudut-sudut bagi rajah 2D dan 3D. Kebiasaannya, sistem melabel rajah telah
ditetapkan iaitu bucu-bucu ditandakan dengan huruf besar, manakala sudut-sudut ditandakan
dengan huruf kecil. Bagaimanapun terdapat sebilangan murid-murid yang melabel tanpa
mengikut sistem melabel ini.

A
a

Kesukaran

dan

131
Miskonseps

i | 132

Keenam, Pelajar menghadapi masalah untuk membuat bayangan permukaan, penjuru,


sendeng bagi objek berbentuk pejal (solid). Kesukaran ini membawa kepada kegagalan melukis
atau melakar sesuatu bentuk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan seterusnya
menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan masalah. Perhatikan Rajah 8.4 di bawah.
Perhatikan

bahawa,

terdapat

sebilangan

murid-murid

yang

menghadapi

masalah

untuk

menggambarkan pepenjuru D bagi tapak kubus yang berbentuk segi empat ABCD.
S

C
B

Rajah 8.4: Sebuah kubus dengan tapak segi empat tepat ABCD

Ketujuh, sukar membayangkan bentangan suatu bongkah 3-D. Terdapat juga muridmurid yang menghadapi kesukaran mengenal pasti bentangan bagi conventional dan nonconventional
at

bagi

objek

bentuk

3D.

Kesukaran

di

sini

ialah

murid-murid

tidak

dap

menggambarkan perhubungan antara suatu bongkah 3-D dengan bentangannya. Sebagai


contoh, terdapat murid yang menghadapi kesukaran menggambarkan bentuk bentangan bagi

bongkah sebuah kubus, iaitu keliru sama ada bentangan yang dibuat itu boleh mewakili sebuah
kubus atau tidak.
Kelapan, sukar mengenal pasti bentuk yang mempunyai simetri. Sebahagian muridmurid didapati melihat congruency sebagai symmetry. Sebagai contoh pelajar menganggap

Kesukaran

dan

132
Miskonseps

i | 133

pepenjuru bagi parallelogram sebagai garis simetri bilateral kerana dua bahagian pepenjuru
adalah congruent, dan ia adalah kurang tepat (Rajah 8.5).
D

Rajah 8.5: Parallelogram ABCD

Latihan: Menggunakan contoh yang sesuai, bincangkan apakah yang anda faham
tentang maksud miskonsepsi dalam pembelajaran bentuk dan ruang.

Pelajar

dilihat

menghadapi

masalah

untuk

membaca

ukuran

sudut

daripada

protractor atau jangka sudut. Cuba anda jelaskan, apakah kemungkinan kekeliruan yang
dihadapi oleh murid-murid untuk membaca ukuran sudut antara dua garisan.

MISKONSEPSI BENTUK DAN RUANG (2-D dan 3-D)

elajar
a

juga

sering

menghadapi

pelbagai

miskonsepsi

berpunca

daripad

perkembangan daya penaakulan (reasoning) yang agak lambat berkaitan dengan

pengukuran 2-D dan 3-D. Dua miskonsepsi yang sering dihadapi pelajar adalah
tentang kemampuan pelajar berkaitan dengan struktur ruang dan kemampuan pelajar membuat
kaitan struktur ruang dengan formula matematik. Pelajar kerap tidak secara intuitif memahami
konsep luas sebagai kawasan merangkumi ruang (covering space). Apabila sesuatu formula
diperkenalkan dalam pengajaran kelas, pelajar yang kurang berkeupayaan membuat bayangan
mental tentang struktur ruang akan menghafal formula dan menggunakannya tanpa berfikir,
Kesukaran

dan

133
Miskonseps

i | 134

tanpa memahami maksud formula atau apakah pengiraan yang terlibat.

Adalah kritikal

bagi

guru matematik mengetahui bagaimana pelajar membuat penaakulan dan membantu mereka
memperkembang penaakulan yang lebih sistematik dan hubung kait penaakulan dengan
pembelajaran berkaitan dengan formula.

Cuba anda merenung kembali kepada cara pembelajaran murid-murid anda yang
menghadapi masalah miskonsepsi ini, adakah penaakulan menjadi amalan pembelajaran
mereka?

Miskonsepsi muri-murid dalam pembelajaran bentuk dan ruang adalah berbagai-bagaibagai. Berikut adalah beberapa contoh miskonsepsi berkaitan dengan geometri (2D dan 3D):

Pertama, miskonsepsti dalam mengenal pasti tapak dan tinggi (height) bagi segi tiga.
Pelajar menghadapi masalah untuk mengenal pasti konsep tapak dan tinggi yang digunakan
dalam segi tiga bersudut tepat. Pelajar selalunya menganggap garisan bawah sebagai tapak
dan tinggi merupakan garisan yang terletak ke atas daripada tapak. Contoh miskonsepsi:
murid menentukan tapak sebagai sisi yang terletak di bawah sekali (5 sm), manakala tinggi pula
adalah sebarang garisan yang terletak di atas tapak (13 sm).

Luas segi tiga tepat

13 sm

1
2

12 sm
5 sm

= 32.5 cm persegi.

Kesukaran

dan

134
Miskonseps

i | 135

Cadangan pemulihan (remedy):

Guru memberi peluang kepada murid-murid meneliti pelbagai jenis segi tiga tepat dan juga
pelbagai orientasi kedudukan segi tiga bagi mengenal pasti tapak dan tinggi segi tiga.
Pelajar digalakkan melukis di atas kertas atau mengunting segi tiga dan mengenal pasti
tapak dan tinggi dalam pelbagai kedudukan (pusingan).

Pelajar diberi pelbagai segi tiga tepat dan menandakan atau mewarnakan bahagian tapak
dan tinggi.

Hubung kait antara tapak dan tinggi diperjelaskan iaitu perpendicular antara satu sama
lain.

Kedua, miskonsepsi bahawa sisi yang lebih panjang membentuk sudut lebih besar.
(Tapak X Tinggi)
2
Miskonsepsi ini selalunya berlaku
dalam kalangan murid-murid adalah berkaitan dengan
(5 X 13)antara sisi (large turn)
persepsi ilusi (illusion) antara= bukaan

dan luas bukaan (large space)

pada dua garisan yang membentuk sudut. Contoh miskonsepsi adalah sebagaimana soalan
berikut:

Soalan:

Bandingkan size sudut A dan Sudut B

Jawapan:

Sudut A lebih kecil daripada sudut B

Cadangan pemulihan (remedy):

Guru perlu memberi penjelasan tentang bukaan antara sisi (large turn) dan panjang sisi
(large space) antara dua garis membentuk sudut.

Kesukaran

dan

135
Miskonseps

i | 136

Penggunaan lidi atau geopsticks menunjukkan bukaan (turn) tidak berubah apabila garis
membentuk sudut dipanjangkan.

Sudut ditakrifkan sebagai amount of turn (besar bukaan).

Menggunakan model dua lidi yang diikat dengan panjang lidi yang berbeza untuk mengatasi
miskonsepsi tentang sudut.

Menggunakan model yang pelbagai mewakili sudut, contohnya dua jarum jam (clock hand).

Guru

juga

protractor

boleh
(andaian

membimbing
pelajar

pelajar

sudah

mengukur

mengetahui

size

sudut

menggunakan

dengan

menggunakan

protractor).

Ini

dapat

mewujudkan kemahiran membuat anggaran sudut.

Ketiga, properties (sifat) sesuatu bentuk. Apabila pelajar membentuk konsep imej
(gambaran mental suatu bentuk) tanpa menyatakan definisi konsep bentuk (definisi spesifik
bentuk) atau properties (sifat-sifat) bentuk. Berikut adalah contoh miskonsepsi:

Miskonsepsi 1: Miskonsepsi yang biasa dilakukan oleh pelajar tentang segi tiga:

Segi tiga mempunyai satu titik di atas dan dua titik di bawah.

Dasar segi tiga adalah rata.

Miskonsepsi 2: Miskonsepsi yang biasa dilakukan oleh pelajar tentang segi empat:

segi empat (rectangles) mempunyai dua sisi panjang dan dua sisi
pendek.

Jenis

prototaip bentuk

Bentuk-bentuk rajah yang tidak dikenali, iaitu


bentuk berlainan daripada prototaip, boleh
menimbulkan miskonsepsi.

Parallelogram
Segi
(Rectangle)

empat

Segi empat sama


(Square)
Rhombus

segi empat (rectangles) adalah berbentuk panjang.

Kesukaran

dan

136
Miskonsepsi

| 137

Miskonsepsi 3: Miskonsepsi tentang bentuk yang tidak dikenali (Jadual 8.1).

Jadual 8.1:
Miskonsepsi bentuk yang tidak dikenali

Cadangan pemulihan (Remedy):

Guru memberi pendedahan kepada pelajar tentang set visual dan/atau konkrit contohcontoh bentuk daripada potongan Bristol board atau kepingan kad bentuk.

Guru memperkenalkan properties (sifat-sifat) yang mentakrif bentuk-bentuk. Instruksi boleh


membantu kefahaman pelajar.

Pelajar diberi pendedahan tentang contoh dan bukan contoh berkaitan dengan bentuk.

Contohnya, apabila memperkenalkan segi tiga, gunakan pelbagai jenis-jenis segi tiga (segi
tiga sudut tirus (acute), segi tiga sudut tepat (right), segi tiga sudut cakah (obtuse), dan segi
tiga sama

(equilateral), juga perkenalkan bukan segi tiga (non-triangles) objek tiga sisi

dengan wavy line atau objek tiga sisi terbuka.

Guru juga boleh memberi kepada pelajar pelbagai contoh yang bentuk yang pelbagai size
yang mempunyai orientasi yang berbeza.

Kesukaran

dan

137
Miskonseps

i | 138

Keempat, miskonsepsi tentang garis perpendicular (tegak). Garis vertikal (vertical) dan
garis mendatar (horizontal)

mudah dikenali. Garis perpendicular (tegak) agak sukar dikenali

dalam kalangan pelajar sebagai sudut tepat. Contoh miskonsepsi adalah seperti berikut
(rujuklah Rajah 8.6): Segi tiga sudut tepat (hijau) dan segi tiga tepat (merah) mudah dikenali
sebagai segi tiga tepat di mana pelajar mudah mengenali sudut tepat menggunakan sisi
mendatar dan sisi vertikal. Bagi segi tiga tepat (kuning) dilihat tidak mempunyai garis vertikal
dan garis mendatar yang bertemu secara jelas, pelajar tidak dapat mengenali kewujudan sudut
tepat bagi segi tiga (kuning).

Rajah 8.6: Segi tiga tepat dalam kedudukan yang berbeza

Cadangan pemulihan (remedy)

Guru menjelaskan konsep garis perpendicular (tegak) secara twofold iaitu pengajaran
pertama mengenal garis perpendicular, dan pengajaran kedua membuat putaran (rotation)
garis perpendicular

untuk mendapat

gambaran konsep lebih jelas. Putaran garis

perpendicular seperti rajah di bawah (Rajah 8.7):

Rajah 8.7: Putaran garis perpendicular

Kesukaran

dan

138
Miskonseps

i | 139

Menggunakan bahan manipulatif seperti lidi (geosticks set) membentuk sudut tepat atau
gunting kad berbentuk sudut tepat yang boleh ditunjukkan sebagai pelbagai cara kewujudan
garis perpendicular.
o

Guru menggunkan bahan manipulatif dengan meletakkan dua lidi (geosticks) dalam
keadaan vertikal dan mendatar;

Bentuk segi empat sama dengan menyambung dua hujung lidi (geosticks). Ini dapat
membantu mengesahkan bahawa dua garis adalah perpendicular pada satu titik.

Kemudiannya, guru boleh membimbing pelajar memutar (rotate) dengan kedudukannya


berubah. Pelajar boleh membuat analisis hubungan antara kedudukan dua jejari lidi
(geosticks) dan mengenal pasti jejari dua lidi tetap perpendicular antara satu sama lain.

Kelima, miskonsepsi tentang kepelbagaian bentuk segi tiga, iaitu segi tiga dua sama
(scalene), segi tiga sisi sama (isosceles), equilateral dan segi tiga tepat. Apabila membuat
klasifikasi segi tiga, pelajar mengenal pasti sebarang segi tiga yang mempunyai sudut tepat
adalah segi tiga sudut tepat dan gagal

membuat klasifikasi sebagai scalene, isosceles atau

equilateral apabila diminta untuk membuat klasifikasi mengikut sisi segi tiga.

Contoh miskonsepsi:

Diberi segi tiga berikut, murid-murid hanya mengklasifikasikan mengikut sudut tepat dan bukan
sudut tepat sahaja (Rajah 8.8), tetapi gagal mengklasifikasikan secara sempurna iaitu segi tiga
sudut tepat, isosceles dan equilateral.

Kesukaran
i | 140

dan

139
Miskonseps

Rajah 8.8: Mengklasifikasikan berbagai bentuk segi tiga

Cadangan pemulihan (remedy):

Guru memperkenalkan klasfikasi segi tiga mengikut sisi dan sudut secara berasingan;

Guru memberi fokus kepada membuat klasfikasi dengan menggunakan contoh-contoh yang
mencukupi. Guru juga membimbing murid-murid meneroka dan menemui jenis-jenis segi
tiga berdasarkan klasifikasi sisi suatu bentuk. Seterusnya, murid-murid secara lisan, diminta
menjelaskan klasifikasi berdasarkan sisi suatu bentuk geometri menggunakan terminologi
yang sesuai dan juga meminta murid-murid menjelaskan sebab-sebab klasifikasi segi tiga
dibuat.

Dalam sesi pengajaran lain, membuat aktiviti yang sama tetapi menggunakan kaedah
klasifikasi berlainan, seperti tentang sudut segi tiga.

Keenam,

miskonsepsi

tentang

garis

simetri

(Lines

of Symmetry).

Murid-murid

kadangkala memberi lebih banyak garis simetri daripada bilangan yang wujud sebenarnya.

Definisi mudah bagi garis simetri adalah garis yang membahagi dua bentuk dan garis simetri ini
membentuk sebagai yang sama berbentuk imej cermin.

Contoh miskonsepsi:
Daripada gambar rajah di bawah, bilangan garis simetri disalah interpretasi sebagai 4,
sedangkan bilangan paksi simetrinya ialah 2 (Rajah 8.9).

Kesukaran

dan

140
Miskonseps

i | 141

Simetri 1

Simetri 2

Simetri 3
Simetri 4

Rajah 8.9: Miskonsepsi tentang bilangan paksi simetri

Cadangan pemulihan (remedy):

Guru boleh menggunakan kaedah lipatan kertas untuk mendapatkan garis simetri seperti
gambar rajah di bawah (Rajah 8.10).

Rajah 8.10: Mendapat garis simetri secara melipat kertas

Ketujuh

ialah

miskonsepsi

berpunca

daripada

bahasa

(language):

Bahasa

yang

digunakan berbeza antara seseorang murid dengan yang lain bergantung pada aras pemikiran
Bentuk geometri

Bahasa bagi murid-murid Aras


0 menurut van Hiele
Penjuru (corners, pointy)

Bahasa bagi murid-murid aras


yang lebih tinggi menurut van
Hiele
Sudut

Seperti segi empat sama

Rectangular

Diamond

Rhombus atau layang-layang

Segi empat ada 4 sisi

Segi empat sama (square)


ada
4
side
sama
dan
sekurang-kurangnya
satu
sudut tepat

geometri mereka. Sebagai contoh ialah miskonsepsi yang timbul tentang istilah-istilah geometri

Kesukaran

dan

141
Miskonsepsi

| 142

di antara murid-murid yang berada pada Aras 0 model Van Hiele berbanding dengan muridmurid yang berada pada paras yang lebih tinggi (Jadual 8.2):

Jadual 8.2:
Perbezaan bahasa antara murid-murid

Situasi di atas menyebabkan guru gagal membantu pelajar dalam pembelajaran geometri.
Kefahaman bahasa geometri pelajar dan guru berbeza di mana penggunaan bahasa geometri

guru pada aras tinggi yang mana tidak difahami oleh pelajar. Van Hiele menyatakan bahawa,
memberikan bahasa atau maklumat yang melebihi tahap sebenar pelajar tidak membantu
pelajar untuk memahami aras yang lebih tinggi. Sebaliknya hendaklah menggunakan bahasa
pada aras yang lebih rendah. Sebagai contoh, pelajar diperkenalkan dengan perkataan yang
sama dalam bahasa Inggeris tetapi membawa makna yang berbeza dalam matematik.

Kesukaran

dan

142
Miskonseps

i | 143

Kelapan, miskonsepsi berpunca daripada penggunaan protractor. Terdapat sebilangan


murid-murid yang memiliki miskonsepsi untuk mengukur sudut menggunakan protraktor. Dua
miskonsepsi yang sering dialami murid-murid adalah seperti berikut:

Protraktor mesti diletakkan pada kedudukan mendatar, tanpa mengambil kira orientasi
sudut yang diukur.

Apabila mengukur sudut selalu bermula daripada kanan/kiri.

Pelajar perlu diperkenalkan dengan betul alat protractor dan ukuran-ukurannya. Penggunaan
yang betul dan latihan yang mantap boleh memastikan pelajar biasa dengan penggunaan
protractor. Pelajar perlu diingatkan supaya:

Titik di mana garis perpendicular bersilang pada pusat protraktor diletakkan pada titik di
mana sudut akan diukur.

Suatu sudut yang hendak diukur mesti selaras dengan kedudukan protraktor sama ada ke
kanan (Rajah 8.11) atau kiri (Rajah 8.12) dengan garis mendatar pada dasar protractor.
Sudut diukur dengan melihat pada sendeng bermula daripada kosong (lihat Rajah 8.11).

90
60
120
30
160

120
60
160
30

Tandaan 0

Tandaan 0

Tandaan
Pusat

Rajah 8.11: Bacaan sudut bermula dari kanan

143
Kesukaran

dan

M i s k o n s e p s i | 144

Jenis

prototaip bentuk

Miskonsepsi membabitkan bentuk-bentuk rajah


geometri selain daripada prototaip

Piramid
Kon
Kubus
Prisma

90
60
120

120
60
160
30

30
160

Tandaan 0

0
o

Tandaan
Pusat

Tandaan 0

Rajah 8.12: Bacaan sudut bermula dari kiri

Fikirkan miskonsepsi tentang bentuk-bentuk berikut:

Berdasarkan pengalaman anda sendiri, bincangkan apakah miskonsepsi yang


dihadapi

oleh

murid-murid

dalam

pembelajaran

tentang

bentuk

Kesukaran

dan

dan

ruang.

Seterusnya

144
Miskonseps

i | 145

bincangkan apakah langkah yang telah diambil bagi mengatasi kesukaran yang dihadapi muridmurid ini.

RUMUSAN
Umumnya, kesukaran dan miskonsepsi merupakan perkara yang perlu difahami dan ditekan
oleh guru dalam pengajaran kelas. Oleh itu, sebagai guru, anda perlulah memahami dengan
jelas, apakah yang dimaksudkan dengan kesukaran dan miskonsepsi ini, khususnya yang
membabitkan bentuk dan ruang. Keupayaan anda untuk mengatasi masalah kesukaran dan
miskonsepsi akan memastikan pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.

SOALAN LATIHAN
i.

Terangkan

maksud

kesukaran

dan

miskonsepsi

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran bentuk dan ruang.


ii.

Terangkan

dua miskonsepsi

yang

sering

dialami

oleh murid-murid

dalam

pembelajaran bentuk dan ruang ?

UJIAN PASCA-PELAJARAN

Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda mempelajari

unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut:


Item
1

Penyataan /Statement
Saya dapat menerangkan dan membincangkan
tentang maksud kesukaran dan miskonsepsi dalam
pembelajaran bentuk dan ruang.

5
Tidak
Setuj
u

Saya dapat menjelaskan dan membincangkan


tentang kesukaran yang dihadapi oleh murid-murid
dalam pembelajaran bentuk dan ruang.

Kuran
g Setu
j
u

Saya dapat menjelaskan dan membincangkan


tentang miskonsepsi yang dihadapi oleh muridmurid dalam pembelajaran bentuk dan ruang.
Sangat Tidak

Setuju/
Agre
e

Sangat Setuju

Setuju
1

145
Kesukaran

dan

M i s k o n s e p s i | 146

146