You are on page 1of 2

PERNYATAAN PROFESIONAL SEBELUM PRAKTIKUM

Praktikum merupakan subsistem dari perkuliahan bagi pelajar-pelajar IPG.


Praktikum juga dikenali sebagai satu aktiviti terstruktur dan terjadual yang bertujuan
untuk memberi pengalaman yang nyata dalam rangka meningkatkan pemahaman
guru-guru pelatih tentang pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.
Pemikiran pelajar yang berbeza-beza tahap kematangannya memerlukan berbagai
pendekatan berbeza. Guru dapat mempelbagaikan cara dan teknik di bilik darjah
yang akhirnya mewujudkan budaya suka belajar dalam kalangan pelajar.
Program praktikum fasa 1 saya diadakan di Sekolah Kebangsaan Parit Bulat,
Muar, Johor. Sekolah ini merupakan sekolah berstatus luar bandar dan ini
merupakan praktikum pertama saya di kawasan luar bandar. Walaupun mengalami
sedikit masalah dari segi kewangan dan penempatan, saya menganggap perkara ini
sebagai satu peluang untuk saya menimba ilmu. Sudah pasti suasana pengajaran
dan pembelajaran akan berubah.
Antara perkara yang saya perlu lalui sebelum menjalankan praktikum ini ialah
sesi taklimat bersama unit praktikum. Sesi taklimat berlangsung pada hari Rabu
bersamaan 18/4/2015 menerangkan tentang persediaan dalam menghadapi
praktikum fasa 1 disampaikan oleh pensyarah unit praktikum iaitu En. Asmadi.
Program praktikum ini adalah untuk membentuk seorang guru yang cemerlang
dalam bersedia menghadapi sebarang cabaran yang bakal dihadapi.
Selain itu, antara persediaan penting yang telah saya lakukan sebelum
menjalankan sesi praktikum yang pertama ini adalah membuat persedian dari segi
mental dan fizikal. Pengalaman Program Pengalaman Berasaskan Sekolah yang
lalu, sedikit sebanyak membantu saya dalam persediaan mental untuk menempuh
kehidupan sebagai seorang guru praktikum. Perasaan takut dan kekok bukan lagi
masalah tapi keinginan untuk lebih mesra dengan warga sekolah merupakan aspek
yang ingin saya tekankan kelak. Saya juga berharap sepanjang tempoh praktikum
fasa 1 ini iaitu selama sebulan, saya akan dapat menjalinkan hubungan baik dengan
seluruh warga Sekolah Kebangsaan Parit Bulat. Untuk persediaan dari segi fizikal
pula, saya perlulah bersedia untuk sentiasa konsisten datang awal pada setiap hari
sepanjang tempoh praktikum. Walaupun jarak antara sekolah dan rumah sewa

begitu jauh, saya akan pastikan kehadiran sepanjang tempoh praktikum adalah
konsisten awal.
Bagi praktikum pertama ini juga, saya berharap agar dapat sentiasa
mengemaskini portfolio praktikum setiap minggu tanpa bertangguh. Perkara ini
penting agar selepas tamat praktikum kelak, beban tugasan praktikum tidaklah
begitu banyak. Rancangan Pengajaran Harian pula, dengan bimbingan yang jelas
dari unit praktikum serta pensyarah bimbingan En Ahmad Shafarin bin Shafie, saya
kira tiada masalah dari segi kekeliruan akan timbul dan saya berharap agar segala
perancangan pengajaran yang telah saya rancang akan datang dapat diterima oleh
murid dan objektif pengajaran sepanjang tempoh praktikum ini akan tercapai.
Nama: Muhammad Haziq Bin Zuzly
No. Kad Pengenalan: 930923-04-5217