You are on page 1of 5

KERTAS CADANGAN

PENYERTAAN PEMAIN PASUKAN BOLA BALING


SEKOLAH KEBANGSAAN SEMBULAN KE
KEJOHANAN BOLA BALING BAWAH 12 TAHUN
MSSD KOTA KINABALU TAHUN 2015

ANJURAN

SEKOLAH KEBANGSAAN TEBOBON


KOTA KINABALU

TARIKH

29 JANUARI 2015
( KHAMIS )

TEMPAT

GELANGGANG YAYASAN SABAH

KERTAS CADANGAN PENYERTAAN PEMAIN PASUKAN BOLA BALING


SEKOLAH KEBANGSAAN SEMBULAN KE KEJOHANAN BOLA BALING BAWAH
12 TAHUN MSSD KOTA KINABALU TAHUN 2015

PENGENALAN
Falsafah
untuk

Pendidikan

melahir

Negara

meletakkan

matlamat

d a n memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh

dan seimbang. Pembentukan s a h s i a h m u r i d s e r t a k e p e r i b a d i a n m u l i a d a p a t


d i p u p u k m e l a l u i p e n y e r t a a n d a l a m bidang sukan. Bidang ini bukan sahaja dapat
menyihatkan badan, malahan juga dapat mendidik dan melatih seseorang murid itu menjiwai
sifat-sifat kekitaan, bekerjasama dan bertoleransi. Bola baling sememangnya sudah tidak asing lagi
kepada murid Sekolah Kebangsaan Sembulan. Sebagai sebuah permainan yang berpasukan, banyak nilai
positif yang dapat diterapkan, antaranya bekerjasama, berdisiplin, semangat juang yang tinggi dan semangat
kesukanan. Ia juga menjadikan seseorang murid lebih berdaya tahan dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial
di samping membina kekuatan intelek dalam menghadapi dunia tanpa sempadan. Pengalaman dalam
permainan dan pertandingan ini dapat digunakan dalam kehidupan seharian bagi menghasilkan kualiti hidup
yang lebih sempurna. Pada tahun ini, Kejohanan Bola Baling Bawah 12 Tahun Peringkat Zon
Tanjung Aru telah dikelolakan oleh Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru 1 pada 22 Januari 2015.
Penganjuran kejohanan ini telah berjaya m e n g e n a l p a s t i p e m a i n y a n g b e r b a k a t
d a n b e r k e b o l e h a n u n t u k diketengahkan bagi mewakili Zon Tanjung Aru ke
kejohanan peringkat daerah pada 29 Januari 2015 di Sekolah Kebangsaan
Tebobon. Sukacitanya dinyatakan SK Sembulan telah menjadi Johan bagi kategori
lelaki manakala Naib Johan bagi kategori perempuan. Seramai 10 orang pemain
telah tersenarai untuk mewakili Zon Tanjung Aru terdiri daripada lima lelaki dan
lima perempuan.

TUJUAN
Sukan bola baling adalah salah satu sukan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai sukan
untuk kecemerlangan sekolah. Rekod pencapaian pasukan bola baling Sekolah Kebangsaan
Sembulan pada peringkat zon bagi tahun 2015 adalah sangat baik. Alhamdulillah, pada tahun
ini pasukan lelaki bawah 12 tahun telah menjadi Johan peringkat Zon Tanjung Aru manakala
pasukan perempuan telah muncul Naib Johan. Sepuluh orang pemain daripada Sekolah
Kebangsaan Sembulan telah dipilih untuk menggalas cabaran di peringkat daerah dan
diharapkan pemain-pemain ini akan dipilih untuk mewakili daerah Kota Kinabalu ke
kejohanan peringkat MSS Bahagian Barat yang akan diadakan di Penampang dan seterusnya
ke peringkat negeri yang akan diadakan di Keningau. Besar harapan pasukan bola baling SK
Sembulan untuk melihat pemain mewakili negeri Sabah ke MSSM yang akan diadakan di
Pulau Pinang pada tahun ini. Pemain yang telah dipilih ini bukan sahaja membawa nama Zon
Tanjung Aru malah turut membawa nama Sekolah Kebangsaan Sembulan. Pencapaian yang
lebih cemerlang boleh digapai seandainya usaha pembangunan bola baling dijalankan
diperingkat sekolah sedari awal.

OBJEKTIF

Menghasilkan pemain-pemain bola baling di peringkat tinggi yang berkemahiran


tinggi, kreatif dan mempunyai semangat juang.
Melahirkan murid-murid yang sihat dan aktif dari segi rohani, jasmani, intelek dan sosial.
Memperluas lagi peluang penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum
Mengetengahkan bakat baru dan secara tidak langsung menjadi pemain pelapis pasukan

bola baling sekolah.


Memajukan sukan bola baling sebagai sukan teras di peringkat sekolah rendah seterusnya
ke peringkat yang lebih tinggi.

JADUAL LATIHAN

Tarikh/Hari
1. 28/1/2015 (Rabu)
* Rujuk surat lampiran

Masa
8.00 11.00 pagi

Tempat
MyFutsal Kg Ulu Putatan

JADUAL PERTANDINGAN
Tarikh/Hari
1. 29/1/2015 (Khamis)
* Rujuk surat lampiran

Masa
8.00 pagi 2.00 petang

Tempat
Gelanggang Yayasan Sabah

BAJET KEWANGAN
Bil.
1.
2.
3.

Perkara
Sumbangan penyertaan
Pengangkutan (van)
Makanan dan minuman pemain

Kuantiti
RM 28.00 x 10
RM 120.00 x 2 hari
RM 6.00 x 10 pemain

Jumlah
RM 280.00
RM 240.00
RM 60.00

x 1 hari
Jumlah keseluruhan
* Yuran penyertaan rujuk surat lampiran

RM 580.00

SUMBER KEWANGAN
1. Unit Kewangan Sekolah Kebangsaan Sembulan

Disediakan oleh :

Disemak oleh :
.
( AZMAN BIN JAHILU )

(NAZMI BIN MUSTAFA)

Penolong Kanan Kokurikulum,


Sekolah Kebangsaan Sembulan,

Jurulatih Bola Baling,


Sekolah Kebangsaan Sembulan,
Kota Kinabalu.

Diluluskan oleh:

(MARIANAH BINTI MOHD YUSUF)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sembulan,
Kota Kinabalu.

Kota Kinabalu.

You might also like