You are on page 1of 4

KERTAS KERJA GOTONG ROYONG RIA

SK KEM KABOTA 2013


PENGENALAN
Aktiviti gotong royong ria merupakan aktiviti yang julung kali diadakan bagi
sekolah SK Kem Kabota, Tawau. Aktiviti ini dijalankan untuk menyahut seruan
Program Bersepadu Sekolah Sihat di mana program tersebut menekankan amalan
kebersihan dan keselamatan di kalangan murid. Disamping itu juga, program PBSS
menggalakkan penglibatan komuniti tempatan untuk menyumbangkan idea bagi
penaiktarafan kebersihan dan keselamatan sekolah. Aktiviti gotong-royong juga
dapat mendedahkan kepada warga sekolah terutamanya mengenai cara hidup yang
sihat dan kepentingan menjaga keselamatan diri.
OBJEKTIF
Merapatkan silaturrahim dikalangan warga sekolah dan pihak komuniti
tempatan
Membersih dan membaikpulih taman herba dan teratak ilmu sekolah
Memupuk rasa tanggungjawab dan kebersamaan dikalangan warga sekolah
SK Kem Kabota dan komuniti tempatan
Memberi kesedaran kepada cara hidup sihat dan menjaga aspek keselamatan
dalam diri murid
KUMPULAN SASARAN
Semua murid Tahun 4, 5 dan 6, guru-guru SK Kem Kabota serta komuniti tempatan.
TARIKH PROGRAM
6hb Jun 2013 (Sabtu)
LOKASI SASARAN
Taman Herba Sains
Teratak Ilmu
Kolam Ikan
Bangunan Terbiar

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM


Penasihat

Tuan Haji Mohd Aminullah Bin Nasir

Naib Pengerusi 1

Puan Lia Sambea

Naib Pengerusi 2

Cik Salmah Mahmud

Naib Pengerusi 3

Puan Riah Ali

Setiausaha

Cik Farrahnaz Syezadiah Md Husin

Bendahari

Cik Chin Kin Len

Penyelaras Program

En Arrifin Edin

Ahli Jawatankuasa Peralatan : En Amin Sunari


Ahli Jawatankuasa Jamuan

: Puan Engku Radziah Engku Ahmad

Ahli Jawatankuasa Disiplin

: En Amran Abdul Aziz

TENTATIF PROGRAM

MASA

AKTIVITI

07.30 pagi

Berkumpul di Tapak Perhimpunan

07.40 pagi

Taklimat Gotong Royong dan pembahagian lokasi

08.00 pagi

Gotong Royong bermula

10:30 pagi

Berkemas/membersihkan alatan/diri

10.45 pagi

Rehat

11.05 pagi

Jamuan

12.05 tengahari

Bersurai

PEMBAHAGIAN KAWASAN
Taman Herba Sains

Teratak Ilmu

Kolam Ikan

Bangunan Terbiar

1. Guru-guru
Sains (Ketua)
2. Ahli
Kelab
Sains
dan
Matematik
berserta
keluarga

3. Guru-guru
Pendidikan
Seni Visual
4. Ahli
Kelab
PSV
beserta
keluarga

5. Guru-guru
Kemahiran
Hidup (Ketua)
6. Ahli
Kelab
Kemahiran
Hidup beserta
keluarga

7. Guru-guru
Bahasa
Melayu
(Ketua)
8. Ahli
Kela
Bahasa
Melayu
beserta
keluarga

ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL
1

2.

PERKARA
Peralatan
1.1
Cat (RM25 x 10)
1.2
Papan
1.3
Paku
1.4
Ikan pelaga (RM 2.00 x
20)
Jamuan
2.1 Sarapan (RM 3.00 x 100)
2.2 Makan Tengahari (RM 5.00
x 100)
JUMLAH

HARGA
RM 250.00
RM 300.00
RM 50.00
RM 40.00
RM 300.00
RM 500.00
RM 1440.00

PENUTUP
Gotong-royong ria yang julung kali diadakan ini diharap dapat memberi impak yang
besar dalam kebersihan, keselamatan dan keindahan sekolah SK Kem Kabota.
Diharap juga agar nilai
tanggungjawab dan kerjasama dapat dipupuk dalam diri
murid. Di samping itu juga, penglibatan komuniti tempatan iaitu warga Kem Kabota
beserta keluarga murid dalam meningkatkan nilai keselamatan dan kebersihan
sekolah amatlah dihargai.

You might also like