You are on page 1of 10

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT/HOTs

)
MASALAH DAN PENYELESAIAN MASALAH
Penyelesaian masalah merupakan bentuk pembelajaran pada tahap tertinggi (Gagne,1985).
Menurut Krulik dan Rudnick(1989), penyelesaian masalah adalah merupakan satu proses yang
kompleks dan sukar dipelajari. Ianya mengandungi satu siri tugasan dan proses pemikiran yang
berkait rapat untuk membentuk satu set corak pemikiran heuristic. Ianya merupakan satu keadaan
dimana pelajar mesti melaluinya untuk menyelesaikan masalah dalam matematik. Heuristic ialah satu
kaedah umum yang mana dapat diaplikasikan kepada semua jenis masalah. Terdapat beberapa
model penyelesaian masalah yang sering digunakan dalam matematik seperti Model Polya (1973),
Model Lester (1975), Model Mayer (1983), Model schoenfield (1985). Dalam KSSR, Model Polya
adalah model utama yang digunakan dalam kurikulum matematik dimana ianya mempunyai empat
langkah yang mudah difahami dan sering digunakan dalam penyelidikan matematik di Malaysia.
JENIS-JENIS MASALAH
MASALAH RUTIN
Masalah rutin (routine problem) ialah jenis masalah matematik secara mekanikal iaitu pengiraan,
ianya bertujuan untuk melatih pelajar untuk menguasai kemahiran asas terutamanya kemahiran
aritmatik yang melibatkan empat operasi dalam matematik iaitu penambahan, penolakan, pendaraban
dan pembahagian. Aplikasi secara terus(direct) yang menggunakan formula matematik, mengikut
prinsip matematik, secara teori dan persamaan. Secara umumnya masalah rutin ini ialah jenis
penyelasaian masalah dalam matematik yang paling mudah atau asas ianya bertujuan untuk
memudahkan pelajar menguasai konsep algoritma. Masalah-masalah rutin hanya memerlukan pelajar
memahami masalah, memilih operasi yang sesuai serta mempraktikkan algoritma-algoritma yang
telah dipelajari. Prosedur penyelesaiannya diketahui oleh pelajar. Walaubagaimanapun masalahmasalah matematik yang rutin ada fungsinya kerana ia memberi latihan dalam ingatan fakta-fakta
asas dan langkah-langkah yang berturutan.
MASALAH BUKAN RUTIN
Masalah bukan rutin (non-routine problem) pula ialah penyelesaian yang unik dimana memerlukan
pelajar mengaplikasikan kemahiran dan konsep atau prinsip dalam matematik yang telah dipelajari
dan dikuasai, kaedah penyelesaian masalah bukan rutin dalam matematik tidak boleh dihafal atau
dicongak tidak seperti mana menjawab soalan yang berbentuk pengiraan. Proses penyelesaian
masalah ini memerlukan satu set aktiviti yang sistematik dimana ianya mempunyai perancangan yang
logik termasuk strategi yang hendak digunakan serta pemilihan kaedah yang sesuai untuk
melaksanakannya. Dalam penyelesaian masalah dalam matematik, lebih daripada satu strategi
digunakan untuk memperolehi penyelesaiannya. Sudah tentu masalah-masalah bukan rutin
memerlukan proses-proses yang lebih tinggi daripada yang terlibat dalam penyelesaian masalahmasalah rutin. Masalah-masalah bukan rutin biasanya diselesaikan dengan pelbagai cara yang
memerlukan proses pemikiran yang berbeza-beza. Nyata sekali pelajar dikehendaki menggunakan
kemahiran kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah bukan rutin.

PERBEZAAN ANTARA MASALAH RUTIN DAN

berlakon? Mereka membeli 3 tiket untuk dewasa dan 3 tiket untuk kanak-kanak.MASALAH BUKAN RUTIN MASALAH RUTIN Masalah dalam kehidupan sebenar Melibatkan satu operasi matematik MASALAH BUKAN RUTIN Masalah yang kompleks Memerlukan lebih daripada satu operasi matematik Menggunakan pemikiran yang kritis dan kreatif Memerlukan kefahaman. Strategi bekerja secara sonsang melibatkan bermula dengan keputusan akhir dan menterbalikkan langkah-langkah yang perlu untuk mendapatkan jawapan kepada masalah ini.49 seorang 4 boneka akan mengambil masa untuk Keluarga Amir ingin menaiki kereta api. 2.87 KERJA SECARA SONSANG Ada beberapa masalah yang memberikan syarat-syarat akhir sesuatu tindakan dan anda dikehendaki menentukan apa yang berlaku sebelumya. memilih operasi dan algoritma Menyelesaikan masalah melalui Pelbagai strategi dan cara untuk bercerita dan kaitkan dengan kehidupan menyelesaikan masalah. Terdapat sekurang-kurangnya 2 jenis masalah yang boleh diselesaikan dengan strategi ini iaitu : 1. Dalam masalah yang sedemikian. sebenar. anda boleh menentukan syarat-syarat akhir itu terlebih dahulu dan kemudiannya menggunakan strategi kerja secara sonsang (work backwards). Berapa lamakah Kanak-kanak : RM 5. Berapakah harga tiket untuk kesuluruhannya PENYELESAIAN: PENYELESAIAN: 4 boneka mengambil masa selama 1 jam Tiket dewasa : RM 8 Tiket kanak-kanak : RM 5 Tiket dewasa : 3 x RM8 = RM24 Tiket kanak-kanak : 3 x RM5 = RM15 Jumlah kesuluruhan tiket : RM24+RM15=RM39 Sekarang. Apabila keputusan akhir diberikan atau dikenalpasti dalam soalan dan anda diminta mencari keadaan awalnya. Contoh masalah : Contoh masalah: Setiap boneka mengambil masa selama Dewasa : RM 8. mendapatkan maklumat. .29 = RM24. selesaikan masalah dengan cara yang sama : 3 x RM8. mendapatkan maklumat. Apabila mempunyai satu matlamat tetapi pelbagai cara untuk mencapainya.29 seorang 15 minit untuk berlakon. memilih operasi dan algoritma Menggunakan kemahiran asas dan proses-proses yang berurutan Memerlukan kefahaman.

Maka kita akan memeriksa untuk .30 pm  Dia dan bapanya mahu menaiki bas dan mereka harus sampai di Kelab Athletic sebelum 7.02 pm 7.10 pm Kelab Athletic 3.32 pm Penyelesaian : Langkah 1: Memahami masalah  Ali dan bapanya mahu bermain bola keranjang pada pukul 7.30 pm. Permainan akan bermula pada 7:30 p.02 pm.30 pm Sampai ke kelab : 7.55 pm *mereka harus mengambil bas pada 6. Bas meninggalkan perpustakaan negeri pada pukul 6.32 pm 7. Masa bas bergerak dari perhentian bas : 6. Kemudian cari masa bagi Ali dan bapanya untuk meninggalkan rumah.55 pm Masa dari rumah ke perhentian bas : 35 minit Sampai ke perhentian bas : 6.55 pm.30 pm.30 pm Masa berlalu : 35 minit (masa untuk berjalan dari rumah ke perhentian bas) Masa Ali dan bapanya mula bergerak dari rumah : 5.40 pm 7.30 pm Langkah 3 : menjalankan rancangan Bas tiba di Kelab Athletic pada 7. kita akan meneka penyelesaian pada awalnya dengan tekaan yang munasabah sesuai dengan kehendak soalan. Langkah 4 : semak semula Gerak dari rumah : 5. Kita boleh menggunakan jadual bas yang diberikan. Bas manakah yang patut mereka ambil untuk sampai ke kelab itu ? Jadual Laluan Bas Perhentian Bas Masa Masa Masa Perpustakaan Negeri 3.10 pm 6.30 pm Langkah 2 : merancang rancangan Kita boleh menggunakan kerja secara sonsang untuk menyelesaikan masalah ini.00 pm Pasaraya tesco 3.00 pm 6.55 pm TEKA DAN UJI Dalam strategi teka dan uji. Mulakan dengan mencari bas terakhir yang boleh tiba di Kelab Athletic sebelum 7.30 pm  Pukul berapakah Ali dan bapanya harus menaiki bas untuk sampai sebelum 7.30 pm 7. Mereka mengambil masa kira-kira 35 minit untuk berjalan ke perhentian bas Kajang.m.30 pm dan meninggalkan rumah pada 5.02 pm Jawapan : 6.35 minit =5.SOALAN Ali dan bapanya pergi ke Kelab Athletic untuk bermain dalam kejohanan bola keranjang.

30 pm bas akan bertolak ke perpustakaan negeri dan akan sampai ke Kelab Athletic pada pukul 7.30 pm (6.00 pm / 6. (3.30 pm) 3) Memastikan bila harus bertolak dari rumah supaya dapat sampai ke perhentian bas sebelum bas bertolak (6.00 pm) 2) Mencari waktu yang sesuai supaya dapat sampai ke kelab sebelum 7.55pm) Langkah 4 : lihat kembali atau semak penyelesaian  Jika bertolak dari rumah pada 5.30 pm  Langkah 2 : membuat rancangan Strategi yang berkemungkinan :  Teka dan uji  Algebra Langkah 3 : melaksanakan rancangan 1) Mengambil kira semua waktu perjalanan bas dari perhentian kajang ke Kelab Athletic.30 pm / 7.30 pm  Pukul berapakah Ali dan bapanya harus menaiki bas untuk sampai sebelum 7.30pm – 35 minit = 5. Jika tidak. Langkah 1: memahami masalah  Ali dan bapanya mahu bermain bola keranjang pada pukul 7.melihat sama ada tekaan kita betul atau tidak. Strategi ini boleh dianggap sebagai satu bentuk percubaan dan kesilapan.55 pm. ali dan bapanya akan sampai ke perhentian bas pada pukul 6. langkah itu adalah untuk mempelajari sebanyak mungkin tentang penyelesaian berdasarkan tekaan sebelum membuat tekaan seterusnya.30 pm Dia dan bapanya mahu menaiki bas dan mereka harus sampai di Kelab Athletic sebelum 7. di mana maklumat mengenai ralat membantu kita memilih apa untuk percubaan seterusnya.30 pm .30 pm  Ketika 6.02 pm  Maka ali dan bapanya akan sempat sampai sebelum 7.

KONSEP BERFIKIR • Edward de Bono ( 1976 ) . PRINSIP KEMAHIRAN BERFIKIR .KEMAHIRAN BERFIKIR Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran.Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu. membuat urutan dan lain-lain. membanding. Operasi Kognitif .merupakan operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran dalam proses kognitif iaitu memandu dan membimbing segala aktiviti pemikiran manusia di antara komponen-komponen berfikir.Pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul. Operasi terbahagi kepada 2 jenis iaitu : i. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat. berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.adalah kemahiran berfikir yang sering kita gunakan setiap hari. PROSES BERFIKIR • Berfikir melibatkan pengendalian operasi mental tertentu dalam minda seseorang. Berdasarkan pandangan dan definisi yang dihuraikan Konsep Pemikiran bolehlah dirumus sebagai : “ Pemikiran ialah satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang tertimbul dengan menggunakan pelbagai cara iaitu membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses yang dialami. • Dewey ( 1910 ) menegaskan : . • Menurut pandangan Islam. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur. seperti mengelas. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi. Operasi Meta kognitif . ii.

irama. Teori Kemahiran Berfikir : Robert Sperry. . Berdasarkan huraian di atas. • Tentukan tujuan kita berfikir dan sering bertanyakan diri sendiri tujuan dan apakah hasil yang diharapkan. • Berfikir secara perlahan-lahan dan sentiasa berfikir secara mudah. analitis urutan atau susunan bahasa fakta. . • Perlu mengambil kira emosi dan perasaan orang lain serta diri sendiri sewaktu berfikir. Setiap idea perlulah dilihat secara global supaya perincian kita tidak lari atau melencong dari skop atau landasan yang sebenar. Manakala bahagian kanan mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif. 2. Otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik. • Kita perlu memikirkan alternatif lain sebelum kita membuat keputusan yang lebih baik. • Melupakan rasa ego. Kecerdasan logical-matematik iii. Kecerdasan linguistik ii. reka bentuk di samping perasaan.Howard berpendapat setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Menurutnya manusia mempunyai tujuh kecerdasan iaitu. . Al-Ghazali membahagikan Sains dan pengetahuan kepada ilmu kekal dan ilmu sementara. Ilmu kekal datangnya dari Tuhan semata- . kita perlu mengikis perasaan ego kita jika inginkan setiap kemahiran berfikir yang digunakan itu dapat manafaatnya. Teori Pelbagai Kecerdasan : Howard Gardner. • Sentiasa menukar arah otak kita berfikir iaitu. TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR 1.Beliau merupakan tokoh Islam. Kedua-dua bahagian otak ini mempunyai fungsi berfikir yang tertentu. Kecerdasan visual-Spatial iv. untuk melahirkan pelajar yang sanggup berfikir secara kritis dan kreatif. warna. kreatif dan lateral.• Sentiasa bersikap kostektif iaitu mempunyai sikap positif bagi semua jenis kemahiran berfikir dan elakkan dari bersikap negatif. Kecerdasan tubuh kinestetik vi. matematik dan ingatan. 3. Kita juga perlu menggunakan pelbagai kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. muzik dan imaginasi. Kecerdasan interpersonal vii. Setiap pemikiran haruslah di akhiri dengan tindakan yang seharusnya mendatangkan kesan yang baik pada orang lain. i. Teori Epistemologi : Imam Al-Ghazali. Kecerdasan intrapersonal Dengan kecerdasan ini beliau percaya ia boleh dikembangkan dan dapat diajar di sekolah-sekolah. bila kita perlukan berfikir secara logik. Kecerdasan muzik v.Teori Robert Sperry menghuraikan otak manusia yang menggunakan bahagian kirinya berfikir secara kritis dan bahagian kanannya pula berfikir secara kreatif. sintesis. kedua-dua bahagian otak kanan dan kiri hendaklah dikembangkan.

ALAT BERFIKIR . Teori Konstruktivisme .Teori ini menganggap bahawa pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda. Ilmu Naqli atau ilmu wahyu merupakan jenis pengetahuan asas yang mesti diketahui untuk membantu penaakulan dan mengupas kewujudan diri. Ilmu ciptaan manusia tergolong dalam Ilmu Aqli (akal). Contoh alat berfikir yang biasa digunakan ialah pengurusan grafik. Proses pemikiran yang terlibat dalam menjawab soalan ini ialah menenangkan. peraturan prinsip. Pemikiran konvergen tertumpu ke arah mencari satu jawapan atau satu cara tertentu dikenali sebagai pemikiran tertumpu atau pemikiran berpandu. Ilmu sementara pula berupa ilmu binaan manusia samada hasil kajian atau teori atau hasil pengalaman langsung.Penguasaan murid terutama dalam kemahiran berfikir menjadi lebih berkesan melalui penggunaan alat berfikir yang sesuai semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Beliau melihat pemikiran konvergen sebagai daya berfikir yang membolehkan seseorang menggunakan pengetahuan sedia ada dengan integrasi logik dan susunan demi menghasilkan idea atau jawapan yang lazim. pengalaman. Beliau mendefinisikan penaakulan sebagai kelayakan yang membolehkan seseorang individu menanggapi ilmu pengetahuan dan berfikir tentang sesuatu yang boleh difikirkan. JENIS-JENIS PEMIKIRAN • Pemikiran Konvergen . Ia juga disebut pemikiran penaakulan atau pemikiran kritis. 4. dan penyelidik pendidikan terhadap proses pembelajaran individu. membanding dan membeza. Mengikut Teori Konstruktivisme. .mata. tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Teori ini dibina berdasarkan gabungan hasil kajian ahli psikologi. Penyelesaian masalah juga dilakukan berdasarkan pengetahuan. ilmu pengetahuan adalah dibina melalui proses saling pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. pemikiran konvergen ialah salah satu jenis daya berfikir. Ilmu Aqli merupakan hasil pemikiran dan kajian yang sah. menyatakan. teori. hukum atau rumus yang sedia ada. peta minda dan alat CORT.Mengikut Guilfort 1976. Ia juga melibatkan proses metakognitif disamping proses kognitif. di mana ia melibatkan operasi mengarah dan mengawal proses kognitif tersebut. ahli falsafah. Ia dapat membantu murid bagi mengimbas kembali maklumat berkaitan yang boleh digunakan untuk membantu mengabungkan maklumat-maklumat baru. Di bawah proses pembelajaran pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif dengan menggunakan cara membanding maklumat yang baru dengan pengalaman sedia ada.

44020 Tanjung Malim.Dikenali sebagai pemikiran bercapah dan memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif tentang sesuatu maklumat. Malaysia Monday. 5 December 2011 Otak proaktif selepas jam 10 malam Kajian mendapati pekerja sukar selesai masalah selepas makan tengah hari masa paling kurang kreatif LONDON: Satu hasil tinjauan terbaru mendakwa masa paling kreatif dan bertenaga bagi individu adalah jam 10.426 responden. Ia juga dikenali sebagai pemikiran mendaar atau lateral dan mempunyai unsure intuisi dan celik akal supaya masalah terbuka dapat diselesaikan dengan pelbagai cara yang unik dan luar biasa. pekerja lazimnya sukar menyelesaikan masalah kerja selepas makan tengah hari. • Pemikiran Reflektif . Perak. Masa paling kurang kreatif adalah jam 4.Pemikiran Konvergen berdasarkan pengetahuan / pengalaman sedia ada.33 petang dan 92 peratus daripada 1.04 malam dan bukannya pada siang hari yang sememangnya diingini ramai berikutan waktu bekerja dan persekolahan. lapor Daily Telegraph semalam. . mengakui mereka tidak bersemangat pada masa itu.wordpress.com Posted by Teacher at 20:32 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Location: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Wilson J & Wing Jan L (1993) berpendapat pemikiran reflektif adalah berhubung rapat dengan aspek-aspek pemikiran yang lain. menunjukkan otak kurang berkembang pada sebelah tengah hari. Tinjauan penyelidik Universiti Katolik di Milan.Menurut Birchall (1992) pemikiran reflektif memerlukan penggunaan pengalamanpengalaman sedia ada untuk menimbang kemungkinan-kemungkinan tindakan alternatif yang boleh jaya untuk mencapai objektif penyelesaian masalah serta menetapkan keputusan bagi tindakan seterusnya. Jawapan Tunggal Masalah Tertutup • Pemikiran Divergen. Ia merujuk kepada berfikir dalam penyelesaian sesuatu masalah dari berbagai-bagai sudut. Sumber:guabama. pemikiran divergen memerlukan jawapan yang banyak dan pelbagai. . Menurut Davidoff (1976). Idea yang terhasil juga asli dan bernilai. Individu yang berfikiran divergen diangap individu yang kreatif. Itali. Berikutan itu.

Malah.Kira-kira 25 peratus responden pula mengakui berjaga malam bagi mencari inspirasi atau idea baru bagi memanfaatkan tugasan mereka. Posted by Teacher at 01:01 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Thinking Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu membaca kerana itu sumber hikmah. biar pun cerdik. berbanding lelaki. Malangnya. Ditanya kaedah bagi mendapatkan kreativiti. waktu BERFIKIR kerana itu pokok kemajuan. seramai 58 peratus orang ramai gagal menulisnya dengan segera. waktu tertawa kerana itu muziknya jiwa. lebih separuh daripada idea kita lazimnya hilang buat selama-lamanya. 26 October 2011 Pembahagian Otak untuk Berfikir . Bercanggah dengan kepercayaan ramai pengurus. waktu beramal kerana itu pangkal kejayaan. wanita terbukti lebih cemerlang dan cekap menulis idea mereka. Posted by Teacher at 00:37 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Wednesday. Seramai satu pertiga daripada mereka berusia lebih 35 tahun pula memilih untuk menulis idea di telapak tangan bagi mengelak lupa. menyebabkannya terus hilang. Ini disebabkan apabila idea hadir. waktu bersenda kerana itu akan membuat muda selalu dan waktu beribadat kerana itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. seramai 44 peratus responden mendakwa mereka mandi. ramai mengakui waktu bekerja pada siang hari tidak mampu memberi semangat.

Posted by Teacher at 08:33 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Sunday. 23 October 2011 THINKING MAKES YOU A BETTER PERSON .