You are on page 1of 2

NAMA: MUHAMAD SUKRI BIN ABU HASSAN

UNIT : PISMP BAHASA ARAB AMBILAN JANUARI 2013

Lawatan Penanda Aras ke Sekolah Kluster Kecemerlangan Mutiara, Kota
Kinabalu.

Dalam proses pembinaan seorang guru yang kompeten memerlukan
beberapa perkara penting. Guru merupakan satu pekerjaan yang mulia. Bukan
semua orang boleh menjadi guru yang cemerlang dan terbaik dalam kalangan
terbaik. Maka dengan itu kami telah menjalankan Program Bina Insan Guru 5 fasa 1
iaitu Lawatan ke sekolah cemerlang. Sekolah yang kami pilih ialah Sekolah Kluster
Kecemerlangan Mutiara. Sekolah ini terletak di pinggir Kota Kinabalu. Sekolah yang
sangat menakjubkan kecemerlangannya. Pelbagai kecemerlangan yang telah
dirangkul sehingga sekolah tersebut telah dinobatkan sebagai sekolah kluster pada
awal bulan mac 2015. Terdapat beberapa perkara yang saya belajar melalui lawatan
ini.
Antaranya ialah dalam pengurusan sebelum pergi untuk membuat lawatan
ialah cabaran dalam menyiapkan kertas kerja bagi melaksanakan lawatan ini. Saya
ialah insan yang dipertanggungjawabkan untuk menghubungi sekolah Kluster
Kecemerlangan. Saya telah berhubung dengan sekolah namun terpaska membuat
sedikit perubahan pada jadual dan aktiviti kerana kekangan masa yang tidak dapat
dielakkan. Maklum saja kalau sekolah cemerlang ini kesibukannya memang tidak
dapat dielakkan. Akhirnya, pelbagai diplomasi yang telah saya buat, kami Berjaya
dan diterima untuk pergi ke sekolah cluster kecerlangan mutiara. Kami memang
sangat berbangga kerana dapat diterima hadir kesekolah tersebut.
Kemudian, semasa tiba di sekolah, kami disambut oleh para guru penolong
kanan sekolah tersebut. Kami diarahkan untuk bersarapan dahulu sebelum
meneruskan lawatan dan sesi perbincangan disekolah tersebut. Selesai sahaja
sarapan

terus kami berkumpul di bilik mesyuarat dan sesi perkongsian dan

perbincangan dijalankan. Guru besar menerangkan mengenai pencapaian sekolah
daripadda peingkat yang rendah hingga yang tertinggi yang mereka pernah capai.

Kesimpulan daripada lawatan ini ialah pengurusan yang cemerlang akan melahirkan sekolah dan murid yang cemerlang. antara perkara penting yang dapat saya nyatakan ialah sekolah yang cemerlang adalah sekolah yang mempunyai hubunga yang baik dengan ibu bapa pelajar dalam membentuk latar belakang pelajar yang cerdik dan cakna. Selain itu. Sekolah yang cemerlang perlunya inovasi guru-guru yang cemerlang daripada pelbagai aspek sehinggakan muridmurid akan menjadi cemerlang seiring degang sekolahnya. Ibu bapa yang mengambil berat terhadap anak-anaknya sudah pasti dapat melahirkan golongan yang cemerlang. Malah. guru yang berinovasi dapat dapat membuatkan pembelajaran menjadi lebih seronok dan meningkatkan prestasi peelajar. Seterusnya. .. guru yang suka bekerjasama dalam menjalankan tugas akan mewujudkan budaya sekolah yang cemerlang dan pembelajaran yang kondusif. Para penjaga sekolah ini juga seorang yang sangat peka dengan prestasi anak-anaknya.Memang tidak disankal lagi sekolah ini memang layak mendapat anugerak sekolah cluster kecemerlangan kerana denagn kecemerlangan yang telah dirangkul.