You are on page 1of 1

PENGHARGAAN

Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman sama
ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup saya sebagai
seorang pelajar. Pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini
mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup saya.
Justeru itu,saya juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih
terperinci lagi berkaitan tugasan ini. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini.
Terutamanya kepada pensyarah saya kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar
kepada saya dan rakan rakan sepanjang menjalankan tugasan ini. Tunjuk ajar beliau amat
membantu saya dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.
Oleh itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang
telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan
ini. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana
telah

banyak

menghulurkan

bantuan

dan

kerjasama

bagi

merealisasikan

usaha

menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.


Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda
hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini
tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Sekian, terima kasih.

You might also like