You are on page 1of 28

Cetakan Pertama Disember 2012

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi


dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk sama ada
secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain cara
sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada :

Pihak Pengurusan
HCM Group of Companies
87, Jalan Kampung Pandan
55100 Kuala Lumpur
Tel : +603-9086 4050
Fax : +603- 9284 8118

Group of Companies
(a member of

Protasco Group)

Manual Menampal Pothole

Engineering Infrastructure
Solutions for a

Better Quality of Life

Manual
Menampal Pothole
Syarikat Kumpulan HCM

ISI KANDUNGAN
1.0

PENGENALAN

2.0

OBJEKTIF

3.0

DEFINISI POTHOLE
3.1
Punca-punca
3.2
Tahap-tahap Kerosakan

4.0

PERALATAN, KELENGKAPAN DAN BAHAN


4.1
Peralatan
a) Pembersihan
b) Pemadatan

4.2

Kelengkapan

4.3

Bahan-bahan

5.0

PENGANGKUTAN

10

6.0

ETIKA PEMAKAIAN PEKERJA

11

7.0

KESELAMATAN DI TAPAK KERJA

12

8.0

LANGKAH-LANGKAH MENAMPAL POTHOLE


i) Sebelum
ii) Semasa
iii) Selepas

13

9.0

PENUTUP

19

Group of Companies
(a member of

Protasco Group)

Manual Menampal Pothole

1.0 PENGENALAN
Kerja menampal pothole di jalan merupakan salah satu program yang
terdapat dalam kerja-kerja penyenggaraan jalan. Kerja menampal
pothole melibatkan aktiviti membersihkan pothole, menyembur (tack
coat), menampal dan memadatkan tampalan pada pothole tersebut.
Manual ini dihasilkan oleh Kumpulan HCM sebagai satu Prosedur Operasi
Piawai (Standard Operating Procedure) untuk dijadikan panduan oleh
mereka yang terlibat dalam kerja-kerja menampal pothole di jalan raya.
Manual ini menerangkan secara ringkas semua aspek yang perlu diambil
kira dalam proses menampal pothole bagi menjaga kualitinya. Faktorfaktor keselamatan turut dititikberatkan bagi menjalankan kerja-kerja
tersebut. Manual ini turut mengandungi maklumat-maklumat tambahan
yang berguna kepada para pekerja.
2.0 OBJEKTIF
Manual ini diterbitkan bagi:
a) Memberikan panduan tentang kaedah yang bersesuaian untuk
menampal pelbagai jenis pothole yang terdapat di jalan raya;
b) Menyeragamkan cara kerja supaya lebih sistematik dan berkesan;
c) Memberikan lebih kefahaman kepada semua individu yang
terlibat dengan kerja-kerja menampal pothole di jalan raya;
d) Memberikan keutamaan kepada faktor-faktor keselamatan.

Group of Companies
(a member of

Protasco Group)

Manual Menampal Pothole

01

3.0 DEFINISI POTHOLE


Pothole adalah salah satu kerosakan yang terjadi apabila sebahagian
bahan turapan pecah atau tertanggal dan membentuk lubang di
permukaan jalan.
3.1 Punca-punca
a) Campuran premix yang tidak sempurna:
Kadar peratus bitumen yang digunakan rendah;
Aggregate yang digunakan kotor menyebabkan ikatan di
antara aggregate dan asphalt menjadi lemah dan mudah
tertanggal.
b) Kualiti semasa proses turapan dijalankan
Proses pemadatan (compaction) yang tidak sempurna dan tidak
mengikut spesifikasi yang ditetapkan;
Suhu semasa proses pemadatan juga tidak mengikut spesifikasi.
c) Perubahan cuaca terutamanya ketika musim hujan mampu
melemahkan struktur pavemen.
d) Sistem saliran longkang yang teruk boleh menyebabkan air
bertakung dan meresap ke dalam turapan pavemen. Ia akan
menyebabkan terhasilnya lubang-lubang kecil seterusnya
membentuk pothole yang besar sekiranya dibiarkan dan tidak
dirawat dengan segera.

02

Group of Companies
(a member of

Protasco Group)

Manual Menampal Pothole

3.2 Tahap-tahap kerosakan


Jenis-jenis pothole perlu dikenal pasti supaya kerosakan tersebut
dapat dirawat dengan kaedah yang betul dan sesuai.

a) Tahap rendah : kawasan kurang


daripada 0.3 m2 dengan
kedalaman kurang 25 mm

b) Tahap sederhana : kawasan


kurang 0.3 m2 dengan kedalaman
diantara 25 mm 50 mm

c) Tahap serius : kawasan melebihi


0.1 m2 dengan kedalaman 50 mm

Group of Companies
(a member of

Protasco Group)

Manual Menampal Pothole

03

4.0 PERALATAN, KELENGKAPAN DAN BAHAN


Pekerja perlu membawa tiga keperluan utama ke tapak iaitu peralatan,
kelengkapan dan bahan-bahan mengikut kesesuaian semasa.
4.1 Peralatan
Peralatan yang selalu dibawa bagi kerja-kerja menampal pothole di
jalan terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu pemotongan,
pembersihan dan pemadatan.
a) Pemotongan
i. Hand cutter
Pemotong jenis ini dikendalikan dengan menggunakan tangan. Ianya
lebih ringan dan lebih mudah untuk dibawa ke tapak.

ii. Pavement cutter


Pemotong jenis ini dikendalikan dengan menolak mesin ini di atas
permukaan pavemen. Ianya lebih berat dan memerlukan lebih
daripada seorang tenaga kerja.

04

Group of Companies
(a member of

Protasco Group)

Manual Menampal Pothole

b) Pembersihan

i. Penyapu
Membersihkan permukaan
pavemen sebelum dan
selepas kerja - kerja
menampal pothole dijalankan.

ii. Kereta Sorong


Mengangkut peralatan kerja
dan digunakan untuk mengisi
dan membuang sisa-sisa
pavement yang tidak
digunakan di tempat yang
sesuai.

iii. Pencakar
Meratakan agregate dan
bitumen.

iv. Blower
Membersihkan sisa di
permukaan pothole.

Group of Companies
(a member of

Protasco Group)

Manual Menampal Pothole

05

c) Pemadatan

i. Pemadat plat
(Plate Compactor)
Memadatkan dan meratakan
lapisan premix. Ia mudah dibawa
dan tidak memerlukan tenaga
yang ramai untuk
mengendalikannya.

ii. Hand Compactor Machine


Memadatkan premix yang telah
diturap ke lubang kawah
dengan menggunakan tenaga
elektrik.

iii. Hand tamper


Memadatkan premix yang telah
diturap secara manual dengan
menggunakan tenaga manusia.

Group of Companies
(a member of

Protasco Group)

Manual Menampal Pothole

07

4.2 Kelengkapan

i. Pita Pengukur
Mengukur lebar kawasan lubang
kawah serta kedalamannya.

ii. Bekas Penyiram


Bekas ini digunakan ketika proses
menyiram tack coat.

iii. Penyembur Cat


Digunakan untuk menandakan
lubang
kawah
yang
perlu
ditampal dan juga menandakan
pothole yang telah siap diturap.

iv. Termometer
Membaca suhu pada hot mix
yang dibawa sebelum proses
penampalan.

08

Group of Companies
(a member of

Protasco Group)

Manual Menampal Pothole

4.3 Bahan-bahan

Hot mix

Cold mix

i. Hot mix / Cold mix


Bahan ini digunakan untuk menurap pothole yang telah dibersihkan.

ii. Tack coat (RS1K/RS2K)


Bahan ini digunakan untuk
melekatkan premix ke
permukaan jalan.

iii. Petrol
Bahan ini digunakan sebagai
sumber tenaga kepada
mesin-mesin yang menggunakan
sumber petrol sebagai tenaga.

Group of Companies
(a member of

Protasco Group)

Manual Menampal Pothole

09

5.0 PENGANGKUTAN
Peralatan, kelengkapan dan bahan yang dibawa perlu disusun di dalam
lori mengikut jenis dan kategori bagi memudahkan pengendalian serta
melicinkan perjalanan ke tapak.
Perkara-perkara berikut juga perlu diberi perhatian sebelum bertolak ke
tapak kerja.
Pemilihan kenderaan bergantung kepada faktor-faktor keadaan
tapak kerja, jarak lokasi, peralatan dan jumlah pekerja;
Kenderaan perlulah berada dalam keadaan yang baik dan
selamat untuk digunakan;
Kenderaan tersebut perlulah mempunyai tempat duduk yang
mencukupi dan tertutup untuk melindungi pekerja daripada panas
dan hujan;
Selain daripada itu, tangga mudah alih perlu ada bagi
memudahkan pekerja untuk turun dan naik dari kenderaan;
Walau apa jua jenis kenderaan yang digunakan, aspek
keselamatan perlulah diutamakan.

i. Lori 1 Membawa bahan dan mesin

ii. Lori 2 - Membawa kelengkapan dan peralatan lain

10

Group of Companies
(a member of

Protasco Group)

Manual Menampal Pothole

6.0 ETIKA PEMAKAIAN PEKERJA


Pekerja disarankan untuk menjaga keselamatan dengan memakai
pakaian kerja yang lengkap seperti di bawah :-

Pendekap telinga
Ear muff
Topi keselamatan
Safety helmet

Pelindung mata
Goggle

Pelindung hidung dan mulut


Mask

Sarung tangan
Gloves
Pakaian berlengan panjang
Long sleeve uniform

Kasut keselamatan
Safety shoes

Seluar panjang
Long pants

Group of Companies
(a member of

Protasco Group)

Manual Menampal Pothole

11

7.0 KESELAMATAN DI TAPAK KERJA


Perkara-perkara yang perlu dititikberatkan demi keselamatan pekerja
dan pengguna jalan raya ketika kerja-kerja menampal pothole
dijalankan adalah seperti berikut:
a) Peralatan pengurusan trafik perlulah dipasang mengikut Pelan
Pengurusan Trafik (Traffic Management Plan) mengikut keadaan
semasa yang telah diluluskan. (Rujuk Lampiran 1&2);

b) Pekerja adalah disarankan untuk melakukan kerja menampal


pothole bertentangan dengan arah aliran trafik;
c) Pekerja perlu sentiasa peka terhadap perubahan cuaca kerana
kerja-kerja menampal pothole tidak sesuai dilakukan semasa
cuaca buruk;
d) Elakkan merokok semasa melakukan kerja;
e) Peralatan dan kelengkapan yang boleh memantulkan cahaya
perlu digunakan dan pastikan pencahayaan mencukupi semasa
kerja-kerja menampal pothole pada waktu malam;
f) Peralatan dan mesin yang berat perlu diangkat dan dikendalikan
dengan cara yang betul supaya tidak mencederakan pekerja.

12

Group of Companies
(a member of

Protasco Group)

Manual Menampal Pothole

8.0 LANGKAH-LANGKAH MENAMPAL POTHOLE


Sebelum menjalankan kerja-kerja menampal pothole, pekerja perlu
melakukan langkah-langkah berikut :
Meletakkan kenderaan di tempat yang selamat;
Memakai pakaian seperti yang disarankan;
Memasang peralatan pengurusan trafik berdasarkan Pelan
Pengurusan Trafik di sepanjang tapak kerja;

Mengambil gambar keadaan tapak kerja sebelum kerja


penampalan dilakukan.

Group of Companies
(a member of

Protasco Group)

Manual Menampal Pothole

13

ii. Semasa
i. Keluasan pothole diukur dengan menggunakan pita
pengukur / kayu pengukur;

ii. Mengukur tahap kedalaman pothole pada jalan tersebut


bagi memastikan pothole tersebut diklasifikasikan sebagai
pothole yang perlu ditampal;

14

Group of Companies
(a member of

Protasco Group)

Manual Menampal Pothole

iii. Memotong lapisan pavemen menggunakan mesin


pemotongan yang sesuai sehingga ke lapisan yang
dikehendaki;

iv. Lapisan yang telah dipotong akan dipecahkan dengan


menggunakan pemecah chop atau hacker bagi membuang
sisa-sisa premix yang tidak dikehendaki;

Group of Companies
(a member of

Protasco Group)

Manual Menampal Pothole

15

v. Membersihkan pothole tersebut dan membuang


benda-benda asing seperti rumput, batuan, sisa pavemen,
kayu dan sebagainya dan dibuang ke tempat yang
dibenarkan;

vi. Suhu premix (hot mix) diambil bagi memastikan premix tersebut
berada pada suhu minimum 110oc;

* Sekiranya pothole ditampal menggunakan cold mix, suhu premix tersebut tidak perlu
diambil.

16

Group of Companies
(a member of

Protasco Group)

Manual Menampal Pothole

vii. Tack coat (RS1K) disembur dengan rata ke dalam pothole


yang telah dibersihkan supaya premix yang akan diturap akan
melekat dengan kuat pada permukaan jalan;

viii. Pothole tersebut akan diturap dengan menggunakan


hot mix / cold mix;

Group of Companies
(a member of

Protasco Group)

Manual Menampal Pothole

17

ix. Premix akan dipadat dan diratakan dengan menggunakan


alat pemadatan yang sesuai.

iii. Selepas
Mengambil gambar keadaan tapak kerja setelah kerja
penampalan pothole selesai;
Mengumpul semua peralatan pengurusan trafik dan
memastikan tiada lagi halangan pada lalu lintas;
Membersihkan peralatan dan kelengkapan kerja penampalan
pothole dan menyimpan semula dalam keadaan yang baik;
Mengemaskini buku laporan harian (site diary).

18

Group of Companies
(a member of

Protasco Group)

Manual Menampal Pothole

9.0

PENUTUP

Manual menampal pothole ini dihasilkan sebagai satu inisiatif oleh


Kumpulan HCM bagi melahirkan pekerja yang mahir dan
berpengetahuan dalam kerja-kerja menampal pothole. Manual ini juga
diharapkan dapat meningkatkan kualiti kerja bagi memenuhi kehendak
pelanggan dalam memastikan kekemasan jalan raya untuk keselesaan
dan keselamatan pengguna jalan raya.
Pematuhan terhadap panduan keselamatan yang dititikberatkan dalam
manual juga ini diharap dapat mengurangkan risiko kemalangan di
tapak kerja.
Semoga manual ini dapat dijadikan sebagai sumber rujukan dan
panduan dalam pelaksanaan kerja-kerja penampalan jalan agar lebih
sistematik dan seragam.

Group of Companies
(a member of

Protasco Group)

Manual Menampal Pothole

19

25 m

PANDU PERLAHAN

15 m

20 m

PEMBINAAN
TAMAT

40 m

2&#3#

KERJA
DI HADAPAN
60M

AWAS%
&!&.

10 m

AWAS

Tapak Kerja

AWAS

Pelan Pengurusan Trafik - TMP 1

10 m

2&#3#

KERJA
DI HADAPAN
60M

AWAS%
&!&.

40 m

BAHU JALAN

BAHU JALAN

PEMBINAAN
TAMAT

20 m

15 m

PANDU PERLAHAN

25 m

Lampiran 1

7.5 m

7.5 m

Petunjuk

PANDU PERLAHAN

15 m

20 m

KERJA
DI HADAPAN
60M

Lampu Amaran (untuk kerja malam)

Arah Anak Panah

Alatan Pengubah Arah Trafik

Tanda Amaran

25 m

LORONG KIRI
DITUTUP
75M

AWAS

40 m

BAHU JALAN

Tapak Kerja

10m

10m

PEMBINAAN
TAMAT

Nota : Pelan Pengurusan Trafik ini sah ketika manual ini dicetak dan tertakluk
kepada pindaan oleh Kementerian Kerja Raya

BAHU JALAN

PEMBAHAGI JALAN

AWAS

Pelan Pengurusan Trafik - TMP 2

Lampiran 2

PENASIHAT
Ir. Abdul Latif Mat
KETUA TEKNIKAL
Mohd Nasir Hassan
TEKNIKAL
Mohd Yazip Matori
Rameli Ismail
Shamsul Kamal Jaafar
Mohd Firdaus Ahmad Termizi
Nik Nurul Syaheda Nik Othman
Mohd Haniff Ismail
KETUA EDITOR
Marina Jaal
EDITORIAL
Nurul Syuhada Mohd Norawai
Fatimah Hassan
Puteri Zulaikha Mohd Yusof
GRAFIK
Nur Khairul Faiz Ibrahim

Group of Companies
(a member of

Protasco Group)

Manual Menampal Pothole

NO TELEFON KECEMASAN 999


Bomba / Polis / Hospital
Nama

Group of Companies
(a member of

Protasco Group)

Manual Menampal Pothole

You might also like