You are on page 1of 1

WARKAH BUAT HAWA...

HAWA , andai engkau masih remaja, jadilah anak yg solehah bt kedua


ibubapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan
beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia
tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH...
HAWA, andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu,
ingatlah janji ALLAH, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan
dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana
aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka
tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu
kejahatan yang menguasai diri...
HAWA, lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, lelaki yang soleh tidak
memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang warak, tidak menilai wanita
melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki,
tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya,
dan yang paling penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak
menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia
takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya, lelaki yang
warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam
sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.
Oleh itu HAWA, jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah
akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada
adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari
kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang
memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik
beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu.
HAWA, cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan
memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah
kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH, cintailah
keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada
cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia, juga
mengoncangkan iman lelaki.. TUNDUKKAN PANDANGANMU WASSALAM
WBT
Semua manusia rugi kecuali orang berilmu, semua orang berilmu rugi kecuali
beramal, semua orang beramal rugi kecuali yang ikhlas

You might also like