You are on page 1of 5

Abd Rahman Bin Hamid

(BA12110002)

Take home exam

No 2 : Ramasamy 2005 dan Shamsulbariah 1989, berhujah bahawa mekanisme


kapitalisme (kapitalis klasik) tidak dapat diharapkan, campur tanggan kerajaan
(keynesian) semakin perlu demi mengekalkan sistem tersebut. Campur tangan
ini telah menghasilkan ekonomi campuran, yang sebenarnya masih terus bersifat
kapitalis (kapitalis matang). Jelaskan peranan kapitalisme matang dalam
merubah corak sistem pekerjaan negara bangsa malaysia.

Jika melihat kepada pendekatan ekonomi klasik yang diamalkan pada masa
dahulu

terdapat

beberapa

tokoh

yang

telah

mengemukakan

beberapa

pandangan mereka tentang sistem ekonomi yang dijalankan pada zaman


terdahulu antaranya ialah Smith, Ricardo dan Marx. Salah satu yang menjadi titik
tolak kepada perkembangan sistem ekonomi ialah pengenalan sistem Laizes
Faire yang mana golongan yang mempunyai modal diberi ruang dan peluang
untuk mengembangkan lagi modal mereka tanpa ada sebarang campur tangan
oleh pihak pemerintah. Namun seiring dengan itu terjadi satu masalah yang
mana penumpukan modal berlaku pada satu-satu pihak sahaja bukanya kepada
semua

pihak

yang

terlibat.

Jika

dilihat

sistem

ekonomi

klasik,

semasa

pemerintahan beraja semua modal merupakan hak milik raja, hanya golongan
yang tertentu sahaja yang diberikan mandat bagi mentadbir segala urusan yang
berkaitan dengan pengembangan modal iaitu berkaitan dengan tanah dan para
pembesar akan memberi kan kepada kaum buruh untuk mempekerjakan tanah
tersebut dan hasilnya akan diberikan kepada golongan atasan. Beralihnya sistem
fudel kepada sistem kapitalis malah menjadikan kaum buruh semakin tertindas
dan mewujudkan kelas-kelas pekerjaan yang baru pada masa itu.
Ramasamy

dalam

bukunya

kaum

buruh

dan

golabisasi,

serta

Shamsulbariah dalam pengantar ekonomi politik telah berpandangan bahawa


kapitalis klasik tidak mampu lagi diamalkan lebih-lebih lagi dalam era yang
semakin pesat, justru kedua tokoh ini telah mengambil pandangan daripada
seorang ahli pemikir ekonomi iaitu keynesian dimana dalam pandangan beliau
menyatakan

campur

tangan

pemerintah

dalam

sistem

ekonomi

sangat

diperlukan bagi mengimbangi sistem ekonomi dalam sesebuah negara. Keynes

juga beranggapan bahawa teori yang diperkenalkan oleh adam smith bahawa
wujudnya invisible hand dalam sistem ekonomi adalah tidak benar, hal ini kerana
seistem ekonomi perlu dirancang dengan baik bagi mengembangkannya
bukanya ekonomi memperbaikinya sendiri tanpa ada sebarang aturan yang telah
dibuat. Oleh itu, keynes mencadangkan bahawa perlunya campur tangan
pemerintah bagi mengstabilkan sistem ekonomi lebih-lebih lagi pada zaman
keynes telah berlaku kemerosotan ekonomi yang telah menyebabkan berlakunya
pengangguran yang tinggi disebabkan oleh pemerhentian secara besar-besaran
di US pada ketika itu. Sehubungan dengan itu keynes muncul dengan
memperkenalkan dasar fiskal bagi membatu para pekerja yang telah kehilangan
pekerja untuk diberi pampasan bagi menjaga kebajikan mereka.
Namun begitu, walaupun kapitalis klasik telah digantikan dengan sistem
kapitalis matang ianya tetap mempunyai dasar yang sama kerana walaupun
sistem pekerjaan telah berubah tetap sahaja ianya merugikan kaum pekerja. Hal
ini

dapat

dilihat

daripada

perubahan

sistem

pengurusan

saintifik

yang

dibagunkan oleh taylor digantikan dengan sistem fodisme yang diperkenalkan


oleh ford kedudukan pekerja tetap dikontrol bagi menghasilkan sesuatu produk.
Merujuk kepada konsep kapitalis itu sendiri apabila golongan pengeluar (pekerja)
dipisahkan daripada alat pengeluaran ianya masih dibawah kawalan pihak
pemodal. Dengan itu, walaupun berlaku perubahan daripada tiadanya campur
tangan oleh pihak pemerintah kepada campur tangan pihak pemerintah sistem
kapitalis tetap wujud dan ianya juga memberi pengaruh keatas sistem pekerjaan
yang ada pada mana-mana negara.
Merebaknya sistem kapitalis matang ini telah memberi kesan kepada
negara dunia ketiga khusunya pada negara membangun itu sendiri. Sebgai
contohnya di malaysia perubahan daripada sistem ekonomi yang berasaskan
kepada pertanian telah berubah kepada sistem ekonomi berasaskan industri dan
perkhidmatan. Tidak dapat dinafikan bahawa kapitalis mempunyai peranan yang
besar dalam mencorakkan sistem pekerjaan yang ada pada hari ini dan mampu
mewujudkan peluang pekerjaan, keynes. Antara peranan kapitalis matang
terhadap sistem pekerjaan di malaysia pada hari ini ialah apabila wujudnya satu
sistem pasaran bebas dimana para pelabur dari luar negara dibenarkan untuk
menanam modal dan memasarkan keluaran mereka disebabkan oleh dasar
negara yang telah mewujudkan sistem ekonomi terbuka bagi mengalakkan
kemasukan modal ke dalam negara. Namun begitu seiring dengan kemasukan

pelabur-pelabur besar kedalam negara ianya telah mengheret sistem ekonomi


yang bersifat informal setelah sekian lama dilakukan oleh pekerja tempatan,
dengan itu wujud satu sistem perekonomian yang baru namun ianya dinggap
tidak sah oleh pemerintah disebabkan tiadanya pendaftaran dalam melakukan
sistem jual beli yang sah pada mereka.
Selain itu, campur tangan pemerintah terhadap sistem ekonomi telah
memperkenalkan satu lagi dasar yang dipanggil dasar penswastaan. Hal ini
dilakukan semasa pemerintahan DR TUN MAHATDIR dimana syarikat-syarikat
tempatan telah diswastakan dengan alasan untuk mengimbangi sistem ekonomi
malaysia pada ketika itu. Dengan pengenalan dasar ini sistem pekerjaan yang
ada pada malaysia telah mengalami perubahan yang dahulunya hanya bersifat
awam dan kini bersifat swasta, perubahan sistem pekerjaan ini juga telah
memberi kesan kepada sistem pampasan di malaysia yang mana pampasan atau
gaji yang diberikan kepada pekerja pada umumnya berdasarkan kedua-dua
sektor ini dimana sektor awam pampasan diberikan berdasarkan sistem
meritokrasi manakala sektor swasta berdasarkan PLWS @ produktiviti seseorang
pekerja. selain dasar penswastaan yang diperkenalkan oleh pemerintah, dasar
pandang ketimur juga telah mengubah sistem pekerjaan di malaysia. Ini kerana
perubahan dasar yang dilakukan daripada pandang ke barat telah beralih ke
timur menyebabkan corak pekerjaan berubah daripada fodisme iaitu just in case
ke post-fordisme yang terkait dengan toyorisme iaitu just in time. Pendekatan ini
telah merubah corak pekerjaan yang lebih mementingkan kualiti dan produktiviti
berbanding pengeluaran secara massa, pekerja juga telah didedahkan dengan
corak pengurusan yang berlatar belakangkan sistem pekerjaan di jepun.
Sehubungan dengan itu, akibat daripada campur tangan pemerintah
terhadap sistem ekonomi ianya telah membuat satu perubahan yang besar
dimana dengan kemasukan syarikat-syarikat MNC yang membuka sub-syarikat
mereka ke dalam negara dimana ianya juga telah memberi kesan keatas
keahlian kesatuan sekerja. hal ini kerana, dasar yang diamalkan oleh syarikat
MNC lebih kearah pengawalan keatas pekerja, mereka lebih suka pekerja terlibat
dalam kesatuan sekerja dalaman (Inhouse union) berbanding kesatuan yang
bersifat diluar organisasi, ini kerana ianya akan merugikan pihak organisasi ianya
terbukti apabila sebuah syarikat MNC dari Amerika iaitu Hewlet-Packard tidak
suka campur tangan luar (kesatuan sekarja tempatan) kerana ianya hanya
mendatangkan masalah kepada syarikat (Raja Rasiah, 1989:365). Secra tidak

langsung ianya telah mengubah struktur pekerjaan daripada terlibat ke dalam


kesatuan kebangsaan kepada kesatuan dalam dan secara tidak langsung ianya
memberi kesan terhadap penurunan jumlah ahli kesatuan sekerja di dalam
negara.
Penubuhan akta pekerjaan, akta perusahaan dan akta kesatuan sekerja
juga merupakan salah satu campur tangan pemerintah dalam sistem pekerjaan
di malaysia. hal ini kerana, pengenalan kepada akta ini terhadap pekerja secaa
tidak langsung sebagai mod kawal atur pemerintah terhadap pekerja sekiranya
berlaku tindakan industri seperti mogok, piket dan sebagainya. Melihat dari sisi
lain berkenaan akta yang diperkenalkan ini ianya merupakan satu jaminan
terhadap pihak pengusaha (pemodal) dalam melindungi mereka dan ianya juga
terkait dengan kebergantungan kerajaan kepada pemodal-pemodal ini dalam
memberi pulangan yang mampu membangun sistem ekonomi dalam sesebuah
negara. Hal ini secara tidak langsung mengubah struktur pekerjaan yang lebih
terikat dan mampu melemahkan sebarang pergerakan pekerja dalam membuat
sebarang demonstrasi bagi menyuarahkan pendangan mereka dalam sistem
pekerjaan masa kini.
Seterusnya, sebelum berlakunya globalisasi negara dunia ketiga khusunya
di malaysia telah telah melalui dua tahap pembahagian buruh di peringkat
antarabangsa. Pembahagian buruh yang lama tertumpu pada zama kolonialisme
yang lebih menekankan kepada realiti sosial, ekonomi dan realiti politik. Namun
satelah tahun 1970-an satu pembahagian buruh antarabangsa yang baru telah
diperkenalkan iaitu NIDL telah muncul bagi melemahkan pembahagian buruh
tradisional bedasarkan dua faktor global iaitu negara-negara maju dan yang
sedang

membangun.

Dengan

itu

pengenalan

kepada

NIDL

ini

telah

mengstrukturkan semula hubungan pengeluaran dikebanyakan kawasan dengan


kemunculan

sektor pembuatan

yang

besar dan berkecendrungan dalam

melibatkan buruh wanita secara informal dan kasual. Melihat kepada situasi
sebegini campur tangan kerajaan terhadap sistem ekonomi mampu memberi
dampak kepada sistem pekerjaan yang ada pada negara pada hari ini dan secara
tidak langsung ianya memberi kesan kepada kaum pekerja khusunya pekerja
bawahan.
Kesimpulannya,

walaupun

kapitalis

klasik

telah

digantikan

dengan

kapitalis matang dengan melibatkan campur tangan pemerintah kedalam sistem


pekerjaan di malaysia ianya tetap memberi kesan terhadap kaum pekerja

walaupun

penindasan

dilakukan

secara

tidak

langsung

dengan

pelbagai

campurtangan pemerintah terhadap sistem pekerjaan. Malah ianya lebih


menjurus kepada sistem kapitalis yang lebih kompleks, dengan itu walupun ada
campurtangan pemerintah ia tetap sahaja berasakan kepada konsep kapitalis itu
sendiri. Tidak dapat dinafikan, bagi mencapai status negara maju menjelang
tahun 2020 perlu ada perkara yang terpaksa dikorbankan demi mencapai satus
tersebut. Namun perlu dilihat juga daripada sudut pandang masyarakat industri
itu sendiri, sekiranya realiti sosial dan ekonomi mereka belum terjamin
kemungkinan besar untuk mencapai status negara maju amatlah sukar. Diharap
jurang diantara pihak atasan dan bawahan tidak terlalu besar kerana ianya
memungkinkan kebangkita kelas bawahan dalam memperjuangkan hak mereka,
sekiranya malaysia masih mengamalkan konsep menjual untuk membeli
(pekerja) dan membeli untuk menjual (pemodal) selagi itu pihak kapitalis
seenaknya dalam mengeksploitasi tenaga buruh. Perlu ada satu makenisme baru
yang harus diperkenalkan agar sistem pekerjaan di negara ini mengalami
keseimbangan dan tidak akan merugikan mana-mana pihak atau aktor dalam
hubungan industri.

Rujukan :Arnold Kling. 2010. When Labor is Capital : The Limits of Keynesian Policy.
Peter F. Drucker. 1995. Masyarakat Pasca Kapitalis. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
dan Pustaka.
P.Ramasamy. 2005. Kaum Buruh dan Globalisasi ke Arah Iternasionalisme Baru.
Universiti Kebangsaan malaysia.
Shamsulbariah. 1989. Pengantar Ekonomi Politik. Petaling Jaya. Dewan Bahasa
dan Pustaka.