You are on page 1of 1

Pertama : sebab perselisihan ulama`

Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan perselisihan antara ulama` antaranya ialah :

1) Berbeza pendapat berkenaan nas Ayat Al-Quran sama ada yang Muhkam atau mustasyabih,
yang dijelaskan hokum atau tidak dijelaskan, yang jelas dan yang ditakwilkan ( membawa
makna lain ). Sesungguhnya Allah SWT menurunkan ayat Al-Quran bukanlah untuk
menghendaki kefahan kepada satu kefahaman sahaja ini membuktikan keistimewaan Al-
Quran-luas kefahaman para ulama` dalam memahami Al-Quran sehingga kita mengikut
pandangan mereka yang mempunyai beberapa pandangan yang berbeza .
2) Berbeza pendapat dalam beramal dengan Hadis Nabi SAW kerana terdapat perbezaan dalam
meletakkan syarat penerimaan sesebuah hadis mahupun penolakannya. Dan begitu juga
terdapat perbezaan dalam memahami hadis dan bagaimana hadis itu dikumpul. Imam Ibn
Taimiyyah (( tidak ada seorang pun diantara para imam –fuqaha`- diterima pandangan nya
dengan penerimaan yang menyeluruh, mengikuti Rasulullah SAW dalam apa jua perkara
merupakan Sunnah baginda, secara terperinci dan tidak terpesong. Sesungguhnya para
imam amat meyakini bahawa menjadi kewajipan mengikuti Rasulullah SAW. Dan
sesungguhnya setiap manusia itu diambil pandangannya ( ucapannya) dan ditinggalkan
pandangannya ( ucapannya ) kecuali Rasulullah SAW. Oleh itu, sekiranya ada perbuatan
kamu yang ercanggah dengan Hadis sahih maka kamu tinggalkanlah perbuatan itu sekiranya
mempunyai salah satu dari 3 keuzuran :
a. Tidak berkeyakinan seoah0olah Rasulullah SAW berkata padanya dalam hal itu
b. Tidak berkeyakinan bahawa pandangan dia sahaja yang dikehendaki
c. Berkeyakinan bahawa hukum telah dibuang
3) Berbeza pendapat dalam memahami pengertian bahasa dalam Al-Quran dan Hadis, kerana
bahasa arab itu mempunyai makna yang terlalu banyak, ada yang hakikat ada yang kiasan
dan lain-lain oleh itu muncul pandangan untuk mentarjih( member pandangan yang lebih
kuat) disisi masing-masing.
4) Berbeza pendapat kerana berbeza kemampuan dalam kalangan mujtahidin dalam segi
istinbat hukum, ketelitian kajian, dan kemampuan menghayati makna ( ‫ذلك فضل هللا يؤتيه من يشأ‬
) – Al-hadid :21, daripada Muawiyah bin Abi Sufyan RA, daripada Rasulullah SAW bersabda :
barang siapa yang dikehendaki oleh Allah akan kebaikan maka, Allah akan berikan
kefahaman Agama padanya….( HR Al-Bukhari)
Ini menunjukkan bahawa kedudukan manusia itusama tapi kefahaman itu berbeza mengikut
apa yang Allah berikan kepada mereka. Inilah antara sebab yang sempat saya sebutkan yang
menjadi pebezaan pendapat dan pandangan para imam.

You might also like