Professional Documents
Culture Documents
Malaysia.
Program Bina Insan Guru (BIG) fasa yang ke-6 untuk guru-guru pelatih semester
7 di IPG Kampus Kent bagi tahun 2015 telah diadakan pada 11 Mei 2015 di Dewan
Tun Mustapha IPG Kampus Kent. Aktiviti untuk program Bina Insan Guru pada kali
ini adalah ceramah mengenai Guru Inovatif. Ceramah disampaikan oleh Encik
Syhibin Bin Japar, Ketua Unit Jabatan Gerko IPG Kampus Kent. Beliau juga
merupakan
antara
pensyarah
yang
menyertai
pertandingan
inovasi
dalam
Dalam program bina insan guru kali ini, saya mendapati bahawa saya dapat
mempelajari banyak perkara baru. Ceramah yang disampaikan telah memberi saya
semangat untuk menjadi guru yang lebih baik kelak. Melalui ceramah ini juga, saya
dapati masih banyak perkara yang boleh dan perlu saya buat sebagai seorang guru,
yang mana perkara-perkara tersebut tidak pernah terfikir oleh saya untuk dibuat
semasa menjalani praktikum. Ceramah mengenai ciri guru inovatif, membuatkan
saya sedar bahawa menjadi guru haruslah bersedia melakukan pelbagai
pembaharuan dan penambahbaikan agar murid dapat memperoleh sesuatu yang
baru dan berguna dalam sesi pembelajaran yang dilalui. Melalui ceramah ini juga,
saya menjadi lebih bersemangat dan mendapat keberanian serta keyakinan untuk
mengikuti pertandingan inovasi yang wajib disertai oleh guru pelatih yang berada
pada tahun akhir pengajian. Penceramah mengatakan bahawa, bukan menang atau
kalah yang menjadi fokus, tetapi penambahbaikan yang berjaya kita lakukan pada
sesuatu bahan pengajaran dan pembelajaran itulah yang menjadi fokus. Tidak kira
penambahbaikan itu besar atau kecil, sekiranya berjaya dibuat penambahbaikan,
sudah pasti ada kemajuan dari segi pencapaian dapat dicapai. Saya juga semakin
sedar, bahawa menjadi guru haruslah benar-benar ikhlas. Tanpa keikhlasan, guru
akan mengajar sambil lewa dan murid pasti akan rugi besar kerana tidak dapat
memperbaiki kelemahan diri. Dalam membuat sesuatu inovasi juga memerlukan
keikhlasan dalam membantu murid yang diajar. Apabila tidak ikhlas, guru pasti tiada
semangat untuk membantu, dan sudah pasti tidak akan pernah muncul inovasi
dalam diri guru.
Setelah ceramah selesai, aktiviti seterusnya untuk program bina insan guru
fasa 6 adalah membuat refleksi mengenai program Bina Insan Guru secara
menyeluruh bersama mentor masing-masing. Saya dan rakan-rakan unit PISMP
Bahasa Melayu (sjkc) semester 7 telah membuat aktiviti ini bersama mentor kami
encik Tajip bin Tassan di Bilik Aziz IPG Kampus Kent. Aktiviti menyampaikan refleksi
dimulakan oleh saya. Saya telah memberikan sedikit sebanyak cerita mengenai bina
insan guru fasa 1 hingga fasa 6 yang telah dilalui. Seterusnya saya berkongsi
kekuatan serta pengalaman yang saya peroleh sepanjang mengikuti semua fasa
bina insan guru. Selepas membuat refleksi, mentor kami memberi sedikit sebanyak
ulasan mengenai refleksi yang dijalankan. Melalui aktiviti ini, saya dapat mengimbau
kembali banyak kenangan pahit dan manis yang telah dilalui. Aktiviti membuat
refleksi ini membuatkan saya berasa sebak juga sebenarnya, tetapi saya tidak
tonjolkan di hadapan rakan-rakan. Saya berasa sedemikian kerana saya tahu
pengalaman-pengalaman tersebut tidak akan dilalui bersama rakan-rakan yang
sama-sama menuntut ilmu selama 5 setengah tahun di Institut ini.
Melalui aktiviti refleksi ini, saya semakin sedar dan bersyukur kerana, saya
berpeluang merasa semua pengalaman-pengalaman yang hebat ini. Saya juga
Disediakan oleh,
.............................................
(
)
Guru Pelatih