Istimewa Melodrama Ringkas...

Tiada puisi atau lagu Tiada potret tiada ragu Yang dapat ku ilham seindahmu Nyata kau satu dalam berjuta Wahai jelita kau istimewa Mungkin perkataan cantik terlalu rendah untuk mengungkapkan kejelitaan wajahnya. Segala puisi indah dan lagu yang merdu juga tidak boleh mengungkapkannya. Bukan saja jelita pada wajah yang dimiliki. Penampilan yang sopan dan ringkas, membuatkannya begitu istimewa. Nurul Janna, pelajar tahun satu di sebuah Institusi Pengajian Tinggi itu sering menggamit pandangan siswa-siswa, dari tahun satu hingga tahun akhir. Dengan penampilannya yang bertudung membuatkan siswa terpaut padanya. Sudah ramai cuba memikat, namun hanya kecewa yang menjadi jawapan pada setiap proposal. Gadis itu yang murah dengan senyuman itu membetulkan lipatan tudung. Jari mulusnya menyelak buku rujukan. Begitu khusyuk dia menelaah pelajaran bersama dua rakan yang lain. Dia tidak terfikir untuk mengambil jurusan itu. Terbayang kesukarannya apabila merenung pada nama, Mekatronik, Mekanikal campur Elektronik, memang susah. Kehendak ayah diturutkan. Untuk menjadi anak yang baik, tidak elok jika menderhaka. Mungkin ayah mempunyai maksud yang tersirat di sebaliknya. Selain kursus itu, kampus pengajiannya turut dipilih ayah. Jarak kampus yang jauh dari kampung halaman membuatkan dirinya tertanya-tanya, namun dipendamkan saja. Selang beberapa meja di hadapan gadis ayu itu terdapat sepasang mata yang merenung wajah jelita itu. Amir tersenyum, bagaikan sudah berjanji, gadis itu pasti memilih untuk duduk selang beberapa meja di hadapannya. Cantik, macam puteri, kalaulah ana dapat. Buku rujukan di tangan sudah tiada lagi di minda. Hanya gelagat gadis berkulit

putih kemerahan itu saja menari-nari di fikiran. Pemuda berkulit cerah itu masih lagi merenung wajah selamba Nurul Janna tanpa gadis itu menyedari. Spontan Nurul Janna menangkat muka, merenung sesuatu yang sedang menontonnya. Senyuman mesra diukirkan, senyum itu sedekah, tak mampu nak sedekah duit, sedekah senyuman cukuplah. Matanya masih lagi merenung Amir yang sedang kalut menyembunyikan muka. Mungkin malu direnung sebegitu. Hairan dengan telatah Amir yang lain dari siswa lain. Selalunya siswa pasti akan membalas senyuman lalu menghampiri dan menegur.

Walau ku kembara sedunia Walau ketemu ramai wanita Nyata kau tiada tandingannya Seikhlas hati ana menyinta Kau istimewa, teristimewa Amir merenung jalan raya empat lorong di hadapannya. Kenderaan berlalu dengan pantas, berdesup perginya. Buku nota dipegang kemas, membelek dan menulis sesuatu. Dengan ketenangan di pinggir bukit itu dia dapat mengulangkaji pelajaran. Tangan pemuda tinggi dan sasa berambut lurus pendek yang sedang menulis terhenti. Dia tidak tahu mengapa dia begitu berminat dengan kejelitaan gadis junior itu. Bukannya tiada yang meminatinya, tapi kesemua yang cuba merapati membuatkan Amir berasa rimas. Dia tahu tak seharusnya dia berfikir mengenai mencari pasangan ketika ini. Pada masa ini dia harus menumpukan perhatian kepada pengajian. Tanggungjawab terhadap keluarga harus dilaksanakan, dia perlu belajar dengan bersungguh-sunguhh bagi membantu keluarga kelak. Tapi, kesempurnaan yang dimiliki oleh pelajar junior itu benar-benar membuatkannya terpukau. Baginya gadis itu mempunyai keunikan. Sukar untuk mengungkapkan, tapi itulah apa yang diperhatikan selama ni. Cara berpakaian yang sopan dan mematuhi aturan agama membuatkannya begitu istmewa. Tidak melampau jika dikatakan keayuan gadis itu lebih sempurna dari sekelian

gadis yang ada di IPT itu. Malah tidak keterlaluan jika kesempurnaan itu tidak dapat menandingi semua gadis yang ditemui. Langkahnya dihayunkan menuju perpustakaan. Mencari beberapa buku rujukan yang perlu. Tidak terlintas langsung di hatinya untuk bertemu gadis tersebut. Dari jauh Amir melihat ke arah meja yang selalu dihuni oleh gadis yang selalu menghiasinya. Hanya seorang gadis saja yang menghuninya. Dia pasti bukan itu orang yang dicari walaupun kepalanya dilentukkan. Rak buku kejuruteraan menjadi sasaran setelah buku nota diletakkan di atas meja. Meja yang setia menjadi peneman. Beberapa buku dibelek dan dikeluarkan kerana isinya berkaitan dengan apa yang ingin dirujuk. Lantas dia berpatah balik ke meja setelah berpuas hati dengan buku-buku yang diambil. Haruman yang bertamu dihidung membuatkan dia beralih tumpuan. Dia pasti mengenali siapa yang berlalu di sebelah kerana haruman itu sudah biasa dihidu. Amir mendongak, melihat perlakuan gadis yang membawa haruman unik, bukan haruman pewangi. Penampilannya masih lagi ringkas dan sopan bertudung. Telatah gadis yang ceria, tidak lokek dengan senyuman membuatkan dia terlepa dengan apa yang sedang dilakukan. Buku nota dan peralatan lain diletakkan bersebelahan buku nota rakannya. Nurul Janna menyiku rakannya yang sedang tidur. Lalu dia menuju rak buku kejuruteraan, mencari buku yang berkaitan. Beberapa buku dikeluarkan dan dibawa ke meja. Kerusi ditarik dan punggungnya dilabuhkan dengan sopan. Matanya yang kecil merenung buku rujukan dan menulis isi-isi penting. Kepalanya diangkat, wajah siswa yang sedang merenungnya memenuhi ruangan mata. Renungan mata siswa itu dibalas dan dipakejkan dengan senyuman. Bukan untuk menggoda, sekadar mewujudkan suasana mesra. Alamak, dia tenung pulak. Kali ni tak boleh kalah. Amir tersenyum, ceria. Matanya masih lagi merenung gadis itu. Tidak terlintas di hatinya untuk mengurat siswi itu. Wajah yang jelita ditambah dengan keayuannya bertudung membuatkan sesiapa saja pun akan terpukau. Amir kalut, siswi yang direnungnya kini berdiri dan menghampiri. Namun

dikikiskan perasaan malu dan gelisah. Lega hatinya. Sangkaannya meleset. Gadis ayu itu berlalu melepasinya. Dadanya diurut perlahan.

Tiada mimpi atau fantasi Tiada rasa lebih berseri Semekar murni hatimu sayang Siang dan malam, ana terbayang Kau istimewa, buat ku tenang Mindanya dibiarkan melayang jauh dari celah logik. Mencari fantasi yang mungkin dapat menenangkan hatinya. Yang boleh menyerikan harinya. Amir mengeluh perlahan, wajah gadis itu seringkali mendominasi fantasinya. Mengapa harus ana mimpikan dirinya, sedangkan ana sendiri pun tidak pernah mengenali. Hanya merenung dan memerhati dari jauh. Berbual pun tak pernah, masakan dapat bersama dengannya. Bukan sahaja fantasi didominasi oleh wajah tersebut, malah mimpinya bagaikan diarahkan oleh gadis itu. Sepanjang mimpi pasti muncul wajah berseri dengan senyuman manis. Angau ke ana ni? Amir tersenyum sendiri. Mana mungkin dia dapat bersama dengan gadis iras puteri raja itu. Berangan aje lebih. Bibirnya masih lagi mengukir senyuman. Tapi Kenapa ana asyik teringatkan dia. Kenapa ana rasa dia begitu istimewa. Sedangkan ramai lagi yang lebih jelita. Ah study study exam dah dekat ni. Tersentak Amir apabila haruman yang biasa dihidu bertamu di hidung. Hamper terlepas buku dipegangan apabila sepasang mata yang mempesona sedang menonton gelagatnya. Tersipu-sipu Amir dibuatnya. Dia tidak biasa diperhati sedemikian. Apatah lagi yang memerhati adalah wanita, lebih-lebih lagi gadis yang diminati. Kelakarlah siswa ni. Boleh berangan di rak buku. handsome juga. Ala, handsome macam ni mesti dah ada girl. Nurul Janna menekup mulut. Kesopanan dan kelembutan harus dijaga. Secara tidak sengaja buku yang di dalam pelukan terlepas. Hampir menimpa kaki siswa di hadapannya.

Spontan Amir mengambil buku tersebut. Tertera tajuk VB6 for Dummies. Belajar programming rupanya. Lantas dia menghulurkan buku tersebut. "Terima kasih saudara... Saya Nurul Janna, Mechatronic Engineering part one. Saudara Amir Ashraf, part six. Am I right?" Terkedu Amir. "Macamana Nurul Janna tau nama saya?" "Biasalah. Junior kena kenal senior." Panggilan telefon membuatkan perbualan mereka terhenti di situ. Lantas Nurul Janna berlalu keluar. Dia tidak mahu mengganggu rakan yang lain sedang mentelaah. Amir hanya memerhatikan dari jauh. Terselit perasaan bangga di hatinya. Iye lah, secret admire kenal ana. Tersengih lagi. Posisi masih lagi sama. Buku besar dibelek lagi. Menyemak sama ada buku itu berkaitan dengan apa yang mahu diulangaji. "Abang Amir." Sapaan itu membuatkan dia terkejut. Memandang wajah pemanggil dalam-dalam. Empunya wajah membiarkannya menatap sepuas hati. "Ada orang nak jumpa!!!" "Siapa?" Amir hanya menurut gadis itu kerana lengan bajunya ditarik. "Nurul Janna nak bawa saya ke mana?" "Ikut aje." Di luar perpustakaan berdiri satu tubuh. Tangan dihulur bagi mengundang kemesraan dengan berjabat tangan. "Apa kabar Amir?" "Sihat. Pak Samad macamana?" "Sihat juga. Sebenarnya pak cik memang menyenangi Amir sejak amir melapor diri untuk Latihan Industri di tempat pak cik." Amir kurang faham akan maksud Pak Samad. Dahinya berkerut. "Apa maksud Pak Samad?"

"Senang cerita ginilah. Sebenarnya Nurul ni anak pak cik dan pakcik berkenan nak jadikan Amir ni menantu pak cik." Hah, hampir terpengsan Amir dibuatnya. "Betul ke ni?" Pipinya dicubit, perit. Nyata bukan mimpi. "Betul. Nurul pun suka dengan Amir jadi pak cik rasa tak salah." "Tapi..." "tiada tapi lagi, lepas kau grad pak cik nak kamu bersatu." Daku berikrar Wahai maharaniku Bina mahligai syahdu Hanya engkau dan ana di situ Ingin ku bawa kau ke awana Ingin memadu kasih asmara Sepanjang hayatku curah cinta Sebenar-benar ucapan kata Kau istimewa oh! Percayalah Ku perlu cinta dari wanitaku nan istimewa Beriku cintamu nan istimewa Amir tersenyum memerhatikan isterinya mengenakan jubah. Kelihatan anggun berbaju kurung kream dan diselimuti jubah biru kehijauan. Pak Samad meninggalkan tanggungjawab yang rela dipikul kepadanya. Pemergian Pak Samad sebulan selepas pernikahan mereka memberikan alasan dan sebab mengapa dia mahu Amir memperisterikan Nurul Janna. Tiada siapa lagi yang boleh dipertanggungjawabkan untuk menjaga wanita istimewa itu. Nurul Janna berbangga dengan kejayaan yang dicapai. Tidak sia-sia dia belajar bersungguh-sungguh selama tiga tahun. Dan pada hari itu dia tahu mengapa ayah bersungguh benar mahu dia belajar di situ. Mata galak itu merenung manja Amir yang duduk memerhatikan langkahnya turun dari pentas.

Cerpen adaptasi lagu Istimewa nyanyian Indigo

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful