You are on page 1of 5

KERTAS KERJA PROGRAM

PUSPANITA UKAS & KELAB UKAS

1.

TUJUAN
Kertas ini bertujuan mendapatkan semakan dan pengesahan Setiausaha
Puspanita UKAS, Jabatan Perdana Menteri bagi :-

Program

: Kejohanan Badminton Tertutup UKAS 2015

Tarikh

: 15 Mei 2015 (Jumaat)

Masa

: 8:00 malam hingga 12:00 malam

Tempat

: Dewan BPH

Jumlah Peserta

: 30 peserta (termasuk urus setia dan juri)

Anggaran Perbelanjaan : RM 500.00

2.

LATAR BELAKANG
Penglibatan dalam aktiviti riadah merupakan antara perkara penting untuk
meningkatkan kecergasan diri umumnya di kalangan rakyat Malaysia dan
khususnya warga kerja UKAS sebagai penjawat awam.

3.

OBJEKTIF
3.1

Mempromosikan kepada UKAS amalan gaya hidup sihat dan aktif


melalui bersukan;

3.2

Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap


mementingkan diri sendiri (acara beregu);

3.3

Melahirkan

pemain-pemain

yang

akan

mewakili

UKAS

untuk

pertandingan-pertandingan di luar; dan


3.4

Melahirkan warga yang seimbang daripada segi intelek, rohani, emosi


dan sosial.

4.

PESERTA
Semua warga UKAS dijemput untuk menyertai dan dijangka seramai 24 orang
akan menyertai pertandingan ini dan 6 orang terdiri daripada urus setia dan juri
pertandingan. Setiap peserta akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak
RM 10.00 sahaja untuk seorang dan pertandingan mengikut kategori beregu
lelaki dan beregu wanita.

5.

PELAKSANAAN
Pendaftaran akan diadakan pada jam 8:00 malam di dewan gelanggang
badminton BPH (tempat ditentukan setelah mendapat pengesahan). Jemputan
turut dipanjangkan kepada Presiden Kelab UKAS dan Setiausaha Puspanita
Cawangan Kecil UKAS untuk perasmian. Pertandingan akan dimulakan
selepas acara perasmian. Format pertandingan adalah kalah mati. Kategori
pemain adalah beregu lelaki dan beregu wanita. Makanan dan minuman akan
disediakan bergantung kepada yuran penyertaan. Hadiah pertandingan
diperuntukan untuk Johan; Naib Johan; Ketiga dan Keempat mengikut kategori
pertandingan. Sijil penyertaan juga disediakan untuk semua pemain.
Pertandingan dan penyampaian hadiah dijangka selesai pada jam 12:00
tengah malam.

6.

KOS PROGRAM
Kos dianggarkan bagi menjayakan pertandingan ini adalah sebanyak
RM 1400.00. Sumbangan daripada Puspanita UKAS yang dipohon adalah
sebanyak RM 500.00. Kos terperinci adalah seperti di Lampiran 1. Aturcara
pertandingan adalah seperti di Lampiran 2.

7.

PERAKUAN
Sukacita dikemukakan cadangan untuk Kejohanan Badminton Tertutup UKAS
2015 diangkat untuk semakan dan pengesahan puan jua.
Sekian, terima kasih.

(SAMSIAH BINTI ZAINUDDIN)


Biro Sukan Puspanita Cawangan Kecil UKAS, JPM
Tarikh:

Mei 2015

SEMAKAN DAN PENGESAHAN


SETIAUSAHA PUSPANITA CAWANGAN KECIL UKAS, JPM

UKAS 100-7/3

Mei 2015

CADANGAN BIRO SUKAN BAGI


KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP UKAS 2015

Telah disemak dan disahkan bahawa cadangan seperti mana di perenggan 6


kertas kerja program adalah tersusun dengan kelulusan oleh YBhg. Datin
Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil UKAS, JPM pada 30 April 2015.
Dengan ini disahkan bahawa baki peruntukan Biro Sukan tahun 2015 adalah
seperti berikut:
Baki Peruntukan Biro Sukan Tahun 2015
Cadangan kertas kerja

Baki Keseluruhan Biro Sukan Tahun 2015

RM 2 500.00
RM 500.00
RM 2 000.00

Sehubungan itu, semua tuntutan dan pembayaran perlulah disertai dengan resit/
inbois tuntutan yang lengkap.

(PUAN RAFEDZAH BINTI MOHD SOM)


SETIAUSAHA PUSPANITA CAWANGAN KECIL UKAS,
UNIT KERJASAMA AWAM SWASTA
JABATAN PERDANA MENTERI
Tarikh:

Mei 2015

LAMPIRAN 1
ANGGARAN KESELURUHAN PERMOHONAN PERUNTUKAN
PERBELANJAAN DARIPADA PUSPANITA CAWANGAN KECIL UKAS, JPM
DAN KELAB UKAS, JPM
Bil

Perkara

4.1

Sewa gelanggang
RM 12 x 1 jam x 4 = RM 48.00

4.2

Peralatan (bulu tangkis)


RM 55.00 x 5 = RM 275.00

4.3

Token Juri; Sijil Penyertaan dan


Kontingensi

Pembiayaan

Puspanita
UKAS

48.00

Puspanita
UKAS

275.00

Puspanita
UKAS

177.00

PERUNTUKAN PERBELANJAAN PUSPANITA

4.4

Hadiah Pertandingan
i) Beregu Lelaki
Johan = RM 200.00
Naib Johan = RM 100.00
Ketiga = RM 50.00
Keempat = RM 50.00

Jumlah
(RM)

500.00

Kelab UKAS

800.00

Yuran
penyertaan

ii) Beregu Wanita


Johan = RM 200.00
Naib Johan = RM 100.00
Ketiga = RM 50.00
Keempat = RM 50.00

4.6

Makan/ Minum

PERUNTUKAN PERBELANJAAN KELAB UKAS

JUMLAH KESELURUHAN PERMOHONAN PERUNTUKAN

800.00

RM 1300.00

LAMPIRAN 2

Atur cara Program


Tarikh
Tempat

:
:

15 Mei 2015 (Jumaat)

Dewan Presint 5R4, Presint 5,


Putrajaya, Dewan Gelanggang
Badminton BPH

Masa
8:00 malam

Aktiviti
Ketibaan dan pendaftaran pemain

8:15 malam

Perasmian dan sesi bergambar

8:30 malam

Pertandingan dimulakan

11:30 malam

Penyampaian hadiah dan sijil penyertaan

12:00 malam

Bersurai

You might also like