You are on page 1of 3

Cerpen ini mengisahkan Ahmad dan Cikgu Harun...

Ahmad merupakan
seorang pelajar miskin yang berumur 9tahun..sering dimarahi oleh
gurunya Cikgu Harun kerana tidak memakai kasut sekolah..sebaliknya
hanya berselipar jepun..keadaan itu mengganggu pemandangan Cikgu
Harun yang begitu mementingkan soal penampilan..
"Ahmad,mana kasut??"
"Belum beli cikgu.."
"Bila nak beli?"
Ahmad membatukan diri seperti selalu..semenjak tiga minggu yang
lalu, sejak sekolah dibuka..dan semenjak soalan itu diajukan
kepadanya...itu sajalah jawapan Ahmad..Sebelum itu Ahmad memakai
selipar Jepun yang lusuh ke sekolah..tetapi selepas selipar itu
putus..dia hanya berkaki ayam..sehinggalah satu hari Ahmad telah
didenda oleh Cikgu Harun kerana tidak membawa baju sukan..
"Kasut sekolah tak pakai,baju sukan tak bawa!Apa nak jadi dengan
kamu ini??
Terasa hendak dipukul sekuat hati pelajar itu tetapi kesabarannya
masih ada..Cikgu Harun terpandang rumpun pisang yang merimbun
di tepi pagar sekolah..Beberapa tandan pisang terjuntai di celah-celah
rumpun pisang itu..dan dibawahnya bertaburan kelopak jantung yang
gugur..besar-besar dan berwarna merah hati..
"Pergi cari tali!"
Ahmad,pelajar yang lurus bendul itu terus beredar dan kembali
dengan seutas tali rafia berwarna merah..
"Kamu pakai benda ni.Ikat elok-elok!!"Jangan buka-buka kasut ini

selagi kamu tak beli kasut baru!!"


Pada mulanya Ahmad berat hati untuk memakai kasut yang diperbuat
dari kelopak jantung pisang itu..tapi akhirnya dia menurut..Ahmad
serba salah..Dia berasa malu..Ahmad berlari pulang ketika muridmurid lain sudah keluar sekolah. Sakit hatinya kini lebih perit
daripada tertusuk duri semalu..Matanya berair..bukan kerana sakit
kaki..akan tetapi hatinya yang terhiris..
Keesokan harinya..Ahmad tidak datang ke sekolah..sehinggalah
seminggu lamanya..Cikgu Harun berasa ada sesuatu yang tidak
kena..dia bertanya kepada pelajarnya yang lain..
"Dia kata hendak berhenti sekolah cikgu!!"
Tersentak hati Cikgu Ahmad mendengar jawapan dari anak muridnya
itu..tiba-tiba timbul rasa bersalah di dalam hatinya kerana bertindak
keterlaluan kepada Ahmad..Petang itu, Cikgu Harun tekad untuk pergi
ke rumah Ahmad..setelah melalui denai-denai sempit akhirnya dia
sampai ke rumah Ahmad..barulah Cikgu Harun sedar betapa sukarnya
Ahmad ke sekolah..tambahan dalam keadaan pelajar itu yang hanya
berkaki ayam menempuh semak..batu-batu kerikil di tepi jalan dan
pohon-pohon semalu yang berduri..
Sebaik sampai di sebuah rumah,Cikgu Harun memanggil-manggil
nama Ahmad..tapi tiada yang menyahut..Tiba-tiba muncul seorang
wanita separuh umur..mukanya iras-iras Ahmad..Cikgu Harun dapat
mengagak itu adalah ibu Ahmad..
"Ahmad tak ada.Dia mengambil upah petik cili.."Cikgu Harun
memperkenalkan dirinya..Tidak lama kemudian,muncul
Ahmad..Cikgu Harun menyapa pelajarnya itu..Tika itulah dia

terpandang kepada kaki Ahmad yang masih bersarungkan kasut


kelopak jantung..
"Kenapa kamu tak buka kelopak jantung ini??"tanya Cikgu Harun
pantas.Hatinya tersentuh kerana tidak menyangka arahan supaya
tidak menanggalkan kelopak jantung itu benar-benar dipatuhi oleh
anak muridnya itu..
"Saya belum cukup duit untuk membeli kasut baru.."
Air mata Cikgu Harun menitis tanpa disedari..dia segera ke pekan
membeli sepasang pakaian sekolah dan sepasang
kasut..Kemudian,cikgu Harus bergegas pulang ke rumah Ahmad..
"Ahmad,esok pergi sekolah. Pakai uniform baru ni..."
Ahmad menyambut pemberian Cikgu Harun dengan tangannya
terketar-ketar..
"Terima kasih cikgu.."

You might also like