You are on page 1of 5

Lembaga Pentaraf Pengakap Raja Negeri Sabah

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH


THE SCOUTS ASSOCIATION OF MALAYSIA – SABAH BRANCH
Rumah BP, Jalan Pintas Sembulan, Off Bulatan Sembulan, 88899 Kota Kinabalu, Sabah
Tel : 088-219558 Fax : 088-219559 e-mail : ppmcs@hotmail.com
Blog : http://scoutinginsabah.blogspot.com

PENTARAFAN PENGAKAP RAJA


PERINGKAT NEGERI SABAH
SESI 2009/2010

Maklumat Umum
Lembaga Pentaraf Pengakap Raja Negeri Sabah akan menganjurkan Pentarafan Pengakap Raja peringkat
Negeri Sabah bagi Sesi 2009/2010 seperti butiran berikut :

Tarikh : 25 HINGGA 28 MAC 2010

Tempat : RUMAH BP, KOTA KINABALU

Pendaftaran : 1.30 TENGAHARI (25 MAC 2010)

Pentarafan Pengakap Raja Negeri Sabah Sesi 2009/2010 1


Lembaga Pentaraf Pengakap Raja Negeri Sabah

HAD UMUR DAN KELAYAKAN CALON


Umur
Calon hendaklah terdiri daripada Pengakap Remaja yang telah berusia di antara 16 ½ hingga 18 ½ tahun
semasa UJIAN SIKAP dijalankan.

Pencapaian dan Persijilan


Calon mestilah telah lulus ujian berikut dan memiliki sijil yang dikeluarkan oleh Ibupejabat Pengakap
Negeri Sabah sebagai bukti.

Peringkat Pengakap Muda


i. Lencana Usaha
ii. Lencana Maju
iii. Lencana Jaya
iv. Rambu Pengakap Muda (Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negeri)

Peringkat Pengakap Remaja


i. Lencana Jayadiri
ii. Lencana Kemahiran / Kajicuaca
iii. Lencana Kegiatan / Pengail
iv. Lencana Ekspedisi
v. Lencana Perkhidmatan / Helmsmen
vi. Ujian Sikap Pengakap Remaja

JENIS-JENIS UJIAN
1. TEMUDUGA
Calon akan menduduki temuduga berkaitan Buku Log mereka, model projek perintis, impresi diri,
pengetahuan asas dalam Pengakap, pengetahuan am dan isu-isu semasa.

2. PEMERIKSAAN KHEMAH (Berpatrol)


Secara berpatrol, para calon akan melalui pemeriksaan khemah. Aspek yang akan dinilai adalah
dari segi kebersihan, kekemasan, susunatur, serta kelengkapan kawasan khemah mereka. Projek-
projek gejet patrol akan turut dinilai. Pemeriksaan akan dibuat pada setiap pagi.

3. PEMERIKSAAN DIRI & PAKAIAN SERAGAM(Perseorangan)


Calon akan melalui pemeriksaan kebersihan/kekemasan diri dan juga pakaian seragam Pengakap
mereka. Pemeriksaan ini akan diadakan pada setiap pagi.

4. UJIAN PENGETAHUAN AM (Bertulis)


Calon akan menduduki Ujian bertulis berkaitan pengetahuan umum , pengetahuan dalam
Pengakap, isu-isu semasa dan juga struktur pentadbiran negara dan antarabangsa.

5. IKATAN DAN SIMPULAN (Ujian wajib untuk lulus pentarafan)


i. Calon akan diuji secara teori dan amali berkaitan semua jenis ikatan dan simpulan dalam
Skim Latihan Pengakap Kanak-kanak, Muda dan Remaja)
ii. Calon akan diuji dalam melakukan Sambat Mata dan Sambat balik.
iii. Calon dikehendaki membuat Trestle.
iv. Calon dikehendaki membuat satu projek perintis.

Pentarafan Pengakap Raja Negeri Sabah Sesi 2009/2010 2


Lembaga Pentaraf Pengakap Raja Negeri Sabah

v. Calon dikehendaki mengemukakan satu Model Projek Perintis yang telah siap semasa
mendaftar.

6. EKSPEDISI DAN PENGANGGARAN


Calon akan diuji dalam perkara-perkara berikut :
i. Pembacaan Kompas
ii. Pembacaan Peta Topo
iii. Pengagakkan
iv. Mengemas Beg (Haversack)
v. Laporan Buku Log Pengembaraan yang telah dilakukan.

7. PERTOLONGAN CEMAS (Ujian wajib untuk lulus Pentarafan)


Calon akan diuji dalam 4 peringkat ujian.
i. Peti Pertolongan Cemas (Calon hendaklah memiliki Peti Pertolongan Cemas sendiri dan
mengetahui kegunaan isinya serta sentiasa dikemaskini)
ii. CPR (Calon akan diuji secara amali dalam pelaksanaan kaedah CPR)
iii. Balutan dan Anduh (Calon akan diuji secara amali dalam melakukan semua jenis anduh
dan balutan yang terdapat dalam Skim Latihan Pengakap Kanak-kanak, Muda dan
Remaja)
iv. Memindah Mangsa Kemalangan (Calon akan diuji secara amali dalam kaedah
memindahkan mangsa kemalangan/kecederaan)

8. MASAKAN
Ujian akan diuji secara amali dalam kaedah Masakan Cara Rimba (Backwoods Cooking). Ujian
termasuklah :
i. Menghidupkan api
ii. Membuat roti lilit
iii. Memasak Air
iv. Memasak Nasi
v. Memasak ayam/telur/ikan/daging/sayur
** Menu tambahan oleh calon akan diberikan markah tambahan

9. KRAFTANGAN
Calon akan diuji dalam perkara berikut :
i. Hasil kraftangan sendiri yang dihasilkan oleh calon sebelum menghadiri pentarafan.
ii. Membuat wogel (melalui Simpul Serban)
iii. Membuat Bushmen’s Thong

10. MALAM PENGAKAP & KEBUDAYAAN


Calon akan diuji melalui persembahan Malam Pengakap dalam aspek :
i. Nyanyian
ii. Lakonan
iii. Tarian
(*Calon ataupun Patrol hendaklah menyediakan satu persembahan)
(**Tema persembahan adalah 1 MALAYSIA)
Untuk Ujian Kebudayaan, Calon akan diuji dalam 2 peringkat
i. Ujian Bertulis dalam pengetahuan tarian, nyanyian, pakaian, alat muzik serta permainan
tradisional masyarakat Malaysia.
ii. Ujian Amali dalam menarikan 3 jenis tarian tradisional masyarakat Malaysia yang akan
ditentukan oleh penguji secara rawak.

Pentarafan Pengakap Raja Negeri Sabah Sesi 2009/2010 3


Lembaga Pentaraf Pengakap Raja Negeri Sabah

Untuk sesi ini, calon hendaklan mengetahui 12 jenis tarian tradisional masyarakat
Malaysia seperti berikut :
1. Joget
2. Zapin
3. Inang
4. Daling-daling
5. Mengiluk
6. Sumazau
7. Adai-adai
8. Kuda Pasu
9. Ngajat
10. Magunatip
11. Bhangra
12. Kuda Kepang
iii. Markah tambahan akan diberikan bagi calon yang mengenakan sebarang pakaian
tradisional.

11. KAWAD
Calon akan diuji secara amali dalam 2 jenis kawad.
i. Kawad Kaki
ii. Kawad Tongkat
** Calon hendaklah mahir dalam melakukan serta memberi bahasa hukuman dalam kedua-
dua jenis kawad di atas.

12. KECEKAPAN
Calon akan melalui ujian fizikal dalam 4 perkara berikut :
i. Aktiviti Berhalangan
ii. Memanjat tali
iii. Memanjat Pokok
iv. Melempar Tali

13. BERENANG (Ujian wajib untuk lulus pentarafan)


Calon akan diuji dalam kemahiran berenang mereka dari 4 aspek :
i. Berenang lurus 30 meter
ii. Apungan
iii. Terjunan
iv. Selaman

PERSYARATAN AWAL
Calon yang ingin menduduki pentarafan hendaklah :

1. Menghantar perkara berikut ke Ibupejabat Pengakap Negeri selewat-lewatnya pada 10 Mac 2010.
i. Buku Log dan salinan sijil bagi
- Lencana Usaha
- Lencana Maju
- Lencana Jaya
- Lencana Jayadiri
- Lencana Kemahiran / Kajicuaca

Pentarafan Pengakap Raja Negeri Sabah Sesi 2009/2010 4


Lembaga Pentaraf Pengakap Raja Negeri Sabah

- Lencana Kegiatan / Pengail


- Lencana Ekspedisi
- Lencana Perkhidmatan / Helmsmen
- Ujian Sikap
ii. Salinan MyKad dan Sijil Kelahiran

2. Mengisi Borang PPM(PR) dan disahkan oleh Pemimpin serta Pesuruhjaya Pengakap Daerah.

3. Seorang ahli Pengakap BERDAFTAR

4. Borang PPM(PR) yang telah lengkap diisikan hendaklah dikemukakan ke Ibupejabat Pengakap
Negeri SEBELUM ataupun PADA 8 Mac 2010.

KEPERLUAN CALON
Semasa Pentarafan, calon dikehendaki membawa :

1. Pakaian Seragam Pengakap yang lengkap


2. Model Projek Perintis
3. Peti Pertolongan Cemas yang lengkap
4. 1 hasil kraftangan buatan sendiri dan disahkan oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah
5. Tongkat Pengakap
6. Kain Anduh
7. Pakaian Tradisional (jika ada)
8. Pakaian Sukan
9. Pakaian kemas secukupnya
10. Peralatan peribadi secukupnya
11. Pakaian untuk ke kolam renang
12. Tali untuk ujian simpulan dan ikatan
(sekurang-kurangnya berdiamater ½ inci dan sepanjang 6 kaki)
13. Khemah sendiri
14. Pisau / parang sendiri
15. Sebarang peralatan tambahan yang difikirkan perlu oleh calon

YURAN PENDAFTARAN
Yuran Pendaftaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 55.00 seorang.

Yuran ini akan merangkumi :


1. Makan/minum calon sepanjang pentarafan
2. Tali Nylon (Untuk Ujian Bushmen’s Thong
3. Tali Kulit (Untuk Ujian membuat Woggle)
4. Buluh untuk kegunaan sepanjang pentarafan
5. Pengangkutan ke kolam renang
6. Bayaran tiket kolam renang
7. Kos percetakan kertas-kertas soalan
8. Tag Nama Calon
9. Sijil Kehadiran

Pentarafan Pengakap Raja Negeri Sabah Sesi 2009/2010 5

You might also like