You are on page 1of 21

bab 2

NUTRISI
Kelas-kelas Pemakanan
Setiap hidupan (living things) memerlukan makanan untuk meneruskan hidup.
Kita memerlukan makanan untuk:
mendapatkan tenaga kimia (chemical energy) untuk menjalanakan aktiviti, dan haba bagi
mengekalkan suhu badan (body temperature) pada 37°C.
membina tisu baru semasa pembesaran dan juga untuk pembaikan tisu yang lama atau
rosak yang terdapat di dalam badan.
mengekalkan kesihatan badan serta melindunginya daripada sebarang penyakit dan
jangkitan.
Makanan yang dimakan oleh manusia boleh dibahagikan kepada tujuh (07) kelas seperti
berikut:
Karbohidrat (carbohydrate)
Protein
Lemak (fat)
Vitamin
Mineral
Serat (fibre)
Air (water)
Kelas Makanan dan Khasiatnya
KARBOHIDRAT
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen
Fungsi : Membekalkan tenaga
Contoh : nasi, roti, coklat, ubi
Karbohidrat
Karbohidrat (carbohydrates) adalah nutrien yang mengandungi karbon (carbon), hidrogen
(hydrogen) dan oksigen (oxygen). Nisbah (ratio) hidrogen kepada oksigen adalah 2:1.
Karbohidrat terbentuk daripada molekul-molekul ringkas yang dikenali sebagai gula ringkas
(simple sugar).
Karbohidrat boleh dibahagikan kepada tiga jenis, berdasarkan bilangan gula ringkas yang
terdapat didalam molekul:
Monosakarida (monosaccharide) - terdiri daripada lebih daripada satu unit gula ringkas.
Contoh: Glukosa, fruktosa, galaktosa.
Disakarida (disaccharide) - terdiri daripada dua unit gula ringkas.
Contoh: Laktosa, maltosa, sukrosa.
Polisakarida (polysaccharide) - terdiri daripada banyak unit-unit gula ringkas.
Contoh: Kanji, glikogen, selulosa.
Sumber karbohidrat:
Makanan yang berkanji (starchy food) seperti roti, nasi, dan kentang.
Makanan yang manis/bergula (sugary food) seperti madu, buah-buahan, tebu dan susu.
Makanan-makanan yang kaya dengan karbohidrat.
Jadual di bawah menunjukkan peratusan kandungan karbohidrat didalam beberapa jenis
makanan:

Sumber
Nasi
Roti
Pisang
Daging
Ikan

Kandungan karbohidrat (%)
76
74
53
10
2

Fungsi karbohidrat:
Untuk membekalkan tenaga supaya sel-sel badan dapat berfungsi dengan lebih cekap
(efficiently). Satu gram (1g) karbohidrat boleh menghasilkan 17 kJtenaga apabila
dioksidakan sepenuhnya (completely oxidised).
Sebagai simpanan makanan (as stored food) pada haiwan dan sel-sel tumbuhan, sebagai
contoh:
i) Glukosa yang berlebihan akan ditukar kepada glikogen untuk disimpan dalam sel-sel
haiwan.
ii) Sel-sel tumbuhan menyimpan lebihan glukosa (excess glucose) dalam bentuk kanji
(starch).
iii) Kanji dan glikogen boleh ditukarkan semula kepada gula ringkas apabila diperlukan.
Ujian makanan untuk karbohidrat.
Kehadiran kanji dan glikogen (glycogen) boleh diuji dengan larutan iodin (iodine solution).
Apabila iodin yang berwarna perang kekuningan (yellowish brown) dititiskan ke dalam larutan
berkanji, warna larutan akan berubah kepada biru gelap (dark blue) atau biru kehitaman
(blackish blue).
Kehadiran glukosa (glucose), galaktosa (galactose), laktosa (lactose), dan maltosa (maltose)
boleh diuji dengan menggunakan larutan Benedict atau larutan Fehling. Apabilalarutan
Benedict dititiskan kedalam larutan glukosa dan kemudiannya campuran larutan tersebut
dipanaskan perlahan-lahan selama dua minit, larutan tersebut secara beransuransur (gradually) akan berubah warna daripada biru muda (light blue), hijau (green), kuning
(yellow), jingga (orange) dan akhirnya kepada mendakan merah bata (brick-red precipitate).
PROTEIN
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen dan kadangkala sulfur
serta fosforus
Fungsi : membina sel baharu, baiki tisu rosak
Contoh : Daging, Ikan, Putih Telur, Susu dan Kacang Soya
Protein
Protein adalah nutrien yang
mengandungi karbon (carbon), hidrogen (hydrogen), oksigen(oxygen) dan nitrogen. Ada juga
protein mengandungi sulfur (sulphur) dan fosforus (phosphorus).
Sifat-sifat protein:
Unit asas bagi protein adalah asid amino (amino acid). Terdapat 20 jenis asid amino yang
diperlukan oleh tubuh manusia seperti serine, methionine, glycine dan alanine.
Kebanyakan protein terbentuk daripada 100-300 unit rantaian asid amino. Ini menjadikan
molekul protein besar dan kompleks. Protein tidak dapat menembusi membran plasma di
dalam sel dan juga tidak larut (insoluble) dalam air.
Terdapat dua kelas protein, iaitu protein kelas pertama (protein daripada haiwan) yang
mengandungi semua jenis asid amino dan protein kelas kedua(protein daripada tumbuhan)
yang mana terdapat kekurangan beberapa jenis asid amino.
Sesetengah asid amino tidak boleh dibentuk oleh sel-sel badan. Jadi, asid amino ini
hendaklah diperolehi daripada makanan.

lemak wujud dalam bentuk cecair (liquid) dan dikenali sebagai minyak (oils). Lemak wujud dalam bentuk pepejal (solid). Jadual di bawah menunjukkan peratusan kandungan protein dalam beberapa jenis makanan. Glikogen adalah tenaga yang tersimpan (stored energy) yang mana ianya boleh menghasilkan tenaga apabila dioksidasikan (oxidised) melalui respirasi sel. Untuk mensintesiskan sebatian protein yang lain (synthesise other protein compounds) seperti enzim. . Lemak tidak larut (insoluble) dalam air tetapi boleh larut (dissolve) dalamalkohol (alcohol). Satu molekul lemak adalah terbentuk daripada satu molekul gliserol dan tigamolekul asid lemak. tetapi nisbah hidrogen dengan oksigen adalah lebih tinggi daripada 2:1. oksigen. mengekalkan suhu badan. Sifat-sifat lemak: Unit asas bagi lemak adalah asid lemak (fatty acid) dan gliserol (glycerol). D. susu dan produk tenusu (keju dan mentega). Makanan-makanan yang kaya dengan sumber protein. Untuk pembentukan sel-sel baru (formation of new cells) bagi menggantikan sel-sel lama atau sel-sel yang telah rosak.Sumber protein: Protein haiwan seperti daging.0 14. melindungi organ dalaman daripada gegaran Contoh : Mentega. LEMAK Makanan yang mengandungi karbon. membekalkan tenaga. Kuning Telur.2 Fungsi protein: Untuk pertumbuhan badan (growth of the body) kerana protein adalah salah satu komponen utama dalam protoplasma (protoplasm) sel. nisbah hidrogen kepada oksigen dalam tricerine (sejenis lemak haiwan) adalah 18:1.0 23. jagung). tetapi dalam nisbah berlainan Fungsi : Memanaskan badan.0 3. kacang pea) dan bijirin (oat. telur. hormon dan antibodi. hidrogen. E dan K. gandum. kacang tanah.0 6. Minyak Ikan. ikan. Untuk memberikan tenaga (provide energy). Protein tumbuhan seperti kekacang (soya. Sebagai contoh. Mendakan merah bata (brick-red precipitate) akan terbentuk apabila makanan yang mengandungi protein (seperti albumin telur) dipanaskan bersama-sama (heated together) dengan reagen Millon (Millon's reagent). Lemak Daging Lemak Lemak (fats) adalah sebatian (compounds) yang mengandungi karbon (carbon). Lemak juga boleh melarutkan vitamin A. Ujian protein: Ujian untuk mengesan kehadiran protein dalam sampel makanan dikenali sebagaiUjian Millon (Millon's test). Sumber Ikan (Fish) Daging (Meat) Telur (Egg) Milk (Susu) Sayur-sayuran (Vegetables) Kandungan Protein (%) 26. hidrogen(hydrogen) dan oksigen (oxygen). Pada suhu bilik (room temperature). Protein boleh ditukarkan (broken down) kepada glikogen (glycogen) apabila tubuh badan kekurangan karbohidrat (carbohydrate) dan lemak (fat).

E. Emulsi putih keruh (cloudy white emulsion) menunjukkan kehadiran lemak atau minyak. iaitu dua kali ganda jumlah tenaga yang dihasilkan oleh satu gram (1g) karbohidrat (carbohydrates).C) Fungsi : Penting untuk kesihatan badan Contoh : Tomato. Menyekat kehilangan air dari permukaan kulit melalui rembesan minyak (secretion of oil) oleh kelenjar sebum pada kulit (skin). Lemak tumbuh-tumbuhan seperti sayur-sayuran (margerine). VITAMIN Sebatian organik yang penting untuk badan Terbahagi kepada Vitamin Larut Lemak (A. boleh mengekalkan suhu badan. kuning telur (egg yolk). E. Limau. minyak zaitun.D. Jadual berikut menunjukkan peratusan lemak/minyak yang terdapat didalam beberapa jenis makanan: Sumber Ayam Telur Daging Keju Mentega Kandungan lemak/minyak (%) 7 11 28 35 82 Fungsi-fungsi lemak: Sebagai sumber yang kaya dengan tenaga. minyak jagung. Susu. Sebagai penebat haba (heat insulator) kepada badan. Beberapa titik etanol/ethanol (sejenis alkohol) ditambahkan kepada sejumlah kecil lemak dan campuran tersebut digoncang dengan bersungguh-sungguh untuk melarutkan lemak. Ujian mengesan kehadiran lemak: Ujian bagi mengesan kehadiran lemak dalam sampel makanan dikenali sebagaiujian emulsi alkohol (alcohol-emulsion test).K) dan Vitamin Larut Air (B. Telur. minyak kelapa. D. minyak bijirin dan minyak kacang soya. Lemak berlebihan yang disimpan sebagai tisu adipos (adipose tissues) dibawah kulit. minyak sawit. Pengoksidaan (oxidation) satu gram (1g) lemak boleh menghasilkan 38kJ tenaga.Sumber-sumber lemak: Lemak haiwan seperti mentega (butter). dan K untuk membolehkan/memudahkan pengangkutan ke bahagian-bahagian tertentu badan. keju (cheese). minyak sapi (ghee) dan minyak ikan kod (cod fish oil). Kemudian ditambahkan air sejuk dengan jumlah amaun yang sama. Lemak haiwan mengandungi paras kolestrol (cholestrol) yang tinggi. Sebagai pelarut vitamin A. Ikan Kod GARAM MINERAL .

maka kita akan dapat satu emulsi lemak. Telur. Sekiranya sampel berubah menjadi biru gelap atau biru kehitaman. Sampel dicampurkan dengan sedikit larutan etanol. Betik. Garam. maka sampel tersebut memang mengandungi kanji. . Contoh makanan yang boleh digunakan bagi menguji lemak adalah minyak masak. Ujian Lemak Ujian lemak mempunyai 2 kaedah. maka sampel tersebut tidak mengandungi kanji. Caranya adalah dengan menitiskan beberapa titisan larutan Iodin ke dalam sampel. Titiskan beberapa sampel makanan ke atas kertas turas dan sekiranya terdapat tompokan lutsinar. maka sampel terbukti mengandungi lemak.Sebatian organik yang penting untuk memelihara kesihatan badan Diperlukan dalam kuantiti yang sedikit sahaja Fungsi : Penting untuk kesihatan badan Contoh : Ikan Bilis. iaitu Ujian Iodin. Namun dalam entri ini hanya difokuskan kepada 4 jenis ujian makanan sahaja. Contoh makanan yang boleh digunakan bagi menguji kanji adalah air nasi. Jagung AIR 67% daripada badan manusia terdiri daripada air Fungsi : Mengangkut bahan terlarut ke seluruh badan. Jika sampel makanan mengandungi lemak. roti dan ubi. Ujian Benedict dan Ujian Millon Ujian Iodin Ujian Iodin digunakan bagi menguji kehadiran KANJI dalam sampel makanan. Nenas. Jika tiada perubahan. Tomato. Limau. Kaedah pertama adalah dengan menggunakan kertas turas. Ikan Kod PELAWAS Bahan bergentian yang tidak dapat dicernakan badan Merangsang pengecutan otot di sepanjang salur pencernaan Fungsi : Mencegah sembelit Contoh : Nangka. dan marjerin. mengawal suhu badan dan kepekatan darah Contoh : Air minuman Ujian Makanan Ujian makanan adalah ujikaji yang dijalankan bagi menguji kehadiran sesuatu bahan dalam satu sampel makanan. Ujian Lemak. Kaedah kedua pula adalah dengan menggunakan etanol. Ada banyak ujian makanan.

GIZI SEIMBANG Pemakanan yang mengandungi kesemua kelas makanan yang diperlukan dalam kuantiti yang betul dan mencukupi Hidangan makanan kita mestilah mengandungi kesemua kelas makanan yang diperlukan. Semua ini perlu ada dalam kuantiti yang betul dan mencukupi seperti yang diperlukan oleh badan. Selain daripada itu juga. Sekiranya sampel mengandungi glukosa. Campuran tadi kemudiannya dipanaskan dalam kukus air. Pemakanan atau Gizi Seimbang Gizi bermaksud makanan yang dimakan setiap hari. Caranya adalah dengan mencampurkan sampel dengan Reagen Millon. Contoh makanan yang boleh digunakan bagi menguji protein adalah albumen. Ujian Millon Ujian Millon digunakan bagi menguji kehadiran PROTEIN dalam sampel makanan. . termasuklah aktiviti seharian. maka larutan akan berubah menjadi mendakan merah bata. Banyak faktor yang mendorong kepada keperluan gizi seimbang.Ujian Benedict Ujian Benedict digunakan bagi menguji kehadiran GLUKOSA dalam sampel makanan. Gizi yang seimbang adalah penting bagi manusia. Sebagai contohnya. maka larutan akan berubah menjadi mendakan merah bata. kita perlukan kelas makanan yang betul bagi menjamin pertumbuhan tumbesaran dan juga menjaga kesihatan. protein untuk tumbesaran dan baikpulih sel (ayam / daging). hidangan makan tengahari perlulah mengandungi karbohidrat untuk tenaga kita (nasi). Kemudian campuran tadi dipanaskan dalam kukus air. kita akan bergantung kepada keperluan tenaga yang mencukupi daripada makanan yang kita makan. mineral dan vitamin untuk kesihatan badan (sayur dan buah-buahan) serta bahan pelarut badan (air). Contoh makanan yang boleh digunakan bagi menguji glukosa adalah air gula. dan putih telur. Ini kerana dalam melakukan aktiviti seharian. Caranya adalah dengan mencampurkan sampel dengan larutan Benedict yang berwarna biru. Sekiranya sampel mengandungi protein.

Keperluan kalori juga adalah bergantung kepada beberapa faktor lain seperti jantina. sedangkan kandungan karbohidrat dan protein yang sangat rendah. disenaraikan kalori-kalori mengikut makanan harian kita. Ini yang dikatakan dengan gizi tidak seimbang. umur. Sebagai contohnya. .GIZI TIDAK SEIMBANG Pemakanan yang tidak lengkap serta hanya mengandungi kelas makanan tertentu sahaja Hidangan makanan yang mengandungi hanya kelas makanan tertentu sahaja dan lazimnya banyak dengan bahan makanan yang tidak berkhasiat kepada badan. Manakala setiap 8000 kalori yang lebih atau terkumpul pula akan menaikkan 1kg berat badan anda. Rancang Gizi Seimbang Dengan Senarai Kalori Makanan Seharian Adalah merupakan satu keperluan bagi setiap individu dalam merancang pemakanan seimbang dengan menggunakan senarai kalori makanan yang kita makan seharian. Di bawah ini. iklim dan keadaan kesihatan. jenis pekerjaan. saiz badan. wanita dewasa memerlukan 1600-2000 kalori sehari manakala lelaki dewasa pula memerlukan sehingga 2000-2500 kalori sehari. Sebagai contohnya makanan ringan atau makanan segera yang mempunyai kandungan garam atau gula yang tinggi.

Betik (sepotong) = 20 kalori = 45 kalori . Tembikai (sepotong) 2. Pizza berkeju (sepotong) = 130 kalori = 60 kalori = 90 kalori = 75 kalori = 425 kalori = 405 kalori = 35 kalori = 240 kalori Kategori: Buah-buahan 1. Kek biasa tanpa krim (sepotong) 9. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori Kategori: Kuih Muih 1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori 2. Pisang goreng (sekeping) 8. Mee sup (semangkuk) 9. Bingka ubi (sekeping) 4. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori 10. Emping jagung kosong (secawan) = 260 kalori = 400 kalori = 635 kalori = 880 kalori = 445 kalori = 300 kalori = 660 kalori = 380 kalori = 550 kalori = 156 kalori = 200 kalori = 180 kalori = 203 kalori = 160kalori Kategori: Lauk Pauk 1. Popia goreng (satu) 6. Nasi goreng bertelur (sepinggan) 4. Mee hoon goreng (sepinggan) 10. Nasi putih (satu setengah cawan) 2. Sayur kobis hancur (satu tub) 5. Burger keju (satu) 6. Nasi minyak kosong (sepinggan) 6. Tauhu goreng (sekeping) = 110 kalori 13. Sate ayam (secucuk) 8. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) 5. Kuih lapis (sekeping) 3. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori 3.Kasui berkelapa parut (sekeping) 2. Capati tanpa kuah (sekeping) 13. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori 9. Nasi lemak bersambal (sepinggan) 3. Kentang lecek (satu tub kecil) 4. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori 4. Mee goreng kosong (sepinggan) 8. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) 12. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori 8. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori 5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori 6. Popia basah (satu) 7. Sandwich sardin (sekeping) 11. Karipap (sebiji) 10. Kentang goreng (satu kantung kecil) 7. Bubur kacang (semangkuk) = 160 kalori = 130 kalori = 220 kalori = 180 kalori = 130 kalori = 95 kalori = 170 kalori = 87 kalori = 130 kalori = 70 kalori = 100 kalori Kategori: Makanan Segera 1. Roti putih (2 keping) 11. Peha ayam goreng (satu) 2.Kategori: Makanan Rutin 1. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori 11. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori 7. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori 12. Nasi ayam kosong (sepinggan) 7. Pau ayam (sebiji) 14. Nasi briyani berayam (sepinggan) 5. Nugget ayam (satu) 3.

Mentega 2 sudu teh = 75 kal Sumber Untuk merancang pemakanan yang sihat dan seimbang juga. Yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal 8. 20 Negara Paling Malas Dalam Dunia! Satu majalah British. Aiskrim 2 skop = 390 kal 6. Susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal 7. Tahap . keperluan kalori bagi seorang budak lelaki yang aktif dengan seorang budak perempuan yang kurang aktif adalah berlainan. Nenas (sepotong) 8. Atas sikap tak pernah ambil tahu dan tak nak ambil tahulah menyebabkan Malaysia tergolong dalam kalangan negara yang menghadapi masalah OBESITI. Sebagai contoh. Minuman kotak 250g = 105 kal 3. Epal (sebiji) 9. Susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal 4. iaitu The Lancet telah mengeluarkan senarai 20 negara yang paling malas dalam duniasebelum bermulanya Sukan Olimpik 2012 pada tahun lepas.3. Cubalah kira berapa banyak kalori yang anda ambil dalam satu hari. Minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal 2. Jambu batu (sebiji) 7... Durian (5 ulas) 5. Pisang emas (2 biji) 4. kerana setiap zat makanan adalah penting dan mempunyai fungsi masing-masing. Mangga (sebiji) = 76 kalori = 64 kalori = 42 kalori = 110 kalori = 59 kalori = 63 kalori = 44 kalori = 103 kalori Kategori: Minuman 1. Limau (sebiji) 6. Ciku (sebiji) 10.. Tidak ada kelas makanan yang berlebihan atau tidak mencukupi. Susu tepung tanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal 5. kita juga perlu mengambilkira beberapa faktor lain seperti: a) keperluan kalori seharian kita keperluan kalori seharian adalah bergantung kepada individu itu sendiri. b) kelas makanan yang seimbang mengandungi kelas makanan yang seimbang dan mencukupi.

0%. Malaysia?..) . . Greece mencatatkan keputusan terbaik pada 15.kemalasan adalah diukur kepada tahap keaktifan rakyatnya dalam bersukan. Jom tengok kat senarai di bawah sama ada termasuk dalam senarai atau pun tidak..

.

.

.

.

.

Sistem Pencernaan Manusia .

Makanan perlu dikunyah dalam mulut. .MULUT Percernaan secara fizikal .Jus pankreas : enzim Amylase.Jus Usus : enzim Maltase.kemudiaan mengalami pencernaan kimiasebelum akhirnya sampai ke usus kecil.k.Jus Gastrik bagi membunuh bakteria dan mengaktifkan enzim protease . enzim Protease. Dalam usus kecil terdapat struktur kecil (seperti bulu-bulu halus) yang dinamakan VIRUS VILUS.mengunyah Pencernaan secara kimia .Menghasilkan kim (makanan separa pepejal) PERINGKAT 4 . enzim Lipase Bagaimana Makanan Yang Anda Makan Diserap oleh Tubuh? Apabila.Hempedu akan mengemulsikan lemak dan meneutralkan kim . Usus kecil a. seseorang manusia makan.USUS KECIL Pencernaan secara kimia .Kanji akan ditukar kepada maltosa bila bercampur dengan enzim Amilase dalam air liur PERINGKAT 2 . enzim Lipase PERINGKAT 5 .SISTEM PENCERNAAN MANUSIA (Human Digestive System) PERINGKAT 1 .ESOFAGUS Gerakan Peristalsis akan menggerakkan bolus (makanan yang dikunyah) ke arah perut PERINGKAT 3 . enzim Protease. makanan tersebut akan melalui beberapa fasasebelum dapat diserap oleh tubuh manusia.PERUT Pencernaan secara kimia .DUODENUM Pencernaan secara kimia .Enzim Protease bagi menguraikan protein .a small intestine? Ya! Di sini lah makanan tadi akan mula diserap oleh tubuh badan kita.

Seterusnya.Unjuran kecil ini terdapat pada sepanjang usus kecil. banyak dan sangat kecil. ini akan meningkatkan lagi luas permukaan bagi proses penyerapan yang lebih berkesan. Selain air. usus kecil akan menyerap zat makanan yang dicernakan melalui struktur kecil yang dinamakan VILUS yang terdapat dalam usus kecil. . Makanan yag tercerna tadi akan diangkut melalui kapilari darah (salur darah paling kecil) dan juga melalui lakteal yang terdapat pada vilus. Penyerapan Semula Air dan Penyahtinjaan Khasiat makanan yang kita makan akan diserap pada bahagian badan yang tertentu dalam sistem pencernaan manusia. akan pergi ke HATI (liver). Makanan yang tidak dicernakan akan mengeras menjadi najis separa pepejal dan kemudiannya akan disingkirkan melalui proses penyahtinjaan. mineral dan vitamin juga akan diserap di usus besar. Air yang diserap ini akan disingkirkan melalui proses perkumuhan dan juga respirasi. Jadi. pergi ke JANTUNG (heart) dan akan dipam ke seluruh badan yang lain. Sebagai contoh. Air pula akan diserap oleh USUS BESAR (large intestine).

Berikut adalah beberapa penyakit yang diakibatkan daripada kekurangan zat makananatau pun juga lebih dikenali sebagai MALNUTRISI.Malnutrisi: Penyakit Akibat Kekurangan Zat Makanan Makanan mesti dimakan secara bersederhana bagi mengelakkan pelbagai penyakit. BERIBERI Kekurangan Vitamin B GOITER atau BEGUK Kekurangan Iodin .

KWASHIORKOR Kekurangan Protein RIKET Kekurangan Vitamin D dan Kalsium .

SKURVI atau GUSI BERDARAH Kekurangan Vitamin C .