P. 1
p17638-permuafakatan pendidikan

p17638-permuafakatan pendidikan

4.88

|Views: 5,226|Likes:
Published by Krull Hzm

More info:

Published by: Krull Hzm on Apr 28, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/04/2015

pdf

text

original

1

PENGAKUAN Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri, kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

9 Februari 2001

ADNAN BIN NORDIN P 17638

2

ABSTRAK Kajian ini membincangkan di tentang Permuafakatan Berdasarkan Pendidikan beberapa dan langkah telah

perlaksanaannya

peringkat

sekolah.

kajian

memperlihatkan Permuafakatan Pendidikan merupakan aspek penting yang harus dilaksanakan. Ini kerana kejayaan pendidikan bukan sahaja terletak kepada sekolah tetapi faktor persekitaran turut menyumbang kepada kejayaannya. Justeru itu masyarakat iaitu individu, agensi- agensi kerajaan dan NGOs harus dilibatkan sama. Perkara ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Dalam proses menjayakan permuafakatan ini ia harus dilaksanakan dengan terancang supaya mencapai matlamat. Kegagalan perancangan akan menyebabkan masalah timbul. Oleh itu kajian ini juga mencadangkan satu rekabentuk aktiviti yang boleh dijadikan panduan supaya setiap aktiviti mencapai objektif dan jelas maksudnya. Setiap aktiviti haruslah mudah dilaksanakan dan memberi impak kepada pendidikan.

3

KANDUNGAN

Halaman PENGAKUAN ABSTRAK KANDUNGAN Pendahuluan Permuafakatan Pendidikan Rasional Permuafakatan Falsafah Pendidikan Negara Dan Kaitan Dengan Permuafakatan Komponen Dalam Permuafakatan Konsep Permuafakatan Hubungan Sekolah Dengan Masyarakat Hubungan Organisasi Dengan Sekolah Kenapa Perlu Permuafakatan Proses Permuafakatan Reka Bentuk Permuafakatan Cabaran Permuafakatan Kesimpulan Rujukan 1 2 3 4 5 6 7 9 11 13 14 16 19 25 26 27

4

PERMUAFAKATAN PENDIDIKAN 1.0 Pendahuluan Institusi pendidikan merupakan sebuah institusi yang wujud untuk memenuhi keperluan masyarakat. Meneliti sejarah pendidikan negara, kebanyakan kewujudan sekolah adalah atas keinginan masyarakat setempat. Kehadiran kerajaan dalam pendidikan kemudiannya adalah untuk memperkemaskan lagi sistem pendidikan supaya ia lebih tersusun selaras dengan keperluan negara. Perkembangan mutakhir jelas memperlihatkan masyarakat begitu sensitif dengan sebarang isu yang berkaitan dengan pendidikan. Peristiwa penutupan sebuah sekolah jenis kebangsaan China di Damansara dan rancangan penamatan program Asasi Sains di Universiti Malaya jelas mengukuhkan bahawa isu pendidikan adalah isu yang sering mendapat perhatian masyarakat. Justeru itu, sikap prihatin masyarakat ini harus digunakan secara yang positif. Masyarakat yang prihatin boleh menggerakkan berbagai-bagai program bagi memajukan taraf pendidikan memandangkan pada hari ini taraf pendidikan masyarakat sekarang agak tinggi. Kegagalan kita menggunakan kesempatan ini akan menyebabkan wujud sikap pasif dikalangan masyarakat yang akan hanya menyerahkan segala-galanya kepada sekolah dan mengkritik jika berlaka kesilapan tanpa memikirkan sebenarnya mereka turut bertanggungjawab. Perdasarkan pertimbangan ini, perhatian yang sewajarnya harus dilakukan untuk mendorong setiap anggota masyarakat memberi sumbangan yang lebih bermakna dan berkesan dalam hal ehwal pendidikan negara. Mereka perlu diyakinkan bahawa dalam hal ini masyarakat sebenarnya mempunyai sumbangan yang besar. Oleh itu kita harus menyediakan ruang untuk anggota masyarakat terlibat dan berperanan pendidikan dalam dunia

5

2.0 Permuafakatan Pendidikan Permuafakatan menurut Kamus Dewan (1997) ialah melibatkan proses perundingan, persetujuan atau permesyuaratan. Manakala pendidikan pula ialah proses pemberian ilmu kepada manusia dan dalam konteks sekolah kepada kanak-kanak. Menurut pandangan Tajul Ariffin Nordin (1988) pula “ Pendidikan harus bersumberkan al Quran dan hadith, disamping adanya intergrasi disiplin-disiplin ilmu ke arah membina komuniti umah dengan berteraskan aqidah. Menurut Covey (1990) terdapat tiga faktor yang memepngaruhi seseorang iaitu faktor genetik, faktor psiko dan faktor persekitaran. Faktor ketiga merupakan elemen yang ada kaitannya dengan tajuk iaitu permuafakatan pendidikan. Justeru itu Permuafakatan Pendidikan merupakan satu gerakan menyatukan

sumber komuniti dan sekolah untuk memenuhi keperluan bersama. Ianya bertujuan untuk mewujudkan satu suasana dan persekitran belajar yang sempurna ; penglibatanya terdiri dari Sekolah, Keluarga, PIBG,Masyarakat, Agensi Kerajaan dan Pihak Swasta bersamasama berusaha bukan sahaja untuk kebaikan pelajar tetapi juga untuk kesejahteraan masyarakat keseluruhannya. Dalam permuafakatan juga, tidak ada beza antara Ketua Pengarah dengan Pengarah, Pengarah dengan Pengetua atau Guru Besar, Pengetua dengan Guru, Guru dengan Ibu Bapa, bahkan pelajar dengan pelajar sekalipun. Kesemuanya dalam satu pasukan. Inilah anjakan minda ( Mindshift) yang perlu dilakukan di peringkat sekolah dan tujuan Majlis Permuafakatan pendidikan yang dilancarkan pada tahun 1993.

6

3.0 Rasional Permuafakatan Pendidikan I. II. III. IV. V. VI. VII. Tanggapan pendidikan sebagai hanya peranan institusi pendidikan formal Menganggap sekolah hanya dalam lingkungan kawasan pagarnya sahaja. Sekolah dan masyarakat boleh saling berkongsi sumber Sekolah adalah kemudahan masyarakat Pendidikan itu sistematik dam sepanjang hayat Pendididkan adalah tanggungjawab bersama Melihat keadaan masa depan yang mencabar.

4.0 Falsafah Pendidikan Negara Dan Kaitan Dengan Permuafakatan Pendidikan

Falsafah pendidikan Negara menjelaskan “Pendidikan Di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Secara jelas FPN ini memberi landasan yang kukuh ke arah mewujudkan individu yang berguna kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Justeru itu tanggungjawab dan peranan ini bukan sahaja terletak kepada kerajaan tetapi juga semua warga Malaysia.Oleh itu setiap warga harus berkerjasama untuk menjayakan falsafah ini supaya ia direalisasikan.

7

5.0 Komponen Dalam Permuafakatan Pendidikan 5.1 Institusi Sekolah. Sekolah pada hari ini merupakan institusi formal yang melaksanakan proses pendidikan dari tahap prasekolah hinggalah menengah atas. Setiap peringkat disediakan salibus atau kurikulum yang setiapnya mempunyai matlamat dan objektif. Untuk membangunkan proses pendidikan ini satu kumpulan tenaga pengajar dan pengurus dibentuk dan dilatih. Antara lain tujuannya ialah menjaga kualiti pendidikan supaya mencapai tahap yang dikehendaki. Selain itu pemantauan turut dilaksanakan .(Mohd Yusuf Othman .1999).Struktur Pentadbiran dan pengurusan ini dilakukan semata-mata untuk memastikan proses pendidikan terlaksana dengan baik Di peringkat sekolah pendekatan yang wajar diambil oleh guru dalam mempastikan keberkesanan pendidikan adalah pendekatan sebagai Murabbi dan bukan penguatkuasa disiplin. Dalam hal ini tumpuan juga harus diberi bukan sahaja kepada hal pengajaran dan pembelajaran tetapi juga pembentukan, pembinaan dan pemupukan sakhsiah, adab dan budi pekerti yang baik. Jadi, keberkesanan pendidikan di sekolah banyak bergantung kepada interaksi antara pelajar dengan system pendidikan, dan antara pel;ajar dengan gurunya. Guru yang akhirnya menjadi model kepada pelajar. 5.2 Institusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru PIBG merupakan satu saluran rasmi yang diiktiraf oleh kerajaan dalam mewujudkan hubungan dengan pentadbiran sekolah. Peranan PIBG terkandung dalam

8 Akta Pendidikan 1996. Menurut Ali Hassan fungsinya ialah membantu sekolah memenuhi kehendak dan keperluan kegiatan murid-murid, tempat ibu bapa dan guru bertukar-tukar fikiran, memperbaiki taraf pendidikan, menambah kewangan sekolah dan lain-lain lagi. Jelas kepada kita PIBG merupakan satu-satunya saluran permuafakatan antara sekolah dan masyarakat. Malangnya kegiatan PIBG hanya terbatas kepada projek pembangunan infrastruktur sekolah, kempen kutip derma dan sebagainya. Langkah yang wajar dilaksanakan oleh PIBG ialah mengadakan program budaya ilmu disekolah dan komuniti. Selain itu PIBG sewajarnya menjadi badan yang dapat menjalin hubungan dan merancang pelbagai program bercorak pendidikan, social,ekonomi dengan agensi kerajaan, swasta, NGOs dan PIBG sekolah-sekolah lain.Dalam menghadapi abad ke 21, cabaran dunia pendidikan semakin mencabar. Justeru itu peranan PIBG harus diletakkan pada landasan yang benar dan berfungsi secara proaktif. 5.3 Institusi Masyarakat. Masyarakat merupakan institusi tidak formal yang mempengaruhi pendidikan seseorang pelajar. Ia berfungsi sebagai wahana yang menerima pelajar di luar aktiviti di sekolah. Keadaan ini wujud kerana masa pelajar lebih banyak terarah untuk beriteraksi sesama rakan sebaya dan masyarakat dalam institusi masyarakat selain intitusi keluarga. Bentuk-bentuk institusi masyarakat yang wujud ialah persatuan belia, badan kebajikan penduduk, badan koperasi, institusi masjid dan lain-lain lagi. Di peringkat sekolah yang dilihat aktif dan bereranan pada hari ini ialah Persatuan Ibu bapa Dan Guru (PIBG).Apa yang belaku pada masa kini, sebahagian besar institusi masyarakat ini tidak berkesan dalam melaksanakan fungsinya. Kebanyakannya gagal melakukan perkongsian bijak ( Mohd Yusuf Othman ). Perkara ini turut melibatkan institusi Masjid yang juga

9 Institusi masyarakat. Fungsi masjid kini hanyalah untuk ibadat khusus seperti solat dan kelas mengaji Al-Quran. Menurut Prof. Ismail Faruqi (1992), fungsi masjid kini berbeza dengan yang berlaku pada zaman Rasulullah. Masjid pada masa itu merupakan pusat ilmu dan bermuzakarah. Justeru itu sepatutnya pada hari ini masjid haruslah lebih aktif menjalinkan permuafakatan dengan sekolah . Sekira adanya perkongsian atau permuafakatan yang baik dengan sekolah, institusi masjid dan institusi masyarakat yang lain, banyak faedah yang akan diperolehi oleh masyarakat setempat seperti kelas tuisyen, motivasi, dan sebagainya. Yang lebih penting iinstitusi masyarakat akan dapat menangani segala gejala social yang merosakkan masyarakat pada hari ini. Inilah budaya permuafakatan yang memang telah lama wujud sebelum institusi pendidikan formal mendominasi pendidikan negara kita. Kegagalan institusi sosial ini berfungsi pada landasannya menyebabkan kualiti pendidikan sering dipersoalkan dalam membina tamadun manusia. 6.0 Konsep Permuafakatan Konsep permuafakatan atau perkongsian menyarankan cara perkaitan peranan penting dalam hubungan di antara sekolah, masyarakat dan agensi-agensi masyarakat termasuk sumber dan pihak berkuasa peringkat daerah. Perkongsian akan mengenengahkan pandangan dan pendapat semua pihak menangani tugas utama iaitu “ Bagaimana sesebuah sekolah dapat mempertingkatkan prestasi pendidikan pelajar dan kemajuan sekolah itu sendiri.” Tugas utama permuafakatan ini ialah mengenal pasti pasti arah tujuan kemajuan sekolah, membuat perancangan selaras dengan tindakan-tindakan yang perlu untuk pencapaian objektif ibu bapa, masyarakat dan agensi-agensi masyarakat yang lain. Setiap rakan kongsi haruslah memahami peranan mereka. Rakan kongsi perlu bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana usahasama dan penglibatan(Collobrtion

10 and participation) suasana ini adalah merupakan perkongsian bukan sahaja di dalam merencana akan rancangan, organisasi, operasi perlaksanaan dan penilaian tetapi juga bersama didalam komitmen atas sumber-sumber yang ada (Comitmen of resoucers). Menurut Syed Idrus & Musa Muhamad Radzi ( 1994 ) ini dapat diperlihatkan dalam rajah ( bawah ) yang memperlihatkan rakan-rakan kongsi “ Sekolah sebagai satu intitusi Masyarakat” yang diwakili oleh tiga kumpulan permuafakatan atau perkongsian iaitu Sekolah, Masyarakat dan Agensi Masyarakat .Kewujudan kerjasama ini boleh menghasilkan tercapainya tujuan atau kepentingan bersama seperti I. II. III. IV. pencapaian akedemik dan pendidikan pelajar ( A. Dalam Rajah) pembentukan akhlak dan kesedaran tanggungjawab masyarakat terhadap masyarakat. ( B. Dalam Rajah ) kesedaran terhadap alam pekerjaan dan masalah yang berkaitan (C. Dalam rajah) kesedaran terhadap masalah-masalah penduduk.( D. Dlama Rajah )

RAKAN KONGSI 1 (SEKOLAH,PENGETUA,GURU) B RAKAN KONGSI 2 ( PIBG ) D A C RAKAN KONGSI 3 ( MASYARAKAT)

11

Menurut Kamarudin pula ( 1989), konsep pendidikan pada hari ini ialah pendidikan untuk masyarakat, mementingkan persefahaman, perhubungan rapat dan interaksi yang berkesan dengan masyarakat sekeliling. Hal ini di peraku dalam penyata Razak 1956. Konsep Persekolahan Untuk Masyarakat

SEKOLAH

MASYARAKAT

Robiah ( 1989 ) pula berpendapat pendidikan ialah institusi yang didirikan untuk kepentingan dan keperluan awam.

7.0 Perhubungan Sekolah Dengan Komuniti / Masyarakat Perhubungan antara sekolah dan komuniti adalah sangat penting. Ini adalah kerana pelajar-pelajar datangnya dari masyarakat. Mereka di asuh dan di didik oleh institusi pendidikan untuk kepentingan masyarakat. asuhan moral dari masyarakat. Berdasarkan rajah dibawah, didapati budaya , etos, dan nilai-nilai komuniti mempunyai hubungan yang sistematik dan berterusan dengan harapan sekolah sebagai Oleh itu memang sewajarnya institusi pendidikan mendapat bantuan bukan sahaja kewangan tetapi juga bantuan dan

12 institusi. Oleh itu Pengetua harus mengenalpasti pecahan-pecahan kelompok dalam komuniti yang berbeza-beza ini mengikut criteria tertentu. Kelo,pok-kelompok yang berbeza ini mempunyai kuasa dan pengaruh terus ke atas aliran dan kekerapan perhubungan komuniti sekolah.

Rajah : The School – Community Relationship

Subpublic Differentiation In The Community A. Geograpic Region B. Type Of Occupation Environment On The School C. Income Level D. Level Of Schooling E. Age F. Religion G. Political Affiliation H. Race

I. Other Group Memberships

Culture

Ethos

Values

Institutional Behavior

The School

Institution

Roles

Expectations

13

8.0 Hubungan Organisasi Dengan Sekolah. Kamarudin ( 1989 ) pula, melihat hubungan sekolah dengan beberapa organisasi lain dalam komuniti. Antara organisasi yang mempunyai kaitan rapat dengan institusi pendidikan, ditunjukkan dalam rajah dibawah.

Di antara Organisasi yang ada kaitan dengan institusi Pendidikan

14 Dalam hal ini, pengetua sebagai pentadbir sekolah perlu mewujudkan hubungan yang harmonis dengan organisasi-organisasi di atas. Dengan adanya hubungan baik, segala kerjasama yang dipinta oleh pihak sekolah dari organisasi tersebut akan menjadi mudah dan lancar. Isu yang timbul ialah terdapat juga sekolah yang wujud dan hampir dengan organisasi tersebut mempunyai hubungan yang renggang seolah-olah terpisah. Selain itu ibibapa memencilkan diri dan tidak ambil tahu tentang program yang dirancang oleh pihak sekolah. Oleh itu kerenggangan adalah tidak diingini dan tidak sesuai pada masa kini, khususnya dalam mencapai matlamat permuafakatan pendidikan. 9.0 Kenapa Perlunya Permuafakatan Pendidikan Pemebelajaran merupakan satu proses yang berterusan dan ianya tidak bergantung kepada kebolehan semulajadi dan suasana fizikalnya ( Nichols & Nicholls 1975). Sebenarnya proses pembelajaran adalah bergantung kepada faktor-faktor sosial khususnya pengaruh orang lain samada secara langsung atau tidak. Mereka yang dimaksudkan orang lain itu ialah ibu bapa, sahabat andai, rakan sebaya dan komuniti secara menyeluruh. Kita kerap kali melihat seorang guru cuba mempengaruhi pelajaran anak muridnya, malangnya ada kuasa lain yang mempengaruhi mereka. Ini ditambah pula seorang guru hanya mampu bersama muridnya pada kadar waktu yang terbatas, sedangkan sebahagian pelajar diluar kelas. Perkembangan teknologi terkini turut mempengaruhi situasi ini. Justeru itu tidak hairanlah akan wujud konflik antara guru dan pelajar. Situasi di luar mengganggu apa yang cuba diajar oleh guru. Bagi tujuan inilah maka masyarakat harus memberi sumbangan positif ke arah peningkatan mutu pendidikan. Perkongsian atau permuafakatan perlu ada bagi mewujudkan satu pembelajran yang berkesan. Pada masa kini terdapat beberapa isu yang memerlukan sokongan masyarakat terhadap meningkatkan mutu pendidikan supaya mnjadikan sekolah lebih berkesan. Antara isu-isu tersebut ialah:

15 1. Kos pendidikan yang meningkat Di negara ini pendidikan adalah disediakan, ditadbir dan dibiayai oleh kerajaan pusat kerana pendidikan memainkan peranan penting di dalam pembangunan negara terutama mengimbangkan sosiao ekonomi antara kaum, untuk membekalkan guna tenaga professional dan separa professional bagi memenuhi permintaan sector awam dan swasta. Sheehan (1973) mengatakan pendidikan mendatangkan faedah langsung dan tidak langsung kepada individu dan masyarakat. Justeru itu tidak hairanlah setiap tahun perrutukan terhadap kementerian pendidikan sentiasa diberi keutamaan. Namun kebergantungan yang berterusan kepada pihak kerajaan boleh melembabkan proses pendidikan kerana kos pendidikan kini adalah sangat tinggi. Oleh itu peranan masayarakat adalah dituntut turut serta. Perkongsian antara masyarakat dan kerajaan ini telah lama berlaku dinegara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom (Shahril@ Charil 1994 ) II. Sekolah Berkesan Sekolah berkesan ialah sekolah yang melahirkan pelajar yang maju atau lebih tinggi daripada apa yang diharapkan berdasarkan pada pandangan pengambilannya.Menurut kajian Coleman (1966) tiada perkaitan antara banyaknya sumber yang boleh diperolehi sekolah dengan pencapaian pelajarnya. Perbezaan pencapaian antara pelajar disebabkan faktor-faktor peribadi dan keluarga. Menurut Berstein (1970 ) kebanyakan pengaruh masyarakat lebih kuat daripada pengaruh sekolah.Kajian Thomas dan Mortimore (1995 ) faktor latar belakang pelajar menyumbang 60% kepada kecemerlangan pelajar, manakala sekolah dan bilik darjah hanya pada kadar 12 hingga 18 % dan selebihnya oleh lain-lain faktor. Justeru itu jika kita melihat antara elemen keberkesanan sesebuah sekolah adalah penyertaan masyarakat dalam setiap aktivitinya. Elemen ini tekandung dalam salah satu

16 daripada sembilan cirri-ciri Wilson ( 1997 ). sekolah berkesan yang dirumuskan oleh Corcoran dan

III. Proses Membuat Keputusan. Pada masa kini masyarakat begitu prihatin terhadap sebarang isu melibatkan pendidikan. Tidak hairanlah terdapat desakan masyarakat untuk melibatkan diri secara intensif dalam membuat keputusan berkaitan pendidikan. Ini membawa kepada tindakan penilaian semula tentang hubungan kuasa atau agihan kuasa pada peringkat dasar dalam organisasi sekolah.

IV. Terhadap pendidikan Di Malaysia Di negara kita sistem pendidikan ditentukan oleh Kuasa Pusat dan Kerajaan Malaysia. Hal ini membayangkan bahawa komuniti seolah-olah menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada sekolah. Komuniti berharap bahawa semua perubahan dan pembaharuan digerakkan oleh kerajaan. Masalah yang timbul dikaitkan secara langsung dengan keberkesanan persekolahan. 11.0 Proses Permuafakatan Oleh itu satu perancangan harus dilaksanakan supaya penglibatan ibubapa dan masyarakat lebih menyeluruh dan aktif. Untuk melibatkan ibubapa, maka sekolah harus menubuhkan satu badan penyelaras Permuafakatan Pendidikan melibatkan semua pihak seperti PIBG, Bekas Pelajar,Persatuan-persatuan Tempatan, Ahli Koporat, Dermawan, Profesional dan sebagainya ( Lihat Rajah sebelah ). Dengan adanya badan penyelaras ini aktiviti berbentuk dua hala dapat dilaksanakan seperti :

17 Rajah : Sekolah Institusi Masyarakat

Sekolah

Kanak-kanak Masuk sekolah S I M

Pelajar-pelajar meninggal kan sekolah.

PIBG

J/ K Kampung

Belia

orang perseorangan

Anggota Masyarakat

1. Sekolah dapat memberi penjelasan mengenai perlaksanaan sesuatu dasar yang ada kaitan dengan masyarakat. Dengan adanya penjekasan sebarang kekeliruan dapat di atasi dengan segera dan tidak dipolitikkan atau digunakan oleh pihak yang cuba mengambil kesempatan

18 2. Sekolah mengadakan tempat dan kepakaran dalam melatih ahli-ahli masyarakat setempat dari aspek: a. b. c. d. e. ekonomi sosial pendidikan agama kemahiran-kemahiran tertentu.

3. Sesuai dengan situasi hari ini masyarakat pula dapat membantu sekolah dengan sumbangan seperti : a. b. c. d. Projek menambah bangunan Projek komputer Kelas tambahan Sambutan perayaan pelbagai kaum untuk berinteraksi seterusnya kenal akan komuniti sekolah. Seterusnya perpaduan dapat diwujudkan Sesungguhnya permuafakatan ini akan hanya berjaya dilaksanakan sekiranya ada rasa tanggungjawab dan komitmen masyarakat setempat

19 Reka Bentuk Program Permuafakatan Pendidikan Tajuk : Program Pendidikan Dan Pembangunan Keluarga

A. Pendahuluan Keluarga merupakan agen pertama dalam sosialisasi dan pembudayaan. Justeru itu institusi merupakan batu asas kepada pembentukan masyarakat dan keluarga. Kepincangan dalam institusi keluarga akan menyumbang kepada masalah terutama pendidikan anak-anak. Justeru itu keluarga yang berkesan akan menyumbang kepada pencapaian dan peningkatan pendidikan.

B. Rasional 1. Institusi Keluarga Memang mempunyai amanahnya sendiri 2. Keperluan kepada melaksanakan prinsip pendidikan sepanjang hayat 3. Cabaran dan permasalahan moden banyak memberi kesan kepada institusi keluarga 4. Cabaran permasalahan moden banyak memberi kesan kepada institusi keluarga 5. Keperluan kepada sentiasa kemaskini dengan perkembangan Mutakhir. C. Matlamat 6. Mewujudkan keluarga yang menghayati amanhnya 7. Mewujudkan penghayatan budaya ilmu. 8. Membina kemahiran dalam urusan kehidupan kekeluargaan. 9. Mewujudkan kepekaan terhadap persekitaran 10. Membina daya juang dan daya saing.

20 D. Isi Kandungan Program 11. Kepentingan institusi keluarga 12. Proses pembinaan keluarga 13. Peranan Institusi Keluarga;a. Pemeliharaan keturunan b. Pemeliharaan akhlak c. Hubungan dan interaksi d. Perlindungan ekonomi dan social e. Pendidikan, permasyarakatan dan pembudayaan f. Hubungan persaudaraan g. Membina semangat berkorban 14. Tanggungjawab Ahli keluarga:a. Tanggungjawab Ibu dan Bapa b. Tanggungjawab Isteri/suami c. Tanggungjawab anak d. Tanggungjawab adik beradik 15. Institusi Keluarga dan Isu-Isu semasa a. Vandalisme b. Rakan sebaya dan pengaruh c. Budaya samseng di sekolah d. Kerjaya anak-anak e. Krisis Keluarga dan kesan terhadap anak-anak f. Wawasan negara.

16. Urusan Rumah tangga

21 a. Ekonomi b. Kebersihan c. Kesihatan d. Keselesaan E. Strategi Program 1. Ceramah dan Perbincangan 2. Seminar dan Perbengkelan 3. Tayangan Video 4. Lawatan 5. Pameran 6. Gotong Royong 7. Percontohan. F. Perlaksanaan 1. Dilaksanakan secara bersiri sepanjang tahun. 2. Diadakan pada hari-hari yang sesuai seperti hujung minggu dan cuti Umum. 3. Hari-hari yang sesuai mengikut keputusan mesyuarat pelaksana. G. Peserta. a. Pemimpin-pemimpin masyarakat b. Tokoh-tokoh masyarakat c. Persatuan bekas pelajar d. Pemimpin-pemimpin belia e. Ibu Bapa f. Para belia g. Pelajar sekolah

22 H. Penganjur a. Pihak Sekolah b. Persatuan Ibu bapa dan Guru c. Persatuan Bekas Pelajar d. Jawatan Kuasa Kemajuan kampung e. Jabatan-jabatan Kerajaan f. Badan-badan Agama g. NGOs

a. Sumber Kewangan Aktiviti tidak akan berjalan tanpa sumber kewangan yang kukuh. Untuk menjayakan program ini sumber kewangan diperolehi dari;b. Sumbangan peserta c. Sumbangan Kerajaan/Wakil Rakyat d. Sumbangan Penaja e. Sumbangan Dermawan Individu f. Tabung PIBG f. Projek-projek Bercorak Ekonomi a. Proses Perlaksanaan g. Penubuhan Ahli jawatankuasa Induk Berperanan menyelaras dan mengurus program dengan melibatkan semua pihak Terlebih dahulu Jawatan kuasa Induk akan menganalisis keperluan sesuatu program itu dilaksanakan Ini dilakukan semasa mesyuarat jawatan kuasa induk. Setelah dikenalpasti keperluan maka sesuatu program akan di rancang dan dilaksanakan oleh jawatankuasa pelaksana.Selain itu berfungsi sebagai pemantau dan badan penasihat.

23

h. Menubuhkan Jawatan Kuasa Pelaksana Merupakan pihak yang bertanggung jawab menyusun dan melaksanakan aktiviti sesuai dengan keperluan semasa. Jawatankuasa pelaksana akan menubuhkan jawatakuasa kecil mengikut tugasan, tanggugjawab dan kebolehan. Antara jawatankua yang terkandung ialah : a. Pengerusi b. Setiausaha c. Bendahari d. Jawatan kuasa Sambutan e. Jawatan kuasa Persiapan f. Jawatan kuasa Makanan dam Minuman g. Jawatan kuasa Persiapan Dewan ( Mengikut Program yang dianjurkan )

a. Penilaian i. Penilaian Semasa Program Penilaian pada peringkat ini perlu dilakukan bagi mengesan sebarang masalah semasa kursus,seminar dan sebagainya. Ianya harus dilakukan semasa program berjalan. Melaluinya kita boleh mengesan secara terus sebarang kelemahan sesuatu program dari pelbagai sudut. j. Penilaian selepas program Penilaian pada peringkat ini diperolehi dari setiap peserta, mereka boleh memberi pendapat atau kritikan. Bagi pihak penganjur pula mereka boleh mengadakan sebarang ujian bagi menilai sejauh mana peserta benar-benar terlibat semasa kursus. Penilaian peringkat ini akan dapat memberi gambaran keseluruhan program .

24

k. Penilaian Tahunan Penilaian tahunan dilakukan bertujuan sejauh manakah permuafakatan ini telah dapat memberi faedah kepada pembangunan pendidikan dan keluarga. Soal selidik boleh diedarkan kepada semua peserta yang pernah terlibat untuk melihat adakah program-program yang dijalankan telah memberi impak kepada mereka. Melalui penilaian tahunan ini kita akan dapat merancang aktiviti untuk tahun yang akan datang.

l. Pengukuhan Program Berdasarkan maklumat yang telah diuperolehi maka jawatankuasa Induk boleh membuat sebarang tindakan untuk menyingkirkan sebarang unsure kelemahan dan membaiki lagi program-program yang mendapat sambutan dan memberi sumbangan kepada sekolah. a. Penutup Kejayaan program ini banyak bergantung kepada sokongan dari setiap ahli yang terlibat. Tanpa sokongan setiap anggota masyarakat maka permuafakatan ini akan gagal

12.0 Cabaran Permuafakatan Pendidikan

25 Dalam usaha mewujudkan permuafakatan pendidikan antara institusi masyarakat dan sekolah, terdapat beberapa cabaran yang menghambat antaranya ialah: 1. Tiadanya kepimpinan yang berwibawa di kalangan masyarakat, termasuk dikalangan belia dan ahli masyrakat. Ini mungkin disebabkan penghijrahan ahli-ahli masyarakat ke tempat lain disebabkan factor kerjaya dan juga hambatan ekonomi. Terdapat juga mereka yang telah bersara yang pernah menjadi pemimpin kepada beberapa institusi kerajaan dan swasta, namiun sebahagian mereka mungkin tidak tampil dan bersedia untuk menjadi pemimpin masyarakat. 2. Tiadanya kepimpinan yang berwibawa di pihak sekolah untuk turut serta menggerakkan aktiviti sekolah dengan masyarakat setempat. Terdapat di kalangan kepimpinan sekolah yang kurang berminat melibatkan masyarakat dalam aktiviti bercorak permuafakatan. 3. Tidak wujud ikatan masyarakat yang baik, sama ada antara generasi muda dan tua atau sesama ahli masyarakat kerana ada yang beranggapan institusi masyarakat tidak memberi sumbangan dalam hidup mereka. 4. Tiada hubungan yang baik antara sekolah dan masyarakat. Dalam hal-hal tertentu, penglibatan penduduk Bandar dalam kegiatan PIBG dan dalam kegiatan sekolah agak memberangsangkan, terutama dalam membiayai kegiatan di sekolah dan membantu dalam mengadakan prasarana, tetapi di kalangan masyarakat luar Bandar penglibatan dalam aktiviti PIBG agak kuarng memberangsangkan. Ini mungkin disebabkan oleh kewibawaan kepemimpinan dan juga faktor ekonomi. 5. Ketidak jelasan wahana atau platform yang dapat menggerakkan permuafakatan atau perkongsiaan antara institusi masyarakat dan juga sekolah.

26

6.

Hilangnya semangat gotong-royong dan kesukarelaan di kalangan masyarakat.

7.

Terdapatnya mendominasi

pengarauh institusi

kumpulan masyarakat.

atau Ini

ahli

politik

yang

ingin

akhirnya

menyebabkan

kewibawaan kepimpinan tempatan terjejas.

13.0 Kesimpulan. Keseluruhannya kita melihat bahawa sekolah dan masyarakat perlu wujud permuafakatan yang baik. Usaha-usaha mewujudkan permuafakatan tidak mudah. Ia memerlukan komitmen yang bersungguh-sungguh semua pihak supaya apa yang dihajatkan akan tercapai. Semuanya dilakukan untuk merealisasikan pembangunan insane, masayarakat dan negara pada masa hadapan. Untuk meneruskan kelangsungan permuafakatan, ianya harus diterjemahkan dalam bentuk aktiviti. Menerusi aktiviti akan wujud interaksi antara masyarakat dan sekolah. Justeru itu aktiviti yang dirancang haruslah berkesan dan setiap ahli berasa diri turut terlibat yang akhirnya merasa seronok apatah lagi permuafakatan itu mendatangkan hasil. Kita tidak perlu memikirkan aktiviti yang hebat atau gah, tetapi memadai sesuatu yang mampu dilaksanakan dan mendatangkan impak. Akhirnya nanti apabila masyarakat menyedari kebaikan dan kepentingan permuafakatan demi melaksanakan sesuatu aktiviti, maka mereka akan rasa terpanggil dan rela diri untuk terlibat dalam memenuhi permuafakatan.

Rujukan
Covey S. R, 1990. The 7 Habits of Highly Effective People. N.York. A Fireside

27 Book Published by Simon & Schustee. Ismail R. al-Faruqi dan Louis Lamya’ al-Faruqi, 1992. Atlas Budaya Islam. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. 160-162. Kamarudin Kachar, 1989. Kepimpinan Profesional Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur. Teks Publishing Sdn.Bhd. Lipham, J.M. & Hoeh, J.A, 1974, The Principalship : Education And Functions. New York: Harper & Row Publishers. Mohd. Ali Hassan, 1999. Perkongsian Bijak Komuniti Dan sekolah: cabaran Dan harapan sekolah Berkesan Dari Perspektif PIBG. Kerta kerja Persidangan Pendidikan Nasional Ke – 6. Institut Aminudin Baki, Sri Layang, Genting Highland. Mohd. Yusuf Hj Othman. 1999. Perkongsian Bijak Komuniti Dan sekolah : Harapan dan Cabaran Bagi Merealisasikan Sekolah Berkesan. Kertas Kerja Persidangan Pendidikan Nasional Ke – 6. Institut Aminudin Baki, Sri Layang, Genting Highland. Nicolls’s Howard & Nicholls, Anderey, 1975. Creative Teaching to tha Achievment of Educational Qualities. George Alen and Unwin Ltd. London. Robiah Sidin, 1994. Pendidikan Di Malaysia: Cabaran Untuk Masa Hadapan, Kuala Lumpur, Fajar bakti Sdn Bhd. Shahril @ Charil Marzuki, 1994, Penertaan Masyarakat Ke Arah Membantu Membiayai Kos Pendidikan Bagi Meningkatkan Mutu Pendidikan. Journal Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia. 38 : 81 24-31, Sheehan, 1993. The Economic of Education, London: George Allener Unwin Ltd. Syed Idrus & Musa Muhamad Radzi, 1994. Sekolah Satu Institusi Masyarakat : Perkongsian ( The Partnership Concept ), Journal Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia. 38 : 81 15 –23.

Tajul Ariffin Nordin, 1988. Konsep Asas Pendidikan Bersepadu. Kuala Lumpur. Nurin Enterprise.

28

Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin, 1993. Wawasan Pendidikan- Agenda Pengisian Kuala Lumpur.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->