You are on page 1of 25

KERTAS KONSEP SISTEM MENTORAN DI SEKOLAH

1.0 PENGENALAN

Perkataan Mentor berasal daripada lagenda Greek. Watak Mentor


dalam Odyssey sebagai pendidik yang diamanahkan untuk mendidik anaknya ketika dia
terlibat dengan peperangan Trojan. Homer (1987, terj. W. Rouse). Sementara Clawson
J.G (1980) dalam bukunya Mentoring in Managerial Carriers, menyatakan dalam konteks
lagenda Greek ini , pendidikan tidak terhad kepada seni mempertahankan diri tetapi
mencakupi keseluruhan cabang kehidupan-jasmaniah, akliah, semangat , sosial dan
perkembangan pentadbiran. Dari konteks lagenda inilah tercetusnya perkataan
“mentoring” yang merumuskan kepada kita ,bahawa aspek-aspek pembelajaran dalam
mentoring menekankan soal pembangunan personal, mental, sosial dan pengurusan dan
pentadbiran.

Syed Naguib (1978) dalam Islam and Secularism menggunakan “Muaddib”


sebagai Mentor. Perkataan Muaddib berasal dari perkataan “adab” dalam bahasa Arab.
proses muaddib ini sebenarnya ialah proses membentuk protege atau mentee agar dapat
melaksanakan pekerjaan atau tanggungjawab yang perlu dipikul oleh mereka. Beberapa
skop pendidikan muaddib atau mentee ini digariskan oleh syed Naguib (1978) seperti
berikut:

a) Mendidik budi pekerti


b) Membina kecerdasan akliah
c) Membina kekuatan jasmani
d) Pendekatan secara individu

Sementara Ghazali Ismail (1989) dalam Kajian awal mengenai implikasi program

1
sistem mentor dari persepsi mentor, guru kelas dan mentee merumuskan bahawa sistem
mentor merupakan suatu model , pengembang bakat, pembuka jalan, pelindung, penaja
dan pembina sikap kepimpinan.

2.0 KEPELBAGAIAN SKOP SISTEM MENTORAN

Abdul Aziz Kidam (1988) menyatakan sistem mentoran sebagai hubungan di


antara seorang pensyarah yang dianggap sebagai seorang guru berpengalaman yang
dilantik sebagai mentor menggunakan kebijaksanaanya menolong sekumpulan guru-guru
pelatih yang merupakan guru-guru pelatih di sekolah. Dalam konteks ini ia merupakan
satu amalan di maktab-maktab perguruan dalam proses membentuk personaliti guru dan
kemahiran mengajar guru-guru pelatih di maktab-maktab perguruan di Malaysia. Guru-
guru pelatih di maktab perguruan merupakan protege atau mentee yang akan dibimbing
oleh pensyarah-pensyarah maktab terutama sewaktu latihan praktikum yang dijalankan
sebagai satu syarat wajib dalam pemberian diploma yang dianugerahkan oleh maktab-
maktab perguruan.

Nur Aini Yaman (1989) melihat sistem mentoran ini sebagai satu sistem tutorial .
Dalam konteks ini mentornya ialah guru-guru di sekolah dan mentee atau protegenya
ialah pelajar-pelajar sekolah. Guru-guru ini membimbing pelajar-pelajar yang kadang-
kadang dikenali dalam bahasa yang mudah sebagai “anak angkat”. Segala aspek
pembelajaran pelajar ini diambil perhatian oleh mentor atau “ibu bapa angkat” . Pelbagai
pendekatan digunakan oleh guru-guru ini dalam proses mentor-mentee di antara guru dan
murid ini yang fokus utamanya membimbing, memberi semangat dan mendorong pelajar-
pelajar untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Program
mentor-mentee seperti ini telah banyak menghasilkan kejayaan di beberapa buah sekolah
di Malaysia. Komitmen merupakan kunci kepada kejayaan sistem mentor-mentee seperti
ini kerana terdapat guru-guru yang bersedia menjalankan proses mentor-mentee ini di
luar waktu persekolahan terutamanya apabila program mentor mentee ini dijalankan di
luar bandar. Komitmen guru-guru ini terbina apabila melihat murid-murid tadi berlatar-
belakangkan status sosio-ekonomi yang rendah.

2
Satu lagi skop yang boleh dicadangkan di Malaysia seperti yang ditulis oleh
Anderson E.M dan Shanone A.L (1988), sebagai satu sistem untuk mengembang potensi,
sebagai model, memberi perhatian , mendorong, membimbing dan sahabat kepada
mentee atau protege. Mungkin dalam konteks ini mungkin pegawai-pegawai pejabat
pendidikan daerah sebagai mentor dan pengetua-pengetua atau guru besar sebagai
mentee. Untuk melaksanakan sistem mentoran ini soal kategori DG 3 datau DG 6 perlu
diketepikan kerana soal input bagi menjalankan tugas dengan berkesan adalah lebih
penting daripada memikirkan soal pegawai-pegawai DG6 yang terpaksa menjadi mentor
bagi pengetua=pengetua DG3 , DG2 atau D1. Perkara ini boleh dilakukan keran sistem
mentoran yang terbuka mentor sebagai pembimbing dan tidak ada salahnya dalam
beberapa aspek mentor juga belajar daripada mentee.

Satu lagi sistem mentoran yang telah diwujudkan ialah sistem mentoran sebagai
sistem tutorial. Paradigma lam , pelajar-pelajar mencacti mentor mereka tetapi dalam
paradigma baru sekolah secara aktif mendapatkan pelajar mentor mereka.Kajian oleh
Sipe, C (1996), dalam Mentoring, a syntehsis of P/PV’s research 1988 –1993
menyatakan bahawa sistem mentoring semakin penting apabila mentoring dapat memberi
kesan kepada akademik dan perkembangan remaja. Dapatan Ghazali Ismail (1989) juga
demikian. Sipe, C (1996) pula menggalakkan penglibatan pihak luar sekolah namun
demikian komennya hanya sedikit sahaja yang berjaya dilaksanakan dengan pihak luar
sekolah walaupun keadaan disiplin sekolah dalam keadaan yang semakin teruk.

Dalam laporan oleh Rochester city schools district (1995) menyatakan walau
apapun bentuk sistem mentoran itu, sistem ini memerlukan satu pendekatan yang
berstruktur, pendekatan yang profesional, berpenilaian dan mempunyai latihan yang
berterusan. Tanpa satu latihan yang berterusan sistem mentoran ini hanya akan mati di
tengah jalan tanpa menghasilkan apa-apa. Misalnya kita pernah mendengar ada sekolah
yang mengadakan sistem mentoran hanya melakukan perjumpaannya pada awal tahun
dan kemudian mentornya berjumpa murid tersebut di sebuah restoran KFC sehari
sebelum cuti akhir tahun bermula. Sistem mentoran yang dilakukan begini sebenarnya

3
tidak membawa apa-apa erti melainkan hanya satu hubungan guru dan murid yang tidak
ada objektif yang jelas.

3.0 PROGRAM MENTORAN GURU BARU DI SEKOLAH

Sepengetahuan penulis program mentoran guru baru di sekolah tidak bernah


diwujudkan oleh pengetua-pengetua di mana-mana sekolah di Malaysia. Idea ini tercetus
apabila penulis yang bercuti kini hadir bersama-sama ibu bapa lain ke sebuah sekolah
untuk berurusan dengan pihak sekolah tersebut. Di antara komen yang diberikan oleh ibu
bapa ialah rasa tidak puas hati mereka apabila melihat guru bertindak ke atas pelajar
dengan membariskan pelajar-pelajar di padang pada hari pertama sekolah bermula.
Tindakan ini telah menyebabkan ibu bapa mendapati kasut yang baru dibeli telahpun
kotor dicemari dengan lumpur.Kenyataan seorang bapa:

“Guru seharusnya diberi kursus bagaimana untuk mengendalikan pelajar,


terutama guru-guru baru.... tindakan mereka kadang-kadang tidak munasabah...”

Kajian oleh Raymond Dagenais dari Aurora, Illinois (1995) ke atas 14 program
mentoran guru baru telah memberi harapan kepada penulis tentang satu kaedah untuk
membaiki sistem sekolah. Berdasarkan program ini yang dikenali sebagai “National staff
Development council Mentoring or the Association for Supervision and Curriculum
Development Mentoring Ledership and Resouce Network” penyesuaian oleh guru-guru
baru di Kanada dan Amerika syarikat yang menyertai porgram ini lebih cepat dan mampu
meningkatkan kecekapan mereka . Terdapat lima dimensi yang membawa kepada
kejayaan sistem mentoran ini iaitu:
a) Skop program
b) Insentif Mentoran
c) Latihan Mentor
d) Pemilihan dan Penyesuaian Mentor
e) Penilaian Pengalaman Mentor.

4
4.0 SKOP PROGRAM

Skop program merujuk kepada jangkaan (expectation),saiz dan sokongan


yang berkaitan.Kontinum sokongan ini meliputi usaha kumpulan yang mengendali
hinggalah penglibatan ke seluruh negeri. Tentu kita hari bagaimana satu sistem mentoran
boleh dilaksanakan dalam satu skala yang besar iaitu di sebuah negeri. Di Illinois, sistem
mentoran ini dikendalikan dengan mengadakan kursus-kursus dalaman di sekolah-
sekolah yang terlibat dengan program mentoran ini. Ketika berkursus inilah segala input
diberikan kepada mentor dan pada sesi yang lain diketemukan mentor dan mentee. Di
Bethel, Alaska , mentor membimbing menteee melalui e-mail alat audio atau melalui alat
perhubungan satelit oleh kerana masalah pengangkutan .

Di Chicago, satu sistem panduan yang lengkap disediakan oleh jawatan


kuasa untuk membantu mnetor mengendalikan menteenya. Bahan-bahan dan bantuan
teknikal diberikan oleh jawatan kuasa ini. Ihan-latihan bagi mentor diadalkan di peringkat
negeri bagi memastikan mereka dapat ditaliahkan sebagai mentor sebelum mereka
bersemuka dengan mentee mereka.

Satu kelebihan dalam mengendalikan sistem mentor yang berskala besar ini ialah
sistem ini mampu menyediakan jumlah mentor yang mencukupi. Walau bagaimanapun
dalam kajian yang dibuat oleh Raymond Dagenais bahawa skop program ditentukan oleh
saiz program dan jangkaan program,dan resos yang disediakan dikenal pasti sebagai
penyumbang kepada kejayaan sistem metor yang telah dilaksanakan.

5.0 INSENTIF MENTORAN

Kajian ini juga mendapati bahawa seorang mentor perlu mempunyai sifat-sifat
yang tertentu. Pada asasnya sifat-sifat tersebut ialah penyayang , komited dan
bertanggung jawab. Gareth.L (1996) pula telah menggariskan lapan ciri mentor
yang baik:

5
1. Mempunyai perspektif pengurusan yang baik. Seseorang yang
dilantik
Menjadi mentor perlulah seorang yang berpengalaman luas dan
berkebolehan. Berpengalaman bersama-sama pengetua dalam
mengendalikan organisasi, memahami amalan pengurusan dan
tekanan-tekanan yang biasanya dialami oleh sekolah.

2. Mengetahui dengan baik selok-belok organisasi. Mentor perlulah


terdiri daripada seseorang yang tahu selok-belok tempat dia bekerja.

3. Kredibiliti. Seseorang yang mempunyai kredibiliti secara profesional


dan personal.

4. Mudah ditemui.Seseorang yang mudah ditemui terutama apabila


di perlukan.

5. Kemahiran Komunikasi yang baik. Mentor juga perlu mempunyai


Kemahiran komunikasi inter-personal yang baik bagi membolehkan
mentor tadi menyesuaikan dengan idea, pandangan dan dpat menjaga
perasaan mentee.

6.. Orientasi Empower. Seseorang yang dalam menydiakan satu keadaan


yang selamat, bagi mencuba pelbagai cara melaksanakan sesuatu,
menyumbang dengan penuh ikhlas dan merasakan dia mempunyai
tanggung jawab atas setiap apa yang berlaku terhadap organisasinya.
7. Orientasi Kemajuan.Seseorang yang sentiasa berkembang maju dan
mahu orang lain juga maju sepertinya.

8. Semangat Mencipta. Seseorang yang mempunyai sikap terbuka dan


bersedia menerima kelainan, seseorang yang merupakan penyelesai

6
masalah yang cekap.
Dalam kajian yang dibuat oleh Raymond Dagenais, beliau memetik,
kenyataan Adlai e. Stevenson dari High School Lincolnshire, Illinois yang menganggap
bahawa menjadi seorang mentor itu merupakan satu tanggungjawab profesional tanpa
gagal . Komitmen dan kesedaran seperti inilah yang menjadikan sesuatu program
mentoran itu berjaya.

Sementara itu di Witchita Public School, bagi guru-guru yang mempunyai


masa mengajar yang penuh, disediakan guru ganti bagi tujuan untuk melaksanakan tugas
mereka sebagai mentor, peruntukan yang diberi guru ganti ialah 7 waktu seminggu. Bagi
pihak organisasi , dalam konteks ini sekolah, program mentor sebenarnya memberi satu
sumbangan yang besar dalam profesion perguruan di Amerika Sayarikat. Ada universiti
yang menganjurkan sistem mentoran ini pula memberikan honororium atau penghargaan
kepada guru yang menjadi mentor dalam program mentoran mereka . Honororium atau
penghargaan ini merupakan satu pengiktirafan bagi guru-guru yang sanggup menjadi
mentor dan bagi masyarakat guru setempat mereka memandang tinggi terhadap guru
yang menjadi mentor kerana dianggap sebagai guru contoh yang dapat mengembangkan
kebolehan, membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru baru. Begitu juga dengan
Program Begining Practitioner support system, mereka diberi 5 hari kelonggaran dari
tugas biasa.

6.0 LATIHAN MENTORAN

Latihan mentoran merangkumi program operasional malah sesetengahnya


mempunyai kurikulum tersendiri yang perlu diamalkan. Lewis Gareth (1996) menyenarai
aspek-aspek penting dalam menyediakan program latihan mentoran. Aspek-aspek penting
yang perlu disediakan itu ialah:

a) Menentukan tujuan dan kegunaan program mentoran yang disediakan


b) Merancang dan menentukan resos
c) Memilih dan melatih mentor

7
d) Pemantauan dan penilaian.
a) Menentukan tujuan dan kegunaan program mentoran.

Walau apapun tujuan mentoran tersebut, sistem mentoran tersebut


perlulah diadakan berdasarkan konteks organisasi dan betujuaan untuk memenuhi
keperluan organisasi . Tujuan-tujuan atau objektif program mentoran menstilah dibentuk
dengan teliti agar program itu berjaya memberi satu impak kepada organisasi dan
bukannya program yang mempunyai objektif atau tujuan yang bersifat mempunyai
kepentingan yang berkonflik dengan keperluan organisasi, dalam konteks ini sekolah.

Pembentukan objektif atau tujuan ini penting keran ia akan menjelaskan kepada
peserta hala tuju program tersebut. Objektif dan tujuan ini biasanya merangkumi,
pembangunan organisasi atau lebih khusus, sekolah; pembelajaran; pembinaan kemahiran
bagi meningkatkanprestasi sekolah, pembinaan kebolehan, pembinaan semangat
persefahaman dan impak ang diharapkan paling nyata ialah perubahan sikap.

Pembentukan objektif yang spesisfik amat penting. Sekiranya objektif ini


ditentukan dengan baik, dan dibentuk dalam satu struktur yang jelas, ia akan membentuk
asas kitaran dalam mentoring. Rujuk rajah 1:

Rajah 1: Kitaran Mentoran:

Pembinaan Sebagai
Peluang Kaunselor
& interpreter
Asas Asas
Organisasi Interperso
nal

Asas Asas
Pembangu Konteks
nan

8
Runding cara Proses runding
Latihan & pembelajaran cara ,jurulatih
Berdasarkan rajah 1 , kita dapati bahawa asas organisasi berkaitan dengan
Pembinaan peluang dan interpreter. Di sini program mentoran bertujuan untuk
menyediakan peluang bagi membolehkan peserta mempelajari atau membina kebolehan.
Program mentoran dikaitkan dengan kekuatan atau keredibiliti dalam organisasi.
Sementara interpreter pula memberikan peranan kepada mentor untuk menawarkan dari
perspektif pengurusan dan organisasi berasaskan pengetahuan yang luas yang dipunyai
mereka. Mereka juga merupakan penyebar budaya sekolah sebagai kumpaulan yang telah
berpengalaman dengan sekolah tersebut.

Konteks asas dikaitkan dengan peranan program mentoran yang


melaksanakan proses runding cara . Proses runding cara yang dimaksudkan ialah mentor
akan terlibat dengan penentuan objektif, pemantauan perkembangan mentee atau protege,
membantu menyelesaikan masalah mentee dan sebagainya.

Asas pembangunan pula dikaitkan dengan peranan program mentoran bagi


menyediakan runding cara pembelajaran. Di sini mentor dikaitkan dengan kebolehan
runding cara yang memberikhidmat nasihat, sebagai kakitangan sumber yang dikaitkan
dengan penyampaian pembelajaran kepada mentee atau protege.

Kejurulatihan. Oleh kerana mentor yang dilantih mempunyai pengalaman


yang luas dan mempunyai kepakaran berdasarkan kekananan mereka maka mereka sudah
tentu mampu menyediakan jadual-jadual dalam bentuk kejurulatihan yang memberi
latihan-latihan yang dapat membimbing guru-guru yang merupakan mentee mereka untuk
membiasakan diri dengan tugas yang bakal mereka lalui dalam karier mereka. Di
samping itu apa yang dilaksanakan oleh mentor sebenarnya menambahkan ilmu mentee
mengenai organisasi atau sekolah tersebut.

Asas interpersonal dikaitkan peranan sitem mentoran dengan Kaunselor.


Mentor seharusnya dapat mewujudkan satu keadaan yang kadang-kadang dapat

9
membimbing mentee mereka seperti seorang kaunselor dengan klien mereka. Keadaan ini
bermakna mereka perlu bersifat empati, mempunyai kemahiran berkomunikasi yang
tinggi. Tetapi bukanlah sebagai kaunselor disini bermaksud mereka perlu diiktiraf oleh
badan-badan tertentu. Tugas mentor sebenarnya lebih kepada membimbing, menjadi
sahabat dan memainkan peranan sebagai penasihat.

b) Perancangan dan penentuan sumber

Perancangan melibatkan penentuan dimensi utama program tersebut.


Perkara utama ialah menentukan siapakah yang akan terlibat. Dari kumpulan mana dalam
sekolah tersebut yang akan terlibat ? Perancang perlu menyedari terdapat pelbagai pilihan
dalam memilih mereka yang terlibat. Adakah mereka secara sukarela mahu
menyertainya? Adakah mereka akan dipilih? Persoalan-persoalan inilah antara perkara
yang akan ditanya oleh perancang dalam menentukan program mentoran di sekolah.

c)Memilih dan melatih mentor

Kriteria perlu dibentuk bagi memilih peserta dalam program mentoran sekolah
ini. Satu kriterea yang diutamakan ialah peserta yang boleh menjadi “role-model” dalam
program tersebut. “Role-model” selalunya akan melibatkan diri dengan perancangan
program. Mereka meyertai program mentoran seperti ini dengan dengan sepenuh hati dan
terlibat sepernuh masa sejak dari perancangan lagi. Satu lagi keutamaanpemilihan ialah
mereka yang boleh mengurus projek ini. Biasanya mereka ini ,di samping boleh
mengurus, mereka juga mengenali ramai pihak sama ada dalam sekolah atau di luar
sekolah. Kelebihan orang seperti ini akan memudahkan program mentoran ini
dilaksanakan terutama apabila sumber-sumber tertentu diperlukan. Merke ini selalaunya
mampu bertindak sebagai koordinator dan merupakan sumber utama maklumat dan
nasihat.

Di Vicksbrug, Mississipi, tiada kaedah yang bersesuaian untuk dijadikan kriteria


bagi pemilihan mentor, tetapi mentor dipilih berdasarkan mata pelajaran yang diajar. Di

10
Wichita, Kansas, proses pemilihan dan penyesuaian dilakukan oleh seorang penyelia. Di
Shore Regional High school , New Jersey seorang mentee atau protege dua orang mentor.
Seorang mentor akan bertindak sebagai koordinator pembangunan staf dan seorang lagi
sebagai pendorong isi pembelajaran. Di Illinois pula guru baru dan guru yang baru
berpindah diasingkan bagi menjalani program mentoran ini.

Di Cleveland Height begitu ramai mentordilantik bagi membimbing guru tersebut.


Empat guru dilantik oleh kesatuan dn empat lagi dilantik oleh pentadbir. Guru baru
ditempatkan berdasarkan mata pelajaran yang diajar dan tahap pengajaran. Mentor yang
membimbing guru baru ini pula mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya lapan
tahun dan kriteria utama ialah boleh menjadi contoh kepada guru baru. Berikut ialah
kriteria yang menjadi pengukur sama ada seseorang itu layak atau tidak menjadi mentor:

a) Pengajaran yang cemerlang


b) Cemerlang dalam membimbing orang dewasa
c) Sensitif kepada pandangan orang lain
d) Aktif dan mengamalkan pembelajran yang luas
e) Berkebolehan dalam sosial dan kemahiran hubungan dengan masyarakat
f) Boleh dijadikan panduan
g) Ditugaskan berpandukan tahap dan pengalaman
h) Ditugaskan berpanduakan car gaya mengajar dan ideologi
i) Berdasarkan poximity fizikal

c) pemantauan dan penilaian

Organisasi atau sekolah perlu membentuk sistem pemantauan bagi


memantau program mentoran sekolah. Terdapat beberapa sebab mengapa sistem
pemantauan perlu disediakan. Di antara sebab-sebab tersebut ialah:

a) Memastikan peserta sedang melalui satu perkembangan proses mentoring

11
yang baik
b) satu hubungan mentor-mentee berjalan dengan baik dan segalam yang
telah diprogramkan dilaksana.
c) Segala faedah yang sepatut berlaku kepada mentor dan mentee perlu di
Pastikan ia terlaksana dalam program yang dirancang .
d) Perkongsian pembelajaran antara mereka yang menyertai program
Mentoran terlaksana sebagaimana yang dirancang

Terdapat isu-isu yang yang menjadikan penilaian dalam mentoran di


sekolah ini menghadapi kepayahan untuk dilaksanakan. Pertama, apakah penilaian yang
hendak dilaksanakan berasakan inidividu atau berasaskan program atau organisasi.
Jawapannya proses ini boleh dilaksanakan pada kedua-dua tahap.

Untuk melaksanakan penilaian ke atas program dan organisasi, objektif


yang dinyatakan perlu jelas dan mampu diukur. Terdapat beberapa cara untuk mengukur
atau menilai kejayaan sistem mentoran iaitu:

a) Menggunakan soal-selidik. Borang soal-selidik bolehlah diberikan kepada


mentor dan mentee . Soal-selidik antara mentor dan mentee ini akan
dianalisis dan dan bandingkan bagi memeriksa apakah faedah yang
diperoleh oleh mentor dan mentee dalam program ini.

b) Temu bual. Kaedah penilaian seperti ini akan membolehkan maklumat


penilaian diperoleh secara kuntitatif dan kajian penilaian yang lebih
mendalam dapat dilaksanakan.
c) Perbincangan Kumpulan. Kaedah penilaian sebegini membenarkan peserta
berkongsi idea. Ia boleh menjadi interaktif dan dapat membina idea
tersebut ke arah memperbaiki keadaan. Maklumat yang diperoleh
diterokai sedalam mungkin bagi mencetuskan idea yang boleh
dikembangkan.

12
Tiada penilaian yang dilakukan ke atas menotr di shore Regional School.
Begitu juga di Adlai E. Stevenson. Mentor yang tidak menjalankan tugas tidak akan
dilantik semula. Di Brunswick Department canada, soal-selidik dihantar kepada mentor,
menteee dan pihak sekolah. Di Illinois mereka diminta memberi komen mengenai aspek
karier, psikologi, aspek kemahiran bekerja.
7.0 PENJADUALAN

Perancangan juga melibatkan jadual . Aspek penting dalam penjadual sistem


mentoran ini ialah :

a) Pemilihan dan induksi peserta/ mentee.


b) Pemilihan latihan yang difikirkan perlu /induksi untuk mentor
c) Penjadualan program mentoran
d) Alat-alat sokongan bagi mentor
e) Proses perlaksanaan yang sempurna.

Di Prospect Height School, Illinois, ia bermula dengan :


a) mentor-mentee menghdiri taklimat dan kemudian setiap bulan akan
diadakan seminar mengenai
i) disiplin ,
ii) motivasi,
iii) pengredan dan ujian,
iv) membentuk perancangan,
v) persidangan guru-ibu bapa dan pengurusan kelas.

Jika kita tinjau dari program yang diatur, kita dapati bahawa program ini
Menjurus kepada satu bentuk input induksi di peringkat sekolah. Sebenarnya input ini
lebih praktik kerana soal-soal inilah kelemahan sebenar seorang guru baru. Guru baru
didapati kerap gagal dalam pengawalan disiplin di dalam kelas sendiri. Sesetengah yang
gagal mengawal kelas merasa morel mereka mula menurun. Jika motivasi tidak diberi
tahap morel guru-guru ini akan terus menurun. Guru-guru baru juga tidak biasa dengan

13
persekitaran kerja di sekolah. Markah kertas peperiksaan yang telah dinilai perlu
diserahkan dengan secepat mungkin supaya sistem penilaian murid dapat dilaksanakan
dengan lancar dan berkesan. Tanpa pengetahuan sebenar untuk memporses kertas-kertas
ujian dan peperiksaan ini maka guru ini mungkin tertekan dan tidak mampu untuk
menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah barunya ini. Kadang-kadang , keadaan ini
bukan sahaja berlaku bagi guru baru yang keluar dari maktab perguruan setelah tamat
kursus pra-perkhidmatan, guru lepasan ijazah dari universiti tetapi juga berlaku kepada
guru-guru yang telah beberapa tahun berkhidmat di sekolah lain. Perubahan iklim dan
budaya sesebuah sekolah menuntut guru baru tersebut untuk mengetahui semula budaya
baru di sekolah yang baru.

Di Shore Regional High school mentor akan hadiri latihan terlebih dahulu
sebelum menjalani proses yang dilakukan seperti mana di Prospect Height School ,
Illinois. Malah di Illinois Universiti satu kursus koloboratif diadakan dengan peserta
program mentor mereka . Harapan pihak universiti yang melaksanakan program mentor
dengan sekolah-sekolah tersebut agar segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan
baik.

7.0 LATIHAN MENTORAN

Latihan mentoran merangkumi beberapa aspek penting yang perlu


Dipastikan bagi memastikan kejayaan program mentoran di sekolah. Latihan mentoran
ini merangkumi:
a) Latar belakang sejarah dan induksi
b) Teori sosialisasi guru dan peringkatnya
c) Refleksi pengalaman pertama mengajar
d) Budaya sekolah dan dan komuniti
e) Teori pembelajaran dewasa dan kajian kes
f) Sumbangsaran bagi mengeratkan mentor-mentee
g) Proses pencerapan
h) Membina profil mentee

14
i) Perbincangan panel mentor
j) Tayangan video
k) Merancang kalender mentor

a) Latar belakang sejarah program dan indusksi

Latar belakang sejarah dan induksi perlu dijelaskan bagi membolehkan


Peserta mengetahui apakah rasional program mentoran di sekolah ini? Apakah faedah
yang akan mereka peroleh dan seterusnya membolehkan mereka membina semangat setia
kawan berasaskan pembentangan latar belakang sejarah progam mentoran ini. Latar
belakang sistem mentoran ini perlulah dikaitkan dengan objektif yang diharapkan akan
dicapai sepanjang dan selepas program ini dilaksanakan. Proses-proses penilaian yang
akan dilaksanakan akan mengukur apa? Juga perlu diterangkan agar peserta mengetahui
mereka perlu mencapai tahap-tahap pencapaian tertentu bagi sama-sama menjayakan
agar objektif program sistem mentoran sekolah ini dilaksanakan.

b) Teori sosial guru dan peringkatnya.

Teori sosial ini amat penting didedahkan kepada mentor supaya


Mereka menyedari beberapa hakikat yang mereka berhadapan dengan mania yang
mempunyai dimensi sosialnya. Tanpa pendedahan dimensi sosial ini dikhuatiri mentor
akan melakukan sesuatu yang mungkin tidak disenangi oleh mentee atau protege. Mentor
juga perlu menyedari bahawa terdapat kepelbagaian pembelajaran di peringkat dewasa.
Seorang mentor perlu bertindak profesional . Untuk melahirkan mentor yang profesional
sesuatu program itu perlu menyediakan satu latihan bagi mentor yang berkesan seblaum
program itu dilaksanakan.

c)Refleksi Pengalaman pertama mengajar

Tujuan mengadakan sesi refleksi pengalaman pertama mengajar seorang


guru baru ialah untuk membolehkan guru tersebut meluahkan apakah perasaannya ketika

15
kali pertama masuk ke kelas. Luahan kata-katanya tadi bolehlah didiagnos, dianalisis dan
dijadikan panduan bagi membolehkan mentor menydiakan satu pendekatan yang lebih
sesuai untuk mereka mendampingi mentee.

d) Budaya sekolah dan komuniti

Pendedahan kepada budaya sekolah dan komuniti setempat amat


penting kepada program ini. Budaya sekolah merupakan melinia atau ruang kehidupan
peserta-peserta sistem mentoran. Tujuan dilaksanakan sistem mentoran ini juga bagi
membolehkan peserta menyesuaikan diri dengan budaya sekolah. Sementara komuniti
merupakan kline dalam “core bussiness” sekolah. Tanpa klien sistem mentoran tersebut
tidak bermakna. Program mentoran ini juga perlu mendekatkan mentee dengan komuniti.
Beberapa sesi perjumpaan bolehlah dilakukan dengan wakil-wakil komuniti bagi
membiasakan mentee dengan klien dan mendedahkan mentee bagaiman untuk menangani
karenah-karenah klien.

e) Teori pembelajaran dewasa dan kajian kes

Teori pembelajaran dewasa juga perlu dilaksanakan bagi membolehkan


Mentor menyedari bahawa mereka sedang menghadapi seorang mentee dewasa yang
sudah tentu pendekatan terhadap mentee kanak-kanak jauh perbezaannya. Pendekatan ini
menuntut mentor menyediakan diri dengan ilmu yang lebih baik, mempunyai pendekatan
yang berhemah dan bijaksana, mendekati mentee secara profesional , mengutamakan
objektif program dari hal-hal lain , membimbing mentee dalam menyesuaikan diri dengan
sekolah dan membantu mentee menyelesaikan masalah di sekolah.

f) Proses pencerapan

Salah satu kaedah yang perlu dilaksanakan dalam program sistem


mentoran di sekolah ialah meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran mentee.

16
Kurikulum merupakan aspek “core-bussiness” sekolah sudah tentulah aspek ini diberi
perhatian paling teliti.n Salah satu cara untuk meningkatkan prestasi guru baru ini ialah
mentee atu guru baru ini dicerap oleh mentor. Pendekatan yang digunakan sebelum,
semasa dan selepas pencerapan adalah pencerapan rakan sebaya. Perbincangan akan
menjadi lebih terbuka sehingga membolehkan bukan sahaja mentee mempelajari sesuatu
daripada mnetor tetapi juga pencerapan tadi membolehkan mentor belajar satu kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang baru daripada mentee.

g) Membina profil mentee

Proses membina profil mentee ini bolehlah dilakukan oleh mentor .


Sebuah fail yang memuatkan segala butir peribadi mentee disimpan dengan baik dan
mentor bertanggung jawab untuk tidak mendedahkan kepada sesiapa. Perkembangan
dalam program yang disediakan bolehlah dilaporkan dalam profil mentee ini bagi
membolehkan urusetia memeriksa sejauh mana perkembangan mentee dari masa
kesemasa bagi memmastikan segala yang dirancang dilaksanakan dengan berkesan.

h) Perbincangan Panel Mentor

Perbincangan ini bolehlah dilaksanakan dari masa ke semasa berdasarkan


jadual yang dibuat oleh urusetia. Perbincangan ini bertujuan untuk membincangkan dan
memastikan program yang dirancang dilaksanakan dengan berkesan dan proses
pemantauan boleh dilaksanakan dengan perjumpaan paenl mentor ini. Di samping itu
panel mentor dapat membincangkan pendekatan yang terbaik bagi mengatasi sesuatu
masalah. Perbincangan di kalangan mentor ini hnedaklah berasaskan untuk mencari satu
rumusan bagi membaiki keadaan sekolah.

i) Tayangan video

Penggunaan alat audio visual juga dapat membantu dalam menjayakan

17
Program sistem mentoran ini. Tayangan filem dokumentari yang berkaitan dengan sistem
mentoran ini akan membolehkan mentor mendapat gamabaran dan penjelasan bagi
melaksanakan sistem mentoran di sekolah dengan lebih berkesan.

j) Merancang kalender mentor

Sebaik-baiknya segala program diatur rapi bagi membolehkan tahap-tahap


tertentu penguasaan kecekapan dan kemahiran asas bagi seseorang guru baru disekolah
dicapai dengan berkesan. Setiap mentor mampu membimbing guru baru dan setiap
pentadbir mampu membimbing orang subordinatnya. Untuk ini satu kalender yang dapat
menyelaras segala aktiviti termasuk sistem mentoran ini dapat diadakan bagi
membolehkan urusetia program memmastikan program berjalan lancar.

8.0 PIAWAIAN

Program perlu direka bentuk dengan jelas agar sai program, jangkaan
program, resos yang mencukupi, dan jangkaan dan dorongan seimbang. Terdapat insentif
mentoran, Mentoran yang dilaksanakan melalaui proses latihan. Strategi pemilihan dan
penyesuaian mentor dan mentee perlu dipastikan. Segala-galanya perlu direka bnetuk
dengan baik. Melalui pemantauan dan penilaian maklumat keberkesanan program perlu
dikumpul.

Piawaian-piawaian ini perlulah ditakrif dalam bentuk yang boleh diukur


dan dinyatakan inikator atau petunjuk bagi mengetahui sama ada program trersebut telah
melaksanakan setiap komponen program. Berdasarkan pemeriksaan ke atas aspek-aspek
ini dijangkakan satu keputusan sama ada untuk menambah baiki , untuk meneruskan
program atau untuk memberhentikan keseluruhan atau sebahagian daripada aktiviti
program.

18
9.0 FAEDAH MENTORING KEPADA MENTEE

Dijangkakan apabila mentee yang menyertai program sistem mentoran di


Sekolah ini tamat tempoh yang ditetapkan, mereka akan dapat memahami dengan lebih
baik dalam melaksanakan tugas dan dapat memahami struktur organisasi atau bagaimana
sekolah tersebut berfungsi. Diharapkandengan pemahaman ini metee akan dapat
menentukan peranan mereka dalam melaksanakan tugas untuk sekolah tempat mereka
bertugas. Mentor yanglebih tinggi kekananannya akan membimbing menteee ke arah
budaya organisasi mereka.

Dari sudut peribadi mentee pula , mentee berjaya membina hubungan


yang baik dengan orang lain. Perhubugan yang baik dengan orang lain ini akan membina
keyakinan diri. Keyakinan diri ini juga terbina apabila mentee berjaya mempertingkatkan
kemahiran dan kebolehan mereka.

Hasil mentoran atau apa yang dipelajari semasa program mentoran


sekolah ini akan membina kemahiran guru baru dalam menghadapi tugas hariannya.
Perkara ini merupakan faedah utama yang diperoleh oleh peser program.Membina
pengetahuan berasaskan kemahiran dapat membina fokus dalam proses pembelajran ,
pendekatan dan gaya bekerja. Sebagai contoh seoran mentor akan menerangkan
bagaimana perancagan tahunan mata pelajaran tertentu dibuat. Pengalaman daripada
melakukan sendiri kemahiran merancang rancangan pelajran itu akan membolehkan guru
memperoleh satu fokus penting dalam merancang pengajaran dan pembelajaran.

Proses pembelajaran yang berterusan ini akan membolehkan seseorang itu


mengalami peningkatan dalam karier. Kemampuan membina kemahiran akan menjadikan
seseorang guru itu berkeyakinan meningkatkan prestasi kariernya. Guru baru yang
dengan cepat menguasai beberapa kemahiran ini akan teransang untuk meningkatkan
kariernyda dengan menghdiri kursus-kursus latihan dalam perkhidmatan di peringka t

19
daerah, negeri dan kebangsaan. Sudah tentu program seperti ini merupakan pencetus idea
dalam karier seseorang.

Salah satu tugas mentor ialah membimbing mentee untuk menyelessaikan


masalah. Hubungan yang baik dengan mentor sudah tentu membantu mentee
menyelesaikan masalahnya terutama dalam menghadapi satupersekitaran baru. Mentee
sudah pasti akan belajar dengan lebih baik tentang persekitarannya apabila tersedia
tunjuk ajar dari mentornya.

Sepanjang program dilaksanakan , bagi menilai sejauh mana mentee mendapat


faedah daripada program mentor dan mentee ini satu penilaian bagi menilai kekuatan dan
kelemahan perlu diadakan. Penilaian ini akan membolehkan tindak ikut dilakukan bagi
menambaik program tersebut dan seterusnya membantu mentee membiki kelemahan.

10.0 FAEDAH BAGI MENTOR

1. Dapat membina kemahiran pemantauan dalam sesebuah organisasi.


2. Membina kepuasan diri- mentor akan merasakan satu kepuasan diri dalam
memberi sumbangan terhadap organisasi.
3. Penambahbaikan peranan dan pembinaan kemahiran – Mentor membina
kemahiran dalam peranan dalam membimbing mentee. Pada masa yang sama
dapat belajar daripada mentee sesuatu yang mungkin boleh dipelajari.
4. Pembinaan peribadi-disiplin dalam fokus pembelajraran merupakan suatu nilai
yang berhaga buat mentor dan mentee.

20
11.0 FAEDAH UNTUK SEKOLAH

1. Guru-guru yang lebih terlatih-Mentoring merupakan satu pembelajaran.


Pembelajaran yang berkesan akan meningkatkan kemahiran. Meningkatkan
morel.
2. Pembinaan budaya organisasi-Mentoran akan membina hubungan organisasi
secara lateral, dari atas ke bawah dan bawah ke atas.
3. Perkembangan pengurusan yang lebih baik-Bukan sahaja mentee yang belajar
tetapi juga mentor. Mentor kadang-kadang mempunyai mentee dari organisasi
lain yang mungkin berpengalaman.
4. Orientasi positif untuk belajar-Bukan sahaja peserta mentoran belajar dari
segi kemahiran tetapi juga dapat mengembangkan kemahiran tersebut.
5. Guru yang diberi empowerment-Sistem mentoran dapat menjuruskan guru
dalam meningkatkan kebolehan dan tanggungjawab.

12.0 MODEL ASAS PROSES MENTORAN

Berdasarkan rajah di bawah kita dapati bahwa empat asas utama sistem mentoran
di sekolah ialah asas perkembangan, asas interpersonal, asas konteks, asas organisasi.
Empat asas ini telah diperincikan dalam rajah dibawah. Berdasarkan rajah tersebut, kita
dapati bahwa :
Asas perkembangan meurpaka aspek utama mentoran yang menekankan
perkembangan atau pembinaan mentor dan mentee dalam profesion mereka iaitu
profesioan perguruan. Asas Interperosonal menitik beratkan soal hubungan yang baik di
antara pesert yang akan dipupuk melalui asas interpersonal ini. Asas konteks pula aspek
pembelajran berstruktur, program perkembangan dan ini akan membolehkan proses ini
terus berkembang. Sementara asas organisasi pula merupakan organisasi sebagai asas
fungsional. Budaya akan memberi impak kepada hubungan mentor mentee yang
membolehkan penyesuaian guru baru lebih cepat.

21
Model empat asas proses mentoran.
Asas perkembangan Asas Interpersonal
–pembelajaran dan Pembinaan komuniskasi.
perkembangan -komponen yang
merupakan aspek menyokong
utama mentoran -membina senarai semak
-Mentor perlu -pengurusan dapat
orientasi merancang, dan
perkembangan. mengembang program.

Asas konteks Asas Organisasi


-Asas kontek pada -Organisasi sebagai asas
pembelajaran fungsional.
berstruktur. -Budaya memberi impak
-program kepada hubungan mentor-
perkembangan mentee.
-objektif mengasaskan -Bagaimana budaya
konteks mentor- menyokong program
mentee. -mentor memahamai
-ada batasan budaya dan berkemahiran

Sumber: Gareth, L (1996) The Mentoring Manager Strategies


for fostering talent and spreading knowledege.
An interactive programme for bringing out the
Best in your staff. London. Pittman Publishing

22
Asas Organisasi
Bagaimana budaya
organisasi memberi impak
ke atas pembelajaran

CADANGAN STRUKTUR MENYELURUH MENTORAN DI


SEKOLAH

PENGETUA

PK1 PKHEM
PKKOKU

4 K.BIDANG GD GA K T KS SSUKAN SP

GURU-GURU

PK1=PENOLONG KANAN AKADEMIK DAN PENTADBIRAN


PKHEM=PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
PKKOKU=PENOLONG KANAN KOKURIKULUM(LANTIK
PENYELARAS JIKA TIADA)
K.BIDANG=KETUA BIDANG-BAHASA,KEMANUSIAAN,TEKNIK
SAINS
GD=GURU DISIPLIN
GA=GURU ASRAMA
K=GURU KEBAJIKAN
T=GURU SPBT
KS=KAUNSELOR
SSUKAN=SETIAUSAHA SUKAN
SP=SETIAUSAHA PERSATUAN/UNIT BERUNIFORM
GURU-GURU(ADA DI KALANGAN GURU-GURU
BERPENGALAMAN DILANTIK SEBAGAI MENTOR OLEH
SEMUA PENJAWAT-PENJAWAT DI ATAS.
RUMUS MENTEE /MENTOR

JUMLAH MENTEE = MENTEE/MENTOR


JUMLAH MENTOR

23
13.0 CADANGAN STRUKTUR MENYELURUH MENTORAN DI
SEKOLAH

Struktur menyeluruh mentoran di sekolah ini boleh dijadikan sebagai


satu sistem mentoran yang menyeluruh. Sistem ini diharapkan dapat menyediakan
satu sistem mentoran berkekalan yang memupuk semangat kerja berpasukan. Sistem
ini juga akan membina lebih ramai pemimpin apabila superior dalam sesuatu sistem
pengurusan itu bertanggung jawab untuk melaksanakan sistem mentoran ke atas
subordinatnya dan subordinatnya akan menjadi mentor kepada orang bawahannya .
Begiru juga guru-guru yang senior akan menjadi mentor kepada guru-guru baru.
Sistem mentoran yang berkekalan ini akan dipantau dan dinilai dari semasa ke
semasa.

14.0 KESIMPULAN

Program mentoran seperti ini perlu diadakan dipelbagai peringkat bagi


Meningkatkan prestasi pendidikan di Malaysia. “Core-Bussiness” pendidikan ialah
pengajaran dan pembelajaran . Jika kita berjaya meningkatkan pengjaran dan
pembelajran barulah masyarakat akan menghormati profesion perguruan. Sistem
mentoran di sekolah diharapkan dapat membantu dalam menigktakan prestsi pengurusan
di sekolah. Malah setiap latihan dalam perkhidmatan boleh disalurkan perlaksanaannya
melalui sistem mentoran sekolah jika sistem mentoran sekolah ini dilaksanakan dengan
berkesan.

24
BIBLIOGRAFI

Abdul Aziz Kidam. 1988. sistem Mentor .Satu Pendekatan kertas kerja ceramah
Bagi Pengarah Maktab Perguruan Lembah Pantai.

Anderson, E.M dan Shanone, A.L 1988.”Towards a conceptualization of mentoring”


Journal of Teachers Education. 39.

Clawson J.G. 1980. “Mentoring in Managerial carriers.” Dalam CB Derr .ed Work
Family and the Carrier. New York. Praeger.
.
Gareth,L.1996.The Mentoring Manager strategies for fostering talent and spreading
Knowledge. An interactive programme for bringing out the best in your staff.
London. Pittman Publishing.

Ghazali Ismail, 1989. Kajian awal implikasi Program Sistem Mnetor dari persepsi guru,
kelas dan mentee

Rochester city School district. 1995.”Rochester Area mentoring resource book”


Rochester N.Y.author robinson V. 1987.Organizing and School Volunteer
programs. Alexanderia. V.A National Associaton of Partners in Education.

Sipe, C.1996. mentoring : A synthesis of P/PV’s research: 1988-1995. Philadelphia:


Public /Private ventures.

Stone,F.M 1999.Couching,Counceling and Mentoring. How tochoose and use the right
Technicque to boost employee Performance.New York, AMACOM (American
Management association)

Syed Naguib. 1978. Islam and Secularism.Kuala Lumpur. ABIM.

25

You might also like