You are on page 1of 3

http://www.utusan.com.

my/pendidi
kan/sekolah/2-424-kes-pontengsekolah-dicatat-di-kl-1.29639

2,424 kes ponteng sekolah dicatat


di KL
27 November 2014 2:04 AM
13 0 Google +0

KUALA LUMPUR 26 Nov. Ponteng sekolah merupakan


antara masalah salah laku paling serius dalam kalangan
pelajar sekolah menengah di ibu kota apabila
mencatatkan 2,424 kes sepanjang musim persekolahan
2014 yang berakhir Jumaat lalu.

Nawal Salleh

Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datin


Nawal Salleh berkata, sekolah menengah di ibu kota bukan sahaja
menghadapi masalah pelajar ponteng, malah pelbagai lagi
masalah salah laku lain sehingga ada di antara kesalahan itu
terbawa-bawa oleh pelajar sehingga ke luar sekolah.
Di peringkat sekolah, kita mempunyai tata cara tersendiri bagi
menangani dan membendung isu disiplin dalam kalangan pelajar
termasuklah jika melibatkan kesalahan tidak pentingkan masa,
vandalisme, jenayah, buli, merokok, tingkah laku lucah, kurang
sopan. kekemasan diri, kenakalan dan tidak amanah.
Kita juga dibantu seramai 217 Pegawai Perhubungan Sekolah
(PPS) yang ditempatkan oleh pihak polis di semua sekolah di ibu
kota bagi mencari penyelesaian kepada masalah semasa pelajar,
namun kita memahami peranan polis apabila melibatkan isu di
luar bidang kuasa mereka, katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perjumpaan
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama
Pegawai Perhubungan Sekolah Menengah serta Sesi Dialog
Bersama Ketua Polis Kuala Lumpur di dewan Jabatan Pendidikan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Jelas Nawal, gerak kerja semua pihak baik terutama ibu bapa,
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta agensi berkaitan amat
diperlukan bagi mengawal sebarang permasalahan itu daripada
peringkat sekolah kerana golongan ini akan menjadi ahli
masyarakat selepas tamat alam persekolahan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/pendidikan/sekolah/2-424-kes-ponteng-sekolah-dicatatdi-kl-1.29639#sthash.DnL6rkWp.dpuf

You might also like