You are on page 1of 4

TUGASAN

________________________________________________________________________
HBAE1403
MENGGAMBAR
SEMESTER MEI 2015
________________________________________________________________________
ARAHAN KEPADA PELAJAR
1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak
kursus ini.
2. Jawab dalam bahasa Melayu.
3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan
dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12
Times New Roman dan langkau baris 1.5.
4. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk
rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin
soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan
yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di
penghujung tugasan anda.
5. Anda dikehendaki menghantar tugasan KEPADA TUTOR BERSEMUKA. Anda dinasihatkan
menyimpan salinan tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri.
6. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 10hb - 12hb Julai 2015 atau Tutorial 4. Serahan
selepas 12hb Julai 2015 atau Tutorial 4 TIDAK akan diterima.
7. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda
juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.
8. Sila ambil maklum tentang PENALTI yang akan dikenakan ke atas penghantaran lewat tugasan
seperti yang tertera di pekeliling pejabat Pendaftar 6/2012 (Rujuk Registrars Announcement di
myVLE).

PENILAIAN
Tugasan ini menyumbang sehingga 40% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan
dinilai berdasarkan kepada Rubrik atau Skema Jawapan yang dilampirkan.
Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester
bermula.
PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH
Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan kadar
pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut:
Bil.
1.
2.
3.
4.

Kadar Pertindihan
0 30
30.01 50
50.01 70
70.01 - 100

Potongan Markah
0
5
10
100

SOALAN TUGASAN
Menggambar menjadi alat yang penting untuk mengenali minda dan watak seseorang
kanak-kanak. Kepentingan menggambar dapat menerangkan cara kanak-kanak itu
berkomunikasi, mengekspresi diri dan menerapkan nilai estetik dalam kehidupan
sehariannya.
Berpandukan kenyataan di atas, anda dikehendaki menyediakan tiga orang kanak-kanak (7-8
tahun) untuk satu tugasan menggambar yang bertemakan KELUARGA SAYA.
Analisis gambar yang dihasilkan kanak-kanak tersebut berpandukan Aras Taksonomi Bloom.
Tugasan esei anda perlu diserahkan bersama dengan contoh hasil seni kanak-kanak yang
berkaitan.
Laporan analisis gambar hendaklah ditulis berdasarkan format di bawah:
1. Pengenalan.
2. Isi kandungan.
3. Maklumat sokongan.
4. Kesimpulan.
[Jumlah: 40 markah]

Rubrik Tugasan

Kriteria
Pengenalan

Wajaran
1.5

Tidak
Lengkap
0
Tiada
pengenalan.

Lemah

Sederhana

Baik

Cemerlang

4
Pengenalan yang
menarik dan jelas
tentang
kepentingan
menggambar
kepada kanakkanak.

Pengenalan yang
umum dan lemah.

Pengenalan yang
sederhana tentang
menggambar dan
kanak-kanak.

Pengenalan yang
baik tentang
menggambar dan
kepentingannya
kepada kanak-kanak.

Isi
Kandungan

Tiada gambar.

Perbincangan yang
umum dan lemah
tentang gambar.

Perbincangan yang
sederhana tentang
menggambar dan
menggunakan Aras
Taksonomi Bloom secara
umum.

Perbincangan yang
baik mengenai
menggambar mengikut
Aras Taksonomi
Bloom.

Maklumat
sokongan

2.5

Tidak
menyatakan
kepentingan
menggambar
terhadap
kanak-kanak.

Menyatakan
kepentingan
menggambar kepada
kanak-kanak secara
umum dan lemah.

Menyatakan kepentingan
menggambar mengikut
perkembangan kanakkanak secara sederhana.

Menyatakan
kepentingan
menggambar dengan
baik tetapi tidak
berdasarkan teori
tertentu.

Tiada
kesimpulan.

Kesimpulan yang
lemah.

Sederhana dan berkaitan


dengan menggambar.

Kesimpulan

Markah
Penuh
6

Membincangkan
secara terperinci
mengenai
menggambar
menggunakan
Aras Taksonomi
Bloom.

16

Mengaitkan
dengan teori dan
kepentingan
menggambar
mengikut
perkembangan
kanak-kanak
dengan jelas.
Baik dan berkaitan
Jelas, menarik
dengan kepentingan
dan berkaitan
menggambar.
dengan
kepentingan
menggambar.
JUMLAH MARKAH

10

40

You might also like